Anda di halaman 1dari 19

Topik  Rehat,

7 Istirahat, Tidur
dan Masa
Senggang
HASIL PEMBELAJARAN

Pada akhir topik ini, anda seharusnya dapat:


1. Mendefinisikan rehat, istirahat, tidur dan senggang;
2. Mengenal pasti aktiviti yang boleh dilakukan ketika rehat, istirahat
dan masa senggang;
3. Menjelaskan dua jenis rehat;
4. Menghuraikan peringkat dan kecelaruan tidur serta keperluannya
dalam kehidupan; dan
5. Membincangkan kepentingan rehat, istirahat, tidur dan masa
senggang terhadap gaya hidup sihat kepada individu, kerjayanya
dan persekitaran sekeliling.

 PENGENALAN
Adakah anda bersetuju atau sependapat dengan mutiara kata berikut (lihat
Rajah 7.1)?

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


148  TOPIK 7 REHAT, ISTIRAHAT, TIDUR DAN MASA SENGGANG

Rajah 7.1: Mutiara kata tentang masa lapang

Apakah kesimpulan kata mutiara kata tadi? Dalam zaman yang serba moden dan
pantas ini, kesibukan sentiasa membelenggu kita. Masa lapang adalah seperti
„emas‰; sangat berharga dan bernilai.

Oleh itu dalam topik ini, ia akan memperkenalkan konsep rehat, istirahat, tidur
dan senggang. Topik ini akan menerangkan definisi rehat, istirahat, tidur dan
senggang, diikuti dengan aktiviti bagi rehat, istirahat dan senggang. Kemudian,
anda akan diperkenalkan dengan dua jenis rehat.

Seterusnya, kita akan memfokuskan tidur, iaitu mengenai peringkat tidur,


kecelaruan tidur dan keperluannya dalam kehidupan. Akhirnya, kepentingan
rehat, istirahat, tidur dan senggang terhadap gaya hidup sihat sama ada pada diri,
kerjaya dan persekitaran anda akan turut dikupas. Selamat membaca!

7.1 DEFINISI
Masyarakat yang hidup dalam kesibukan kerja atau kehidupan harian semestinya
memerlukan rehat, istirahat, tidur dan waktu senggang yang cukup. Sewajarnya,
setiap individu tidak kira tua muda, lelaki atau wanita perlu memberi penekanan
serius terhadap keadaan kesihatan mereka kerana kekurangan rehat akan
memudaratkan kesihatan mereka.

Sebelum meneruskan perbincangan, tahukah anda apa yang dimaksudkan


dengan istilah rehat, istirahat, tidur dan senggang? Mari kita lihat maksud empat
terma tersebut dalam Rajah 7.2.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 7 REHAT, ISTIRAHAT, TIDUR DAN MASA SENGGANG  149

Rajah 7.2: Maksud bagi rehat, istirahat, tidur dan senggang

Rehat boleh digunakan untuk mengurangkan rasa penat dan letih serta
menghilangkan rasa lapar dan dahaga. Istirahat pula dapat memberi kelegaan dan
ketenangan pada waktu ketegangan dan stres. Manakala senggang mempunyai
fungsi yang sama dengan rehat dan tidur, iaitu memulihkan keadaan badan dan
otak yang sudah lesu bekerja.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


150  TOPIK 7 REHAT, ISTIRAHAT, TIDUR DAN MASA SENGGANG

SEMAK KENDIRI 7.1

Dengan menggunakan perkataan anda sendiri, berikan maksud rehat,


istirahat, tidur dan senggang.

7.2 AKTIVITI REHAT, ISTIRAHAT DAN


SENGGANG
Menurut Shamsudin, Sharizad dan Mohd Sofian (2002), terdapat pelbagai jenis
aktiviti yang boleh anda lakukan untuk mengisi waktu rehat, istirahat dan
senggang. Waktu rehat boleh diisi dengan melakukan aktiviti ringan, antaranya
adalah:

(a) Mendengar muzik;

(b) Menonton televisyen (TV);

(c) Membaca majalah, buku cerita, komik atau surat khabar;

(d) Bermain congkak, catur, mainan berpapan dan karom (carrom);

(e) Bermain permainan elektronik; atau

(f) Bersiar-siar di taman.

