Anda di halaman 1dari 17

FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA

HBHE 3203

KEBERSIHAN DAN KESELAMATAN PERSEKITARAN

CERAMAH KITA SIHAT TANPA PENCEMARAN

Nama : Samsul Azli Bin Mohd Sabrie

Nombor Matrik : 811103085561001

NRIC : 811103085561

Nombor Telefon : 012-5693689

E-mail : samsul.sabrie@gmail.com

Nama Tutor : En. Abdul Wahid Bin Ali Piah

Pusat Pembelajaran : Perak Learning Centre

September 2016
ISI KANDUNGAN

1.0 PENGENALAN 3

2.0 DEFINISI PENCEMARAN UDARA 3

3.0 JENIS BAHAN PENCEMAR DAN PENCEMARAN UDARA 4

4.0 INDEKS PENCEMARAN UDARA (IPU) 5

5.0 PUNCA PENCEMARAN UDARA 6

5.1 Pembakaran 6

5.2 Pembakaran Bahan Api 7

5.3 Proses Urbanisasi 7

5.4 Pertambahan Perindustrian 8

6.0 KESAN PENCEMARAN UDARA 9

6.1 Kesihatan manusia 9

6.2 Kesan terhadap tumbuhan 9

6.3 Kesan terhadap haiwan 10

6.4 Kesan terhadap bahan atau permukaan bangunan 10

6.5 Penyusutan Lapisan Ozon 10

6.6 Hujan Asid 10

6.7 Kesan Rumah Hijau dan Pemanasan Global 11

7.0 LANGKAH MENGATASI PENCEMARAN UDARA 11

8.0 CADANGAN-CADANGAN MENGATASI MASALAH

PENCEMARAN UDARA 13

9.0 PENUTUP 16

10.0 RUJUKAN 17
1.0 PENGENALAN

Udara merupakan anugerah dari Tuhan yang sangat penting. Tanpa udara, manusia dan
hidupan lain tidak boleh menjalankan proses pernafasan. Udara membekalkan oksigen yang
sangat diperlukan dalam sistem pernafasan hidupan. Udara juga melambangkan sesuatu yang
bermakna, kebersihan udara melambangkan kesucian, kedinginannya melambangkan kedamaian
dan tiupannya melambangkan kesegaran. Namun begitu, udara tidak selamanya melambangkan
kesucian atau kedamaian. Kenyataannya udara juga boleh melambangkan kerakusan manusia
terhadap alam sekitar.

Sejak akhir-akhir ini, udara di persekitaran bandar-bandar utama di Malaysia menghadapi


masalah pencemaran udara. Sebelum ini, tidak siapa peduli tentang pencemaran udara, walaupun
ianya telah meliputi sebahagian besar angkasa negara ini. Daripada golongan tua, dewasa, remaja
hinggalah kepada anak-anak kecil semua memperkatakan tentang pencemaran udara.

2.0 DEFINISI PENCEMARAN UDARA

Pencemaran udara bermaksud satu keadaan yang melibatkan bahan kimia,jirim zarah-
zarah partikel yang terkandung dalam udara sehingga berlakunya perubahan dan
ketidakselesaan.Bahan-bahan tersebut terampai di udara dan memberi kesan negatif kepada
manusia,tumbuhan dan haiwan.Bahan-bahan ini akan memasuki kedalam tubuh manusia melalui
pernafasan dan berupaya menyekat pengaliran oksigen ke dalam salur-salur darah.

Menurut Wark dan Warner(1901), pencemaran udara didefinisikan sebagai kehadiran satu
atau lebih bahan pencemar atau gabungannya didalam atmosfera dalam kuantiti tertentu pada
suatu jangka waktu yang boleh menyebabkan darurat kepada kehidupan manusia,haiwan atau
menganggu suasana kehidupan.

Menurut Wikipedia Bahasa melayu pula, pencemaran udara ialah pelepasan bahan kimia
berbahaya ke dalam atmosfera.
3.0 JENIS BAHAN PENCEMAR DAN PENCEMARAN UDARA

Terdapat pelbagai jenis bahan pencemar yang terkandung di dalam udara yang tercemar.
Ianya termasuklah Sulfur dioksida,karbon monoksida,nitrogen dioksida dan ozon,allergen dan
plumbum dan logam-logam lain.

