Anda di halaman 1dari 6

Bilangan Jurnal

:3

Minggu

: KETIGA

Tarikh Peristiwa / Kejadian

: 24 JULAI 2016 - 28 JULAI 2016

Tajuk Jurnal

: Ciri-ciri Murid Cemerlang

Pada minggu ini murid tahun enam menduduki peperiksaan percubaan UPSR
dan murid-murid lain menduduki ujian bulanan. Peperiksaan adalah satu medan
untuk mengukur tahap penguasaan dan pencapaian murid dalam sesuatu mata
pelajaran. Murid cemerlang adalah impian setiap insan. Bagi mencapai angan-angan
tersebut, murid haruslah mempersiapkan diri mereka dari segi mental dan fizikal
untuk menjadi murid yang cemerlang.
Antara ciri-ciri murid cemerlang adalah seperti memberi penumpuan pada
mata pelajaran yang lemah. Jika seseorang itu lemah dalam sesuatu mata
pelajaran , peruntukkan masa yang lebih untuk ulangkaji. Elakkan
memilih mata pelajaran yang disukai dan abaikan mata pelajaran yang
anda kurang suka. Buat tanda pada bahagian yang dirasakan perlu
penumpuan lebih dan jangan jadikan tidak faham, tidak ingat atau tidak
pandai sebagai alasan untuk berhenti membuat ulangkaji.
Selain itu, kita perlukah sentiasa bertanya kepada guru jika tidak
faham. Dekatkan diri dengan guru di setiap kesempatan yang ada untuk
bertanya kemusykilan tersebut. Walaupun pun sudah faham, kita masih
boleh bertanya. Ini akan menguatkan lagi kefahaman dan ingatan kita.
Jadikan guru sebagai kakak, abang, kawan-kawan atau orang yang boleh
membantu anda dalam hal ini.
Di samping itu, kita perlulah mengulang kaji sebanyak yang boleh
dan tidak mensia-siakan waktu yang ada supaya kita mempunyai cukup
masa untuk mengulangkaji dan kita tidak mudah lupa fomular-fomular
yang kita perlu ingat dan faham.
Kesimpulannya, untuk menjadi murid yang cemerlang kita perlulah
ada usaha untuk mencapainya. Hendak seribu daya, tak hendak seribu
dalih.

Disediakan oleh

Disemak oleh Mentor

Tandatangan :

Tandatangan :

Nama

: Ayu Fathihah Mohd Zaini

Nama

: Pn. Rosiah binti Rosidi

Tarikh

Tarikh

Bilangan Jurnal

:1

Minggu

: PERTAMA

Tarikh Peristiwa / Kejadian

: 10 JULAI 2016 - 14 JULAI 2016

Tajuk Jurnal

: Minggu pertama di SK Sungai Pasir Kechil

7.15 pagi. Sekali lagi kami menjejakan kaki di SK Sungai Pasir Kechil. Kali ini
kami datang untuk program internship. Saya dan rakan saya telah melapor diri pada
pagi tersebut. Kami juga dikenalkan dengan mentor kami iaitu Puan Rosiah binti
Rosiadi dan kami juga diberi jadual waktu pada pagi tersebut. Kami hanya diberi dua
waktu mengajar dalam seminggu. Hal ini kerana kami perlu melaksanakan tiga
projek sepanjang kami berada di SK Sungai Pasir Kechil.
Kami telah bercadang untuk membuat projek mural dan pertandingan
mewarna sebagai projek internship kami. Kami perlu menyiapkan dua projek
berkumpulan dan satu projek individu.Projek-projek ini akan dirancang dengan teliti
supaya dapat dilaksanakan dengan baik.
Diharapkan setiap projek yang dirancang pada kali ini dapat dilaksanakan
dengan baik dan dapat disiapkan dalam tempoh empata minggu ini.

