Anda di halaman 1dari 23

Topik  Pengenalan

Gaya Hidup
1 Sihat
HASIL PEMBELAJARAN
Pada akhir topik ini, anda seharusnya dapat:
1. Menerangkan definisi, matlamat dan komponen gaya hidup sihat;
2. Menghuraikan kepentingan gaya hidup sihat terhadap kesihatan
individu, agensi kerajaan, swasta dan negara; dan
3. Menjelaskan peranan agensi penggerak gaya hidup sihat
mempromosikan gaya ini dalam kalangan masyarakat di Malaysia.

 PENGENALAN
Mari kita mulakan topik pertama modul HBHE3103 Gaya Hidup Sihat ini dengan
mutiara kata daripada Winston Churchill, mantan perdana menteri United
Kingdom dari tahun 1940 hingga 1945 yang berkaitan dengan kesihatan
warganegara (lihat Rajah 1.1).

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


2  TOPIK 1 PENGENALAN GAYA HIDUP SIHAT

Rajah 1.1: Mutiara kata daripada Winston Churchill


Sumber: https://www.azquotes.com/quote/56315

Berdasarkan mutiara kata ini, dapat kita simpulkan bahawa gaya hidup sihat
adalah sangat penting dalam kehidupan kita. Kata hikmat Winston Churchill ini
sememangnya terbukti akan kebenarannya. Gaya hidup sihat ialah satu corak
gaya hidup yang dikaitkan dengan individu yang mengamalkan kehidupan yang
aktif dan cergas.

Bagaimanakah gaya hidup sihat boleh dicapai? Gaya hidup sihat boleh dicapai
oleh individu melalui aktiviti fizikal dan amalan pemakanan yang berkhasiat.
Setiap individu daripada pelbagai kategori umur dinasihatkan untuk melakukan
aktiviti fizikal sekurang-kurangnya tiga kali atau lebih dalam seminggu selama
30 minit setiap sesi. Pada masa yang sama, individu juga digalakkan
mengamalkan pemakanan yang rendah kandungan lemak, gula dan garam.

Apakah kelebihan gaya hidup sihat? Corak gaya hidup sihat dapat mengurangkan
masalah tekanan darah tinggi, kolesterol yang tinggi, aterosklerosis (simpanan
lemak yang menyempitkan arteri), penyakit jantung koronari, strok, asma dan
sindrom metabolik (gabungan diabetes, tekanan darah tinggi dan obesiti).

Pada masa kini, masyarakat mula mengamalkan gaya hidup sihat ekoran
daripada kesedaran bahawa penyakit kronik wujud akibat daripada amalan hidup
yang tidak sihat.

Apakah yang dimaksudkan dengan gaya hidup sihat? Mari kita pelajari gaya
hidup sihat dengan lebih lanjut dalam topik pertama ini dari segi definisi,
matlamat, komponen, kepentingan dan peranan agensi penggerak. Sudahkah
anda bersedia? Mari kita teruskan pembelajaran kita!

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 1 PENGENALAN GAYA HIDUP SIHAT  3

1.1 DEFINISI DAN KONSEP


Sebagai permulaan, mari kita fahami konsep asas gaya hidup sihat dengan melihat
pelbagai definisi yang dikemukakan. Secara umumnya, gaya hidup sihat berkait
rapat dengan konsep kualiti hidup. Konsep ini bukan sahaja diukur dari aspek
kesihatan untuk melanjutkan usia tetapi juga untuk perbezaan dalam kualiti
kehidupan dari gejala penyakit dan keupayaan untuk berfungsi dengan baik.

Apakah yang dimaksudkan dengan kualiti hidup? Kualiti hidup di Malaysia


ditakrifkan sebagai:

(a) Kemajuan diri;

(b) Gaya hidup sihat;

(c) Mudah mengakses pengetahuan;

(d) Taraf kehidupan melebihi keperluan asas; dan

(e) Keperluan psikologi untuk mendapat tahap kesejahteraan sosial yang


setanding dengan aspirasi negara.

Berdasarkan takrifan kualiti hidup di Malaysia, kita dapat lihat bahawa gaya
hidup sihat merupakan aspek kedua yang dititikberatkan. Oleh itu, masyarakat
yang mempunyai gaya hidup yang sihat dikatakan mempunyai kualiti hidup
yang tinggi.