Bahan pencemar ini seterusnya akan menyebabkan pencemaran udara dan ianya terbahagi
kepada dua jenis pencemaran iaitu pencemaran udara primer dan pencemaran udara sekunder.

3.1 Pencemaran udara primer

Satu penghasilan sulfur monoksida dan karbon monoksida akibat daripada proses
pembakaran yang tidak lengkap. Proses ini menyebabkan zarah-zarah yang halus akan
terampai-ampai di udara dan memberi kesan yang negativf kepada kesihatan manusia.
Kebiasaan pencemaran ini dibebaskan melalui ekzos kenderaan,kawasan industri dan
penggunaan dapur arang atau kayu.

3.2 Pencemaran udara sekunder

Satu tindakbalas sulfur dioksida yang bergabung dan terus membentuk bersama
gas-gas yang tidak diperlukan oleh benda hidup.Sulfur dioksida memerlukan gas seperti
karbon monoksida dan sulfur monoksida untuk membentuk gas-gas lain.Contohnya
gabungan sulfur dioksida,sulfur monoksida dan wap air akan menghasilkan asid
sulfuric.Tindakbalas antara pencemar primer dengan gas terampai di atmosfera akan
menghasilkan peroksid asetil nirat (PAN).
4.0 INDEKS PENCEMARAN UDARA (IPU)

Indeks Pencemaran Udara (IPU) atau Air Pollutant Index (API) adalah petunjuk kepada
kualiti udara. IPU dikira berdasarkan paras purata parameter-parameter kumin-kumin pepejal
bersaiz kurang daripada10 mikron dan beberapa jenis gas iaitu Sulfur Dioksida, Nitrogen
Dioksida, Ozon dan Karbon Monoksida. IPU digunakan sebagai panduan untuk mengetahui
status kualiti udara dan kesannya terhadap kesihatan. Berikut adalah jadual bacaan Indeks
Pencemaran Udara:-

Nilai IPU Status


0-50 Baik
51-100 Sederhana
101-200 Tidak Sihat
201-300 Sangat Tidak Sihat
>300 Berbahaya
(Jikalau IPU mencapai 400 ke atas, darurat
akan isytiharkan)
Rajah 1 : Jadual Indeks Pencemaran Udara

Secara amnya, sistem mengukur indeks pencemaran udara (IPU) dinyatakan dalam
bentuk suatu julat nilai yang mudah difahami bagi mengambarkan kualiti udara atau tahap
pencemaran yang berlaku. Sistem indeks tidak menggunakan nilai kepekatan sebenar setiap
bahan pencemar yang dikesan kerana maklumat berkenaan akan menyukarkan masyarakat untuk
membuat penilaian dan memahaminya.

Jabatan Alam Sekitar juga telah merancang satu Indeks Pencemar Udara yang juga
dikenali sebagai (IPU). IPU adalah satu sistem yang dibangunkan bagi memaklumkan kepada
orang awam tentang tahap kualiti udara dan impaknya terhadap kesihatan mereka dengan cara
yang termudah. IPU juga merupakan suatu sistem pengukuran kepekatan pencemar yang diukur
pada skala antara 0-500.

