Anda di halaman 1dari 15

Topik  Pengajaran

dan
9 Pembelajaran
(P&P)
Kemahiran
Menulis
HASIL PEMBELAJARAN
Pada akhir topik ini, anda seharusnya dapat:
1. Menjelaskan tujuan, latihan, strategi dan penilaian kemahiran
pramenulis;
2. Menghuraikan pengayaan penulisan; dan
3. Mempraktikkan strategi pengajaran dan pembelajaran (P&P)
kemahiran menulis mekanis.

 PENGENALAN
Seperti yang telah dinyatakan dalam topik lepas, kemahiran menulis ialah
kemahiran yang paling tinggi dalam senarai kemahiran berbahasa. Oleh itu,
pengajaran kemahiran menulis hanya boleh berlaku setelah kesemua kemahiran
berbahasa yang lain telah dikuasai.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


158  TOPIK 9 PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN (P&P) KEMAHIRAN MENULIS

Dalam hal ini, pengajaran dan pembelajaran (P&P) kemahiran menulis meliputi
kemahiran menulis mekanis dan kemahiran menulis mentalis (mengarang).
Kemahiran menulis mekanis mengeksploitasi aspek fizikal dan mekanikal
penulis, manakala kemahiran menulis mentalis pula melibatkan aspek psikologi,
intelek dan kognitif.

Dari segi susunan kemahiran pula, kemahiran menulis mekanis perlu dikuasai
terlebih dahulu sebelum kemahiran menulis mentalis boleh dikuasai. Penguasaan
kemahiran menulis mekanis sebenarnya bermula dengan penguasaan kemahiran
pramenulis yang lebih bersifat fizikal dan mekanikal.

Oleh itu, topik ini akan memfokuskan kemahiran menulis mekanis untuk anda
kuasai bermula dengan tujuan, latihan, strategi dan penilaian kemahiran
pramenulis, diikuti dengan pengayaan penulisan, dan diakhiri dengan strategi
P&P kemahiran menulis mekanis. Mari kita teruskan!

9.1 KEMAHIRAN PRAMENULIS


Sebagaimana yang dinyatakan lebih awal, bahawa aktiviti penulisan ialah
gabungan antara aspek pelbagai aspek seperti yang dipaparkan dalam Rajah 9.1.

Rajah 9.1: Aktiviti penulisan merupakan gabungan kemahiran menulis mekanis dengan
kemahiran menulis mentalis

Hal ini bermakna bahawa penguasaan dalam kemahiran ini memerlukan


seseorang itu mahir dalam aspek mekanikal dan cerdas pula dalam aspek
psikologi dan kognitifnya. Dalam konteks P&P kemahiran menulis, aspek
mekanikal ini terkandung dalam aktiviti sebelum proses penulisan sebenar atau
lebih dikenal sebagai aktiviti pramenulis.

Pada masa kini, penggunaan teknologi maklumat menjadi trend terkini dalam
mengubah cara dan rentak hidup para guru sastera ke arah menukar pemikiran
dan cita rasa. Anda sebagai guru perlu meneroka dan memahami kehidupan
semasa dan cita rasa generasi baharu dan mendatang terhadap bahan sastera,
selain berusaha menyesuaikan diri dengan perubahan sebarang suasana. Anda
juga harus mempunyai visi dan wawasan yang tajam dalam kehidupan.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 9 PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN (P&P) KEMAHIRAN MENULIS  159

Oleh itu, pengajaran wajar menggarab penerokaan tema baharu yang relevan, di
samping cuba mencipta genre dan pendekatan sastera baharu yang paling
berkesan untuk ruang siber.

9.1.1 Tujuan dan Latihan Kemahiran Pramenulis


Anda telah mempelajari tentang kemahiran ini dalam topik yang lepas. Masihkah
anda ingat? Apakah yang dimaksudkan dengan kemahiran pramenulis?

Kemahiran pramenulis ialah suatu kemahiran yang diperoleh apabila para


murid telah mempunyai keupayaan menggunakan alat tulis dan mengetahui
teknik serta cara gerakan tangan untuk membentuk huruf.