Namun, masyarakat yang mempunyai kualiti hidup yang tinggi tidak semestinya
mempunyai gaya hidup yang sihat. Contohnya, individu yang sering merokok
walaupun mempunyai segala kemewahan, dikatakan tidak mempunyai amalan
gaya hidup sihat. Amalan individu tersebut akan menjejaskan kesihatannya dan
berkemungkinan mengidap kanser paru-paru atau strok akibat gaya hidupnya
yang tidak sihat ini.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


4  TOPIK 1 PENGENALAN GAYA HIDUP SIHAT

1.1.1 Definisi Gaya Hidup Sihat


Secara umumnya, gaya hidup sihat ditakrifkan sebagai proses atau amalan
kesihatan ke arah perubahan hidup yang memuaskan dan meliputi dari pelbagai
aspek termasuklah:

(a) Penjagaan pemakanan yang seimbang;

(b) Bersenam;

(c) Mengawal stres; dan

(d) Menghindari diri daripada aktiviti yang negatif dan berisiko.

Seterusnya, Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO − World Health Organization)


dalam prinsip perlembagaan pula mentakrifkan perkataan sihat sebagai:

Kesihatan ialah keadaan kesejahteraan yang lengkap dari segi fizikal, mental
serta sosial dan bukan sekadar bebas penyakit atau menjadi lemah.‰
(WHO, 2020)

Menurut WHO (1999), gaya hidup sihat ialah cara hidup yang mengurangkan
risiko sakit atau mati awal. Walaupun tidak semua penyakit boleh dielakkan,
namun sebahagian besar kematian, terutamanya yang berkaitan dengan penyakit
jantung koronari dan kanser paru-paru dapat dielakkan. Hal ini telah dibuktikan
melalui kajian saintifik yang telah mengenal pasti beberapa jenis tingkah laku
yang menyebabkan perkembangan penyakit yang tidak menular dan mati awal.

Seperti yang dinyatakan tadi, kesihatan bukan sahaja mengelakkan diri daripada
penyakit. Malahan, kesihatan juga adalah berkait rapat dengan kesejahteraan
fizikal, mental dan sosial. Apabila gaya hidup sihat diamalkan, model peranan
yang lebih positif dapat diberi kepada orang lain dalam keluarga, terutamanya
kanak-kanak.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 1 PENGENALAN GAYA HIDUP SIHAT  5

Tidak ketinggalan, Langille, Lyons dan Latta (2001) mendefinisikan gaya hidup
sihat sebagai satu „kehidupan yang seimbang‰ apabila seseorang membuat satu
pilihan dengan bijak. Mereka juga menerangkan bahawa gaya hidup yang sihat
adalah suatu amalan untuk:

(a) Mengurangkan masalah kesihatan;

(b) Pemulihan;

(c) Mengurangkan tekanan hidup; dan

(d) Meningkatkan mutu kehidupan.

1.1.2 Matlamat Gaya Hidup Sihat


Apakah matlamat gaya hidup sihat? Secara umumnya, matlamat gaya hidup sihat
adalah universal. Matlamat utama gaya hidup yang sihat adalah:

(a) Membentuk individu yang sihat dari aspek jasmani, mental dan rohani; dan

(b) Bebas daripada sebarang penyakit.

Seterusnya, untuk jangka masa panjang, corak gaya hidup sihat yang diamalkan
akan melahirkan sebuah masyarakat yang cergas dan aktif tanpa mengira
peringkat umur dan taraf sosioekonomi seseorang.

1.1.3 Komponen Gaya Hidup Sihat


Tahukah anda terdapat enam komponen penting dalam gaya hidup sihat? Enam
komponen penting ini diperlukan untuk memastikan objektif gaya hidup sihat
tercapai. Apakah enam komponen tersebut? Mari kita ketahuinya dengan melihat
Rajah 1.2.

Rajah 1.2: Enam komponen gaya hidup sihat

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


6  TOPIK 1 PENGENALAN GAYA HIDUP SIHAT

Apakah maksud bagi keenam-enam komponen ini? Mari kita lihat Jadual 1.1
untuk mengetahui jawapannya.