Semasa beristirahat pula, anda digalakkan untuk melakukan aktiviti ringan dan
tidak aktif seperti yang berikut:

(a) Melukis;

(b) Menyanyi;

(c) Menggubah lagu;

(d) Bermain alat muzik;

(e) Duduk di taman; atau

(f) Tidur sekejap (nap).

Sama juga seperti istirahat, kebanyakan orang suka menggunakan waktu


senggang untuk pelbagai aktiviti yang proaktif seperti yang telah disenaraikan
tadi.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 7 REHAT, ISTIRAHAT, TIDUR DAN MASA SENGGANG  151

Aktiviti yang dinyatakan tadi adalah amat berfaedah bukan sahaja untuk diri
anda, bahkan untuk keluarga anda juga. Aktiviti ini bukan sahaja dapat mengisi
masa lapang, malah dapat menghindarkan diri dan keluarga anda terjebak dalam
kegiatan tidak sihat seperti melepak, menghisap dadah dan mencuri. Aktiviti
seperti berjalan di taman, menyiram dan menanam pokok bunga juga dapat
membantu anda meningkatkan kesihatan dan kesejahteraan diri.

AKTIVITI 7.1

Apakah aktiviti anda gemari pada waktu senggang? Mengapakah anda


memilih aktiviti tersebut? Kongsikan jawapan anda dengan rakan
sekursus dalam forum myINSPIRE.

7.3 JENIS REHAT


Rehat boleh dibahagikan kepada dua jenis, iaitu rehat pasif dan rehat aktif (lihat
Rajah 7.3).

Rajah 7.3: Dua jenis rehat

Dua jenis rehat ini dihuraikan dengan lebih lanjut seperti dinyatakan dalam
Jadual 7.1.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


152  TOPIK 7 REHAT, ISTIRAHAT, TIDUR DAN MASA SENGGANG

Jadual 7.1: Dua Jenis Rehat

Jenis Rehat Huraian


Rehat aktif Ia merupakan salah satu daripada bentuk rehat melalui latihan fizikal
yang masih melibatkan proses regangan dan kontraksi otot. Melakukan
aktiviti senaman ringan seperti berjalan-jalan dan bersiar-siar di taman
bunga bersama keluarga ialah contoh baik rehat aktif.
Rehat pasif Ia merupakan rehat tanpa melakukan pergerakan badan; bermakna,
tiada aktiviti regangan otot berlaku. Tiga jenis rehat pasif yang berkesan
adalah yang menggunakan:
(i) Latihan mental;
(ii) Pembayangan gambaran; dan
(iii) Istirahat jasmani.

Kita boleh melakukan aktiviti rehat pasif dalam keadaan pasif dan
dalam postur badan duduk tegak, menyandar atau baring dengan
selesa.

SEMAK KENDIRI 7.2

Bezakan antara rehat aktif dengan rehat pasif.

7.4 TIDUR
Tidur merupakan suatu proses yang begitu penting dalam kehidupan seharian
kita. Sesungguhnya, tidur yang mencukupi akan membuatkan seseorang itu
bersedia untuk melakukan suatu aktiviti dengan cekap dan cergas (lihat Rajah 7.4).

Rajah 7.4: Tidur penting untuk melakukan aktiviti harian dengan bersemangat

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 7 REHAT, ISTIRAHAT, TIDUR DAN MASA SENGGANG  153

Di samping itu, tidur juga turut berperanan membantu tubuh kita untuk pulih
daripada sebarang penyakit atau luka (Nancy Wongvipat, 2006).

Apakah yang berlaku jika kita tidak cukup tidur? Tanpa tidur yang cukup,
seseorang akan kelihatan lesu dan tidak bermaya pada keesokan harinya. Keadaan
ini akan mengakibatkan anda tidak dapat menumpukan sepenuh perhatian
terhadap pelajaran ataupun pekerjaan. Oleh itu, tidur yang cukup akan membantu
anda melakukan aktiviti seharian dengan ceria dan bertenaga.

Seperti yang dinyatakan pada awal perbincangan, tidur ialah proses untuk
membolehkan kita melelapkan mata dan merehatkan badan sepenuhnya.
Menurut Norlaila Hamima (2006), tidur ialah satu fasa apabila manusia tidak
menyedarkan diri buat sementara waktu.