5.0 PUNCA PENCEMARAN UDARA


Pencemaran udara boleh berpunca daripada pelepasan asap kenderaan, penghasilan bahan
pencemaran oleh kilang asbestos, simen atau bateri kereta. Selain itu, pembakaran di tempat
pelupusan,pembakaran terbuka di Bandar dan pembakaran hutan yang berleluasa juga boleh
menyebabkan pencemaran udara berlaku. Bahan-bahan seperti sampah sarap,sisa makanan dan
sebagainya juga dapat mendorong berlakunya pencemaran udara melalui aktiviti-aktiviti manusia
seperti pembakaran sampah. Ada sesetengah masyarakat yang masih menggunakan kaedah
memasak cara lama iaitu penggunaan arang atau kayu untuk memasak juga mendorong berlaku
pencemaran tersebut. Pencemaran tersebut juga boleh berpunca dari sumber-sumber semulajadi
seperti gunung berapi, pembakaran sisa-sisa kayu atau jerami-jerami padi secara berleluasa.
Namun demikian,bahan pencemar udara juga boleh terhasil menerusi kegiatan di kawasan
pendalaman seperti penyemburan racun makhluk perosak, perlombongan yang menghasilkan
habuk atau amalan pertanian seperti pendebungaan dan penyemburan baja secara penyerakan
habuk atau debu akibat tiupan angin, letusan gunung berapi,tiupan wap air oleh ombak dan
sebagainya.

5.1 Pembakaran

Pencemaran udara secara tidak langsung akan menyebabkan berlakunya keadaan


yang berjerebu. Jika dilihat pada tahun sebelum ini, kejadian jerebu yang paling teruk
dialami pada tahun 2015 baru-baru ini adalah disebabkan oleh pembakaran terbuka oleh
negara jiran, Sumatera. Jerebu yang berlaku ini telah menjejaskan segala aktiviti
masyarakat. Pembakaran terbuka di Sumatera nyata telah membawa padah apabila api
sukar dikawal dan membakar sebahagian besar kawasan hutan. Oleh kerana Sumatera
agak berdekatan dengan Semenanjung Malaysia maka penduduk semakin cemas dan
langkah berjaga-jaga telah dilakukan. Asap daripada pembakaran ini telah meliputi negeri
pantai barat semenanjung dan menyebabkan keadaan semakin teruk. Malaysia terpaksa
menghantar bantuan kepada Sumatera dan Indonesia untuk memadam kebakaran ini.
Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia telah menghantar anggotanya untuk memadam
kebakaran tersebut. Situasi ini bukan sahaja mendatangkan masalah kepada negara kita
malah negara-negara lain yang berdekatan seperti Thailand, Singapura, Brunei dan
Filipina juga tercemar. Akibatnya pembakaran ini telah mewujudkan gas Karbon
Monoksida iaitu gas yang sangat merbahaya dan boleh membawa maut jika dihidu dalam
suatu jangka masa yang panjang.

5.2 Pembakaran Bahan Api

Pembakaran bahan api seperti arang dan minyak juga adalah punca utama
pencemaran udara Bahan api juga adalah bahan organik dan mempunyai unsur karbon.
Oleh sebab itu, pembakaran yang tidak lengkap akan menghasilkan karbon monoksida.
Misalnya, arang adalah suatu bahan yang mengandungi sulfur. Apabila sulfur terbakar , ia
akan berpadu dengan oksigen di sekeliling menghasilkan sulfur dioksida melalui
persamaan:

Sulfur dioksida ini kemudian akan berpadu dengan ion hidrogen dalam wap di
udara dan membentuk asid sulfurus. Selain daripada itu, karbon dioksida juga akan
berpadu dengan ion hidrogen dan membentuk asid karbonat.

5.3 Proses Urbanisasi

Selain itu, wujudnya masalah pencemaran udara ini adalah ekoran daripada proses
urbanisasi yang telah menggalakkan perkembangan sesebuah bandar dan wujudnya
lokasi-lokasi perindustrian yang menyediakan peluang-peluang pekerjaan. Situasi ini
wujud akibat daripada proses pertambahan penduduk samada secara semulajadi atau
proses migrasi. Jadi peningkatan bilangan industri yang terdapat di sesebuah bandar akan
menghasilkan impak positif dan negatif terhadap kehidupan masyarakat moden kini
(Tuan Pah Rokiah Syed Husin, 2003: 102).

