Anda di halaman 1dari 24

FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA

HBPE 2203

UJIAN, PENGUKURAN DAN PENILAIAN DALAM PENDIDIKAN


JASMANI

PROSEDUR DAN SPESIFIKASI UJIAN BAGI KEMAHIRAN


PERMAINAN HOKI

Nama : Samsul Azli Bin Mohd Sabrie

Nombor Matrik : 811103085561001

NRIC : 811103085561

Nombor Telefon : 012-5693689

E-mail : samsul.sabrie@gmail.com

Nama Tutor : Faizal Hakimi Binn Samsudin

Pusat Pembelajaran : Perak Learning Centre

September 2015

1
1.0 Pengenalan kemahiran asas permainan hoki 3

2.0 Kemahiran asas permainan hoki 3


2.1 Kemahiran menolak 3
2.2 Kemahiran menahan atau menyerkap bola 4
2.3 Kemahiran memukul 4
2.4 Kemahiran menguis 4
2.5 Kemahiran mencedok 4
2.6 Kemahiran mengelecek 4

3.0 Manual pelaksanaan dan spesifikasi ujian kemahiran permainan


hoki
3.1 Tujuan manual latihan 6
3.2 Objektif manual latihan 6

4.0 Manual pelaksanaan dan Spesifikasi Ujian 1 7

5.0 Manual pelaksanaan dan Spesifikasi Ujian 2 10

6.0 Pelaksanaan ujian berdasarkan manual pelaksanaan dan spesifikasi


Ujian 13
6.1 Data yang diperolehi 14
6.2 Analisis data yang diperolehi 15
6.3 Taburan kekerapan mata Ujian 1 dan Ujian 2 18
6.4 Min Ujian 1 dan Ujian 2 19

7.0 Laporan Pelaksanaan Ujian 20

8.0 Langkah-langkah penambahbaikkan ujian 21

9.0 Penutup 23

10.0 Rujukan 24
1.0 Pengenalan kemahiran asas permainan hoki

Perkataan hoki tidak diketahui dengan tepat bagaimana dan dari mana ianya diperolehi kerana
melalui catatan rekod hanya menyatakan bahawa permainan ini adalah menggunakan kayu dan
bola. Daripada catatan yang diperolehi inilah yang membolehkan pengkaji mendakwa permainan
yang dimaiinkan pada zaman kuno itu adalah permulaan permainan hoki sekarang. Menurut
catatan itu, permulaan permainan yang menggunakan kayu dan bola ini dimaikan orang-orang
Greek, Parsi dan Rom sejak tahun 2000 S.M. lagi. Setelah itu, permainan ini kemudiannya tidak

2
lagi dimainkan dan seterusnya permainan ini telah lenyap sehinggalah ianya diperkenalkan
semula buat pertama kalinya pada tahun 1365 di England.

Pada asasnya, terdapat beberapa kemahiran asas dalam memainkan permainan hoki.
Antaranya ialah menggelecek, memukul, menolak, dan menerima atau menahan bola.

2.0 Kemahiran asas permainan hoki

Permainan hoki mempunyai pelbagai kemahiran yang perlu dikuasai. Setiap kemahiran yang ada
di dalam permainan ini mempunyai kelebihan tersendiri. Jadi, harapan kami agar pelajar dapat
berusaha untuk mengusai kemahiran yang telah diajar. Hoki juga satu permainan fizikal yang
memerlukan pelbagai unsur seperti kepantasan, kelincahan, kekuatan, daya tahan, strategi dan
teknikal. Ia sangat penting kerana ia memberikan kelebihan seseorang pemain itu dengan pemain
yang lain. Apabila seseorang pemain itu dapat menguasai kemahiran-kemahiran tersebut, ia
memberi peluang kepada meraka untuk kreativiti dan gaya individual. Terdapat tujuh kemahiran
asas dalam permainan hoki.

2.1 Kemahiran Menolak

Kemahiran menolak amat penting untuk dikuasai. Kemahiran ini berguna untuk membuat
hantaran ,clearance atau untuk menjaringkan gol. Ia boleh dilakukan dengan pantas dan
serta-merta tanpa disedari oleh pihak lawan. Walaupuntolakan tidak sekuat pukulan,
tetapi ia boleh digunakan dalam kedudukan sukar semasa kemahiran tidak boleh
digunakan. Kemahiran inijuga digunakan ketika menolak bola semasa memulakan sudut
penalti.

