Anda di halaman 1dari 6

KERTAS KERJA DASAR

KERTAS KERJA KURSUS PEMANTAPAN SAHSIAH DAN


KETRAMPILAN KEPIMPINAN MURID 2014
SK LONG BUSANG, BELAGA

ANJURAN:
UNIT HAL EHWAL MURID
DENGAN KERJASAMA
STAF DAN AKS SK LONG BUSANG
TARIKH:
18 JANUARI 2014
TEMPAT:
SK LONG BUSANG, BELAGA
Tanggungjawab Dipikul, Karisma Ditonjol

KERTAS KERJA

KURSUS PEMANTAPAN SAHSIAH DAN KETRAMPILAN KETRAMPILAN


KEPIMPINAN MURID 2014
1.0 PENGENALAN
Pengawas dan ketua kelas merupakan individu yang di pilih
bagi membantu pihak pengurusan menjalankan tugas mengawal
disiplin murid-murid. Sebagai pemimpin murid, adalah wajar bagi
pengawas dan ketua kelas menunjukkan sahsiah dan ketrampilan
diri yang positif agar dapat dijadikan contoh dan teladan kepada
murid-murid lain.
Justeru, KURSUS
PEMANTAPAN
KETRAMPILAN
PENGAWAS DAN KETUA KELAS ini perlu diadakan sebagai wadah
membentuk dan melahirkan pengawas dan ketua kelas yang
mempunyai karisma kepimpinan khususnya dalam menjalankan
tugas harian. Pada tahun 2014 kursus ini akan diadakan dengan
memberikan penekanan khusus terhadap tugas semasa majlis
perhimpuan rasmi sekolah pada setiap hari Isnin di samping
menjalankan tugas-tugas harian. Modus operandinya adalah
melalui Modul kursus yang disediakan oleh pihak penganjur sekolah.
Ketrampilan pengawas dan ketua kelas mencerminkan
personaliti dan ketokohan kepimpinan murid-murid SK Long Busang
yang dibentuk melalui acuan guru-guru. Maka diharapkan kursus ini
mendapat kerjasama daripada semua pihak dan berjalan seperti
yang dirancang.
2.0 OBJEKTIF
2.1 Membentuk sahsiah dan ketrampilan pengawas dan ketua
kelas
2.2 Memurnikan tugas harian pengawas khususnya di sekolah
dan asrama
2.3 Menjelaskan peranan dan tanggungjawab sebagai pemimpin
murid
3.0 NAMA PROGRAM
KURSUS
PEMANTAPAN
KEPIMPINAN MURID 2014

SAHSIAH

DAN

4.0 MOTTO
Tanggungjawab Dipikul, Karisma Ditonjol

KETRAMPILAN

5.0 ANJURAN
UNIT HAL EHWAL MURID SK LONG BUSANG
& DENGAN KERJASAMA
PENGURUSAN ASRAMA DAN SEMUA STAF SK LONG BUSANG
6.0 TEMPAT
Dewan Sekolah dan Makmal Komputer
8.0 TARIKH
18 Januari 2014
9.0 SASARAN
44 orang pengawas sekolah, pengawas perpustakaan, ketua
kelas dan penolong ketua kelas.
(Rujuk Lampiran A)
10.0 STRUKTUR JAWATANKUASA
PENGERUSI
En. Senan Bin Sanyut
SETIAUSAHA
En. Mohd Zaher Bin Ismail
PENYELARAS
En. Mohd Wakiyuddin Bin Rosnan
BENDAHARI
En. Azlan Bin Dairy
AJK
PERSIAPAN TEMPAT & TEKNIKAL
En. Mohd Adnan Bin Rincing
En. Mohamad Zulsyafi Bin Basarudin

KEROHANIAN
En. Khairul Anuar Bin Ibrahim
DISIPLIN & PROTOKOL
En. Simri Jan
En. Aking Lang
CENDERAMATA & SIJIL
Madelina Lawing
Saloma Ganang
SIARAYA
En. Denison Danny Jay Lai
MAKANAN DAN MINUMAN
Pn. Siti
Cik Flora Lieyah
PENDAFTARAN
Pn Lorak Bilong
FASILITATOR
Semua Guru Disiplin