Dalam fasa ini, badan akan memperbaiki kerosakan yang berlaku pada sel badan
serta membantu membina sel baru. Kadar tekanan darah menurun dan kadar
denyutan jantung menjadi rendah. Semasa tidur, keperluan oksigen menjadi
rendah lalu menyebabkan pernafasan kita menjadi rendah.

Walau bagaimanapun, oksigen digunakan untuk memulihkan tisu otot serta


menghasilkan sedikit tenaga untuk keperluan metabolisme dalam badan
(Shamsudin, Sharizad & Mohd Sofian, 2002). Otak kita juga tidak aktif
membuatkan badan kita berehat sepenuhnya. Namun, ketika ini otak terlebih
dahulu membuat persiapan dan persediaan untuk menghadapi keesokan harinya.

Oleh itu, tidur yang cukup tanpa sebarang gangguan atau bermimpi amatlah
penting supaya segala proses semasa tidur berjalan dengan lancar.

Secara amnya, keperluan untuk tidur secukupnya adalah berbeza mengikut


golongan tertentu seperti yang dinyatakan dalam Jadual 7.2.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


154  TOPIK 7 REHAT, ISTIRAHAT, TIDUR DAN MASA SENGGANG

Jadual 7.2: Keperluan Tidur yang Cukup Mengikut Kategori

Mungkin
Kategori Umur Saranan Tidak Digalakkan
Sesuai
11–13 jam Kurang 11 jam
0–3 bulan 14–17 jam
18–19 jam Lebih 19 jam
Bayi
10–11 jam Kurang 10 jam
4–11 bulan 12–15 jam
16–18 jam Lebih 18 jam

Kanak-kanak 9–10 jam Kurang 9 jam


1–2 tahun 11–14 jam
bertatih 15–16 jam Lebih 16 jam

Kanak-kanak 8–9 jam Kurang 8 jam


3–5 tahun 10–13 jam
prasekolah 14 jam Lebih 14 jam
Kanak-kanak 7–8 jam Kurang 7 jam
sekolah 6–13 tahun 9–11 jam
12 jam Lebih 12 jam
7 jam Kurang 7 jam
Remaja 14–17 tahun 8–10 jam
11 jam Lebih 11 jam
6 jam Kurang 6 jam
Belia 18–25 tahun 7–9 jam
10–11 jam Lebih 11 jam
6 jam Kurang 6 jam
Dewasa 26–64 tahun 7–9 jam
10 jam Lebih 10 jam
5–6 jam Kurang 5 jam
Orang tua ≥65 tahun 7–8 jam
9 jam Lebih 9 jam

Sumber: SleepFoundation.org (2020)

7.4.1 Peringkat Tidur


Pada kebiasaannya, individu tidur melepasi empat peringkat (lihat Rajah 7.5).

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 7 REHAT, ISTIRAHAT, TIDUR DAN MASA SENGGANG  155

Rajah 7.5: Empat peringkat tidur

Empat tahap ini bergerak secara kitaran dari 1 hingga REM kemudian bermula
lagi dengan tahap 1. Kitaran tidur yang lengkap mengambil purata masa 90
hingga 110 minit. Setiap peringkat berlangsung antara 5 hingga 15 minit. Kitaran
tidur pertama setiap malam mempunyai tidur REM yang agak singkat dan jangka
masa tidur yang nyenyak.

Namun, kemudian pada waktu malamnya, tempoh REM menjadi panjang dan
masa tidur lena berkurangan. Masa sedar berlaku sebelum dan sekali-sekala di
seluruh peringkat tidur atau apabila mengubah posisi tidur.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


156  TOPIK 7 REHAT, ISTIRAHAT, TIDUR DAN MASA SENGGANG

Empat peringkat ini dihuraikan dengan lebih lanjut dalam Jadual 7.3.

Jadual 7.3: Empat Peringkat Tidur

Peringkat Huraian
Peringkat 1 Peringkat ini merupakan tahap paling ringan bagi tidur NREM. Pada
peringkat ini, pergerakan mata perlahan, peringkat tidur yang
mengantuk ini boleh terganggu dengan mudah yang menyebabkan
sedar atau terbangkit.

