Anda di halaman 1dari 26

SHARGULAVANAN

AHLI KUMPULAN

 Darry Aiman
 Kow Boon Jing
 Shargulavanan
 Aiman Haikal

BUKAN GILA Sharif Shaary

Designed & Created by Aiman Haikal


SINOPSIS DRAMA BUKAN GILA
Drama ini mengisahkan tentang Azmir yang dirawat di wad pesakit jiwa di Hospital
Besar seorang diri dan sentiasa berada dalam khayalan. Azmir sentiasa berkhayal
akan kehadiran Ani, kekasihnya yang sudah meninggalkannya kerana Azmir dikatakan
gila. Azmir juga pernah berkhayal tentang kehadiran bapanya yang menziarahinya di
wad. Azmir menuduh bapanya tidak menyayanginya kerana menghantarnya ke situ.
Seterusnya, Azmir berkhayal pula tentang Pak Haji yang melawatnya di wad. Dia
bertengkar dengan Pak Haji tentang Azmir yang menukar namanya kepada nama
orang putih. Azmir berkhayal lagi tentang Ani yang muncul semula dan menyatakan
bahawa Ani masih cinta akannya. Azmir mempersoalkan cinta Ani yang hanya bersikap
luaran.
SINOPSIS DRAMA BUKAN GILA
Suatu hari, Azmir dikunjungi doktor. Setelah diperiksa, doktor membenarkannya
bersiar-siar di luar. Lalu Azmir pun mengambil kesempatan ini untuk melarikan diri
daripada Hospital Besar itu. Akhirnya, dia tiba di satu lokasi penggambaran drama
Sasau. Perdebatan berlaku antara pelakon dan Arif tentang kekuasaan. Akhirnya
Azmir memberikan pendapatnya bahawa sistem prorakyat yang menentukan
kekuasaan bukan wang atau fikiran. Ketika ini, kepala Azmir berasa sangat sakit.
Dia menyatakan bahawa penyakitnya adalah betul. Azmir ditanya tentang gila dan
sebenarnya dia bukan gila tetapi suatu penderitaan yang tidak tertanggung
olehnya.
SINOPSIS DRAMA BUKAN GILA
Azmir menghantukkan kepalanya sehingga berdarah. Dia menyatakan bahawa
penderitaan yang dilaluinya sakit sehingga tidak dapat diucap dengan kata-kata.
Kemudian, doktor datang dan membawa semula Azmir ke hospital. Arif dan rakan-
rakannya memberitahu ibu bapa Azmir tentang keadaannya yang sebenar. Mereka
meminta ibu bapa Azmir melawatnya sebelum terlambat. Arif juga menasihati ibu
bapanya supaya memberi lebih kasih sayang kepada Azmir. Di wad pesakit jiwa,
Azmir teringat akan cintanya kepada Ani.Ketika itu dia lemah dan jatuh tersungkur.
Ani berada di rumah dan membaca berita tentang kematian Azmir seorang diri di
wad. Kematiannya dikatakan berpunca daripada barah otak. Ani berasa bersalah
dan kejam terhadap Azmir.
TEMA DRAMA BUKAN GILA
Tema drama ini ialah ketabahan seorang anak muda melawan penyakit barah
otaknya bersendirian.
 Ani telah meninggalkan Azmir setelah mendapat tahu bahawa Azmir tidak siuman.
 Ibu bapa Azmir menghantar Azmir ke hospital sakit jiwa kerana beranggapan
bahawa Azmir tidak siuman.
 Azmir meninggal dunia di dalam wad sakit jiwa tanpa ada sesiapa di sisinya.
PERSOALAN DRAMA BUKAN GILA
1. PERSOALAN KETABAHAN MENGHADAPI DUGAAN TUHAN
 Azmir menderitai penyakit barah otaknya bersendirian dan dituduh gila. Azmir
cuba menerangkan keadaannya tetapi ibu bapanya tidak mempercayainya.
2. PERSOALAN TANGGUNGJAWAB DALAM MELAKSANAKAN TUGAS
 Doktor mencari Azmir setelah tidak pulang ke wad selama beberapa hari.
3. PERSOALAN KEPRIHATINAN SESAMA MANUSIA
 Arif dan para pelakonnya menemui ibu bapa Azmir dan cuba menerangkan
keadaan Azmir. Mereka juga mengajak ibu bapa Azmir untuk memberikan
sokongan moral kepada Azmir supaya penyakitnya tidak semakin kronik.
PERSOALAN DRAMA BUKAN GILA