5.4 Pertambahan Perindustrian


Pertambahan perindustrian juga banyak membawa bahan pencemar yang akan
dilepaskan oleh industri melalui proses pembakaran bahan api seperti petroleum. Dan
jika sekiranya bahan pencemaran ini tidak dikawal, kehidupan manusia dan haiwan akan
mengalami masalah kerana manusia berada di sekeliling kehidupan alam sekeliling yang
tercemar seperti pengeluaran asap dari kilang-kilang perindustrian, gas-gas beracun, asap,
debu dan sebagainya lagi. Oleh sebab itu, hasil daripada situasi ini akan membahayakan
kesihatan manusia kerana bahan pencemar tersebut boleh menyebabkan sesak nafas di
kalangan pesakit-pesakit asma, gatal-gatal hidung, mata menjadi pedih dan lain-lain lagi.
(Mohmadisa Hasyim dan Mohamad Suhaily Che Ngah, 1997: 147-148).

Berdasarkan kepada kajian bagi mengatahui punca yang menyebabkan pencemaran udara
yang berlaku ini, dapatlah dirumuskan bahawa kerajaan bersama badan-badan bukan kerajaan
menggariskan beberapa peraturan yang harus diikuti kepada semua masyarakat di Malaysia.
Kerajaan telah mewartakan larangan pembakaran terbuka kerana asap adalah penyumbang utama
kepada terjadinya jerebu seperti yang berlaku di hutan Indonesia yang telah menyebabkan
pencemaran udara seterusnya berlakunya jerebu yang merebak ke Malaysia dibawa oleh angin
lazimnya monson barat daya. Sehinggakan Malaysia terpaksa mengisytiharkan darurat jerebu
baru-baru ini pada Jun 2013 dan 23 24 September 1997.

Justeru itu, kerjasama dari seluruh lapisan masyarakat dalam menjaga alam sekitar
adalah penting supaya kualiti udara berada di tahap yang baik. Semai azam dan minat di hati
masing-masing untuk mengambil bahagian dalam menjaga alam sekeliling agar terpelihara dan
dapat memberi keselesaan dan keharmonian hidup. Pemuliharaan alam sekitar, tanggungjawab
bersama.

6.0 KESAN PENCEMARAN UDARA


Pencemaran udara yang berlaku memberi kesan yang mendalam kepada manusia. Selain
itu, ianya juga secara tidak langsung akan menyebabkan berlakunya masalah dalam
perkembangan ekonomi Negara kerana secara tidak langsung pencemaran yang berlaku akan
menyebabkan pelabur luar berasa gusar dan bimbang untuk melabur di Negara yang mengalami
masalah pencemaran udara.

6.1 Kesihatan manusia

Kesan utama kepada kesihatan manusia adalah sistem pernafasan. Gas-gas seperti
karbon monoksida akan meracuni system pengangkutan oksigen dalam darah akan
melambatkan tindakbalas manusia sehingga menyebabkan mengantuk,penyakit lelah dan
mengurangkan fungsi paru-paru.Bahan tercemar seperti nitrogen oksida akan
menyebabkan edema dan pendarahan pulmonary.Contoh bahan tersebut ialah gas ozon,ia
boleh menimbulkan inflamasi pada paru-paru.Manakala habuk,asap,kabus,wap
ataubahan-bahan lain juga akan menjejaskan mata dan penglihatan manusia.Hasil kajian
Pertubuhan Kesihatan Sedunia(WHO)menyatakan sebanyak tiga juta manusia mati setiap
tahun disebabkan oleh pencemaran udara.Ini menunjukkan,ia adalah tiga kali lebih tinggi
daripada jumlah kematian yang disebabkan kemalangan kenderaan di jalan raya.

6.2 Kesan terhadap tumbuhan

Selain itu,kesan kepada tumbuhan adalah seperti mengalami kerosakan seperti


nerosis iaitu keguguran daun,klorosis iaitu pertukaran warna dan pertumbuhan
terbantut.kesan ini akan menyebabkan bumi kekurangan sumber makanan dan ekonomi
sebahagian penduduk juga akan mengalami masalah.

6.3 Kesan terhadap haiwan


Manakala kesan pada haiwan ialah,haiwan tersebut akan terancam atau mati
akibat dari pencemaran udara.Hal ini terjadi disebabkan dari udara yang memasuki ke
dalam paru-paru haiwan melalui pemakanan haiwan tersebut dari sumber tumbuhan yang
tercemar akibat daripada pencemaran udara.