Jadual 1.1: Enam Komponen Gaya Hidup Sihat

Komponen Definisi
Mental Kebolehan untuk mengenal pasti realiti kehidupan dan menangani
masalah dengan bijak.
Merupakan kualiti sesuatu perhubungan sama ada antara ahli
Sosial
keluarga, rakan, guru dan lain-lain.
Mempamerkan emosi yang stabil dan positif melalui cara yang betul
Emosi terhadap diri sendiri dan menghadapi serta menghadapi cabaran hidup
dengan tenang.
Kemampuan tubuh melakukan sesuatu aktiviti serta menghindari diri
Fizikal
daripada penyalahgunaan dadah dan alkohol.
Persekitaran Memastikan persekitaran yang bersih untuk kesejahteraan bersama.
Keharmonian hubungan antara dimensi minda, badan dan kerohanian.
Kerohanian
Di samping itu, nilai, moral dan etika perlu dititikberatkan.

SEMAK KENDIRI 1.1

1. Berikan maksud gaya hidup sihat dengan perkataan anda sendiri.

2. Apakah matlamat gaya hidup sihat?

3. Senaraikan enam komponen gaya hidup sihat.

AKTIVITI 1.1

Mengapakah isu gaya hidup sihat ini hanya mendapat perhatian pada
masa kini? Mengapakah isu ini tidak timbul pada zaman pembangunan
Malaysia (zaman tahun 1970-an)? Bincangkan perkara ini dalam forum
myINSPIRE.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 1 PENGENALAN GAYA HIDUP SIHAT  7

1.2 KEPENTINGAN GAYA HIDUP SIHAT


TERHADAP KESIHATAN INDIVIDU,
AGENSI KERAJAAN DAN SWASTA SERTA
NEGARA
Menurut kajian, pada masa kini, terdapat kecenderungan masyarakat yang
kurang mengambil berat tentang aspek kesihatan diri. Sebaliknya, mereka hanya
mementingkan wang ringgit dan kebendaan semata-mata. Sikap sebegini tidak
wajar diamalkan kerana tanpa gaya hidup yang sihat, masyarakat tidak akan
dapat menikmati kekayaan yang diperoleh dengan sempurna.

Oleh itu, amalan hidup sihat amat penting untuk menjamin tahap kesihatan yang
baik. Mari kita lihat kepentingan gaya hidup sihat ini dengan lebih terperinci
terhadap individu, agensi kerajaan dan swasta serta negara dalam subtopik
seterusnya.

1.2.1 Kesihatan Individu


Individu yang cergas dan sihat merupakan salah satu asas yang penting untuk
memastikan negara kekal maju dan membangun. Lazimnya, apabila taraf hidup
kita meningkat, gaya hidup dan pemakanan kita juga akan berubah sehinggakan
kadangkala kita alpa terhadap kepentingan kesihatan diri.

Oleh itu, tidak hairanlah ramai individu pada masa kini berisiko tinggi terdedah
kepada pelbagai jenis penyakit seperti hipertensi atau tekanan darah tinggi,
kanser, kencing manis dan buah pinggang.

Apakah yang dimaksudkan dengan hipertensi? Hipertensi ialah penyakit


berbahaya kerana penyakit ini membebankan jantung dan menyebabkan
arteriosklerosis (pengerasan dinding arteri). Hipertensi yang tidak terkawal boleh
menyebabkan strok dengan merosakkan saluran darah otak dan menjadikannya
sempit, pecah atau bocor.

Tekanan darah tinggi juga boleh menyebabkan pembekuan darah terbentuk


dalam otak yang menghalang aliran darah dan berpotensi menjadi strok serta
boleh membawa maut. Di samping itu, seseorang individu yang tidak
mengamalkan cara hidup sihat berisiko menjadi obes yang akan menjejaskan
kesihatan diri seseorang (lihat Rajah 1.3).

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


8  TOPIK 1 PENGENALAN GAYA HIDUP SIHAT

Rajah 1.3: Perubahan keadaan berat badan dari berat yang unggul kepada obes

Akibatnya, terdapat individu yang sanggup melakukan apa-apa sahaja untuk


mencapai berat yang ideal seperti mengambil pelbagai jenis pil pelangsing yang
berbahaya sebagai jalan penyelesaian mudah.