11.0 MANUAL JAWATANKUASA

SETIAUSAHA:
Mencatat dan mengedar minit mesyuarat
Membuat laporan setelah program tamat

BENDAHARI:
Menguruskan segala masalah yang berkaitan dengan kewangan
Mengawal aliran wang masuk dan keluar
Menguruskan resit-resit pembelian dan pembayaran
Membuat laporan kewangan setelah program tamat

AJK PERSIAPAN TEMPAT DAN TEKNIKAL:


Menyediakan segala peralatan yang diperlukan oleh eksekutifeksekutif lain untuk kegunaan sepanjang program
Memastikan dan menyediakan peralatan dewan yang mencukupi
dan sentiasa dalam keadaan yang baik sebelum digunakan
CENDERAMATA DAN SIJIL:

Memberi bantuan kepada mana-mana eksekutif yang memerlukan


bantuan
Menyediakan cenderamata, sijil dan hadiah kepada pihak sekolah,
penceramah dan pertandingan yang diadakan

AJK KEROHANIAN :
Membaca doa majlis
Bertanggungjawab memastikan pelajar menunaikan solat pada
waktunya secara berjemaah.
Memastikan surau dalam keadaan teratur dan selesa.

DISIPLIN DAN PROTOKOL:


Memastikan kelancaran perjalanan program sepanjang ia
berlangsung.
Sentiasa memastikan disiplin murid verada pada tahap memuaskan.

MAKANAN DAN MINUMAN


Menguruskan persiapan tempat makanan murid dan fasililator
Menjaga kebersihan di tempat jamuan
KEBERSIHAN & KESELAMATAN
Memastikan kebersihan kawasan sekitar program
Memantau keselamatan murid sepanjang program

PENDAFTARAN
Menyediakan borang kehadiran
Mencatat/ mengambil kehadiran murid
Melaporkan kehadiran murid kepada setiusaha

SIARAYA
Merakam aktivti sepanjang program
Menyerahkan gambar kepada setiusaha untuk laporan

12.0 TENTATIF/ ATUR CARA PROGRAM


7.30 pg Pendaftaran Peserta
8.00 pg Taklimat Aktiviti
8.30 pg Ceramah Kepimpinan (En. Khairul Anuar)
9.30 pg Penerangan Tugas-tugas Pemimpin Murid
10.00 pg Sarapan Pagi
10.30 pg LDK 1: Ice Breaking (En. Aking Lang)
12.00 tgh Makan tengahari dan rehat
2.00 ptg LDK 2: Kepimpinan Dan Keyakinan (En. Zulsyarfi)
3.00 ptg LDK 3: Sukaneka (En. Danny dan En. Adnan)
4.30 ptg Penyampaian Sijil
5.30 ptg Makan Petang

13.0 PANDUAN MODUL


(Rujuk Lampiran B)
14.0 PERBELANJAAN MAKANAN
Dewan Makan
15.0 PENUTUP
Sesungguhnya kita hanya merancang, namun perancangan Allah
swt itu lebih baik dan mengatasi segala perancangan hamba-Nya.
Harapan kami agar segala program yang dirancangkan dan disusun akan
mencapai objektif yang telah digariskan serta dapat dihayati juga
diaplikasi di dalam kehidupan peserta. Akhir kata, kami merakam setinggitinggi penghargaan kepada semua pihak yang terlibat sama ada secara
langsung atau tidak langsung dalam menjayakan program ini.

TANGGUNGJAWAB DIPIKUL, KARISMA DITONJOL

Disediakan oleh:
(Mohd Wakiyuddin Bin Rosnan)
Penyelaras,
Kursus Pemantapan Sahsiah Dan Ketrampilan Kepimpinan Murid 2014
SK Long Busang
Disemak oleh:
(En. Senan Bin Sanyut)
Guru Besar,
SK Long Busang

Anda mungkin juga menyukai