Oleh itu, penguasaan kemahiran pramenulis bermaksud seseorang murid telah


bersedia untuk memulakan penulisan mekanis. Apakah kemahiran yang perlu
dikuasai oleh murid dalam kemahiran pramenulis? Antara kemahiran pramenulis
ialah:
(a) Boleh menggerakkan tangan untuk aktiviti menulis;
(b) Menguasai kemahiran pergerakan mata untuk aktiviti menulis; dan
(c) Boleh mengkoordinasi tangan dengan mata untuk aktiviti menulis.

Apakah latihan yang boleh membentuk kemahiran pramenulis? Antara latihan


yang boleh membentuk kemahiran tersebut ialah:
(a) Latihan mengikut garisan putus-putus membentuk garisan atau bentuk;
(b) Latihan mewarnakan bentuk atau objek secara terarah;
(c) Latihan membentuk bulatan di udara, di meja atau di pasir;
(d) Latihan gerak jari;
(e) Latihan membentuk garisan lurus secara bebas;
(f) Latihan membentuk corak pelbagai bentuk secara bebas; dan
(g) Latihan melukis gambar yang mempunyai garisan lurus dan bulat.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


160  TOPIK 9 PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN (P&P) KEMAHIRAN MENULIS

9.1.2 Strategi Pengajaran dan Pembelajaran (P&P)


Kemahiran Pramenulis
Setelah murid menguasai kemahiran mekanikal asas untuk aktiviti menulis,
mereka boleh didedahkan dengan strategi yang dinyatakan dalam Rajah 9.2.

Rajah 9.2: Empat strategi P&P pramenulis

Empat strategi ini mempunyai tujuan dan kebaikan tertentu yang boleh
menggerakkan murid ke arah penulisan mekanis. Mari kita lihat empat strategi ini
dengan lebih lanjut dalam Jadual 9.1.

Jadual 9.1: Empat Strategi P&P Pramenulis dan Huraiannya

Strategi Huraian
Menekap Apakah maksud menekap? Menekap ialah aktiviti membentuk objek
menggunakan bentuk atau gambar sedia ada. Menekap dibuat dengan
cara meletakkan objek yang akan ditekapkan di atas kertas. Murid akan
melukis bentuk objek berpandukan objek tersebut.
Aktiviti menekap boleh dimulakan dengan tekapan bentuk bulat,
persegi dan sebagainya. Kemudian, guru boleh memberikan bentuk
huruf untuk ditekap. Strategi ini bertujuan membiasakan murid
menggunakan alat tulis. Pada masa yang sama, dapat mendedahkan
murid pada pelbagai bentuk dalam tulisan.
Menyurih Apakah takrifan bagi menyurih? Menyurih pula ialah aktiviti
membentuk dan melakar gambar menggunakan kertas surih. Aktiviti
ini dibuat dengan cara meletakkan kertas surih di atas gambar atau
objek yang akan dilakar dan murid akan melakarkan objek atau gambar
tadi di atas kertas surih.
Sebagaimana dalam aktiviti menekap, aktiviti menyurih boleh dimulai
dengan surihan gambar atau bentuk objek. Strategi menyurih akan
mendedahkan murid pada bentuk dan gaya penulisan.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 9 PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN (P&P) KEMAHIRAN MENULIS  161