Menurut klasifikasi indeks jisim tubuh (BMI − body mass index), berat badan yang
sihat dan unggul adalah dalam lingkungan 18.5 hingga 24.9. Apakah yang
dimaksudkan dengan indeks jisim tubuh dan bagaimanakah caranya untuk
mengira BMI?

Sebenarnya, menurut definisi yang diperoleh daripada laman web Kementerian


Kesihatan Malaysia, BMI ialah ukuran untuk menilai berat badan anda
berbanding dengan ketinggian (Kementerian Kesihatan Malaysia, 2020). BMI
dikira berdasarkan formula berikut:

Berat badan (kg)


BMI =
Tinggi (m) × Tinggi (m)

Sebagaimana dijelaskan tadi, berat badan yang sihat dan unggul adalah dalam
lingkungan 18.5 hingga 24.9. Jadi, bagaimanakah pula klasifikasi BMI yang lain?
Mari kita lihat Jadual 1.2 yang menunjukkan klasifikasi BMI.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 1 PENGENALAN GAYA HIDUP SIHAT  9

Jadual 1.2: Klasifikasi BMI

Berat BMI (kg/m2) Kategori


Kurang 18.5 Kurang berat badan
18.5 hingga 24.9 Mempunyai berat badan unggul
25 hingga 30 Berlebihan berat badan
30 atau lebih Obes

Sumber: Kementerian Kesihatan Malaysia (2020)

Berdasarkan Jadual 1.2, seseorang dikatakan obes apabila bacaan BMI mencecah
30 atau lebih, manakala bagi seseorang yang bacaan BMI kurang daripada 18.5,
maka seseorang dikatakan mengalami berat badan yang kurang. Anda akan
mempelajari dengan lebih lanjut tentang BMI dalam Topik 4 nanti.

1.2.2 Agensi Kerajaan dan Swasta


Bagi agensi kerajaan dan swasta, amalan gaya hidup yang sihat adalah amatlah
penting dan sangat dititikberatkan. Hal ini demikian kerana kakitangan kerajaan
dan swasta merupakan nadi penggerak bagi sesuatu syarikat atau organisasi.
Tanpa mereka, sesebuah organisasi tidak dapat beroperasi dengan efektif dan
seterusnya menjejaskan produktiviti. Keadaan ini akan menjadi lebih teruk
sekiranya mereka tidak mengamalkan gaya hidup yang sihat.

Stres atau tekanan merupakan satu penyakit psikologi yang selalu dialami oleh
kakitangan kerajaan dan swasta (lihat Rajah 1.4).

Rajah 1.4: Stres di tempat kerja

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


10  TOPIK 1 PENGENALAN GAYA HIDUP SIHAT

Apakah yang dimaksudkan dengan stres?

Stres boleh ditakrifkan sebagai tekanan yang berlaku ke atas diri seseorang
berpunca daripada rangsangan luaran dan dalaman.

Apakah punca stres? Punca stres adalah disebabkan pelbagai faktor persekitaran
individu seperti beban kerja atau masalah dengan rakan sekerja. Lazimnya,
seseorang yang mengalami stres tidak dapat mengawal perasaan dan emosi.

Mereka juga kurang mengamalkan gaya hidup yang sihat dan cenderung
melakukan aktiviti negatif seperti menghisap rokok, minum arak dan menghisap
dadah untuk menghilangkan tekanan. Terdapat juga dalam kalangan mereka
yang sanggup melakukan kegiatan jenayah seperti memukul, mengugut dan
membunuh demi melepaskan stres yang dialami mereka.

Mari kita lihat dua petikan daripada akhbar tempatan (dalam talian) yang
memaparkan gejala sosial yang melanda rakyat yang menghadapi tekanan.
Pertamanya, petikan daripada akhbar dalam talian Berita Harian yang merujuk
sumber Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (BERNAMA) seperti yang
dipaparkan dalam Rajah 1.5.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 1 PENGENALAN GAYA HIDUP SIHAT  11

Rajah 1.5: Contoh petikan akhbar dalam talian Berita Harian yang memaparkan gejala
stres yang melanda rakyat Malaysia
Sumber: BERNAMA (2018)

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


12  TOPIK 1 PENGENALAN GAYA HIDUP SIHAT

Rajah 1.6 pula memaparkan laporan akhbar dalam talian Sinar Harian mengenai
depresi.