6.4 Kesan terhadap bahan atau permukaan bangunan

Kesan kepada bahan juga adalah kerosakan yang berlaku akibat daripada
pencemaran udara seperti kekotoran pada pakaian,pencemaran pada permukaan dinding
bangunan dan sebagainya.Hal ini disebabkan akibat daripada pengenapan asap atau zarah
halus.Selain itu,hakisan logam juga merupakan kesan daripada pencemaran udara akibat
kehadiran sulfur dioksida didalam udara.

6.5 Penyusutan Lapisan Ozon

Pencemaran udara akan menyebabkan berlaku pemanasan global akibat


penyusutan lapisan ozon yang melindungi bumi daripada sinaran terus cahaya
matahari.Pendedahan terus oleh cahaya matahari boleh menyebabkan penyakit kansere
kulit.Selain itu,pancaran matahari yang terik juga boleh menyebabkan berlakunya
pencairan ais yang terletak di bahagian kutub bumi sehihgga menyebabkan berlaku
ketidakseimbangan ekosistem di dunia pada masa kini.

6.6 Hujan Asid

Pencemaran udara juga boleh menyebabkan berlakunya Hujan asid.Hal ini


disebabkan oleh penggabungan gas sulfur dioksida dan nitrogen oksida dengan air hujan
dan kemudiannya menjadi asid sulfuric dan asid nitric.Asid tersebut akan terkumpul di
dalam awan kemudiannya bergerak ke tempat-tempat lain.Asid tersebut akan turun
bersama-sama dengan hujan dan terus menimpa pada permukaan hidupan yang terdapat
di dunia.Akibat daripada itu,ia akan membunuh tumbuhan dan juga hidupan air.Selain
itu,ia boleh menghakis pakaian,kertas dan bahan binaan bangunan.Air hujan tersebut juga
akan meresap ke dalam tanah sehingga menyebabkan kaliti tanah berkurangan dan
menjadikan tanah tersebut tidak subur dan megalami kerosakan struktur tanah.

6.7 Kesan Rumah Hijau dan Pemanasan Global

Kesan yang paling ketara yang sedang hangat dibincangkan oleh masyarakat ialah
kesan pemanasan global yang disebabkan oleh kesan rumah hijau.Pemanasan global
berpunca daripada kenaikan suhu bumi dan penipisan lapisan ozon yang dapat dirasakan
oleh seluruh dunia.Kenaikan suhu bumi ini disebabkan oleh pembebasan gas-gas karbon
dioksida dan terkumpul di dalam udara.Gas karbon dioksida yang terlalu banyak
menyebabkan haba di bumi terperangkap dan akhirnya suhu bumi meningkat dan
persekitarannya menjadi panas.Kesan ini akan menyebabkan,permukaan bumi menjadi
panas,ekosistem terganggu,banjir aksn berlaku secara kerap dan kejadian alam yang tidak
normal akan berlaku

6.8 Kesan terhadap Atmosfera

Pencemaran udara juga dapat member kesan terhadap atmosfera.Hal ini


menyebabkan jarak penglihatan manusia terjejas yang disebabkan oleh jerebu.Keadaan
persekitaran yang berjerebu akan menyebabkan kemalangan mudah berlaku

7.0 LANGKAH MENGATASI PENCEMARAN UDARA

Udara yang bersih amat penting untuk kita menjalani kehidupan yang sihat dan
bermakna. Isu pencemaran alam sekitar terutamanya pencemaran udara berada dalam tahap yang
amat membimbangkan.Kebimbangan ini menunjukkan bahawa manusia semakin peka akan
kesihatan dan alam sekitar. Namun hakikatnya, punca pencemaran udara adalah kerana sikap
segelintir manusia yang semata-mata lepas tangan apabila mengejar kemajuan. Lantaran itu,
langkah-langkah yang proaktif dan pragmatik perlu diambil oleh segenap masyarakat untuk
mengatasi masalah pencemaran udara.
Salah satu langkah yang paling penting ialah kerajaan perlu mengariskan dan
mengaplikasikan undang-undang tegas kepada mereka yang terlibat dalam pembakaran terbuka.
Para petani bukan sahaja di negara kita tetapi di negara jiran memilih cara mudah dengan
membakar kawasan hutan untuk menebus guna hutan sebagai kawasan pertanian. Keadaan ini
menjadi lebih teruk apabila pembakaran sampah terbuka dilakukan oleh orang awam dan kilang-
kilang pula membebaskan gas karbon dioksida secara berlebihan. Kesannya, jerebu yang serius
berlaku di negara kita. Oleh itu, pelaksanaan undang-undang oleh kerajaan harus dilakukan
secara berterusan dan tidak seperti melepaskan batuk di tangga.