Nada otot di seluruh badan melegakan dan aktiviti gelombang otak


mula perlahan daripada bangun. Kadangkala individu akan mengalami
kesentakan atau kekejangan otot yang mendadak dan mungkin
mengalami sensasi terjatuh ketika melayang masuk dan keluar
daripada Peringkat 1.
Peringkat 2 Merupakan tahap tidur NREM yang sebenarnya. Sedar atau terbangkit
tidak berlaku dengan mudah seperti tidur pada Peringkat 1 dan
pergerakan rol mata perlahan berhenti. Gelombang otak terus
memperlambat dengan letusan aktiviti cepat tertentu yang dikenal
sebagai spindel tidur yang bercampur dengan struktur tidur yang
dikenal sebagai kompleks-K.

Kedua-dua spindel tidur dan kompleks K dianggap berfungsi


melindungi otak daripada terbangun daripada tidur. Suhu badan mula
berkurangan dan kadar degupan jantung mula perlahan.
Peringkat 3 Tahap ini dikenal sebagai tidur NREM yang lena. Tahap tidur yang
paling memulihkan. Tahap ini terdiri daripada gelombang delta atau
gelombang lambat. Sedar atau terbangkit jarang berlaku dan sering
sukar untuk bangkit tidur Peringkat 3. Berjalan semasa tidur, tidur
bercakap atau tidur gerun berlaku semasa tidur yang paling lena.
REM (tahap Pergerakan mata cepat, bergerak dari sisi ke sisi dan gelombang otak
bermimpi) lebih aktif daripada pada Peringkat 2 dan 3 tidur. Sedar dan bangkit
boleh lebih mudah berlaku dalam REM; apabila terbangun semasa
tempoh REM boleh menyebabkan rasa perasaan mamai atau terlalu
mengantuk.

7.4.2 Kecelaruan Tidur


Apakah yang dimaksudkan dengan kecelaruan tidur?

Kecelaruan tidur ialah keadaan kesihatan yang boleh mengakibatkan


gangguan tidur atau jumlah tidur yang berlebihan pada waktu siang.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 7 REHAT, ISTIRAHAT, TIDUR DAN MASA SENGGANG  157

Terdapat pelbagai jenis gangguan tidur. Antaranya diterangkan dalam Jadual 7.4.

Jadual 7.4: Pelbagai Jenis Gangguan Tidur

Jenis Gangguan Tidur Huraian


Berdengkur dan apnea Berdengkur merupakan kesukaran mengekalkan kerongkong
tidur terbuka semasa tidur. Apnea tidur pula adalah masalah yang
serius. Apakah yang dimaksudkan dengan apnea tidur?
Apnea tidur ialah keadaan kesihatan kronik seseorang itu
berulang-ulang terhenti bernafas semasa tidur. Episod ini
berlangsung 10 saat atau lebih dan menyebabkan tahap
oksigen dalam darah menurun atau terbangun dari tidur.
Apnea tidur adalah disebabkan oleh saluran atas udara
pernafasan terhalang dan menyebabkan kegagalan otak
untuk memulakan pernafasan. Sekiranya keadaan ini tidak
dirawat, akan berlaku hipertensi, kegagalan jantung, diabetes,
strok dan mati mengejut.
Parasomnia Parasomnia adalah daripada bahasa Latin yang bermaksud
„di sekeliling tidur.‰ Parasomnia adalah gangguan tidur yang
dicirikan oleh tingkah laku tidur tidak normal.
Parasomnia melibatkan tingkah laku kompleks, semula jadi
dan berorientasikan matlamat yang mempunyai maksud atau
kepentingan kepada individu. Keadaan ini termasuklah ganas
semasa tidur, tidur berjalan, tidur makan, kecelaruan
pergerakan mata cepat (REM).
Gangguan ritma Gangguan ritma sirkadian adalah keadaan yang mungkin
sirkadian berlaku apabila jam biologi dalaman individu tidak dapat
diselaraskan dengan kiu masa luaran, termasuk kitaran
cahaya-gelap semula jadi.
Keadaan ini boleh berlaku apabila keadaan dalam kegelapan,
kerja syif, lamban jet (jet lag) atau disebabkan oleh sindrom
fasa tidur yang tertunda. Ketidaksamaan masa ini boleh
menyebabkan insomnia atau rasa mengantuk berlebihan atau
hipersomnia pada waktu yang tidak sesuai.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