Rajah 1.6: Contoh petikan akhbar dalam talian Sinar Harian yang memaparkan gejala
depresi dalam kalangan remaja
Sumber: Nurul Riduan Nor Ashaha (2019)

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 1 PENGENALAN GAYA HIDUP SIHAT  13

1.2.3 Negara
Rakyat yang lemah dari segi fizikal dan mental boleh menjejaskan kestabilan dan
produktiviti negara. Akibatnya, pembangunan negara akan terjejas sekiranya
rakyat tidak mengamalkan gaya hidup yang sihat. Oleh itu, rakyat yang sihat
merupakan aset yang penting untuk sesuatu negara.

Hal ini demikian kerana untuk menjadi negara yang terkenal, membangun dan
berdaya saing, rakyat mestilah menjaga kualiti kesejahteraan hidup mereka
dengan bersenam serta menjaga pemakanan. Negara yang maju tidak akan
bermakna sekiranya rakyatnya lemah dan sentiasa berpenyakit. Seterusnya,
keadaan ini akan mencemarkan reputasi negara yang sedang membangun.
Ekonomi negara juga akan terjejas kerana rakyatnya tidak produktif.

SEMAK KENDIRI 1.2

1. Apakah yang dimaksudkan dengan indeks jisim tubuh (BMI –


body mass index)?
2. Apakah yang dimaksudkan dengan stres dan apakah puncanya?

AKTIVITI 1.2

Kita berhadapan dengan pelbagai jenis stres setiap hari. Kadangkala,


kita sendiri tidak menyedarinya. Pakar psikologi menggalakkan kita
mengetahui sejauh mana kita boleh mengurus stres kita sendiri. Sila
layari laman web berikut:
https://psychcentral.com/quizzes/stress-test/

Seterusnya:

(a) Lengkapkan soal selidik Test Your Stress untuk mengenal pasti
cara anda mengawal tekanan.

(b) Catatkan skor anda.

(c) Bagaimanakah anda boleh memperbaiki skor yang rendah?


Bincangkan dalam forum myINSPIRE.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


14  TOPIK 1 PENGENALAN GAYA HIDUP SIHAT

1.3 PROMOSI GAYA HIDUP SIHAT


Promosi gaya hidup sihat merupakan satu aktiviti yang dilakukan untuk
menggalakkan masyarakat terus bergiat aktif dalam kehidupan seharian dan
mengamalkan cara hidup yang sihat.

Siapakah agensi penggerak gaya hidup sihat di Malaysia? Antara agensi


penggerak gaya hidup sihat di Malaysia ialah:

(a) Pada peringkat persekutuan − Kementerian Kesihatan Malaysia,


Kementerian Belia dan Sukan.

(b) Pada peringkat negeri − Kerajaan negeri merupakan induk yang penting
dalam mempromosikan gaya hidup sihat.

1.3.1 Kaedah Promosi


Pelbagai langkah promosi telah dilaksanakan oleh pihak kerajaan bagi
memastikan masyarakat terus mengamalkan gaya hidup sihat. Antara langkah
yang telah diambil oleh kerajaan adalah dengan menaik taraf segala kemudahan
dan prasarana sukan dan rekreasi seperti di taman rekreasi, padang, gelanggang
dan alat permainan pada peringkat negeri, bahagian, daerah dan kampung.

Di samping itu, kerajaan juga cuba mendapatkan bantuan lebih ramai pakar
kesihatan untuk membuat kajian terhadap beberapa gejala penyakit yang
dihadapi rakyat supaya gejala ini dapat dibendung lebih awal.

Langkah ini adalah penting untuk meyakinkan penduduk dan masyarakat


setempat bahawa kerajaan amat bersungguh-sungguh dalam melaksanakan
aktiviti dan memandang berat isu kesihatan rakyat demi melahirkan masyarakat
cergas dan sihat supaya negara lebih maju. Dengan peruntukan tinggi yang diberi
kepada setiap Ahli Parlimen dan Ahli Dewan Undangan Negeri untuk
melaksanakan aktiviti kesihatan, kerajaan berharap supaya setiap kemudahan
digunakan oleh masyarakat dengan sebaik-baiknya.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 1 PENGENALAN GAYA HIDUP SIHAT  15

Di samping itu, kerajaan bekerjasama dengan pihak Kementerian Kesihatan


Malaysia, dan Kementerian Belia dan Sukan dalam merencanakan pelbagai
aktiviti kesihatan untuk umum seperti mengadakan kempen berikut:

(a) Gaya Hidup Sihat;

(b) Kecergasan untuk Semua;

(c) Sihat Sepanjang Hayat; dan

(d) Hari Sukan Negara.

