Anda di halaman 1dari 3

Atlet Kebanggaan Negara

Bidang sukan merupakan kerjaya yang memerlukan semangat juang yang tinggi,
disiplin diri dan usaha gigih bagi mencipta kejayaan. Oleh itu, kejayaan atlet negara
dalam bidang sukan yang diceburi amat membanggakan kita.

M. Ramayah
• Pemain golf terbaik negara.
Memegang gelaran pemain golf nombor satu
negara dari tahun 1978 hingga 1991.
Mewakili negara dalam sembilan Kejohanan Golf
Piala Dunia dengan kejayaan terbaik menduduki
tempat keenam pada tahun 1994.

Adnan Saidin
• Atlet sukan sepak takraw negara yang digelar
‘Raja Libas’.
Membantu pasukan negara memenangi pingat emas
Sukan SEA 1979, 1981 dan 1983.
Menerima anugerah Pemain Terbaik Asia tahun 1984.
Menerima anugerah ‘Raja Sepak Takraw Asia’ pada
tahun 1986.

Zaiton Othman
• Atlet olahraga bagi acara padang dan trek.
Mewakili negara ke kejohanan peringkat
antarabangsa mulai tahun 1974 hingga tahun 1989.
Meraih pingat emas acara heptathlon pada
kejohanan Sukan SEA 1981, 1983 dan 1989.
Menerima anugerah Olahragawati Kebangsaan 1982.
Misbun Sidek
• Pemain dan jurulatih sukan badminton negara yang
menunjukkan pencapaian tinggi dalam karier.
Muncul juara perseorangan Terbuka Jerman dan
memenangi pingat emas Sukan SEA 1981.
Menjuarai Terbuka Sweden, Terbuka Jerman
serta Terbuka Denmark dan menjadi naib johan
perseorangan Piala Dunia pada tahun 1982.
Menerima anugerah Olahragawan Kebangsaan 1984.
Merupakan antara jurulatih pasukan negara
semasa memenangi Piala Thomas 1992.
Jurulatih kepada atlet cemerlang badminton seperti
Roslin Hashim, Hafiz Hashim dan Lee Chong Wei.
Menerima anugerah Jurulatih Terbaik Kebangsaan
2009.

Rosman Alwi
• Pelumba pecut basikal negara yang tabah.
Memenangi dua pingat emas dalam kejohanan
Sukan SEA 1985 dan satu pingat emas Sukan
SEA 1987.
Muncul sebagai juara dalam kejohanan Sukan
Asia 1987.
Menerima anugerah Olahragawan Negara
tahun 1985.

Sazali Samad
• Atlet cemerlang sukan bina badan negara dan dunia.
Mengekalkan gelaran ‘Mr. Asia’ kategori
bantamweight sebanyak tujuh kali sejak tahun
1996 hingga tahun 2014.
Memenangi gelaran ‘Mr. Universe’ kategori
bantamweight sebanyak 10 kali sejak tahun 2000
hingga tahun 2014.
Menerima anugerah Olahragawan Negara tahun
2000, 2005, 2006 dan anugerah Olahragawan
Kebangsaan 2013.
Menerima penghargaan sebagai Pembina Badan
Terbaik Abad ke-20 oleh Persekutuan Bina Badan
Asia pada tahun 2001.
Karamjit Singh
• Pelumba kereta rali negara yang berjaya pada
peringkat kebangsaan dan antarabangsa.
Juara peringkat Asia Pasifik tahun 1997, 1998, 2001
dan 2002.
Penerima anugerah Atlet Sukan Bermotor Terbaik
Negara (2002 – 2004)

Shalin Zulkifli
• Ratu boling negara yang mencatatkan kejayaan
cemerlang.
Memegang gelaran nombor satu Asia bagi
tahun 2000 – 2002 dan pada tahun 2004.
Menjuarai pelbagai kejohanan terbuka
antarabangsa seperti Terbuka Thailand, Filipina
(2002) dan Bahrain (2004)
Memenangi pingat emas Sukan SEA 2015.
Menerima anugerah Olahragawati Kebangsaan
tahun 1994, 1996, 1997 dan 2001.

Alex Lim Keng Liat


• Atlet renang negara mengungguli acara Kuak Lentang.
Pingat perak (50 m) dan pingat gangsa (100 m)
dalam Sukan Komanwel Manchester 2002.
Pingat emas (100 m) dan pingat perak (200 m)
dalam Sukan Asia Bangkok 1998.
Pingat perak (100 m) dalam Sukan Asia Busan 2002.

Anda mungkin juga menyukai