158  TOPIK 7 REHAT, ISTIRAHAT, TIDUR DAN MASA SENGGANG

Narkolepsi Narkolepsi ialah gangguan tidur yang dicirikan oleh empat gejala
utama, iaitu:

(a) Mengantuk pada Siang Hari yang Berlebihan


Rasa mengantuk yang teramat sangat dan boleh menyebabkan
tidur pada masa yang tidak sesuai.

(b) Katapleksi
Katapleksi ialah kehilangan ton otot akibat dari rangsangan
emosi, seperti kejutan atau ketawa yang membawa kepada
lutut melengkok.

(c) Lumpuh Tidur


Lumpuh tidur adalah ketidakupayaan untuk menggerakkan
badan ketika sedang terjaga, biasanya ketika sedang tidur atau
apabila terbangun.

(d) Halusinasi Hipnagogik


Halusinasi hipnagogik adalah mimpi yang jelas seperti
pendengaran, visual atau sensasi yang terjadi saat tertidur.

Paralisis tidur Paralisis tidur boleh membahayakan diri. Ia boleh dicirikan oleh
ketidakupayaan sementara untuk bergerak ketika peralihan daripada
tidur kepada bangun daripada tidur. Keadaan ini membahayakan kita
walaupun kita mungkin nampak terjaga tetapi sebenarnya kita tidak
dapat bergerak. Paralisis tidur adalah perkara biasa, yang menjejaskan
kira-kira 25 peratus populasi biasa sekurang-kurangnya sekali.
Sindrom kaki Sindrom kaki resah adalah gangguan pergerakan saraf yang dicirikan
resah oleh perasaan tidak menyenangkan pada kaki yang berkaitan dengan
keperluan untuk bergerak. Sensasi ini seperti rasa sakit, rasa dibakar,
sesemut atau rasa serangga berada pada kaki. Keadaan ini boleh
dipulihkan dengan pergerakan seperti regangan, berjalan atau
gosokan.
Simptom ini boleh berlaku semasa rehat atau pada waktu malam yang
menyukarkan tidur. Sindrom ini mempunyai banyak sebab, antaranya
adalah kekurangan zat besi, kehamilan dan obesiti.
Sindrom Sindrom kelesuan kronik dicirikan oleh keletihan berterusan yang
kelesuan tidak dapat dijelaskan dan jika tidak dipulihkan melalui rehat akan
kronik menjadi lebih teruk akibat daripada aktiviti fizikal atau mental.
Keletihan ini boleh menjadi teruk menyebabkan aktiviti harian
berkurangan. Keadaan ini mungkin memerlukan penyesuaian untuk
menjimatkan tenaga bagi rasa letih yang terlampau.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 7 REHAT, ISTIRAHAT, TIDUR DAN MASA SENGGANG  159

Lamban jet Lamban jet ialah keadaan sementara yang disebabkan oleh perjalanan
merentasi zon masa. Keadaan ini mungkin boleh berlaku kerana
perjalanan yang menggunakan kapal terbang boleh menyebabkan
seseorang itu mengalami keletihan, insomnia, loya atau gejala lain
akibat daripada ritma sirkadian dalaman atau jam biologi yang tidak
dapat diseragamkan dengan waktu tempatan.
Lamban jet boleh diperbaiki dengan peredaran masa, biasanya satu
hari setiap zon waktu yang dilalui.
Gangguan Gangguan afektif bermusim adalah gangguan angin (mood) berulang
afektif yang berkaitan dengan kemurungan dan mengantuk berlebihan
bermusim semasa musim sejuk. Keadaan disebabkan oleh kekurangan cahaya
terang sampai ke jam biologi yang terdapat di kawasan kecil otak.
Insomnia Insomnia adalah ketidakupayaan untuk mendapatkan jumlah tidur
yang cukup untuk berehat dan boleh dicirikan sama ada kesukaran
terjatuh atau tidur. Kebanyakan mereka yang mengalami insomnia
menghabiskan lebih dari 20 hingga 30 minit tidur atau tidur semula
pada waktu malam.
Jika keadaan ini berlaku tiga malam seminggu dan berlangsung
selama tiga bulan, maka keadaan ini dipanggil insomnia kronik.
Insomnia ialah gangguan tidur yang paling biasa yang menjejaskan
kira-kira 10 peratus orang dewasa disebabkan oleh banyak faktor
tertentu. Apakah ciri insomnia? Terdapat lima ciri insomnia seperti
yang ditunjukkan dalam Rajah 7.6.