2.2 Kemahiran Menahan atau menyerkap bola

Menahan atau menyerkap bola bermakna mengawal dengan memberhentikan bola yang
bergerak sama ada dari hantaran kawan atau menghalang hantaran lawan.

3
2.3 Kemahiran Memukul

Memukul adalah penting dalam permainan hoki kerana melalui kemahiran ini bola boleh
dihantar dengan cepat dan jauh kepada rakan sepasukan. Pukulan yang tepat ke sasaran
melancarkan pergerakan serangan ketika bermain.

2.4 Kemahiran Menguis

Kemahiran menguis membolehkan bola dihantar melalui udara dan ia juga digunakan
ketika melakukan strok penalti dan menjaringkan gol.

2.5 Kemahiran Mencedok

Kemahiran mencedok hampir sama dengan kemahiran menguis tetapi sudut kecendongan
permukaan kayu lebih tinggi ke udara dan lebih jauh. Kegunaannya adalah untuk
menghantar lebih jauh ke udara.

2.6 Kemahiran Menggelecek

Menggelecek ialah cara mengawal bola sambil bergerak dan digunakan untuk
melepaskan diri dengan bola daripada kawalan pihak lawan. Terdapat tiga kemahiran
iaitu kelecek longgar, kelecek rapat dan kelecek cara India.

i. Menggelecek Longgar

Menggelecek longgar digunakan apabila pemain hendak menggerakkan bola


dengan cepat dan pihak lawan berada jauh dari bola.

ii. Menggelecek Rapat

4
Menggelecek rapat perlu apabila seseorang pemain hendak mengawal bola
dengan rapi. Teknik ini berguna jika pemain tidak memperoleh situasi yang
selamat untuk menghantar bola kepada rakan.

iii. Menggelecek Indian

Menggelecek India adalah asas bagi semua pergerakan dengan bola dalam
permainan hoki.Muka kayu bergerak bebas dengan bola. Teknik ini dilaksanakan
di hadapan badandengan menggerakkan bola ke kiri dan ke kanan silih berganti
menggunakan muka kayu dan kilas kayu. Tangan kiri sentiasa menggerakkan
kayu manakala tangan kanan membenarkan kayu diputar bebas untuk
menggerakkan bola.

3.0 Manual pelaksanaan dan spesifikasi ujian kemahiran permainan hoki

3.1 Tujuan manual latihan

Manual latihan ini bertujuan untuk :


a. Memberi satu bentuk latihan dengan tunjuk cara yang tepat berteraskan
kepada prinsip mekanik secara berterusan
b. Mendedahkan kepada murid atau pemain kepada satu sistem latihan yang
rapi dan berobjektif.

5
c. Akan menjadi satu garis panduan kepada jurulatih bagi mengendalikan
satu sistem latihan yang lebih bersistematik.
d. Melahirkan murid atau pemain yang bersikap positif serta melahirkan
pemain hoki yang berbakat dan boleh dipertengahkan keperingkat yang
lebih tinggi

3.2 Objektif manual latihan.

Pada keseluruhannya, manual latihan ini akan memuatkan dua contoh sukatan
atau latihan yang merangkumi asas-asas dalam permainan hoki. Penyediaan
manual ini adalah untuk dijadikan panduan kepada jurulatih-jurulatih untuk
menjalani dua sesi ujian dalam latihan mahupun pengajaran permainan hoki ke
atas sekumpulan murid.

Secaara am, manual latihan ini akan merangkumi konsep dan sistem ujian, cara
pengelolaan yang bersesuaian dengan tahap pencapaian murid atau pemain.

Dari segi kejurulatihan pula, manual ini diharapkan :


a. Dapat membantu jurulatih mengetahui kelebihan-kelebihan yang
diperolehi dalam menjalankan latihan berdasarkan sukatan yang diberi
b. Dapat memberi tunjuk cara dan menjalankan latihan serta ujian yang
berkesan.
4.0 Manual Pelaksanaan dan Spesifikasi Ujian 1

Nama ujian : Menahan dan menerima bola


Kebolehan menahan / menerima dan mengawal bola
menggunakan pegangan forehand (jarak kawalan ialah dalam
lingkungan setengah meter dari badan).