Selain itu, pengguna kenderaan terutamanya kenderaan berat seperti lori dan bas harus
sentiasa memastikan kenderaan mereka berada dalam keadaan yang baik dan tidak mengeluarkan
asap hitam yang berlebihan. Begitu juga pengguna kenderaan yang lain, mereka seboleh-
bolehnya harus mengamalkan sikap berkongsi kereta apabila ke tempat kerja. Pengurangan
penggunaan kenderaan di jalan raya boleh mengelakkan berlakunya pencemaran udara yang
serius. Penggunaan kenderaan menggunaakan tenaga elektrik juga boleh mengurangkan
pencemaran udara tetapi mungkin mahal namun bak kata pepatah Melayuhendak seribu daya
tak hendak seribu dalih.

Di samping itu, program kitar semula yang diuar-uarkan oleh kerajaan perlu diambil
perhatian kerana mampu mempertingkatkan kesedaran terhadap penjagaan alam sekitar.
Kepesatan pembangunan negara menyebabkab pembuangan pelbagai barangan walaupun masih
boleh digunakan berleluasa. Bahan-bahan buangan boleh diproses semula untuk digunakan
semula. Kita boleh mengklasifikasikan bahan-bahan yang tidak diperlukan ke dalam tong-tong
kitar semula yang telah disediakan. Dengan ini, masyarakat tidak akan membakar, membuang
dan melupuskan sampah dengan keterlaluan. Sekali gus, pencemaran bau, udara dan air dapat
dikurangkan.

8.0 CADANGAN-CADANGAN MENGATASI MASALAH PENCEMARAN UDARA


Pelbagai kaedah boleh perlu dilaksanakan untuk mengatasi masalah pencemaran udara.
Cadangan-cadangan tersebut ialah;

8.1 Melalui pendidikan

Pengurusan alam sekitar boleh juga dilakukan melalui program pendidikan alam
sekitar iaitu samada secara formal atau tidak formal. Program pendidikan ini juga boleh
dijalankan oleh JAS dan lain-lain agensi kerajaan serta badan bukan kerajaan ditujukan
kepada setiap peringkat masyarakat iaitu pentadbir, orang ramai dan juga kanak-kanak
sekolah. Aktiviti ini dapat mempertingkatkan kesedaran orang ramai terhadap alam
sekitar serta tanggungjawab bagi memperbaiki dan menjaganya. Aktiviti ini dianggap
penting kerana ia merupakan satu strategi pencegahan dan pengurusan alam sekitar
(Department of Invironment, 1989).

Melalui pendidikan, dapat memperluaskan tahap kesedaran orang ramai kerana


pengetahuan terhadap isu alam sekitar dari segi pemuliharaan alam sekitar atau terhadap
implikasi sosial dan ekonomi. Bahagian Alam Sekitar memainkan peranannya sebagai
kuasa pertimbangan, antaranya ialah dengan berusaha memberi pendidikan yang mana
boleh dilakukan melalui sebaran am seperti surat khabar, penerbitan Bahagian Alam
Sekitar,Sekitar dan penubuhan Unit Maklumat dan Pendidikan Bahagian Alam Sekitar,
sebaran radio, televisyen, kursus dan seminar (Sham Sani, Abdul Samad Hadi, 1990:
402).

