Anda di halaman 1dari 1

REFLEKSI PROJEK (INDIVIDU)

Syukur

ke

hadrat

Ilahi

dengan

berkatnya

saya

berjaya

menyelesaikan projek individu dengan sempurna. Projek melukis dan


mewarna yang telah dijalankan ini diharapkan dapat memberi manfaat
kepada murid-murid. Di samping itu, melalui projek ini saya dapat
menerapkan perasaan cintakan alam semulajadi dan hasil seni dalam diri
murid serta dapat mencungkil bakat murid.
Aktiviti seni ini membolehkan guru melihat tahap penguasaan murid
dan tahap kreativiti murid dalam bidang seni. Setiap murid dilahirkan
berbeza

dari

segi

intelek

mereka.

Mellaui

lukisan

murid

dapat

mengekspresikan kreativiti mereka sepenuhnya. Hal ini jelas kelihatan


daripada hasil lukisan latar belakang imej burung yang saya berikan.
Terdapat murid yang melukis suasana hutan, ada yang menambah
dengan imej-imej lain dan sebagainya.
Selain itu, melalui projek ini juga saya belajar cara bagaimana cara
untuk

mengurus

sesuatu program

dibawah

seliaan saya.

Sebagai

pengerusi projek saya bertanggungjawab untuk memastikan kelancaran


sepanjang

program

dijalankan.

Di

samping

itu,

saya

juga

perlu

memastikan semua ahli jawatankuasa menjalankan tugasan dengan


sebaiknya.
Saya juga mengalami sedikit masalah semasa menjalankan projek
ini. Hal ini kerana terdapat murid yang tidak membawa alat dan bahan
yang mencukupi untuk projek tersebut. Namun, masalah ini dapat diatasi
dimana saya telah meminjam pensel warna daripada panitia seni. Hal ini
membolehkan murid-murid mewarna dengan gembira. Alhamduillah,
projek ini berjalan dengan lancar walaupun serba kekurangan.
Kesimpulannya,

aktiviti

seni

merupakan

satu

aktiviti

yang

menyeronokkan. Melalui hasil seni kita dapat mengenali murid-murid kita.


Di

samping

itu,

kelancaran

sesuatu

projek

bergantung

pengurusannya. Jika pengrusannya baik maka hasilnya akan baik.

kepada

Anda mungkin juga menyukai