Rasional : Melalui ujian yang akan dilaksanakan ini, murid dapat menahan
dan menerima bola dengan baik dapat mempengaruhi tindakan

6
seterusnya.

Objektif : Untuk menguji kebolehan menahan dan menerima serta mengawal


Bola dari tiga arah yang berlainan dengan menggunakan
forehand
(Jarak kawalan ialah dalam lingkungan setengah meter dari badan)

Peralatan : 1. Kon ( 5 unit )


2. Bola ( 12 Unit )
3. Borang / Jadual keputusan
4. Pita ukur
5. Alat tulis
6. Jangka sudut

Kesahan dan : Jika ujian dilaksanakan di atas permukaan rumput atau


Kebolehpercayaan permukaan yang berbeza seperti di atas lantai rata atau
rantai tar, hendaklah memastikan segala maklumat
direkodkan dengan keputusan supaya ianya boleh
direplikakan untuk masa yang akan datang.

Prosedur : 1. Tandakan tempat hantaran dan temapat menahan atau


menerima bola dengan kon. Kawasan menahan atau
menerima bola ini ditanda dengan 2 kon pada jarak 1 meter
antara kedua-dua kon tersebut. Kon diletakkan pada setiap
tempat menghantar bola dengan jaraknya 12 meter daripada
tepat menahan atau menerima bola.
2. Dalam keadaan berdiri, guru / jurulatih / penguji akan
menghantar bola secara tolakkan. Hantaran bola akan
dilakukan sebanyak 4 kali ( 4 biji bola ) dari setiap

7
kedudukan bermula pada kedudukan A diikuti kedudukan B
dan berakhir pada kedudukan C.
3. Sudut hantaran dari guru / jurulatih / penguji kepada
penerima adalah 450 bagi hantaran pada kedudukan A dan
kedudukan B.
4. Murid yang akan menahan atau menerima bola perlu
berdiri dihadapan dua kon yang ditandakan sebagai tempat
untuk menahan atau menerima bola.
5. Murid menahan atau menerima serta mengawal bola
menggunakan forehand dalam jangkauan atau lingkungan
setengah meter dari badan. Bola yang ditahan atau dikawal
itu kemudiannya mestilah diletakkan di antara kedua-dua
kon kawasan menahan atau menerima bertujuan untuk
mengelakkan berlakunya gangguan dalam melaksanakan
ujian.

Pemarkahan : 1 mata akan diberikan bagi setiap bola yang ditahan atau diterima
dengan baik serta berada dalam kawalan.

Skor maksimum = 12 mata

Skor Mata
11 - 12 5
8 - 10 4
6-7 3
3-5 2
1-2 1

8
Rajah 1 : Pelan kedudukan susunan peralatan bagi Ujian 1

5.0 Manual Pelaksanaan dan Spesifikasi Ujian 2

Tajuk : Hantaran menolak


Kebolehan untuk membuat hantaran dengan cara menolak bola ke
sasaran dengan menggunakan pegangan forehand

Rasional : Hantaran menolak bola dalam permainan hoki adalah kemahiran


yang sangat penting

Objektif : Untuk menguji kebolehan dalam membuat hantaran dengan cara

9
menolak bola ke tiga arah yang berlainan dengan tepat
menggunakan teknik pegangan forehand

Peralatan : 1. Kon ( 8 unit )


2. Bola ( 12 unit )
3. Pita ukur
4. Alat tulis
5. Jangka sudut
6. Borang / jadual keputusan

Kesahan dan : Jika ujian dilaksanakan di atas permukaan rumput atau


Kebolehpercayaan permukaan yang berbeza seperti di atas lantai rata atau
rantai tar, hendaklah memastikan segala maklumat
direkodkan dengan keputusan supaya ianya boleh
direplikakan untuk masa yang akan datang.

