Anda di halaman 1dari 2

Catan

Definisi
Catan adalah satu proses menyapu warna atau cat ke atas sesuatu
permukaan rata yang mewakili gambaran pemikiran atau rekaan tertentu
sama ada yang nyata atau abstrak melalui sapuan warna ke atas
permukaan rata dengan menggunakan berus. Ianya merupakan satu
ciptaan gambar yang berwarna yang diaplikasikan pigmen dari satu
media ke atas permukaan seperti media ke atas permukaan seperti
kertas, kanvas dan dinding dengan mengaplikasikan warna basah ke atas
permukaan 2D dengan teknik menyapu warna basah .Ianya banyak
menggunakan warna sebagai bahan pewarna untuk menghasilkan gambar
seperti cat poster, cat air, cat minyak, cat tempera, cat gouache dan cat
akrilik dengan pelbagai . jenis warna dan cara-cara mewarna dengan
betul.
Alat dan bahan
Berus pelbagai saiz
Air
Cat minyak
Cat air
Akrilik
Cat tempera
Cat gouache
Cat poster
Kertas
Pengilat : gam arab
Palet
Bekas air
Proses (Catan Cat Air)
1. Penyediaan Kertas Cat Air
Regangkan kertas cat air dengan merendam kertas ke dalam air dan lekatkan pada
papan alas (drawing board) dan lekatkan dengan pita pelekat kertas (paper tape)
2. Penetapan Tajuk Catan
Pemilihan bahan kajian catan sama ada dari alam benda atau alam semulajadi
3. Membuat Lakaran
Menghasilkan lakaran atau lukisan dengan ringkas atau sekiranya perlu. Elakkan
daripada memadam kerana permukaan kertas akan rosak jika dipadam.
4. Proses Mewarna
Memulakan dengan mewarna dengan lapisan warna yang nipis dan ditindih

berperingkat dengan ton yang semakin gelap. Bahagian yang cerah atau pantulan
cahaya tidak perlu diwarnakan. Gunakan teknik-teknik catan cat air yang perlu bagai
kawasan-kawasan tertentu. contohnya jika melukis awan, langit atau laut, teknik
basah atas basah sesuai digunakan dengan berus yang bersaiz besar atau span.
5. Kemasan dan Persembahan
Catan yang telah disiap dibiarkan kering dalam keadaan rata. Catan perlu
dibingkaikan agar kelihatan menarik dan elakkna terdedah daripada pancaran
matahari.
Contoh Karya (Catan Cat Air)

Anda mungkin juga menyukai