4. PERSOALAN KASIH SAYANG IBU BAPA TERHADAP ANAK
 Ibu bapa Azmir menghantar Azmir ke hospital sakit jiwa supaya Azmir dirawat
sehingga sembuh.
5. PERSOALAN KEKASIH YANG TIDAK SETIA
 Ani bertindak meninggalkan Azmir apabila mendapat tahu bahawa Azmir tidak
siuman.
WATAK & PERWATAKAN - AZMIR
 Azmir merupakan watak utama dalam drama ini.
 Seorang yang tabah menghadapi dugaan Tuhan.
- Azmir menderitai penyakit barah otaknya bersendirian dan dituduh gila. Azmir
mencuba menerangkan keadaannya tetapi ibu bapanya tidak mempercayainya
 Seorang yang penyayang dan setia.
- Azmir sendiri merindui kekasihnya, Ani. Azmir sangat sayang
akan Ani sehinggakan dia berasa kecewa apabila Ani
meninggalkannya
 Seorang anak yang mengenang budi.
- Azmir mengucapkan terima kasih kepada ibu bapanya
kerana telah membesarkannya dan mengajar Azmir
mengenali kehidupan.
WATAK & PERWATAKAN - ARIF
 Arif merupakan watak sampingan dalam drama ini.
 Arif merupakan pengarah drama ‘Sasau’.
 Seorang yang mempunyai sifat keprihatinan
- Arif telah menasihati ibu Azmir berkaitan dengan kasih sayang ibu terhadap
anaknya
 Seorang yang mudah bersimpati
- Arif bersimpati terhadap Azmir yang padanya sedang
menderita bukannya gila seperti dakwaan doktor
 Seorang yang berfikiran rasional.
- tidak mudah menerima komentar pelakon tentang Azmir
WATAK & PERWATAKAN – DOKTOR RAZI
 Doktor Razi merupakan watak sampingan dalam drama ini.
 Doktor Razi merupakan doktor yang merawat Azmir semasa dia di Hospital Besar.
 Doktor Razi tidak memahami penyakit yang dialami oleh Azmir.
 Seorang yang mempunyai sikap baik hati
- Doktor Razi bersikap baik terhadap Azmir kerana telah
membenarkan Azmir bersiar-siar di sekitar Hospital Besar.
 Seorang yang bertanggungjawab dalam menjalankan tugas
- Doktor Razi mencari Azmir yang sudah tidak pulang
ke wad selama beberapa hari dan membawanya pulang
ke wad semula.
WATAK & PERWATAKAN – IBU AZMIR
 Ibu Azmir merupakan watak sampingan dalam drama ini.
 Seorang yang mudah mempercayai.
- Ibu Azmir mudah percaya akan tuduhan orang yang menyatakan Azmir mejadi
Orang Putih
 Seorang yang mudah berputus asa
- Ibu Azmir mudah berputus asa kerana menyatakan
ketidaksanggupannya menjaga Azmir yang sengaja
berbuat gila
 Seorang yang tidak bertanggungjawab
Ibu yang tidak menjaga anaknya kerana Azmir lebih suka
tinggal di rumah neneknya.
WATAK & PERWATAKAN – BAPA AZMIR
 Bapa Azmir merupakan watak sampingan dalam drama ini.
 Seorang yang penyayang
- Dia selalu melawat Azmir ketika Azmir dirawat di hospital bahagia.
 Seorang yang bertanggungjawab
- Dia telah menghantar Azmir melanjutkan pelajarannya
sehingga ke menara gading.
 Seorang yang tidak mempunyai sifat keprihatinan
- bapa Azmir tidak mengetahui bahawa anaknya menghidap
penyakit barah otak.
NILAI MURNI DRAMA BUKAN GILA
1. Bertanggungjawab
 Doktor Razi mencari dan membawa Azmir pulang ke wad pesakit jiwa semula.
 Arif dan para pelakon drama ‘Sasau’ bertanggungjawab menyampaikan khabar Azmir
kepada kedua-dua ibu bapanya
2. Keprihatinan
 Arif prihatin akan kesakitan dan penderitaan yang ditanggung oleh Azmir. Arif juga
memahami bahawa Azmir tidak gila.
 Pak Haji amat prihatin akan perubahan yang berlaku pada diri Azmir.
 Arif dan para pelakon drama ‘Sasau’ mengajak ibu bapa Azmir supaya memberi
sokongan moral kepada Azmir supaya penyakitnya tidak semakin kronik.
NILAI MURNI DRAMA BUKAN GILA