Meniru Apakah yang dimaksudkan dengan meniru dalam konteks ini? Meniru
ialah aktiviti melakar semula sesuatu objek atau gambar berpandukan
gambar objek tersebut. Dalam aktiviti meniru ini, murid perlu
ditegaskan supaya mengambil kira semua aspek yang terdapat dalam
gambar objek yang ditiru.
Dari segi bahan atau objek yang ditiru, guru boleh memulakannya
dengan gambar objek yang mudah dan beransur-ansur meningkat
kepada tahap sukar. Strategi ini kemudiannya digunakan untuk melatih
murid meniru pelbagai bentuk huruf.
Apakah kepentingan strategi ini? Sebagai suatu strategi pengajaran
kemahiran pramenulis, meniru akan membantu murid membina
keyakinan diri untuk melakar secara bebas dan pada masa yang sama,
mereka dapat melatih tangan dan mata untuk koordinasi.
Menyalin Apakah yang boleh anda kata tentang menyalin? Menyalin bermaksud
menulis semula bahan yang diberi. Strategi ini digunakan apabila murid
telah berjaya menggunakan alat tulis untuk menekap, menyurih dan
meniru. Strategi ini dianggap paling tinggi dalam hierarki strategi
pengajaran pramenulis.
Dalam strategi ini, murid diminta menyalin semula perkataan atau ayat
mudah. Strategi ini menekankan ketepatan bentuk, kekemasan dan
susun atur yang menarik.
Oleh itu, guru perlu menegaskan supaya peniruan dibuat dengan cara
berhati-hati dan terancang. Kertas yang bergaris boleh digunakan untuk
mendedahkan murid terhadap susun atur dan saiz tulisan yang
dikehendaki. Strategi ini amat sesuai digunakan untuk melatih ketelitian
dan kekemasan tulisan dalam kalangan murid.

9.1.3 Tujuan Penilaian Kemahiran Pramenulis


Apakah tujuan penilaian kemahiran pramenulis? Tujuan penilaian kemahiran
pramenulis adalah memotivasikan murid ke arah bentuk dan cara tulisan yang
baik. Tulisan yang baik perlu dipaparkan kepada semua murid sebagai contoh
dan galakan kepada murid lain.

Apakah aspek yang boleh dinilai dalam kemahiran pramenulis? Antara aspek
yang boleh dinilai dalam kemahiran pramenulis adalah seperti yang berikut:
(a) Ketepatan bentuk huruf;
(b) Kesesuaian saiz huruf;
(c) Perbezaan bentuk dan saiz huruf besar dengan huruf kecil;

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


162  TOPIK 9 PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN (P&P) KEMAHIRAN MENULIS

(d) Jarak atau ruang yang sesuai di antara huruf dan di antara perkataan; dan
(e) Kekemasan tulisan secara keseluruhan.

SEMAK KENDIRI 9.1


1. Apakah yang dimaksudkan dengan kemahiran pramenulis?
2. Apakah latihan yang boleh membentuk kemahiran pramenulis?
3. Huraikan empat strategi pengajaran dan pembelajaran (P&P)
kemahiran pramenulis.
4. Apakah tujuan dan aspek penilaian dalam kemahiran pramenulis?

9.2 PENGAYAAN PENULISAN


Apakah yang dimaksudkan dengan pengayaan penulisan?

Pengayaan penulisan bermaksud menulis bagi tujuan pembacaan atau


penulisan yang melibatkan aspek psikologi dan kognitif.

Bilakah pengayaan penulisan boleh dijalankan? Pengayaan penulisan boleh


dijalankan apabila murid telah menguasai aspek mekanis tulisan. Dalam hal ini,
terdapat tiga peringkat pengayaan penulisan seperti yang dinyatakan dalam
Rajah 9.3.

Rajah 9.3: Tiga peringkat pengayaan penulisan

Keterangan lanjut mengenai tiga peringkat ini diberikan dalam subtopik yang
seterusnya.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 9 PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN (P&P) KEMAHIRAN MENULIS  163

9.2.1 Prapenulisan
Pada peringkat prapenulisan, murid akan diberi masa untuk meneroka tajuk
penulisan yang diberi dengan panduan guru. Dalam peringkat ini, mereka perlu
mencari, mengumpul maklumat dan menulis draf melalui pelbagai aktiviti.
Antara aktiviti tersebut adalah sumbang saran, perbincangan, perbahasan dan
membuat rujukan untuk mencari isi atau bahan yang akan ditulis.

Dalam hal ini juga, pengetahuan sedia ada murid menjadi unsur utama yang
membantu mereka dalam proses mengumpul dan memilih maklumat yang
berkaitan.

