Anda di halaman 1dari 20

BORANG AKUAN

Saya akui karya ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan yang tiap-tiap satunya telah saya jelaskan sumbernya

Tandatangan : . FATIHATUL MURSYIDAH BINTI MOHD ISWAN PISMP PENDIDIKAN KHAS (MASALAH PEMBELAJARAN) SEM 2 11 SEPTEMBER 2012

PENGHARGAAN

Bersyukur ke hadrat Illahi kerana dengan limpah kurniaNya, akhirnya dapat juga saya menyiapkan tugasan matapelajaran Literasi nombor ini tepat pada masanya. Saya ingin mengambil kesempatan ini untuk merakamkan jutaan ucapan penghargaan kepada kedua ibu bapa saya yang banyak membantu saya dari pelbagai aspek terutamanya dorongan dan kata-kata semangat kepada saya sepanjang menyiapkan tugasan ini. Sekalung terima kasih juga ingin saya titipkan buat pensyarah pembimbing matapelajaran Literasi Nombor ini iaitu Encik Mohd Zamri Bin Abdullah yang telah banyak memberi tunjuk ajar dan pengetahuan serta maklumat yang berguna dan bermanfaat sepanjang saya dalam proses menyiapkan tugasan ini. Segala bantuan yang telah diberikan oleh beliau banyak menjadi panduan kepada saya dalam menyiapkan kajian ini. Seterusnya tidak lupa juga kepada rakan-rakan seperjuangan sekelas saya yang telah banyak memberi bantuan dan saling bertukar idea serta pandangan sesama kami di dalam proses menyiapkan tugasan ini. Tidak lupa juga kepada pihak Institut Pendidikan Guru Kampus Kota Bharu terutamanya pihak perpustakaan yang telah banyak menyediakan kemudahan untuk memudahkan urusan kami dalam mencari bahan yang berguna bagi menyiapkan tugasan ini samada melalui penggunaan internet mahupun penggunaan buku-buku di pusat sumber. serta kepada mereka yang terlibat dalam menjayakan kajian ini samada secara langsung ataupun tidak. Semoga segala jasa dan bantuan yang kalian berikan akan mendapat balasan yang baik dari Allah.

PENGENALAN

Kehidupan manusia ini tidak dapat lari daripada sebarang masalah. Setiap masalah yang wujud pasti ada jalan penyelesaiannya. Matematik merupakan suatu bidang ilmu yang melatih minda manusia supaya berfikir secara lebih mendalam dan bersistematik dalam menyelesaikan sesuatu masalah dan membuat sebarang keputusan. Keupayaan untuk menyelesaikan masalah matematik merujuk kepada kemampuan dan kebolehan murid-murid menyelesaikan masalah matematik yang merangkumi masalah rutin dan masalah bukan rutin. Sekiranya penyelesaian masalah yang terlibat hanya mengaplikasikan teknik algoritma yang telah dipelajari, maka ia disebut sebagai masalah rutin manakala sekiranya seseorang murid perlu berfikir secara lebih mendalam untuk

mengaplikasikan konsep asas

matematik untuk menyelesaikan masalah yang

diberikan maka ia dinamakan masalah bukan rutin. Terdapat tiga aspek penting dalam matematik yang perlu diperkembangkan di dalam diri setiap pelajar iaitu matematik sebagai penaakulan, matematik sebagai komunikasi dan seterusnya matematik sebagai penyelesaian masalah. Mempelajari penyelesaian masalah adalah tujuan utama dalam mempelajari matematik kerana penyelesaian masalah merupakan satu aspek penting dalam kehidupan yang pasti pelajar hadapi pada masa sekarang mahupun pada masa akan datang.

Pengaplikasian model Polya dalam menyelesaikan masalah matematik ini banyak membantu dan memudahkan urusan seharian kita. Menurut Model Polya, penyelesaian masalah boleh dilaksanakan melalui empat peringkat iaitu, memahami dan mentafsir masalah, merancang strategi penyelesaian, melaksanakan strategi penyelesaian dan menyemak semula penyelesaian. Pengaplikasian pelbagai teknik ini dapat membina pengetahuan dan kemahiran baru melalui proses penyelesaian masalah dalam kurikulum matematik serta mengaplikasikan pelbagai strategi penyelesaian masalah matematik dalam konteks yang berbeza.