Rajah 7.6: Lima ciri insomnia

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


160  TOPIK 7 REHAT, ISTIRAHAT, TIDUR DAN MASA SENGGANG

Apakah caranya untuk kita mengatasi masalah kecelaruan tidur? Untuk


mengatasi masalah ini, anda harus melatih diri tidur pada waktu tertentu setiap
hari walaupun masih belum mengantuk. Persekitaran bilik tidur yang kondusif
(bersih, selesa, tidak bising dan mempunyai pengudaraan yang baik) juga
haruslah dititikberatkan. Selain itu, elakkan merokok, meminum minuman keras
atau kopi sebelum tidur.

AKTIVITI 7.2

Adakah anda mengalami masalah gangguan tidur? Atau anda


mengenali seseorang yang mengalaminya? Apakah gangguan tersebut
dan apakah cara yang boleh dilakukan untuk mengatasinya?
Bincangkan isu ini dalam forum myINSPIRE.

7.4.3 Keperluan
Tidur merupakan keperluan hidup manusia. Tanpa tidur, anda seolah-olah
berada dalam keadaan tidak seimbang sama ada dari segi fizikal mahupun mental.
Jika anda tidak cukup tidur, badan akan menjadi lemah dan tidak bermaya dan
anda juga akan kurang konsentrasi dan rasa mengantuk.

Tidur yang cukup adalah penting untuk:

(a) Membantu badan berfungsi dengan baik untuk bekerja keesokan harinya;

(b) Meningkatkan daya ingatan;

(c) Memberi peluang badan memperbaiki kerosakan sama ada tisu, sel atau
otot;

(d) Menghilangkan tekanan; dan

(e) Menghilangkan rasa penat dan mengantuk semasa membawa kenderaan.


Keadaan ini boleh membahayakan nyawa anda dan orang lain.

Selain itu, Norlaila Hamima Jamaluddin (2007) berpendapat tidur merupakan


keperluan kerana dapat membantu mengurangkan berat badan. Apabila anda
kekurangan tidur, badan anda akan kurang menghasilkan hormon leptin, iaitu
sejenis protein darah yang bertanggungjawab mengawal selera dan rasa lapar.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 7 REHAT, ISTIRAHAT, TIDUR DAN MASA SENGGANG  161

Paras leptin yang rendah ini menghantar isyarat ke otak untuk memberitahu
badan kekurangan makanan dan individu itu perlu makan lebih banyak
walaupun sebenarnya dia sudah kenyang. Jika masalah kekurangan tidur ini
berlarutan, keinginan untuk makan bertambah tinggi disebabkan penghasilan
leptin yang semakin berkurangan.

Selain itu, masalah kekurangan tidur juga akan meningkatkan paras grehlin atau
„hormon lapar‰, iaitu sejenis bahan yang meningkatkan keinginan untuk makan.
Oleh itu, tidurlah secukupnya agar berat badan dapat dikawal.

SEMAK KENDIRI 7.3

1. Jelaskan empat peringkat tidur.

2. Apakah yang dimaksudkan dengan kecelaruan tidur?

3. Terdapat pelbagai jenis gangguan tidur. Jelaskan lima


daripadanya.

4. Nyatakan kepentingan tidur.

7.5 KEPENTINGAN REHAT, ISTIRAHAT,


TIDUR DAN SENGGANG TERHADAP GAYA
HIDUP SIHAT
Akhirnya, mari kita lihat kepentingan rehat, istirahat, tidur dan senggang
terhadap gaya hidup sihat sama ada dari aspek individu itu sendiri, kerjaya
mereka dan persekitaran.

Seperti yang kita ketahui, rehat dan tidur yang cukup serta beraktiviti pada waktu
istirahat dan waktu senggang merupakan salah satu komponen gaya hidup sihat
dan sememangnya sangat penting dalam kehidupan kita.