Berdasarkan maklumat yang telah diperoleh, murid akan menulis rangka atau
draf tulisan. Dalam penulisan draf, guru perlu menegaskan tentang struktur
sesuatu tulisan yang mengandungi pengenalan, perbincangan isi dan penutup.
Berdasarkan struktur tersebut, murid akan memadankan segala maklumat yang
telah dikumpulkan untuk dijadikan draf tulisan.

9.2.2 Penulisan
Peringkat seterusnya ialah penulisan. Pada peringkat ini, murid akan menulis
berdasarkan draf yang telah dibuat. Seterusnya, mereka perlu menyemak,
menyunting dan menerbitkan bahan penulisan.

Dalam peringkat ini, ketepatan tatabahasa, gaya persembahan dan


kesinambungan idea perlu diambil perhatian serius. Semua unsur ini menjadi
fokus dalam proses mengedit yang dibuat selepas itu. Proses mengedit ini boleh
dilakukan secara kendiri ataupun secara berpasangan.

Secara umumnya, penyuntingan ini melibatkan perincian seperti yang berikut:


(a) Pembinaan dan pengembangan isi dengan bukti dan alasan;
(b) Kesinambungan isi/idea secara perenggan;
(c) Ayat yang tepat dan jelas;
(d) Pilihan kata yang sesuai dan tepat;
(e) Penggunaan tanda baca yang tepat; dan
(f) Struktur pengenalan, isi dan penutup yang jelas.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


164  TOPIK 9 PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN (P&P) KEMAHIRAN MENULIS

Sebarang kesilapan atau ketidaksesuaian yang terdapat dalam tulisan itu perlu
ditandakan dan dicadangkan pembetulannya. Selepas ini, tulisan tersebut perlu
ditulis semula sebagai tulisan sebenar yang akan diterbitkan atau disebarkan.

9.2.3 Pascapenulisan
Apakah definisi bagi pascapenulisan?

Pascapenulisan ialah peringkat aplikasi kemahiran penulisan secara


keseluruhannya.

Pada peringkat ini, murid mempunyai keyakinan diri dan kemahiran mengolah
maklumat dalam tulisan. Apakah aktiviti penulisan yang sesuai untuk peringkat
ini? Penulisan kreatif dan rekreasi boleh dijadikan aktiviti penulisan pada
peringkat ini. Antara bentuk penulisan yang dikategorikan dalam peringkat ini
termasuklah:
(a) Menyambung cerita;
(b) Menulis cerpen;
(c) Menulis skrip drama;
(d) Menulis teks ucapan, perbahasan dan sebagainya; dan
(e) Menulis kenyataan dan pengumuman.

SEMAK KENDIRI 9.2


1. Apakah yang dimaksudkan dengan pengayaan penulisan?
2. Jelaskan tiga peringkat pengayaan penulisan.

AKTIVITI 9.1
Bincangkan dalam forum myINSPIRE:
(a) Sumber yang boleh membantu proses mengumpul maklumat
dalam peringkat prapenulisan.
(b) Bentuk penulisan kreatif dalam peringkat pascapenulisan.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 9 PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN (P&P) KEMAHIRAN MENULIS  165

9.3 STRATEGI PENGAJARAN DAN


PEMBELAJARAN (P&P) KEMAHIRAN
MENULIS MEKANIS
Seperti yang dinyatakan tadi, kemahiran menulis mekanis adalah sangat penting
dalam konteks kemahiran berbahasa. Hal ini demikian kerana tulisan mekanis
ialah medium yang akan memaparkan lambang dan simbol bermakna yang akan
dikaitkan dengan kemahiran berbahasa yang lain, iaitu kemahiran membaca.

Jika tiada sesuatu bentuk mekanis yang boleh dijadikan lambang atau simbol yang
boleh ditafsirkan, maka semua maklumat, idea dan cetusan perasaan yang
terdapat dalam fikiran seseorang penulis tidak akan dapat dijelmakan.

Oleh itu, banyak pengkaji berpendapat bahawa, kemahiran menulis mekanis


adalah amat penting berbanding kemahiran lain dalam aktiviti penulisan.
Sehubungan dengan itu, tajuk ini akan membincangkan konsep, tujuan, teknik
dan kaedah dalam P&P kemahiran ini.