Apakah tujuan semua aktiviti ini? Semua aktiviti ini adalah bertujuan memberi
penekanan dan memfokuskan amalan yang boleh dilaksanakan oleh rakyat
Malaysia untuk meningkatkan kesihatan mereka.

Mari kita lihat dua keratan akhbar yang menunjukkan promosi kerajaan ke arah
melahirkan warga yang mementingkan kesihatan diri (lihat Rajah 1.7 dan
Rajah 1.8).

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


16  TOPIK 1 PENGENALAN GAYA HIDUP SIHAT

Rajah 1.7: Contoh petikan akhbar dalam talian Berita Harian yang memaparkan
promosi Kementerian Belia dan Sukan ke arah melahirkan warga yang mementingkan
kesihatan diri
Sumber: Mohd Aizat Shamsuddin (2019)

Kita lihat pula keratan akhbar dalam talian Utusan Borneo yang memaparkan
berita tentang Hari Sukan Negara (lihat Rajah 1.8).

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 1 PENGENALAN GAYA HIDUP SIHAT  17

Rajah 1.8: Contoh petikan akhbar dalam talian Utusan Borneo yang memaparkan berita
tentang Hari Sukan Negara
Sumber: Yusof Teppo (2019)

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


18  TOPIK 1 PENGENALAN GAYA HIDUP SIHAT

1.3.2 Kumpulan Sasar


Siapakah kumpulan sasar bagi promosi gaya hidup sihat? Kumpulan sasar utama
bagi aktiviti promosi gaya hidup sihat oleh Kementerian Kesihatan Malaysia
merangkumi:

(a) Kanak-kanak;

(b) Remaja;

(c) Dewasa; dan

(d) Warga emas.

Mengapakah kumpulan kanak-kanak turut disasarkan? Kumpulan kanak-kanak


turut dipilih kerana pada peringkat ini, mereka boleh dididik untuk mengamalkan
corak gaya hidup sihat sehingga dewasa.

Kumpulan sasar yang lain seperti remaja dan dewasa tidak diketepikan juga
kerana tahap kesihatan kumpulan ini juga perlu diubah supaya menjadi lebih
sihat dan produktif. Hal ini demikian kerana golongan ini ialah aset negara dalam
membentuk modal insan yang utama untuk membangunkan negara kita pada
masa kini dan masa hadapan. Bak kata pepatah Melayu, „Pemuda harapan
bangsa, pemudi tiang negara.‰

Selain itu, golongan warga emas juga tidak boleh diketepikan apabila kita
membicarakan kehidupan gaya sihat. Siapakah warga emas? Warga emas boleh
ditakrifkan sebagai mereka yang berumur 60 tahun ke atas (Jabatan Kebajikan
Masyarakat Malaysia, 2016).

Menurut Ketua Perangkawan, Jabatan Perangkaan Negara, Datuk Seri Dr Mohd


Uzir Mahidin, penduduk yang berumur 60 tahun dan lebih telah meningkat
kepada 10.3 peratus berbanding 10 peratus pada tahun 2018, iaitu kira-kira
4.24 juta daripada anggaran 32.4 juta jumlah penduduk Malaysia pada tahun 2019
(BERNAMA, 2019).

Apabila bilangan warga emas semakin meningkat, maka secara tidak langsung
menunjukkan jangka hayat yang lebih lama penduduk di Malaysia berikutan
kualiti hidup dan kemudahan perubatan lebih baik yang perlu disediakan oleh
pihak kerajaan.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 1 PENGENALAN GAYA HIDUP SIHAT  19

Secara purata, jangka hayat wanita negara ini ialah 77.3 tahun dan lelaki 72.2 tahun
(Jabatan Perangkaan Malaysia, 2019). Oleh itu, keadaan itu mempunyai kesan
besar terhadap kerajaan. Hal ini juga bermakna pada peringkat keluarga, anak
perlu memastikan penjagaan orang tua mereka.

