Anda di halaman 1dari 1

REFLEKSI (BERKUMPULAN-1)

Saya ingin memanjatkan kesyukuran ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah kurniaNya
dapat juga saya menyiapkan tugasan projek berkumpulan pada masa yang telah
ditetapkan. Jutaan terima kasih buat mentor saya Pn Rosiah kerana banyak memberi
tunjuk ajar dan nasihat sepanjang saya menjalankan projek tersebut.
Setelah berbincang dengan rakan-rakan internship yang lain, kami telah bersetuju untuk
memulakan projek pertama kami dengan Sambutan Hari Raya : AJK Persiapan Pentas.
Memandangkan minggu depan adalah Sambutan Hari Guru, projek untuk menyiapkan
hiasan pentas adalah sangat sesuai.
Sepanjang tempoh projek berlangsung, terdapat kekuatan yang dapat saya nyatakan.
Antaranya hubungan antara guru pelatih dan guru sekolah menjadi semakin rapat
apabila kami bersama-sama mengerah tenaga untuk menghias pentas. Kami juga
sedaya upaya memberikan yang terbaik agar keadaan pentas kelihatan cantik pada hari
raya tersebut. Di sini dapat dinilai kemahiran sosial apabila kami dikehendaki untuk
berkomunikasi dengan guru-guru sekolah dan juga para pelajar. Ternyata persiapan
tempat juga adalah bukan kerja yang boleh dipandang remeh.
Kekurangan pada projek ini adalah kekangan masa. Masa untuk menyiapkan pentas
adalah hanya 2 hari dan persiapan terpaksa dilaksanakan dengan kadar segera. Guruguru bekerjasama bagi memastikan persiapan pentas dapat disiapkan dalam tempoh
waktu yang dirancang. Walaubagaimanapun, segala cabaran berjaya diatasi dan hiasan
pentas berjaya disiapkan. Ramai guru-guru lain memuji hiasan pentas yang kemas dan
menepati tema hari raya. Mungkin sedikit penambahbaikan perlu dilakukan dengan
merancang projek dengan lebih awal agar mempunyai masa yang lebih lama bagi
menrancang dan melaksanakan projek tersebut.
Secara keseluruhannya, tugasan ini telah memberikan banyak faedah kepada saya dan
membuatkan saya lebih mencintai profesion yang mulia ini serta menambahkan lagi
semangat saya untuk menjadi seorang guru yang berkualiti bagi melahirkan modal insan
yang seimbang dan sanggup berkorban demi agama, bangsa dan negara.

Anda mungkin juga menyukai