Prosedur : 1. Tandakan satu tempat hantaran menolak serta 3 tempat


sasaran dengan menggunakan 2 kon dengan jarak selebar 1
meter bagi keempat-empat tempat tersebut. Jarak antara
tempat hantaran dengan tempat sasaran ialah 12 meter.
2. 12 biji bola digunakan dan diletakkan pada tempat untuk
murid melakukan hantaran menolak. Dalam kedudukan
berdiri, murid akan membuat hantaran menolak bola statik
atau dead ball ketiga-tiga tempat sasaran yang berlainan.
Hantaran akan dilakukan bermula ke sasaran yang berada
pada kedudukan kiri murid, diikuti tengah dan seterusnya

10
ke kanan secara beselang-seli sehingga semua bola habis
digunakan untuk membuat hantaran.
3. Sudut bagi hantaran ke sasaran yang berada pada kiri dan
kanan adalah pada sudut 450.
4. Murid yang akan membuat hantaran menolak bola perlulah
meletakkan sebelah kakinya di belakang garisan hantaran
dan hantaran dibuat dengan menggunakan teknik pegangan
forehand.

Pemarkahan : Setiap hantaran menolak bola yang tepat ke tempat sasaran


dan melalui antara 2 kon serta bola tidak terkena kon dan
pukuluan yang dilakukan mengikut urutan hantaran
menolak bola akan diberi 1 mata.

Skor maksimum = 12 mata


Skor Mata
11 - 12 5
8 - 10 4
6-7 3
3-5 2
1-2 1

11
Rajah 2 : Pelan kedudukan susunan peralatan bagi Ujian 2

12
6.0 Pelaksanaan ujian berdasarkan manual pelaksanaan dan spesifikasi ujian

Dalam melaksanakan ujian berdasarkan kepada manual pelaksanaan dan spesifikasi ujian yang
telah dirangka dan dibina, saya telah memilih 10 orang murid lelaki dari Sekolah Kebangsaan
Talang, Kuala Kangsar. Kesemua murid yang dipilih tersebut adalah dari kalangan murid tahun 5
(11 tahun). Melalui pelaksanaan yang dilakukan berpandukan kepada manual yang dibina ini,
pelaksanaannya menjadi lebih sistematik dan afektif.

Semua keputusan ujian yang dilakukan ini telah direkodkan serta maklumat yang
diperolehi ini dianalisis untuk memperlihatkan tahap kemahiran murid terutamanya dalam
melakukan kemahiran menahan dan menerima bola serta kemahiran menolak bola menggunakan
teknik forehand.

13
6.1 Data yang diperolehi

Data yang diperolehi bagi kedua-dua ujian yang dilakukan tersebut telah direkodkan
seperti di dalam jadual 1 di bawah.

Ujian 1 (Menahan Ujian 2 (Hantaran


Bil Nama Murid dan menerima bola) menolak bola)
Skor Skor
Abdul Qadir Jailani B. Mohd
1 9 10
Yasin
2 Abrisam Aqil B. Sharizal 6 5
3 Adam Harith B. Aznizam 10 7
Mohamad Aqil Qhausar B. Mohd
4 9 7
Yuzafril
Mohamad Haziq Irsyad B. Mohd
5 7 9
Khairul Nizen
Mohamad Shahrol Ramadhan B.
6 8 9
Abd Saini
7 Mohamad Zulhaikal B. Manasrom 4 5
8 Muhamad Haikal B. Sapwan 5 7
Muhammad Aiman Nabil B.
9 8 9
Mazlan
Muhammad Alif Naufal B. Mohd
10 9 10
Hirman

Jadual 1 : Rekod data pencapaian murid

6.2 Analisis data yang diperolehi

14
Data yang dipungut dalam sesuatu projek kajian tindakan perlu dianalisis dan penafsiran
dibuat ke atasnya. Dengan menganalisis data, seorang guru dapat melaporkan hasil kajian
berdasarkan bukti-bukti yang diperoleh daripada responden (Bahagian Perancangan dan
Penyelidikan Dasar Pendidikan, KPM, 2008). Sesebuah kajian yang telah lengkap akan
dianalisis untuk mendapatkan data mentah. Data mentah ini akan dianalisis untuk
mendapatkan jawapan pada persoalan kajian.

Bagi ujian yang telah saya jalankan, semua skor dan mata bagi pencapaian murid
direkodkan, data tersebut telah dianalisis bagi menentukan jumlah mata yang diperolehi
bagi setiap pelajar. Jumlah mata yang diperolehi ini kemudiannya disusun didalam satu
jadual khusus bagi menentukan perbezaan pencapaian bagi kesemua 10 orang murid yang
diuji tersebut.