: PENYELESAIAN MASALAH

1.0 MASALAH YANG BERKAITAN

Anda telah membeli sebuah rumah, apabila musim panas cahaya matahari memancar terik melalui 5 buah tingkap di sebelah kiri rumah anda dan menyebabkan bilik-bilik di dalam rumah menjadi panas. Apabila musim hujan pula, air masuk melalui 5 tingkap ini dan menyebabkan lantai menjadi basah dan licin. Jika tidak diambil tindakan segera, tingkap-tingkap berkenaan juga akan cepat rosak. Oleh itu, anda telah menghubngi kontraktor berdekatan untuk mengatasi masalah anda.

61 cm

244 cm

12 meter Rajah 1.1 : Ukuran Rumah dan Tingkap

2.0 KOS PEMBAIKAN TINGKAP

KOS PEMASANGAN AWNING : RM 12 / KAKI PERSEGI KOS MENUKAR TINGKAP BARU : RM 20 / KAKI PERSEGI

FORMULA : 1 inci = 2.54 cm 1 kaki = 12 inci 1 cm = 0.3937 inci

*Ukuran sebuah tingkap : LEBAR TINGKAP TINGGI TINGKAP

Lebar : 61 cm : 61 cm x 0.3937 inci : 24.0157 inci 12 inci 24.0157 inci 61 cm ; 1 kaki : ? kaki : 24.0157 / 12 : 2.001 kaki

Tinggi : 244 cm : 244 cm x 0.3937 inci : 96.06 inci 12 inci : 1 kaki

96.06 inci : ? kaki : 96.06 inci / 12 kaki 244 cm : 8.005 kaki

Saiz ukuran sebuah tingkap : : tinggi x lebar : 244 cm x 61 cm : 8 kaki x 2 kaki : 16 kaki persegi

2.1.1 PENGIRAAN KOS UNTUK PEMASANGAN AWNING PADA KESELURUHAN DINDING RUMAH

Pengiraan pertukaran unit panjang rumah : 12 m 100 cm : 1200 cm : 1200 cm 0.3937 inci : 472.44 inci : 472.44 / 12 kaki : 39.37 kaki

Ukuran luas awning keseluruhan dinding: tinggi x lebar rumah : 4 kaki 39.37 kaki : 157.48 kaki2

Pengiraan kos untuk pemasangan awning pada keseluruhan dinding : : Luas keseluruhan x kos pemasangan awning kaki persegi : 157.48 kaki2 RM 12 : RM 1 889.76

2.1.2 PENGIRAAN KOS UNTUK PEMASANGAN AWNING PADA LIMA BUAH TINGKAP

Awning yang dipasang adalah berbentuk standard W / valance.

Tinggi awning : 4 kaki Lebar awning : 4 kaki

Saiz Awning Bagi 1 Tingkap

: Tinggi x Lebar : 4 kaki x 4 kaki : 16 kaki persegi

Saiz Awning Bagi Lima Tingkap

: Saiz 1 awning x Bilangan tingkap : 16 kaki persegi x 5 buah tingkap : 80 kaki persegi

Kos Pemasangan Awning

: Saiz keseluruhan awning x harga pemasangan awning perkaki persegi : 80 kaki persegi x RM 12.00 : RM 960.00

Tingkap yang dipasang adalah menggunakan design tingkap yang baru. Tingkap yang baru adalah tingkap sliding yang lebih lebar dan pendek iaitu berukuran 6 kaki tinggi dan 3 kaki lebar. Pemasangan grill bercorak juga dilakukan.

Tinggi Tingkap : 6 kaki Lebar Tingkap : 3 kaki

Saiz Bagi 1 Tingkap

: Tinggi x Lebar : 6 kaki x 3 kaki : 18 kaki persegi

Saiz Bagi Kelima-Lima Tingkap Yang Baru : Saiz bagi 1 tingkap x jumlah tingkap : 18 kaki persegi x 5 buah tingkap : 90 kaki persegi Kos Penukaran Tingkap : Saiz Kelima-lima tingkap x harga penukaran tingkap perkaki persegi : 90 kaki persegi x RM 20.00 : RM 1 800.00

3.0 PERBANDINGAN TINGKAP

KOS

PEMASANGAN

AWNING

DAN

PENUKARAN

KOS PEMASANGAN AWNING : RM 12 / KAKI PERSEGI KOS MENUKAR TINGKAP BARU : RM 20 / KAKI PERSEGI

Kos Pemasangan Awning : RM 960.00 Kos Penukaran Tingkap : RM 1800.00

Perbandingan Kos : Kos penukaran tingkap Kos pemasangan awning : RM 1 800.00 RM 960.00 : RM 840.00