1.3.3 Panduan Gaya Hidup Sihat


Akhirnya, apakah panduan gaya hidup sihat? Kita boleh mengamalkan panduan
yang dinyatakan dalam Rajah 1.9 ini untuk menikmati gaya hidup sihat.

Rajah 1.9: Antara panduan yang boleh diamalkan untuk mencapai gaya hidup sihat

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


20  TOPIK 1 PENGENALAN GAYA HIDUP SIHAT

SEMAK KENDIRI 1.3

1. Siapakah agensi penggerak gaya hidup sihat di Malaysia?

2. Siapakah kumpulan sasar bagi promosi gaya hidup sihat?

3. Nyatakan lima panduan yang boleh diamalkan untuk mencapai


gaya hidup sihat.

AKTIVITI 1.3

Cuba anda senaraikan panduan gaya hidup sihat yang lain dengan
melayari Internet. Kongsikan jawapan anda dalam forum myINSPIRE
untuk perbandingan dengan rakan sekursus.

• Secara umumnya, gaya hidup sihat berkait rapat dengan konsep kualiti hidup.

• Gaya hidup sihat boleh ditakrifkan sebagai proses atau amalan kesihatan ke
arah perubahan hidup yang memuaskan dan meliputi pelbagai aspek
termasuklah penjagaan pemakanan yang seimbang, bersenam, mengawal
stres serta menghindari diri daripada aktiviti yang negatif dan berisiko.

• Matlamat utama gaya hidup yang sihat adalah membentuk individu yang
sihat dari aspek jasmani, mental dan rohani serta bebas daripada sebarang
penyakit.

• Enam komponen gaya hidup sihat ialah mental, sosial, emosi, fizikal,
persekitaran dan kerohanian.

• Individu yang cergas dan sihat merupakan salah satu asas yang penting untuk
memastikan negara kekal maju dan membangun.

• Hipertensi, obesiti dan stres adalah punca daripada gaya hidup yang tidak
sihat.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 1 PENGENALAN GAYA HIDUP SIHAT  21

• Kakitangan kerajaan dan swasta merupakan nadi penggerak bagi sesuatu


syarikat atau organisasi. Tanpa mereka, sesebuah organisasi tidak dapat
beroperasi dengan efektif, lalu menjejaskan produktiviti. Keadaan ini akan
menjadi lebih teruk, sekiranya mereka tidak mengamalkan gaya hidup yang
sihat.

• Stres ialah satu penyakit psikologi yang selalu dialami oleh kakitangan
kerajaan dan swasta.

• Punca stres adalah disebabkan pelbagai faktor persekitaran individu seperti


beban kerja atau masalah dengan rakan sekerja.

• Rakyat yang lemah dari segi fizikal dan mental boleh menjejaskan kestabilan
dan produktiviti negara. Akibatnya, pembangunan negara akan terjejas,
sekiranya rakyat tidak mengamalkan gaya hidup yang sihat. Oleh itu, rakyat
yang sihat merupakan aset yang penting untuk sesuatu negara.

• Promosi gaya hidup sihat merupakan aktiviti yang dilakukan untuk


menggalakkan masyarakat terus bergiat aktif dalam kehidupan seharian dan
mengamalkan cara hidup yang sihat.

• Kerajaan mengambil pelbagai langkah untuk mempromosikan gaya hidup


sihat. Agensi penggerak gaya hidup sihat di Malaysia boleh dibahagikan
kepada dua, iaitu pada peringkat:

– Persekutuan: Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), dan Kementerian


Belia dan Sukan.

– Negeri: Kerajaan negeri.

• Antara langkah yang telah diambil oleh kerajaan adalah dengan menaik taraf
segala kemudahan dan prasarana sukan dan rekreasi, mendapatkan bantuan
lebih ramai pakar kesihatan untuk membuat kajian terhadap beberapa gejala
penyakit yang dihadapi rakyat dan kerjasama antara KKM dengan
Kementerian Belia dan Sukan dalam merencanakan pelbagai aktiviti kesihatan
untuk umum.