Bil Nama Murid Ujian 1 (Menahan Ujian 2 (Hantaran

15
dan menerima bola) menolak bola)
Skor Mata Skor Mata
Abdul Qadir Jailani B. Mohd
1 9 4 10 4
Yasin
2 Abrisam Aqil B. Sharizal 6 3 5 2
3 Adam Harith B. Aznizam 10 4 7 3
Mohamad Aqil Qhausar B. Mohd
4 9 4 7 3
Yuzafril
Mohamad Haziq Irsyad B. Mohd
5 7 3 9 4
Khairul Nizen
Mohamad Shahrol Ramadhan B.
6 8 4 9 4
Abd Saini
7 Mohamad Zulhaikal B. Manasrom 4 2 5 2
8 Muhamad Haikal B. Sapwan 5 2 7 3
Muhammad Aiman Nabil B.
9 8 4 9 4
Mazlan
Muhammad Alif Naufal B. Mohd
10 9 4 10 4
Hirman

Jadual 2 : Pungutan mata bagi skor setiap murid

Jumlah Mata Ujian 1 Ujian 2


5 0 0
4 6 5
3 2 3
2 2 2
1 0 0
0 0 0

Jadual 3 : Analisis pencapaian 10 orang murid yang diuji

16
7

4
Ujian 1
3 Ujian 2

0
0 1 2 3 4 5

Rajah 3 : Carta analisis pencapaian 10 orang murid yang diuji

Ujian 1
5 4 3 2 1

20%

20% 60%

Rajah 4 : Peratus Pencapaian Murid Bagi Ujian 1

17
Ujian 2
5 4 3 2 1

20%

50%

30%

Rajah 4 : Peratus Pencapaian Murid Bagi Ujian 1

6.3 Taburan kekerapan mata Ujian 1 dan Ujian 2

Apabila semua data / dapatan ujian diperolehi, saya kemudiannya menyediakan satu
kadual taburan kekerapan. Ini bertujuan untuk menyusun data dalam bentuk yang lebih
bersesuaian dan praktikal. Jadual taburan kekerapan ini secara tidak langsung dapat
menunjukkan kekerapan bagi sesuatu skor atau markah yang diperolehi daripada ujian
yang dilaksanakan. semua data ini akan disusun bagi memudahkan saya untuk mencari
taburan kekerapan.

18
Kekerapan
Mata
Ujian 1 Ujian 2
5 0 0
4 6 5
3 2 3
2 2 2
1 0 0

Jadual 4 : Taburan kekerapan mata bagi Ujian 1 dan Ujian 2

6.4 Min Ujian 1 dan Ujian 2

Min merupakan satu kaedah yang selalu digunakan bagi mengukur kecenderungan
memusat yang mewakili purata aritmetik suatu set pencerapan atau ujian yang
dilaksanakan. Bagi mendapatkan min, kita perlulah mencampurkan jumlah skor yang
diperolehi oleh setiap subjek yang dikaji dan dibahagikan dengan jumlah bilangan skor.
Berdasarkan ujian yang dilaksanakan oleh saya, nilai min bagi kedua-dua ujian yang
dilaksanakan adalah seperti dibawah

i. Min Ujian 1

M = X/N
___

X = X
N
= 34
10
= 3.4

ii. Min Ujian 2


M = X/N
iii. ___

X = X
N
= 33
10
= 3.3

19
Berdasarkan kepada min yang diperolehi ini, didapati bahawa keputusan ujian adalah
berada pada tahap yang sederhana kerana min bagi ujian 1 dan ujian 2 hanyalah berada
pada tahap 3 mata sahaja. Ini jelas menunjukkan bahawa kemahiran asas murid yang diuji
tidak berada pada tahap kemahiran yang tinggi dan hanyalah boleh dirumuskan bahawa
mereka sekadar memahami cara asas bagi melakukan hantaran serta menahan dan
menerima bola bagi permainan hoki.

7.0 Laporan pelaksanaan ujian

Berdasarkan kepada ujian yang telah diadakan di padang Sekolah Kebangsaan Talang, Kuala
Kangsar, Perak yang melibatkan murid lelaki tahun 5, didapati bahawa penggunaan manual
pelaksaanaan dan spesifikasi ujian dalam menguji tahap kemahiran murid dalam menguasai
kemahiran asas permainan hoki adalah penting supaya pelaksanaannya berlangsung secara
sistematik dan efektif.

