Anda di halaman 1dari 2

Isi 1.

Kekuatan pertama yang saya kenal pasti adalah saya dapat mendalami ilmu berkaitan alam belajar kanak-kanak dengan lebih mendalam. Melalui proses menyiapkan tugasan ini, saya sedar bahawa aktiviti bermain bukanlah suatu aktiviti sia-sia seperti yang selalu masyarakat sangkakan. Aktiviti bermain merupakan langkah atau cara terawal kanak-kanak untuk membina pengetahuan mereka. 2. saya juga sedar akan kepentingan pengurusan grafik dalam menterjemah maklumat dengan lebih mudah dan ringkas. Semasa proses merangka dan membuat pengurusan grafik berkenaan model-mode; pengajaran, saya belajar untuk lebih bersabar dalam usaha mencari maklumatmaklumat dan idea-idea utama sahaja. 3. saya juga dapat mengetahui bahawa Teori Konstruktivisme boleh diaplikasikan dengan berkesan dalam sistem pendidikan di Malaysia. Ketika menjalankan tugasan ketiga ini, saya dapat banyak input mengenai tokoh-tokoh konstruktivisme, kaedah-kaedah konstuktivisme, kelebihan dan kekurangan serta memberi pendapat mengenai teori konstruktivisme ini. Dalam tugasan ini, saya belajar mengenai peranan yang dimainkan oleh teori konstruktivisme dengan pembabitan pelajar secara aktif, pembelajaran berpusatkan murid, guru sebagai fasilitator dan tahap kognitif kanak-kanak serta pendidikan yang sesuai mengikut kognitif kanak-kanak. 4. Di samping itu, terdapat juga kelemahan yang saya perasaan sepanjang tempoh menyiapkan tugasan. Kelemahan tersebut adalah sumber maklumat yang terhad serta mengelirukan. Terlalu banyak maklumat yang pelbagai sehinggakan saya sukar memilih mana satu kah maklumat yang diperlukan.

5. Sepanjang proses menyiapkan tugasan ini, saya mendapat beberapa peluang yang berharga buat diri saya. Antaranya, saya berpeluang mendalami ilmu berkaitan kepentingan bermain dalam kalangan kanak-kanak, model-model pengajaran dan sejauh mana konstruktivisme boleh diaplikasikan dalam sistem pendidikan di Malaysia. 6. Hasil pelaksanaan tugas yang dilakukan, saya mencadangkan agar diperbanyakkan lagi maklumat-maklumat yang berkaitan dengan kepentingan bermain dalam kalangan kanak-kanak dan teori konstruktivisme ini. Maklumat tersebut perlu diperluaskan sumbernya melalui penulisan buku, jurnal, laman web, blog dan pelbagai lagi yang difikirkan sesuai.

7. Kesimpulannya, berdasarkan pengalaman saya peroleh ini saya dapat memajukan diri saya sedikit ke hadapan. Saya tidak boleh menoleh ke belakang dan berfikiran sempit. Pada saya setiap pengalaman itu merupakan satu pengajaran baru buat saya. Daripada pengalaman lah saya menjadi seorang yang lebih berdedikasi dan berfikiran jauh. Justeru, proses menimba ilmu tidak semestinya berdasarkan proses pengajaran dan pembelajaran dalam kelas sahaja. Proses belajar yang paling berkesan pada pandangan saya adalah belajar daripada pengalaman dan atas kesilapan yang dilakukan. Jangan di ulangi pengalaman pahit, belajar daripada kesilapan. 8.

Anda mungkin juga menyukai