Anda di halaman 1dari 1

PENGGUNAAN BAHAN MAUJUD

DALAM SESI PENGAJARAN DAN


PEMBELAJARAN

Dalam menjayakan sesi Pengajaran dan Pembelajaran yang berkesan, seseorang


guru itu perlu bijak menggunakan pelbagai kemahiran dan strategi yang menarik dalam
menyamapaikan sesuatu pengajaran tersebut. Oleh yang demikian, guru perlu berfikir
secara kritis dan kreatif supaya objektif PdP dapat dicapai dengan jayanya. Dalam pada itu,
saya telah menetapkan objektif dan matlamat yang ingin saya capai iaitu, kanak-kanak ini
dapat menerima pengalaman yang sebenar semasa mereka belajar. Saya telah
menggunakan bahan maujud dalam aktiviti PdP. Misalnya, apabila tema buah-buahan saya
telah membawa buah-buahan yang sebenar supaya murid-murid berpeluang untuk melihat,
merasa, menghidu dan. Murid-murid lebih teruja untuk belajar dan mengikuti sesi PdP
tersebut. Murid-murid bukan sahaja dapat belajar dalam keadaan yang seronok malah
penggunaan bahan maujud akan dapat menggalakkan murid-murid untuk berkomunikasi
serta berinteraksi dengan guru dan rakan-rakan mereka.

Anda mungkin juga menyukai