4.0 JUSTIFIKASI MEMILIH AWNING

Berdasarkan pengiraan kedua-dua kos bagi menyelesaikan masalah tingkap yang sering dimasuki air ketika musim hujan dan menyebabkan suhu rumah menjadi panas dengan cara penukaran tingkap baru dan pemasangan awning, saya mendapati bahawa terdapat perbezaan yang amat ketara di antara keduanya. Kos pemasangan tingkap adalah berjumlah RM 1 800.00 manakala kos pemasangan awning pula adalah RM 960.00 dan menjadikan perbezaan kos sebanyak RM 840.00. Oleh itu, saya telah mengambil keputusan untuk memasang awning sebagai langkah untuk mengatasi masalah ini. Keputusan yang diambil ini adalah kerana kos pemasangan awning yang lebih murah dan dapat menjimatkan kewangan saya. Sekiranya saya memilih untuk menukar tingkap baru, saya perlu menambah kos lain iaitu kos bata dan simen bagi penampalan dinding tingkap yang lama kerana saya ingin menjadikan tingkap tersebut lebih pendek dan lebar. Walaupun pemilihan awning ini lebih murah, namun ianya tidak melibatkan penambahan kos lain seperti penukaran tingkap tadi. Pemasangan awning juga tidak mengubah rekaan tingkap sedia ada di rumah saya. Bakan pemasangannya dapat lebih mencantikkan pemandangan di luar rumah saya. Selain itu,saya juga dapat menyelesaikan masalah yang dihadapi sebelum ini untuk jangka masa yang lama. Pemasangan awning dapat melindungi kawasan dalam rumah dari cuaca yang buruk. Apabila cuaca panas, awning dapat mengurangkan suhu rumah saya sekurang-kurangnya 15 darjah dan melindungi penghuni rumah daripada sinaran UV yang boleh menyebabkan kanser kulit serta merosakkan bahagian dalam rumah seperti perabot-perabot. Terdapat juga rongga kecil di awning di mana udara panas boleh meresap keluar dan meningkatkan pengudaraan yang lebih baik. Secara tidak langsung, ianya juga dapat mengurangkan pemasangan sistem penyaman udara yang lebih kerap dan mengelakkan pembayaran bil-bil yang lebih tinggi. Apabila musim hujan pula, awning juga melindungi rumah daripada kerosakan hujan kerana ianya mempunyai perlindungan air yang akan mengalirkan air di luar bumbung dan tidak menyebabkan lopak air yang menyebabkan tingkap

serta kawasan rumah menjadi rosak. Ianya juga dapat melindungi taman kecil atau pokok-pokok bunga yang diletakkan di hadapan tingkap di luar rumah daripada rosak apabila terkena air hujan yang lebat. Oleh itu, keluarga saya akan dapat menikmati keindahan bunga-bunga yang kecil dan cantik meskipun cuaca hujan mahupun panas. Disamping mementingkan kelebihan di dalam rumah, saya juga

mementingkan keadaan di luar rumah iaitu dengan pemasangan awning ini, rumah saya akan kelihatan lebih bergaya, cantik dan hebat. Hal ini kerana awning juga mempunyai pelbagai rekaan, bentuk dan warna yang menarik sesuai dengan rumah dan tingkap saya. Pemasangan awning juga bukan sahaja menjimatkan kos kita dalam jangka masa pendek. Bahkan dengan pemasangan sesebuah awning , ianya dapat bertahan untuk satu tempoh masa yang panjang kira-kira 10 tahun. Ianya juga adalah satu binaan yang kukuh dan stabil meskipun terhadap perubahan cuaca yang teruk serta boleh dibuka sekiranya tidak mahu menggunakannya. Terdapat juga awning yang menggunakan motor elektrik yang dapat dibuka sekiranya hendak menikmati cuaca panas ataupun mendung serta boleh digunakan sekiranya cuaca hujan lebat. Oleh itu, saya tidak perlu risau lagi sekiranya berlaku hujan lebat mahupun panas terik. Selain itu, dengan pemasangan awning ini, ianya tidak menyekat pemandangan di luar rumah dan sekitar kejiranan meskipun pada cuaca panas terik mahupun hujan lebat kerana tingkap boleh sentiasa dibiarkan terbuka tanpa ditutup dengan langsir walau apa keadaan sekalipun. Jaminan keselesaan dapat diberikan buat keluarga saya kerana dengan pemasangan awning kami tidak perlu menutup langsir sekiranya cuaca di luar rumah panas terik dan hujan lebat. Ahli keluarga saya juga tidak akan mengalami masalah silau untuk menonton televisyen di waktu siang sepertimana yang berlaku sebelum ini. Pemasangan awning ini juga adalah lebih mudah serta menjimatkan masa. Ianya juga lebih menjamin keselamatan rumah saya. Hal ini kerana jika saya menukar tingkap, saya perlu lebih berjaga-jaga di waktu malam sekiranya tingkap tersebut masih belum siap sepenuhnya. Seperti yang kita ketahui juga pemasangan tingkap memerlukan masa yang lebih lama untuk menunggu simen dan bahanbahan yang digunakan berfungsi dengan baik. Berbeza dengan sekiranya saya

