Anda di halaman 1dari 5

1

TEKS PENGERUSI MAJLIS


KEJOHANAN SUKAN TAHUNAN
SK PALOH 1&2 TAHUN 2022
AGENDA TEKS QUE /
CATATAN
PENGUMUMAN Mengumumkan ketibaan Yang Berbahagia En. Mat Zaid Bin
KETIBAAN Mohamad, Yang Dipertua PIBG SK Paloh 1&2 diiringi oleh Yang
Berusaha Pn Nurul Adlura Binti Hussain, Guru Besar SK Paloh 1&2
ke Kejohanan Sukan Tahunan bagi tahun 2022.

SALUTASI Melati tumbuh kuntum sekata,


Sayang merbah di pohon cemara,
Assalamualaikum mulanya kata,
Salam sembah pembuka bicara.

Sayang kumbang mencari makan,


Terbang seiring di tepi kali,
Selamat datang kami ucapkan,
Moga diiring restu llahi

Yang Berbahagia,
En. Mat Zaid bin Mohamad
Yang Dipertua Persatuan Ibu Bapa dan Guru SK Paloh 1&2

Yang Berusaha,
Pn. Nurul Adlura binti Hussain
Guru Besar SK Paloh 1&2

Barisan Penolong Kanan


AJK-AJK PIBG SK Paloh 1&2
Para guru
Para kakitangan sekolah
Para ibu bapa
Dan seterusnya anak-anak didik yang dikasihi sekalian.

UCAPAN ALU- Alhamdulillah, bersyukur kita ke hadrat Ilahi kerana dengan


ALUAN limpah kurnia-Nya, kita dapat bersama-sama berkumpul pada hari
ini untuk menjayakan Kejohanan Sukan Tahunan SK Paloh 1&2
bagi tahun 2022 ini.

Pihak sekolah merakamkan ucapan selamat datang dan selamat


menyaksikan acara sukan yang akan dipertandingkan dalam
kejohanan ini.
2

PERBARISAN Hadirin hadirat sekalian,


Majlis akan dimulakan dengan acara perarakan masuk kontinjen-
kontinjen rumah sukan yang bertanding dalam kejohanan tahun ini.

Dengan itu, dijemput Yang Berbahagia, En. Mat Zaid bin Mohamad,
YDP PIBG SK Paloh 1&2 diiringi oleh Yang Berusaha Pn. Nurul Adlura
binti Hussain, Guru Besar SK Paloh 1&2 untuk tampil ke hadapan
bagi menerima tabik hormat. Dipersilakan.

**MUZIK DIMAINKAN**
3

Perarakan masuk kontinjen rumah sukan ke tengah padang ini akan diketuai oleh
Komandan Barisan, Nuha Aleeya binti Razzul Safrie.

Di belakang Komandan Barisan pula ialah pembawa bendera kejohanan yang


terdiri daripada 4 wakil murid tahun 6.

1) Menyusul seterusnya ialah kontinjen dari pasukan BIRU yang diketuai oleh
Muhammad Aqif Iqbal bin Zulfekri. Pasukan ini menjadikan semangat yang
tidak mudah luntur sebagai modal untuk unggul dalam pelbagai acara.

2) Dengan motto Kekal Unggul kini menyusul pula kontinjen dari pasukan
Kuning yang diketuai oleh Muhammad Adam Aqil bin Hasmanizam.
Pantang mundur kecuali operasi, kekal menjadi azimat pembakar jiwa
mereka.

3) Kontinjen seterusnya ialah Pasukan HIJAU yang diketuai oleh


Muhammad Darwish bin Abdul Wahab. Tidak mudah menyerah kalah.
Itulah semangat yang dibawa oleh pasukan ini setiap kali berada di atas
padang.