Secara keseluruhannya, daripada dapatan skor atau mata ujian yang dijalankan kepada murid
lelaki tahun 5 Sekolah Kebangsaan Talang, Instrumen ujian 1 menunjukkan kekuatan pada tahap
mata 4 dimana lebih separuh iaitu 6 orang daripada 10 orang murid yang melaksanakan ujian ini
dapat mencapai skor antara 9 dan 10 bagi ujian menahan dan menerima bola. Manakala bagi
ujian hantaran bola, 5 orang daripada 10 orang murid dapat mencapai skor antara 9 dan 10 iaitu
memperolehi 4 mata. Ini jelas menunjukkan bahawa 2 kemahiran asas bagi permainan hoki ini
mudah dikuasai oleh murid. Namun yang demikian, didapati tiada seorangpun murid yang dapat
memperolehi skor yang sempurna iaitu mencapai tahap 5 mata. Dapatlah dirumuskan disini
bahawa tahap kesahan dan kebolehpercayaan bagi kajian ini adalah sederhana kerana
kebarangkalian murid-murid yang terlibat dalam ujian ini hanyalah peminat permainan hoki dan
bukannya dari kalangan atlet atau pemain yang sudah mempunyai kebiasaan untuk bermain hoki.
Didapati juga kesungguhan mereka semasa melakukan ujian ini adalah tidak begitu tinggi dan
mereka seolah-olah hanyalah bersantai dan memenuhi kehendak yang diminta oleh guru. Data
yang diambil juga adalah hanya berada pada tahap yang sederhana sesama murid yang menyertai
ujian ini.

20
8.0 Langkah-langkah penambahbaikkan ujian

Antara kelamahan yang dikenalpasti dalam melaksanakan ujian ini adalah penggunaan kayu hoki
yang tidak bersesuaian dengan keadaan fizikal murid yang menjalani ujian ini. Oleh hal yang
demikian adalah dicadangkan penggunaan kayu hoki yang mempunyai saiz yang lebih pendek
dapat digunakan sekiranyan ujian ini dilaksanakan pada masa yang akan datang. Selain itu juga,
kawasan ujian yang digunakan perlulah rata agar dapatan kajian lebih sempurna. Ini kerana,
daripada pemerhatian sepanjang ujian yang dilaksanakan, penggunaan kawasan padang yang
berumput serta tidak sekata memberi kesan terhadap hasil skor murid yang menyertai ujian ini.
Pergerakan bola hasil dari pukulan tidak dapat bergerak dalam keadaan lurus kerana bola akan
mengikuti keadaan bentuk muka bumi padang. Oleh itu, saya mencadangkan agar ujian yang
akan datang dilaksanakan di atas gelanggang yang bersimen agar arah pukulan lebih tepat kerana
bentuk permukaan kawasan ujian yang lebih rata.

Selain itu juga saya mencadangkan untuk mempelbagaikan jenis program ujian. Keadaan
ini digunakan bagi mengelakkan murid-murid berasa bosan ketika menjalankan ujian yang
dilaksanakan. Ini kerana kepelbagaian variasi latihan adalah amat penting bagi meningkatkan
minat dan keazaman murid bagi mengikuti program latihan yang dirancang. Cadangan ini adalah
berdasarkan kepada pemerhatian yang dijalankan oleh saya sepanjang mengadakan ujian dimana
didapati bahawa semua subjek atau murid yang terlibat dalam menjalani ujian ini berasa bosan
menunggu serta dalam mengahabiskan semua tolakan bola dengan menggunakan kaedah yang
sama.