memasang awning, keselamatan keluarga saya lebih selamat kerana tingkap yang kukuh dan sama masih kekal tanpa berubah apa-apa dan pemasangan awning tidak menjejaskan tingkap tersebut. Pemasangan awning ini juga haruslah dilakukan oleh kontraktor yang professional bagi mengelakkan sebarang masalah yang timbul di hari kemudian. Meskipun awning yang dipasang ini harus diperiksa setiap tahun untuk memastikan keelokannya, namun kos yang terlibat adalah tidak tinggi jika dibandingkan dengan kos keseluruhan bagi penukaran tingkap. Bagi mengelakkan kerosakan pada awning, pencegahan dapat dilakukan dengan cara sentiasa memastikan tiada penakungan air atau kotoran di atas awning dan hendaklah lap ia sehingga bersih. Kesimpulannya, saya memilih pemasangan awning kerana pelbagai sebab yang munasabah dan yang paling penting ianya dapat melahirkan senyuman di wajah setiap ahli keluarga saya dengan cara memberikan keselesaan yang lebih tinggi kepada keluarga saya setiap hari untuk melakukan sebarang aktiviti di dalam rumah meskipun cuaca di luar panas terik mahupun hujan lebat.

: PENULISAN REFLEKTIF

1.0 REFLEKSI Sejauhmana literasi nombor membantu saya saya membuat keputusan yang lebih baik

Berdasarkan pengaplikasian model Polya dalam menyelesaikan masalah matematik ini, saya telah mendapati model ini banyak membantu saya dalam menyelesaikan masalah dalam kehidupan seharian saya. Seperti yang telah diketahui, penyelesaian masalah merupakan suatu proses mencari penyelesaian dimana setiap individu itu perlu mencari dan mengenalpasti strategi serta perancangan yang sesuai dalam menyelesaikan setiap masalah yang hendak diselesaikan. Pengaplikasian pelbagai teknik ini dapat membina pengetahuan dan kemahiran baru melalui proses penyelesaian masalah dalam kurikulum matematik serta mengaplikasikan pelbagai strategi penyelesaian masalah matematik dalam konteks yang berbeza.Menurut Model Polya, penyelesaian masalah boleh dilaksanakan melalui empat peringkat iaitu, memahami dan mentafsir masalah, merancang strategi penyelesaian, melaksanakan strategi penyelesaian dan menyemak semula penyelesaian.

Pada awal proses penyelesaian masalah ini, saya telah mengalami kesukaran kerana tidak dapat memahami kehendak soalan yang sebenarnya dan sukar mengenalpasti masalah yang timbul. Akan tetapi setelah membaca, memahami dan mendapat tunjuk ajar daripada pensyarah pembimbing dan rakan sekelas, saya telah berjaya mengenal dan menanda kata kunci maklumat masalah yang timbul iaitu masalah tingkap rumah yang dimasuki air semasa hujan dan suhu tinggi bila cuaca panas serta pilihan pembaikan yang akan dilaksanakan samada penukaran tingkap baru atau pemasangan awning. Saya juga telah berjaya mengaitkan masalah tersebut dengan melukis serta mencari gambarajah seperti gambar rumah, contoh pemasangan awning dan rekaan tingkap terbaru di internet bagi membantu saya lebih memahami masalah ini serta cuba untuk mengaitkannya dengan kehidupan saya dengan cara mengandaikan sekiranya rumah saya mengalami masalah tersebut dan bertanya kepada yang lebih pakar seperti ibu bapa dan tukang kayu.