3. Ketabahan
 Azmir tabah dengan penyakit barah otak yang dihadapinya.
4. Kasih sayang
 Bapa Azmir yang selalu melawat Azmir di Hospital Besar
5. Kebijaksanaan
 Azmir bijak menyampaikan hujahnya tentang kuasa, wang, rakyat dan manusia kepada
para pelakon drama ‘Sasau’.
6. Rasional
 Pak Haji bersikap rasional dengan menukar topik perbualan apabila Azmir
menunjukkan rasa kurang senang.
LATAR TEMPAT DRAMA BUKAN GILA
1. Hospital Besar
 Tempat dimana Azmir dirawat
2. Ruang tamu rumah Ani
 Tempat Ani duduk membaca akhbar tentang kematian Azmir.
3. Pentas
 Tempat para pelakon drama Sasau berlakon.
4. Rumah Azmir
 Tempat tinggal Azmir dan dikunjungi Arif serta rakanrakannya.
LATAR MASA DRAMA BUKAN GILA
1. Waktu Tingkatan enam
 Ibu Azmir mula mengesan sikap gila-gila anaknya pada waktu itu.
2. Sehari
 Tempoh Arif dan para pelakon berkawan dengan Azmir.
3. Waktu siang
 Bapa dan Pak Haji melawat Azmir di wad.
4. Tiga hari
 Tempoh Azmir menghilangkan diri dari wad pesakit jiwa.
5. 21 Jun 1993
 Tarikh kematian Azmir.
LATAR MASYARAKAT DRAMA BUKAN GILA
1. Masyarakat yang bertanggungjawab
 Doktor Razi mencari dan membawa Azmir pulang ke wad pesakit jiwa semula.
 Arif dan para pelakon drama ‘Sasau’ bertanggungjawab menyampaikan khabar Azmir
kepada kedua-dua ibu bapanya
2. Masyarakat yang prihatin
 Arif prihatin akan kesakitan dan penderitaan yang ditanggung oleh Azmir. Arif juga
memahami bahawa Azmir tidak gila.
 Pak Haji amat prihatin akan perubahan yang berlaku pada diri Azmir.
 Arif dan para pelakon drama ‘Sasau’ mengajak ibu bapa Azmir supaya memberi
sokongan moral kepada Azmir supaya penyakitnya tidak semakin kronik.
LATAR MASYARAKAT DRAMA BUKAN GILA
3. Masyarakat yang tabah menghadapi dugaan Tuhan
 Azmir yang tabah dengan penyakit barah otak yang dihadapinya.
4. Masyarakat yang mempunyai sifat kasih sayang
 Bapa Azmir yang selalu melawatnya sepanjang Azmir dirawat di Hospital Besar
5. Masyarakat yang mempunyai sifat kebijaksanaan
 Azmir bijak menyampaikan hujahnya tentang kuasa, wang, rakyat dan manusia kepada
para pelakon drama ‘Sasau’.
6. Masyarakat yang bersifat rasional
 Pak Haji bersikap rasional dengan menukar topik perbualan apabila Azmir
menunjukkan rasa kurang senang.
GAYA BAHASA DRAMA BUKAN GILA
1. Simile
 Mata Azmir semacam melihat tepat ke arah suatu objek.
2. Anafora
 HAMBA : Rahsiamu? Rahsiamu ialah penderitaanku tetapi kepuasanmu.
3. Metafora
 Kamus kemanusiaan, pesona keghairahan, angin kemudaan, pohon-pohon jasa.
4. Repitisi
 ANI : Percayalah. Ani masih mencintai abang, sungguh-sungguh mencintai
abang.
GAYA BAHASA DRAMA BUKAN GILA
5. Perulangan
 Duniaku ialah kuasa. Kuasa ialah duniaku. Dengan kuasa, dunia berada di
bawahku. Kuasa mencipta kuasa.
6. Sinkope
 Abang dah tak sanggup lagi...
7. Simpulan bahasa
 Gila-gila bahasa, berbesar hati, minta diri.
8. Bahasa Arab
 Assalamualaikum, Astaghfirullah.
PENGAJARAN DRAMA BUKAN GILA
 Kita hendaklah mengkaji sesuatu permasalahan yang timbul sebelum membuat
penilaian.
 Kita haruslah menjalinkan hubungan yang baik sesama manusia.
 Kita sewajarnya bersifat bengtanggungjawab dalam menjalankan sesuatu tugasan.
 Kita hendaklah tabah dalam menghadapi dugaan Tuhan.
 Kita sepatutnya menghulurkan bantuan kepada mereka yang memerlukannya.
 Kita haruslah memberikan kasih sayang yang sepenuhnya terhadap anak-anak
SESI PERTANYAAN