9.3.1 Konsep dan Tujuan Mengajar Kemahiran


Menulis Mekanis
Apakah takrifan bagi kemahiran menulis mekanis?

Kemahiran menulis mekanis ialah keupayaan seseorang membentuk,


melakarkan dan menyusun pelbagai huruf untuk membentuk perkataan, ayat
dan seterusnya perenggan.

Sehubungan dengan itu, penulisan mekanis mengandungi kemahiran seperti:


(a) Pergerakan otot tangan dan jari untuk membentuk;
(b) Koordinasi tangan dengan mata untuk menulis;
(c) Membentuk huruf yang sesuai, saiz, kecondongan dan jarak (ruang); dan
(d) Menulis secara pantas, jelas dan kemas.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


166  TOPIK 9 PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN (P&P) KEMAHIRAN MENULIS

Sebagai suatu bentuk simbol dan lambang, penulisan mekanis diajarkan supaya
seseorang itu boleh melahirkan idea dan cetusan perasaan dengan tepat dan jelas.
Hal ini demikian kerana kesalahan penggunaan simbol, bentuk huruf, jarak, tanda
baca, pilihan huruf besar/kecil dan susunan perkataan akan menjejaskan maksud
yang cuba disampaikan dalam sesebuah tulisan itu.

9.3.2 Teknik Pengajaran dan Pembelajaran (P&P)


Kemahiran Menulis Mekanis
Secara amnya, terdapat tiga teknik yang boleh digunakan dalam P&P kemahiran
menulis mekanis (lihat Rajah 9.4).

Rajah 9.4: Tiga teknik P&P kemahiran menulis mekanis

Tiga teknik ini dihuraikan dengan lebih lanjut dalam Jadual 9.2.

Jadual 9.2: Tiga Teknik P&P Kemahiran Menulis Mekanis dan Huraiannya

Teknik Huraian
Latih tubi Masihkah anda ingat teknik ini? Teknik latih tubi ialah aktiviti
pengulangan kemahiran atau kecekapan yang telah dipelajari sehingga
mencapai tahap penguasaan yang lebih baik.
Di samping mempertingkat tahap penguasaan, teknik ini bertujuan
supaya kemahiran tersebut terjamin ketekalannya. Dalam pengajaran
kemahiran menulis mekanis, teknik ini boleh digunakan untuk melatih
murid menulis bentuk huruf yang betul.
Teater Anda juga telah mempelajari teknik ini. Masihkah anda ingat
pembaca maksudnya? Teater pembaca ialah suatu aktiviti pembacaan yang
menggunakan intonasi yang sesuai dengan watak atau dialog yang
terdapat dalam teks.
Kebiasaannya, teater pembaca melibatkan petikan teks yang berbentuk
dialog. Dalam pengajaran kemahiran menulis mekanis, teknik ini boleh
digunakan untuk melatih murid menulis berdasarkan dialog yang
dibaca. Guru boleh bertindak sebagai pembaca, manakala murid akan
menuliskan apa-apa yang dibaca.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 9 PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN (P&P) KEMAHIRAN MENULIS  167

Word Apakah maksud teknik ini? Word attacking ialah teknik pengajaran dan
attacking pembelajaran kemahiran menulis mekanis yang menekankan
penggunaan perkataan yang mempunyai impak psikologi dan
pemikiran. Contohnya, penggunaan rangkai kata „ibu kusayang‰ kepada
murid yang tinggal berjauhan dengan ibu bapa akan menjadikan murid
tersebut lebih berminat dan teliti terhadap penulisan rangkai kata
tersebut.

9.3.3 Kaedah Pengajaran dan Pembelajaran (P&P)


Kemahiran Menulis Mekanis
Akhir sekali, mari kita lihat kaedah P&P kemahiran menulis mekanis. Tahukah
anda terdapat tiga kaedah yang sesuai digunakan dalam pengajaran kemahiran
menulis mekanis? Tiga kaedah tersebut dinyatakan dalam Rajah 9.5.