Disediakan oleh

Disemak oleh Mentor

Tandatangan :

Tandatangan :

Nama

: Ayu Fathihah Mohd Zaini

Nama

: Pn. Rosiah binti Rosidi

Tarikh

Tarikh

Bilangan Jurnal

:2

Minggu

: KEDUA

Tarikh Peristiwa / Kejadian

: `17 JULAI 2016 21 JULAI 2016

Tajuk Jurnal

: Sambutan Hari Raya

Pada 17 Julai telah diadakan Sambutan Hari Raya Aidilfitri peringkat SK


Sungai Pasir Kechil. Sambutan diadakan dengan begitu meriah sekali. Pelbagai
juadah disediakan oleh guru-guru dan murid. Antaranya juadah yang wajib di musim
aidilfitri ini adalah ketupat, lemang, rendang dan beranek kuih raya. Setiap murid
diminta untuk membawa sejenis juadah hari raya. Oleh itu, terdapat pelbagai juadah
pada hari tersebut dan semuanya sedap-sedap belaka.
Melihat murid-murid dengan berpakaian raya yang berwarna warna
membuatkan saya teruja dan tertarik dengan keletah mereka. Masing-msaing
memperagakan baju masing-masing. Riak wajah yang gembira dan mahagia
tergambar di setiap wajah mereka.
Setelah selesai dan puas menikmati juadah, murid-murid dan guru disajikan
pula dengan pelbagai persembahan yang dipersembahkan oleh wakil murid dan
guru. Antara persembahan yang diadakan adalah sketsa, nyanyian lagu-lagu raya
dan permainan raya. Pada hari tersebut, saya dan rakan saya ditugaskan sebagai
juri untuk Permainan Raya. Begitu meriah dan menarik sekali persembahan yang
diadakan.
Kesimpulannya, untuk menganjurkan dan menjayakan program sebenar ini,
sikap kerjasama dan bersatu padu antara semua pihak haruslah kukuh. Bersatu kita
teguh, bercerai kita roboh.
Disediakan oleh

Disemak oleh Mentor

Tandatangan :

Tandatangan :

Nama

: Ayu Fathihah Mohd Zaini

Nama

: Pn. Rosiah binti Rosidi

Tarikh

Tarikh

Bilangan Jurnal

:4

Minggu

: KEEMPAT

Tarikh Peristiwa / Kejadian

: 31 JULAI 2016 04 JULAI 2016

Tajuk Jurnal

: Kebersihan Tanggungjawab Bersama

Kebersihan adalah salah satu tanda dari keadaan kesihatan yang baik. Manusia perlu
menjaga kebersihan lingkungan dan kebersihan diri agar sihat, tidak berbau, tidak menyebarkan
kotoran, atau menularnya kuman penyakit untuk diri sendiri mahu pun orang lain. Di sekolah,
kebersihan sekolah adalah tanggungjawab bersama. Sebagai murid, murid perlu memastikan
kelas dalam keadaan bersih dan kemas supaya murid dapat belajar dengan keadaan bersih
selesa. Di samping itu, bagi memastikan kawan sekolah juga bersih, murid juga perlu
memastikan mereka tidak membuang sampah dimerata-rata tempat.
Selain daripada menjada kebersihan kelas dan sekolah, murid juga perlu menjaga
kebersihan diri supaya murid tidak mudah mendapat sakit. Pastikan murid mandi sebelum
datang ke sekolah. Hal ini boleh membuatkan murid berasa segar dan semangat untuk belajar.
Di samping itu, bagi mengelakkan murid mudah jaduh sakit, pastikan murid sentiasa memakai
pakaian yang bersih. Contohnya, menukar sarung kaki setiap hari, memakai baju yang tekah
dibasuh dan sebaginya.
Di sini saya sertakan lima langkah penjagaan kebersihan diri.
1. Basuh tangan sebelum makan (amalkan 7 langkah basuh tangan)
2. Pakai pakaian yang dibasuh untuk mengelakkan daripada berbau dan penyakit
kulit
3. Bersihkan kawasan persekitaran (tempat tinggal) / buang sampah di tempat yang
dikhaskan (tong sampah).
4. Bersihkan badan dengan membersihkan setiap anggota badan.
5. Elakkan daripada memasuki rumah atau bilik khas dengan berkasut/selipar.

Disediakan oleh

Disemak oleh Mentor

Tandatangan :

Tandatangan :

Nama

: Ayu Fathihah Mohd Zaini

Nama

: Pn. Rosiah binti Rosidi

Tarikh

Tarikh

Anda mungkin juga menyukai