Jika anda tidak faham tentang drama ini, sila ajukan pertanyaan anda
kepada kami supaya anda faham tentang drama ini.
MARI MENGUJI INGATAN & MINDA ANDA !
Baik, saya hendak tanya satu soalan kepada anda semua untuk menguji
ingatan anda.

Soalannya berbunyi seperti ini,

Senaraikan empat latar tempat yang terdapat dalam drama ini.

Baiklah, jawapannya ialah

1. Hospital Besar
2. Ruang tamu rumah Ani
3. Pentas
4. Rumah Azmir
MARI MENGUJI INGATAN & MINDA ANDA !
Saya juga ingin bertanyakkan satu soalan kepada anda.

Soalannya…

Bilakah tarikh kematian Azmir dan apakah sebab kematiannya.

Baiklah, jawapannya ialah

Tarikh kematian Azmir ialah pada 27 Jun 1993. Azmir meninggal dunia
akibat penyakit barah otak yang dihadapinya.
MARI MENGUJI INGATAN & MINDA ANDA !
Baiklah, soalan yang saya akan tanya memerlukan kemahiran berfikir aras
tinggi anda semua.

Soalannya…

1. Berikan empat contoh “memberi sokongan moral” kepada individu


yang menghadapi penyakit barah otak seperti Azmir.
2. Pada pendapat anda, wajarkah tindakan Ibu Azmir yang
menghantarnya ke Hospital Besar tanpa usul periksa terlebih dahulu.
Sila sertakan sebab jawapan anda.
SEKIAN TERIMA KASIH
ATAS KERJASAMA ANDA
SEPANJANG PEMBENTANGAN
KAMI SEDANG BERLANGSUNG

SEKIAN TERIMA KASIH

Anda mungkin juga menyukai