Anda di halaman 1dari 1

BAB 8

8.0 CADANGAN TINDAKAN SUSULAN

Kajian yang telah dijalankan ini dapat membuktikan bahawa penggunaan kaedah
boneka dapat meningkatkan kemahiran komunikasi dalam kalangan kanak-kanak
prasekolah. Namun begitu terdapat bebarapa aspek yang boleh diberi penambahbaikan
agar kajian ini menjadi lebih mantap dan menunjukkan kesan peningkatan yang lebih jelas.
Selain itu, penambahbaikan terhadap amalan pembelajaran dan pemudahcaraan guru
dapat ditingkatkan.

Antara cadangan penambahbaikan yang dikenal pasti untuk penambahbaikan kajian


tindakan ini ialah, mempelbagaikan jenis boneka dalam aktiviti bercerita. Hal ini demikian
kerana, dalam kajian ini pengkaji hanya menggunakan boneka tangan sahaja atau dikenali
sebagai hands puppets.Oleh itu, pada masa akan datang pengkaji boleh menggunakan
bonek-boneka yang lain seperti boneka jari, boneka lidi, dan sebagainya. Dengan
mempelbagaikan jenis boneka maka aktiviti bercerita akan menjadi lebih menarik. Pemilihan
watak boneka seperti boneka manusia iaitu kanak,kanak, ibu bapa dan sebagainya akan
menambahkan lagi keseronokkan aktiviti bercerita tersebut. Kanak-kanak juga dapat
melahirkan idea-idea yang kreatif semasa bercerita.

Selain itu, pengkaji perlu melakukan penambahbaikan dari aspek prop iaitu pentas
yang digunakan supaya dapat memuatkan lebih daripada dua orang kanak-kanak. Pentas
yang digunakan adalah bersaiz sederhana dan hanya dapat memuatkan dua orang kanak-
kanak sahaja. Sekiranya pengkaji dapat menyediakan pentas yang besar sudah pasti dapat
memuatkan lebih ramai kanak-kanak lagi. Aktiviti bercerita juga menjadi lebih menarik
dengan adanya pelbagai watak yang dilakonkan.

Seterusnya, kajian ini hanya memfokuskan kepada kemahiran komunikasi kanak-


kanak sahaja. Pengkaji boleh melakukan penambahbaikan dengan melaksanakan kajian
yang seterusnya untuk menilai aspek perkembangan dan kemahiran kanak-kanak secara
holistic meliputi aspek jasmani, emosi,rohani,intelek dan sosial.

Kesimpulannya,adalah diharapkan agar kajian ini akan menjadi pendorong kepada


semua guru supaya sentiasa berusaha untuk meningkatkan tahap kemahiran dan
perkembangan kanak-kanak dengan kaedah dan pendekatan yang besesuaian. Oleh itu,
guru juga dapat meningkatkan kualiti amalan pembelajaran dan pemudahcaraan dengan
baik.

Anda mungkin juga menyukai