Rajah 9.5: Tiga kaedah P&P kemahiran menulis mekanis

Seterusnya, mari kita lihat Jadual 9.3 yang menerangkan tiga kaedah ini dengan
lebih lanjut.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


168  TOPIK 9 PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN (P&P) KEMAHIRAN MENULIS

Jadual 9.3: Tiga Kaedah P&P Kemahiran Menulis Mekanis dan Huraiannya

Kaedah Huraian
Kaedah fonik Kaedah fonik menekankan penulisan berdasarkan bunyi suku kata,
perkataan dan ayat. Dalam kaedah ini, murid dilatih menulis
berdasarkan pendengaran atau bunyi dan bukannya berdasarkan
peniruan. Melalui kaedah ini juga, murid dilatih mendengar dan
menuliskan apa-apa yang didengar dengan tepat.
Antara pertimbangan yang boleh digunakan dalam pengajaran
kaedah ini adalah seperti yang berikut:
(a) Penekanan kepada intonasi dan rima perkataan atau ayat;
(b) Sajak, pantun, syair, bahasa berirama dan lagu ialah bahan
yang berkesan;
(c) Pendengaran diikuti dengan teks bertulis;
(d) Proses penulisan mengambil kira struktur dan intonasi; dan
(e) Ketelitian terhadap bunyi membantu pengejaan yang tepat.
Kaedah Kaedah perkataan menekankan penggunaan perkataan sebagai
perkataan bahan tulisan. Dalam kaedah ini, murid dilatih menulis pelbagai
perkataan sebagai asas untuk penulisan sebenar. Dalam konteks
pengajarannya, kaedah ini menggunakan perkataan yang bermakna
dan berkait rapat dengan pengetahuan sedia ada murid untuk
memudahkan mereka menulis dan mengeja dengan tepat.
Aktiviti ejaan sangat berkesan untuk memberikan motivasi kepada
murid. Kaedah ini bertentangan dengan kaedah fonik yang
menekankan bunyi bahasa yang bermula dengan huruf.
Kaedah Kaedah seluruh bahasa berasaskan andaian bahawa penulisan ialah
seluruh proses memberikan maklumat, memujuk dan meluahkan perasaan.
bahasa (whole Oleh itu, kaedah ini menekankan penulisan yang bersesuaian dengan
language) keperluan dan kehidupan seharian murid. Surat, catatan
pengalaman, teks ucapan, kertas kerja dan sebagainya adalah antara
bahan yang boleh dieksploitasi untuk tujuan P&P.
Apakah prinsip P&P kaedah ini? Antara prinsip P&P yang terdapat
dalam kaedah ini adalah:
(a) Bahan autentik dan pengalaman kebahasaan ialah teras
pembelajaran;
(b) Kemahiran diajarkan dalam konteks keperluan penggunaan dan
minat murid;
(c) Guru dan murid ialah pembuat keputusan yang
bertanggungjawab;
(d) Murid ialah kumpulan yang mempunyai kemampuan dan
berpotensi; dan
(e) Penilaian ialah proses yang berterusan.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 9 PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN (P&P) KEMAHIRAN MENULIS  169

SEMAK KENDIRI 9.3

1. Apakah yang dimaksudkan dengan kemahiran menulis mekanis?


2. Huraikan tiga teknik dan tiga kaedah yang boleh digunakan dalam
P&P kemahiran menulis mekanis?

AKTIVITI 9.2
Bincangkan dalam forum myINSPIRE mengenai perbezaan dan
persamaan antara teknik word attacking dengan kaedah perkataan.

• Kemahiran pramenulis melibatkan penguasaan aspek mekanikal dalam


penulisan.

 Kemahiran pramenulis ialah suatu kemahiran yang diperoleh apabila murid


telah mempunyai keupayaan menggunakan alat tulis dan mengetahui teknik
serta cara gerakan tangan untuk membentuk huruf.

 Penguasaan kemahiran pramenulis bermaksud seseorang murid telah


bersedia untuk memulakan penulisan mekanis.