4) Dan mengakhiri lintas hormat dari pasukan rumah sukan ialah kontinjen
dari pasukan MERAH yang diketuai oleh Faiz Fikri bin Abdullah. Gomo
Merah Gomo, Merah Tetap Membara. Adakah tahun ini sekali lagi mereka
akan menjadi juara? Sama-sama kita saksikan.

Hadirin sekalian,
Seterusnya, lintas hormat dari kontinjen PPKI dan Prasekolah.

**TAMAT PERBARISAN**

Terima kasih diucapkan kepada Yang Berbahagia En. Mat Zaid bin Mohamad, YDP
PIBG SK Paloh 1&2 atas kesudian menerima tabik hormat sebentar tadi.
4

NYANYIAN LAGU Majlis kita akan diteruskan dengan Nyanyian lagu Negaraku dan lagu Selamat
Sultan, dan lagu sekolah. Hadirin diminta berdiri.

**LAGU**

Para hadirin dipersilakan duduk.


MENAIKKAN Tuan-tuan dan puan-puan,
BENDERA Majlis diteruskan lagi dengan upacara menaikkan bendera kejohanan.
KEJOHANAN DAN
IKRAR **LAGU**
KEJOHANAN
Seterusnya, dipersilakan Komandan Perbarisan, Nuha Aleeya binti Razzul Safrie
untuk memimpin bacaan ikrar kejohanan. Dipersilakan.

**IKRAR**

Majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada adik Nuha Aleeya atas
pimpinan ikrar kejohanan itu tadi.
BACAAN DOA Hadirin sekalian,

Doa dipohon restu dipinta. Majlis diteruskan dengan bacaan doa yang akan
disempurnakan oleh Ustaz Mohd Shaharudin bin Abd Rahman. Dengan
hormatnya dipersilakan ustaz.

**DOA**

Terima kasih diucapkan kepada Ustaz Muaizz bin Adnan atas bacaan doa itu
tadi.
UCAPAN GURU Hadirin sekalian,
BESAR
Mudik di sungai mendayung sampan,
Sampan didayung ke laut dalam,
Sudilah tuan memberi ucapan,
Kata aluan pemanis kalam.

Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan Pn Nurul Adlura binti Hussain,


Guru Besar SK Paloh 1&2 untuk menyampaikan ucapan alu-aluan. Dipersilakan.

**UCAPAN**

Terima kasih diucapkan Pn Guru Besar atas ucapan yang disampaikan sebentar
tadi.
Daun semulur di pekan sari
UCAPAN Batang jerami rebah ke bumi
PERASMIAN Madah dihulur sembah diberi
Kata perasmi hajatnya kami
5

Seterusnya majlis dengan segala hormat dan ta’zimnya mempersilakan Yang


Dihormati En Mat Zaid bin Mohamad, YDP PIBG SK Paloh 1&2 untuk
menyampaikan ucapan dan seterusnya merasmikan Majlis Kejohanan Olahraga
Tahunan SK Paloh 1&2 bagi Tahun 2022. Dipersilakan

**UCAPAN**

Majlis merakamkan jutaan terima kasih kepada YDP PIBG atas kesudian beliau
untuk hadir dan merasmikan kejohanan sukan yang amat bermakna ini.

Seterusnya, majlis sekali lagi mempersilakan En. Mat Zaid bin Mohamad dan Pn
Nurul Adlura untuk menyempurnakan gimik perasmian.

**GIMIK PERASMIAN**

Terima kasih diucapkan kepada Tuan YDP atas kesudian beliau merasmikan
gimik perasmian Kejohanan Sukan bagi tahun 2022.

KONTINJEN Hadirin yang dikasihi sekalian, Demikian tadi selesainya ucapan perasmian dan
MENINGGALKAN gimik perasmian bagi Kejohanan Sukan Tahunan SK Paloh 1&2 ini. Kini,
ARENA dipersilakan kepada semua kontinjen yang mengambil bahagian untuk bergerak
keluar meninggalkan arena.

**MUZIK**

Anda mungkin juga menyukai