Anda di halaman 1dari 1

Refleksi

Pada 18 Julai saya telah melaksanakan projek kecil secara individu. Mentor saya iaitu
Puan Azlin binti Mohamed Kamari banyak memberi tunjuk ajar disepanjang saya
merancang projek ini. Saya bersyukur kerana diberi tugasan yang saya rasa tidak begitu
sukar dan tidak perlu menggunakan kewangan. Sepanjang projek ini dijalankan, saya
dapat kenal pasti beberapa kekuatan, kelemahan dan cadangan penambah baikan.
Kekuatan projek ini adalah dapat memberi peluang kepada pelajar untuk membina
hubungan yang baik tanpa mengira usia, bangsa dan agama. Hal ini dapat dilihat semasa
mereka bekerjasama menyiapkan tugasan secara berkumpulan. Walaupun kumpulan
mereka hanya dibentuk sebelum bermulanya permainan dalam pengajaran, mereka tidak
memilih ahli kumpulan malahan menerima dengan baik ahli kumpulan mereka. Selain
itu, kerjasama antara mereka dapat dilihat ketika mereka melakukan permainan tersebut
dimana mereka perlu berbisik kepada rakan mereka bagi memastikan ayat yang disebut
dapat disampaikan dengan jelas dan lancar kepada kesemua ahli kumpulan.
Seterusnya, kelemahan yang dikenal pasti sepanjang projek ini dijalankan adalah
mengenai cara saya mengatur dan mengendalikan murid-murid. Walaupun sudah
berbincang dengan rakan internship bersama iaitu Nazariyah, namun hal yang kami
fikirkan tidak sama dengan perkara yang telah berlaku. Mungkin pengalaman
mengendalikan murid-murid tahap 2 dalam sesuatu program. Semasa hari tersebut,
suasana agak kelam-kabut dan murid-murid sukar dikendalikan kerana terlalu bising.
Dengan situasi saya yang sedang berpuasa, amat sukar untuk melawan suara murid-murid
yang begitu ramai dan masih keanak-anakan. Mereka juga tidak boleh mengikut arahan
yang diberi. Mungkin arahan yang saya berikan juga kurang jelas.
Untuk mengatasi kelemahan-kelemahan di atas, terdapat cadangan penambah
baikan yang sesuai untuk dilakukan. Hal ini untuk memastikan kesilapan yang sama tidak
akan berulang. Saya perlulah memikirkan strategi yang memudahkan pergerakan muridmurid. Saya juga perlu lebih tegas dalam memberikan arahan. Di samping itu, arahan
yang perlu diberikan juga haruslah jelas, tepat dan padat.
Tuntasnya, syukur ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah dan kurniaNya dapatlah
saya melaksanakan projek kecil ini. Ketiga-tiga projek telah saya laksanakan. Saya juga
bersyukur kerana warga Sekolah Kebangsaan Sungai Pasir Kechil sudi memberikan
kerjasama sepanjang program ini dijalankan. Sekian.

Anda mungkin juga menyukai