8.2 Kempen Hijau

Kerajaan juga menjalankan kempen hijau dan menggalakkan penanaman pokok


dirumah, pejabat, sekolah mahupun di tempat membeli-belah. Pokok-pokok hijau
membantu menyerap karbon dioksida di udara. Hutan mempunyai nilai yang amat besar
kepada alam sekitar kita kerana ia mempunyai fungsi-fungsi yang amat penting seperti
dapat mengukuhkan tanah, membenarkan peredaran air, berfungsi mengawal komposisi
atmosfera, menghadkan perubahan iklim serta melindungi flora dan fauna. Namun kerana
proses urbanisasi yang tidak terkawal menyebabkan berlakunya kemusnahan alam sekitar
yang serius pada masa kini. Justeru itu pihak kerajaan sepatutnya mengambil inisiatif
dengan melakukan penggezetan dan meluaskan hutan yang sedia ada (Sham Sani, Abdu
Samad Hadi,1990). Contoh hutan simpan yang telah di gezetkan ialah Taman Negara,
Hutan Belum,Taman Endau Rompin, dan Hutan Simpan di Cameron Higlands.

8.3 Pembenihan Awan

Akibat daripada fenomena El-Nino, cuaca kering dan kemarau telah melanda
negara. Keadaan ini telah memburukkan lagi keadaan, oleh yang demikian kerja
pembenihan awan terpaksa dilakukan untuk mendapatkan hujan. Apabila cuaca
kering,suhu awan menjadi tinggi, titisan air menjadi ringan, titisan yang sangat ringan ini
tidak dapat gugur ke bumi sebagai hujan. Oleh yang demikian iodin perak ataupun ais
kering akan ditabur untuk merendahkan suhu awan tersebut. Ais kristal akan terbentuk
dan semakin membesar lalu ditarik oleh graviti, ia akan jatuh ke bumi dan bertukar
menjadi titisan air akibat tindak balas daripada suhu bumi yang panas. Hujan boleh
membantu keadaan apabila ia membawa bersama jerebu jatuh ke bumi.

8.4 Larangan Pembakaran Terbuka

Untuk mengelakkan fenomena pencemaran udara ini semakin menular dan


berulang semula,kerajaan dan juga badan-badan bukan kerajaan menggariskan beberapa
peraturan yang harus diikuti kepada semua warganegara Malaysia. Kerajaan telah
melarang pembakaran terbuka kerana asap adalah penyumbang utama kepada
pencemaran udara . Selain daripada itu pembakaran terbuka juga boleh menyebabkan
kebakaran yang tidak dapat dikawal contohnya seperti yang berlaku di hutan Indonesia
yang berpunca daripada aktiviti pembakaran hutan oleh golongan petani sara diri dan ia
telah merebak ke Malaysia dibawa oleh angin lazimnya monsun barat daya. Peraturan
Kualiti Alam Sekitar iaitu peraturan Udara Bersih,1978 mengatakan bahawa jarak
industri dengan kawasan kediaman di hadkan kepada 1000 meter atau 1 kilometer persegi
(Chan Ngai Weng, 2002: 43).

8.5 Kawalan Perundangan Dan Polisi Kerajaan

Kawalan secara penguatkusaan undang-undang seperti denda dan saman yang


dikeluarkan merupakan tindakan terakhir dalam menangani masalah pencemaran udara .
Tindakan kerajaan dalam mengawal pencemaran udara yang menyumbangkan kepada
masalah jerebu adalah berdasarkan kepada Akta Kualiti Alam Sekeliling, 1974.
Pengawalan berdasarkan akta terutamanya Peraturan-peraturan Kualiti Alam Sekeliling
(Udara Bersih), 1978 ini hanya bersesuaian dijalankan di peringkat kebangsaan.

Di dalam akta udara bersih 1978 tersebut menyentuh soal-soal berkaitan dengan
kemudahan-kemudahan perindustrian di sebelah kawasan kediaman, pembakaran
buangan, asap hitam dan bendasing udara. Bagi masalah pencemaran yang berpunca dari
negara-negara jiran tindakan kerajaan adalah berdasarkan kepada perjanjian undang-
undang melalui kerjasama serantau atau undang-undang yang dipersetujui di peringkat
dunia pada persidangan antarabangsa.