 Antara latihan yang boleh membentuk kemahiran pramenulis ialah latihan


gerak jari, latihan membentuk garisan lurus secara bebas dan latihan
membentuk corak pelbagai bentuk secara bebas.

 Terdapat empat strategi pengajaran dan pembelajaran (P&P) kemahiran


pramenulis, iaitu menekap, menyurih, meniru dan menyalin.

 Antara aspek yang boleh dinilai dalam kemahiran pramenulis ialah ketepatan
bentuk huruf, kesesuaian saiz huruf dan kekemasan tulisan secara
keseluruhan.

 Pengayaan penulisan bermaksud menulis bagi tujuan pembacaan atau


penulisan yang melibatkan aspek psikologi dan kognitif.

 Terdapat tiga peringkat pengayaan penulisan, iaitu peringkat prapenulisan,


peringkat penulisan dan peringkat pascapenulisan.
Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)
170  TOPIK 9 PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN (P&P) KEMAHIRAN MENULIS

 Kemahiran menulis mekanis ialah keupayaan seseorang membentuk,


melakarkan dan menyusun huruf untuk membentuk perkataan, ayat dan
seterusnya perenggan.

 Penulisan mekanis penting untuk membolehkan aktiviti penulisan sebenar


dilakukan.

 Tiga teknik P&P kemahiran menulis mekanis ialah latih tubi, teater pembaca
dan word attacking.

 Tiga kaedah P&P kemahiran menulis mekanis ialah kaedah fonik, kaedah
perkataan dan kaedah whole language.

Kaedah fonik Menyurih


Kaedah perkataan Pengayaan penulisan
Kaedah seluruh perkataan (whole Penulisan mekanis
language)
Peringkat pascapenulisan
Kemahiran menulis mentalis
Peringkat penulisan
Kemahiran pramenulis
Peringkat prapenulisan
Latih tubi
Teater pembaca
Menekap
Word attacking
Meniru
Menyalin

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 9 PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN (P&P) KEMAHIRAN MENULIS  171

Abd Aziz Abd Talib. (2000). Pedagogi bahasa Melayu: Prinsip, kaedah dan teknik.
Kuala Lumpur, Malaysia: Utusan Publications & Distributors.

Adenan Ayob, & Khairuddin Mohamad. (2012). Kaedah pengajaran bahasa


Melayu. Shah Alam, Malaysia: Oxford Fajar.

Institut Bahasa. (1992). Asas kemahiran berbahasa KBSR. Kuala Lumpur,


Malaysia: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Institut Bahasa. (1994). Strategi pendidikan bahasa Melayu. Kuala Lumpur,


Malaysia: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Kamarudin Husin, & Siti Hajar Abdul Aziz. (1997). Penguasaan kemahiran
menulis. Kuala Lumpur, Malaysia: Kumpulan Budiman.

Kamarudin Husin. (1995). Perkaedahan mengajar bahasa. Kuala Lumpur,


Malaysia: Kumpulan Budiman.

Kamarudin Husin. (1997). Pengajian Melayu 1: Ilmu bahasa dan kecekapan


berbahasa. Kuala Lumpur, Malaysia: Kumpulan Budiman.

Kamarudin Husin. (1998). Pedagogi bahasa. Kuala Lumpur, Malaysia: Kumpulan


Budiman.

Kementerian Pendidikan Malaysia. (2003). Huraian sukatan pelajaran kurikulum


bersepadu sekolah rendah: Tahun 4: Bahasa Melayu. Kuala Lumpur,
Malaysia: Pusat Perkembangan Kurikulum.

Kementerian Pendidikan Malaysia. (2003). Sukatan pelajaran kurikulum


bersepadu sekolah rendah: Bahasa Melayu. Kuala Lumpur, Malaysia: Pusat
Perkembangan Kurikulum.

Kementerian Pendidikan Malaysia. (2018). Kurikulum standard sekolah


menengah: Bahasa Melayu – Dokumen standard kurikulum dan pentaksiran
– Tingkatan 4 dan 5. Putrajaya, Malaysia: Bahagian Pembangunan
Kurikulum.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)

Anda mungkin juga menyukai