Jika anda tidak mendapat tidur dan rehat yang cukup serta tidak melakukan
sebarang aktiviti pada waktu istirahat dan senggang, maka kesihatan fizikal dan
mental anda akan terjejas. Jika perkara ini dibiarkan berterusan, ia akan membawa
kesan yang lebih buruk pada kesihatan anda.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


162  TOPIK 7 REHAT, ISTIRAHAT, TIDUR DAN MASA SENGGANG

7.5.1 Individu
Selain bekerja dan belajar, rehat, istirahat, tidur dan senggang juga amat penting
bagi diri kita. Rehat dan tidur dapat membantu memulihkan keadaan badan
setelah penat bekerja. Manakala dengan melakukan aktiviti pada waktu istirahat
dan senggang pula, ia dapat menjadikan tubuh kita menjadi sihat dan cergas di
samping dapat memenuhi waktu terluang dengan perkara yang berfaedah.

Rehat, istirahat, tidur dan senggang yang mencukupi dapat menghindarkan


seseorang itu terutamanya remaja daripada melakukan perkara negatif seperti
melepak dan merokok.

Rehat, istirahat dan tidur juga penting untuk badan seseorang itu berfungsi dalam
keadaan optimum (Shamsudin et al., 2002). Keadaan ini dapat memulihkan
pelbagai fungsi biokimia dalam tubuh dan segala maklumat yang terdapat dalam
sistem saraf dapat disusun semula.

Oleh itu, badan akan menjadi segar dan minda anda akan menjadi tenang.
Hasilnya, anda dapat menjalankan tugas harian dengan aktif dan efisien.

7.5.2 Kerjaya
Apabila anda memiliki tubuh badan yang sihat, anda dapat melakukan suatu
pekerjaan itu dengan mudah dan lebih tertumpu kerana otak anda bersedia
melakukan apa-apa saja aktiviti. Anda juga akan berasa tenang semasa melakukan
kerja tanpa sebarang tekanan. Keadaan ini menjadikan anda lebih profesional dan
bijak dalam menjalankan tanggungjawab dan amanah yang diberi.

Oleh itu, produktiviti meningkat lalu menghasilkan kerja berkualiti. Di samping


itu, hubungan anda dengan rakan sekerja juga akan menjadi lebih akrab kerana
stres di tempat kerja berkurangan.

Pasti anda tertanya-tanya apakah hubungan stres dengan rehat, istirahat, tidur
dan senggang? Sebenarnya stres berpunca daripada kurangnya rehat dan tidur
yang mencukupi.

Oleh sebab itu, menangani stres merupakan salah satu daripada komponen gaya
hidup sihat. Maka, kita digalakkan untuk tidur dan rehat secukupnya, di samping
memenuhi waktu istirahat dan senggang dengan melakukan aktiviti yang
digemari.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 7 REHAT, ISTIRAHAT, TIDUR DAN MASA SENGGANG  163

7.5.3 Persekitaran
Perhubungan dengan masyarakat sekeliling anda juga akan terjejas, sekiranya
anda kurang rehat dan tidur serta kurang melakukan aktiviti pada waktu istirahat
dan senggang. Apabila anda berasa letih, tidak bermaya dan mengantuk, anda
akan hilang minat untuk berkomunikasi dengan orang lain.

Keadaan ini akan mengakibatkan anda tidak disukai oleh masyarakat kerana
selalu kelihatan seperti bermasalah. Akibatnya, anda mungkin akan terjebak
dalam masalah sosial dengan memandu dalam keadaan mengantuk dan merokok
terlalu banyak semata-mata untuk melepaskan tekanan.

Oleh itu, kesedaran tentang pentingnya mempunyai cukup rehat dan tidur serta
melakukan aktiviti pada waktu istirahat dan senggang adalah amat
dititikberatkan kerana ia dapat menjamin kehidupan fizikal dan mental yang
sihat.

• Rehat ialah suatu tempoh yang diambil untuk berhenti daripada melakukan
sesuatu aktiviti sama ada aktiviti fizikal, mental atau aktiviti ringan.