Setelah berjaya memahami dan mentafsir masalah, saya telah merancang strategi penyelesaian beradasarkan model ini serta pengalaman-pengalaman saya yang lepas dalam menyelesaikan masalah sebelum ini.. Pemilihan strategi penyelesaian masalah adalah bergantung kepada jenis masalah yang ingin dan hendak di selesaikan. Strategi strategi yang kerap digunakan untuk menyelesaikan masalah dalam kehidupan seharian kita adalah seperti kaedah analisis, melukis gambarajah, dan membina jadual. Kebiasaannya kita akan menggunakan strategi penyelesaian ini apabila kita berhadapan dengan masalah bukan rutin yang memerlukan kita supaya berfikir dengan lebih mendalam dalam menyelesaikan masalah tersebut. Manakala bagi menyelesaikan masalah ini, strategi yang saya laksanakan ialah melukis gambarajah, teknik algebra dan teknik penjadualan yang sistematik.

Setelah perancangan dibuat, saya telah melaksanakan strategi yang dipilih iaitu melukis gambar rumah mengikut ukuran yang terdapat dalam kertas soalan, contoh tingkap baru mengikut pilihan saya serta bentuk rekaan dan saiz awning yang saya kehendaki. Teknik ini lebih memudahkan proses kiraan saya kerana saya dapat menganggar saiz sebenar awning dan tingkap tersebut. Selain itu juga, saya telah menggunakan teknik model iaitu saya telah melihat sendiri contoh awning yang dipasang di rumah saya. Secure tidak langsung, iainya amat membantu saya kerana saya telah berjaya mendapatkan gambaran yang jelas mengenai kelebihan dan rekabentuk awning yang sesuai bagi menyelesaikan masalah saya. Namun terdapat masalah yang timbul apabila unit ukuran yang digunakan adalah berbeza dengn unit ukuran dalam kos pembaikannya. Akan tetapi saya tidak berputus asa dan mencuba teknik lain di dalam model ini dan setelah mengenalpasti unit ukuran yang paling utama digunakan, saya telah membuat persamaan bagi unit yang digunakan untuk mengira kos pembaikan tingkap tersebut.

Saya telah menggunakan kaedah algebra iaitu saya telah membuat persamaan untuk menukar semua ukuran yang menggunakan unit sentimeter atau meter ke dalam unit kaki supaya lebih memudahkan proses pengiraan saya dan teknik ini sangat membantu saya dalam proses pengiraan. Bagi lebih memudahkan proses pengiraan ini, saya juga telah menggunakan teknik menyenaraikan maklumat

secara sistematik iaitu menggunakan jadual. Jadual yang dibina diisi dengan maklumat dan jalan kiraan yang sistematik satu persatu.

Alhamdulillah akhirnya, setelah berjaya melaksanakan strategi dan teknik yang bersesuaian, saya telah memilih untuk memasang awning kerana kos pemasangannya adalah lebih murah dan murah serta tahan lama. Berbeza dengan penukaran tingkap yang berkemunkinan akan rosak dalam jangka masa yang singkat serta kos yang mahal. Saya telah menyemak semula pilihan saya untuk memilih awning dengan individu yang lebih pakar seperti rakan-rakan, ibu bapa saya dan tukang kayu dengan bertanyakan kelebihan serta pengiraan pemasangan awning yang betul dengan mereka untuk menentukan sama ada jawapan tersebut munasabah atau tidak bagi mengukuhkan keyakinan saya terhadap pilihan yang saya lakukan dan memantapkan pengalaman untuk mencuba masalah baru akan datang.

Oleh itu, penggunaan strategi matematik yang tepat dan mudah khususnya menggunakan model polya adalah perlu bagi melicinkan segala aktiviti dalam kehidupan seharian kita.

(700 patah perkataan)

BIBLIOGRAFI

Linda lim, S.T. Liew, Ros Dhania, 2010. Success Mathematics UPSR , Oxford Fajar SDN.BHD
http://ahmadfadzli1979.blogspot.com/2010/10/startegi-penyelesaian-masalah-di.html - 26 FEBRUARI 2011 http://cikgufais.wordpress.com/tag/model-polya/ - 24 FEBRUARI 2011 http://www.mrlsmath.com/pedagogy/george-polya-master-problem-solver-a-model-for-allmath-teachers/ - 22 FEBRUARI 2011 http://www.oocities.org/uranus_stewart/masalah_non.htM - 23 FEBRUARI 2011 http://jabatanmatematikipgkbm.blogspot.com/2011/02/apa-bezanya-masalah-rutin-danmasalah.htmL - 25 FEBRUARI 2011

Rora (2010). Apakah Matematik. http://www.universalb.com/showthread.php/115-C-fare-eshtematematika?language=ms. Diakses pada 24 Ogos 2011

Anda mungkin juga menyukai