Keadaan pencemaran udara mengakibatkan penguatkuasaan undang-undang


diperkukuhkan terutamanya berpandukan kepada seksyen 21 dn 22 Akta Kualiti Alam
Sekeliling 1974 (pindaan 196) dalam memanteras kegiatan pembakaran terbuka yang
banyak menyumbangkan kepada masalah jerebu. Jabatan Alam Sekitar merupakan pihak
yang berkuasa mengenakan sebarang tindakan terhadap kesalahan pencemaran
berdasarkan akta tersebut.

9.0 PENUTUP
Udara adalah salah satu elemen yang menyokong kehidupan di bumi. Tanpa udara,
manusia dan haiwan tidak dapat hidup, tumbuh-tumbuhan tidak dapat melakukan fotosintesis.
Kepentingan udara untuk hidup seharusnya menjadikan kita menjaga udara kita tidak tercemar.
Pencemaran udara boleh memberi kesan kepada survival ekosistem kita, oleh itu pengenalan
tentang sebab-sebab, kesan, dan mengurangkan pencemaran udara adalah keperluan mutlak
untuk berbuat demikian bahawa kesinambungan generasi akan datang di masa hadapan dapat
berjaga dan mampan.

Jelaslah disini bahawa pencemaran udara ialah kehadiran bahan fizikal, biologi, atau
kimia dalam lapisan udara bumi dalam jumlah yang boleh mendatangkan mudarat kepada semua
komponen biotik konstituen ekosistem, mengganggu keindahan dan keselesaan, dan merosakkan
harta benda.

Pencemaran udara yang berpunca daripada berbagai punca pencemaran mereka, sama ada
yang bersifat semulajadi atau disebabkan oleh aktiviti manusia. Sedikit pemahaman tentang
gangguan fizikal seperti pencemaran bunyi, pencemaran haba, pencemaran radiasi dan
pencemaran cahaya dianggap sebagai sebahagian daripada pencemaran udara. Bagi sifat udara
yang boleh menyebarkan tanpa sekatan ruang, membuat kesan pencemaran udara boleh
tempatan, serantau dan global seterusnya memberi kesan yang mendalam terhadap hidupan
mahupun bukan hidupan didunia.

10.0 RUJUKAN
Tuan Pah Rokiah Syed Hussain (2003). Masalah Pembangunan Industri di Malaysia. Selangor:
Utusan Melayu (Malaysia) Berhad.

Mohmadisa Hashim dan Mohamad Suhaily Che Ngah (1997). Pembangunan dan Alam Sekitar
Di Malaysia. Perak: Universiti Pendidikan Sultan Idris.

Norkhalid Salimin, Dr Azali Rahmat et al (2012). HBHE2203 Kesihatan Diri dan Keluarga. Seri
Kembangan: Open Universiti Malaysia
Ab. Latif Ibrahim (1992). Pembangunan dan Kesannya Terhadap Alam Sekitar di Malaysia: Satu
Pendekatan Geografi. Bahagian Geografi Pusat Pengajian IlmuKemanusiaan, Pulau Pinang:
Universiti Sains Malaysia.

Chan Ngai Weng (2002). Pembangunan, Pembandaran dan Peningkatan Bahaya dan Bencana di
Malaysia. Pulau Pinang: Universiti SainsMalaysia.

Department of Environmental (1989). Environmental Quality Report 1988. Kuala Lumpur:


Ministry of Sciences, Technology and the Environment.

Sham Sani, Abdul Samad Hadi (1990). Pembangunan dan Alam Sekitar di Malaysia Isu dan
Pengurusannya. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa danPustaka.

Hamidi Ismail dan Tuan Pah Rokiah Syed Hussain. (2001). Hubungan Jerebu Dengan Kes
Asma:Kajian di Beberapa Buah Hospital di Lembah Kelang diperolehi 8 November 2013
daripada http://ejournal.ukm.my/akademika/article/viewFile/2952/1884

Anda mungkin juga menyukai