• Istirahat pula bermaksud satu tempoh masa terluang yang diisi dengan
melakukan aktiviti ringan yang tidak aktif seperti mendengar muzik, melukis
dan tidur sekejap.

• Senggang atau kesenggangan boleh didefinisikan sebagai waktu terluang


yang diisi dengan melakukan sebarang jenis aktiviti.

• Istilah tidur secara umum ditakrifkan sebagai satu jangka masa yang
membolehkan kita melelapkan mata dan merehatkan badan sepenuhnya.
Waktu tidur yang secukupnya adalah penting untuk menjamin kesihatan.

• Antara aktiviti ringan yang boleh dilakukan ketika rehat ialah mendengar
muzik, membaca majalah/buku cerita/komik/surat khabar, menonton TV
dan bersiar-siar di taman.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


164  TOPIK 7 REHAT, ISTIRAHAT, TIDUR DAN MASA SENGGANG

• Antara aktiviti ringan yang boleh dilakukan ketika beristirahat ialah melukis,
menyanyi, bermain alat muzik, duduk di taman atau tidur sekejap.

• Rehat boleh dibahagikan kepada dua jenis, iaitu rehat pasif dan rehat aktif.

• Tidur terdiri daripada dua peringkat, iaitu peringkat tidur gerak mata cepat
(REM) dan bukan tidur gerak mata cepat (NREM). Pada permulaan tidur, kita
akan menempuhi peringkat NREM terlebih sebelum beralih ke peringkat
REM.

• Kecelaruan tidur ialah keadaan kesihatan yang boleh mengakibatkan


gangguan tidur atau jumlah tidur yang berlebihan pada waktu siang.

• Kecelaruan tidur adalah seperti berdengkur dan apnea tidur, parasomnia,


gangguan ritma sikardian, narkolepsi, paralisis tidur, sindrom kaki resah,
sindrom kelesuan kronik, lamban jet, gangguan afektif bermusim dan
insomnia.

• Tidur merupakan keperluan kerana ia dapat membantu badan berfungsi


dengan baik, meningkatkan daya ingatan, memperbaiki kerosakan badan
seperti tisu, sel atau otot serta menghilangkan tekanan, kemurungan, rasa
penat dan mengantuk semasa memandu kenderaan.

• Kepentingan rehat, istirahat, tidur dan senggang terhadap individu ialah


membantu memulihkan keadaan badan setelah penat bekerja dan
menyihatkan badan. Di samping itu, rehat, istirahat, tidur dan senggang juga
membantu kita mengisi masa lapang dengan aktiviti yang berfaedah.

• Dalam kerjaya pula, rehat, istirahat, tidur dan senggang amat penting untuk
seseorang itu cerdas, aktif, produktif serta dapat menghasilkan kerja yang
berkualiti.

• Rehat, istirahat, tidur dan senggang juga penting untuk menjalinkan


perhubungan yang sihat bersama masyarakat di sekeliling kita.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 7 REHAT, ISTIRAHAT, TIDUR DAN MASA SENGGANG  165

Aktiviti Rehat pasif

Bukan tidur gerak mata cepat (NREM − Senggang


non-rapid eye movement)
Stres
Istirahat
Tidur
Kecelaruan tidur
Tidur gerak mata cepat (REM −
Kepentingan rapid eye movement)
Rehat aktif

Nancy Wongvipat M. P. H. (2006). Bangun dari tidur yang menyihatkan. Dicapai


dari http://spiritia.or.id/cst/tidur1.php

Norlaila Hamima Jamaludin. (2006). Tidur baiki sel rosak. Harian Metro. Dicapai
dari http://www.hmetro.com.my/Current_News/HM/Sunday/Kesihatan/
20061217121106/Article/indexs_html

Shamsudin Mohd Sharif, Sharizad Yusof, & Mohd Sofian Omar Fauzee. (2002).
Pendidikan jasmani dan kesihatan: Tingkatan 4. Kuala Lumpur, Malaysia:
Dewan Bahasa dan Pustaka.

SleepFoundation.org. (2020). National Sleep Foundation recommends new sleep


times. Dicapai dari https://www.sleepfoundation.org/press-release/
national-sleep-foundation-recommends-new-sleep-times

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)

Anda mungkin juga menyukai