Selain dari itu juga, saya mencadangkan untuk mengendalikan program ujian secara
berkolaborasi dengan guru-guru atau jurulatih hoki yang lain atau bantuan daripada individu
berkepentingan bagi memudahkan kawalan dan pemerhatian dijalankan secara menyeluruh. Ini
kerana melalui kolaborasi yang melibatkan lebih daripada dua individu membolehkan penguji
untuk memantau setiap perlakuan sampel dan memberikan bimbingan yang sepenuhnya terhadap
sampel yang memerlukan. Disamping itu juga, saya mencadangkan juga untuk meningkatkan

21
bilangan sampel menjalani kajian ini. Pemilihan sampel kajian juga akan merangkumi pelajar-
pelajar daripada pelbagai jenis sukan untuk membolehkan saya membuat perbandingan dan
melihat sejauhmana tahap koordinasi bagi setiap sukan yang terlibat. Saya juga mencadangkan
agar tempoh kajian ini dilaksanakan dalam tempoh masa yang lebih panjang atau mempunyai
jadual yang khusus. Ini kerana seseorang individu memerlukan masa untuk membiasakan diri
dengan keadaan dan latihan yang diberikan kepada mereka untuk menunjukkan kesan latihan.
Menurut Kamarudin Haji Husin (1993), latihan dan latih tubi yang dilakukan secara intensif
dapat membantu murid-murid memahami sesuatu perkara dengan lebih baik dan menguasainya
secara berkesan. Ulangan juga amat diperlukan. Biasanya proses yang berulang-ulang
membuatkan seseorang itu semakin sedar dan dapat memahaminya dengan cepat. Ini boleh
membantu mengukuhkan ingatan murid-murid. Justeru, tempoh masa kajian yang lebih lama
akan membantu murid menguasai sesuatu kemahiran dengan lebih baik dan berkesan.

9.0 Penutup

Secara keseluruhan, ujian yang dilaksanakan berjalan lancar berdasarkan prosedur dan
spesifikasi ujian yang telah dibina. Ini menunjukkan bahawa sekiranya sesuatu ujian yang akan
diadakan itu akan berjalan dengan baik sekiranya mempunyai panduan dan mengikut prosedur
yang telah ditetapkan.

Berdasarkan kepada hasil kajian yang dijalankan pula, jelas menunjukkan data yang
diperolehi mempunyai tahap kesahan dan kebolehpercayaan yang sederhana serta tidak mencapai

22
suatu tahap yang memuaskan. Hal yang demikian berlaku kemungkinan subjek atau murid yang
diuji bukanlah dari kalangan murid yang telah diberi pendedahan yang sepenuhnya dalam
permainan hoki. Murid yang diuji ini hanyalah dipilih secara rawak dan kebanyakan daripada
mereka hanya mengenali permainan ini apabila dipilih untuk mengikuti ujian yang ujian. Ini
secara tidak langsung mempengaruhi data yang diperolehi.

Hasil kajian yang dijalankan juga mendapati terdapat beberapa kelemahan dan bebrapa
masalah yang wujud di luar jangkaan dan kawalan saya semasa kajian dibuat. Namun beberepa
cadangan telah saya kenalpasti untuk penambahbaikkan ujian terutamanya dalam penyediaan
peralatan, tempat mengadakan ujian, persampelan atau pemilihan murid untuk menjalani ujian
serta pengawasan terhadap murid yang diuji yang perlu mematuhi prosedur dan syarat yang telah
ditetapkan. Ini penting agar kesahan dan kebolehpercayaan terhadap ujian yang dijalankan ini
akan lebih baik dan mencapai objektif yang telah ditetapkan.

Akhirnya, dalam melaksanakan aktiviti pengukuran dan penilaian dalam pendidikan


jasmani, sesuatu kajian itu haruslah memerlukan syarat-syarat pemilihan yang tepat untuk
memastikan kesahan dan kebolehpercayaan yang dicapai itu tinggi.

11.0 Rujukan

Ahmad Hashim (2004). Pengukuran Kecergasan Motor. Tanjong Malim: Quantum Books.

Dodds et al. (2001). Dalam Sanmuga Nathan A/L K. Jeganathan. (2007). Kesan Program Latihan
Menggunakan Model Taktikal Dengan Stail Pengajaran Berbeza Terhadap Murid Pelbagai Tahap
Kemahiran Permainan Hoki. Malaysia.

OUM (2012). HBPE 2203 : Pengukuran dan Penilaian dalam Pendidikan Jasmani.

23
Teng Boon Tong, (2001) Panduan Pengajaran Kemahiran Asas Permainan, Malaysia: Pearson
Education Malaysia Sdn. Bhd.

Yusoff Ismail (1992) Strategi Pengajaran Pendidikan Jasmani Kesihatan Kuala Lumpur Fajar
Bakti Sdn. Bhd.

24

Anda mungkin juga menyukai