• Kumpulan sasar utama bagi aktiviti promosi gaya hidup sihat oleh KKM
merangkumi kanak-kanak, remaja, dewasa dan warga emas.

• Pelbagai panduan boleh diamalkan untuk menikmati gaya hidup sihat juga
disyorkan. Antaranya adalah mencapai berat badan yang ideal, meningkatkan
aktiviti fizikal, meningkatkan pengambilan serat, mengehadkan lemak dalam
diet dan menangani stres dengan bijak.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


22  TOPIK 1 PENGENALAN GAYA HIDUP SIHAT

Emosi Kumpulan sasar


Fizikal Matlamat
Gaya hidup sihat Mental
Hipertensi Obes

Indeks jisim tubuh (BMI − body mass Panduan


index)
Persekitaran
Kerohanian
Promosi
Kesihatan individu
Sosial
Kualiti hidup
Stres

Jabatan Kebajikan Masyarakat Malaysia. (2016). Definisi warga emas. Dicapai dari
http://www.jkm.gov.my/jkm/index.php?r=portal/left&id=VEpUUXV3T
HFURkZETmxWNjZpQ1BXdz09

Jabatan Perangkaan Malaysia. (2019). Jadual hayat ringkas, Malaysia, 2017−2019.


Dicapai dari https://www.dosm.gov.my/v1/index.php?r=column/ctheme
ByCat&cat=116&bul_id=YnV4S1FyVnNzUWJlQ3F5NHVMeFY3UT09&me
nu_id=L0pheU43NWJwRWVSZklWdzQ4TlhUUT09

Kementerian Kesihatan Malaysia. (2020). Indeks jisim tubuh (BMI). Dicapai dari
http://www.myhealth.gov.my/indeks-jisim-tubuh-ijt/

Langille, L., Lyons, R., & Latta, R. (2001). Increasing wellness in Canadians: The
role of health charities. Dicapai dari http://www.healthcharities.ca/
media/2696/discussion_0401.pdf

Mohd Aizat Shamsuddin. (2019, Jun 22). Kesihatan rakyat, KPI dalam budaya
sukan negara. Berita Harian. Dicapai dari https://www.bharian.com.my/
berita/nasional/2019/06/576890/kesihatan-rakyat-kpi-dalam-budaya-
sukan-negara

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 1 PENGENALAN GAYA HIDUP SIHAT  23

Nurul Riduan Nor Ashaha. (2019, Mei 21). Depresi pembunuh senyap remaja
Malaysia. Sinar Harian. Dicapai dari https://www.sinarharian.com.my/
article/29093/Analisis-Sinar/Depresi-pembunuh-senyap-remaja-Malaysia

Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (BERNAMA). (2018, Ogos 5). Stres punca
lebih ramai rakyat alami dipresi. Berita Harian. Dicapai dari https://www.
bharian.com.my/berita/nasional/2018/08/458121/stres-punca-lebih-
ramai-rakyat-alami-dipresi

Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (BERNAMA). (2019, Julai 15). Jumlah


penduduk Malaysia pada 2019 dianggarkan 32.6 juta. Astro Awani. Dicapai
dari http://www.astroawani.com/berita-malaysia/jumlah-penduduk-
malaysia-pada-2019-dianggarkan-32-6-juta-212693

Seaward, B. L. (2018). Managing stress: Principles and strategies for health and
well-being (Ed. ke-9). Burlington, MA: Jones & Bartlett Learning.

Thirlaway, K., & Upton, D. (2009). The psychology of lifestyle promoting healthy
behaviour. Oxfordshire, United Kingdom: Routledge.

World Health Organization (WHO). (1999). Healthy living: What is a healthy


lifestyle? Copenhagen, Switzerland: WHO Regional Office for Europe.

World Health Organization (WHO). (2020). Frequently asked questions: What is


the WHO definition of health? Dicapai dari https://www.who.int/
about/who-we-are/frequently-asked-questions

Yusop Teppo. (2019). Hari sukan negara mampu pupuk pelajar amal gaya hidup
sihat. Utusan Borneo Online. Dicapai dari https://www.utusanborneo.
com.my/2019/10/17/hari-sukan-negara-mampu-pupuk-pelajar-amal-
gaya-hidup-sihat

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)

Anda mungkin juga menyukai