Anda di halaman 1dari 4

Hasil daripada pengetahuan tentang pertumbuhan dan perkembangan akan memberikan berbagai implikasi terhadap guru khususnya dalam

P&P. Berikut adalah enam implikasi:


1.

Guru harus merancang pengalaman pembelajaran yang menggalakkan perkembangan murid secara optimum dan bermakna dalam semua domain. Bagi meningkatkan perkembangan domain kognitif, afektif dan psikomotor seorang guru perlu memperbanyakkan aktiviti bermain sambil belajar contohnya permainan melengkapkan jigsaw puzzle. Murid-murid perlu berfikir (domain kognitif) untuk mencari persamaan dan menggunakan tangan ( domain psikomotor- halus) untuk memadankan kepingan jigsaw keatas papan jigsaw serta harus memiliki sifat (domain afektif) yang sabar iaitu dapat menahan marah sekiranya susah untuk memadankannya. Ketiga-tiga domain tadi saling berkait dan oleh itu guru-guru haruslah merancang P&P dengan berkesan terlebih dahulu agar objektifnya akan tercapai

2.

Guru harus menyediakan persekitaran pembelajaran yang sesuai untuk memupuk kemahiran, pengetahuan dan kebolehan yang dipupuk kemudiannya. Bagi mengoptimumkan perkembangan berlaku mengikut urutan seorang guru hendaklah membuat aktiviti yang bersesuaian seperti aktiviti menyanyi dimana murid-murid akan meniru gara nyanyian artis yang diminati dan mempersembahkan mengikut korografi yang dipelajari oleh guru. Guru pula akan memperbetulkan kesalahan sekiranya ada sehingga kebolehan untuk menyanyi dan menari mula terbentuk sehingga menjadi bagus. Oleh itu guru hendaklah memastikan murid-murid tadi dapat menguasai kemahiran menyanyi terlebih dahulu barulah boleh beralih kepada tarian dan seterusnya memiliki kebolehan untuk membuat persembahan. Begitu juga dengan rancangan pengajaran, hendaklah dirancang dengan baik dimana guru mestilah mengajar mengikut urutan dari yang senang dahulu sebelum berpindah kepada aktiviti yang lebih susah.

3.

Guru menerima keadaan murid ini dan menyediakan aktiviti yang sesuai dengan mereka. Kadar perkembangan kanak-kanak yang berbeza menyebabkan ada murid-

murid yang cepat belajar dan ada yang lambat. Maka guru haruslah mengasingkan murid-murid tadi supaya yang cepat belajar tidak berasa jemu kerana mempelajari benda yang sama begitu juga dengan murid yang lambat tadi tidak ketinggalan dimana belum lagi mahir guru dah tukar kepada pembelajaran baru. Guru juga perlu kerap mengajar secara individu dan jangan sesekali menolong murid-murid semasa latihan supaya mereka berdikari dan benar-benar mahir walaupun guru tidak dapat memenuhi rancangan pengajaran harian asalkan objektif P&P tercapai. Oleh itu guru hendaklah bijak memilih aktiviti yang sesuai bagi murid-murid tadi contohnya bagi yang cepat belajar biarkan dia dengan aktiviti melukis asalkan tidak mengganggu P&P
4.

Guru harus peka akan pengalaman sedia ada murid dan merancang aktiviti yang boleh menggalakkan pengalaman pembelajaran mereka. Bagi mengoptimumkan perkembangan adalah berterusan guru hendaklah membuat kajiselidik terlebih dahulu terutamanya latar belakang keluarga melalui borang pendaftaran murid-murid dan juga bertanya kepada murid-murid tentang pengalan mereka semasa proses P&P. Contohnya rasa buah-buahan seperti durian, murid-murid yang pernah memakannya akan dapat bercerita tentang rasa dan bau buah durian disamping itu guru pula haruslah menyediakan buah durian sebenarnya sebagai set induksi. Maka perkembangan pengalaman mereka akan bertambah apabila dapat merasa dengan sendiri begitu juga dengan perkara-perkara yang lain seperti pernah menaiki pesawat, melawat Zoo dan sebagainya

5.

Guru harus mempelajari dan memahami sosio budaya yang memberi kesan kepada perkembangan dan pengalaman pembelajaran murid tersebut serta menyediakan aktiviti yang dapat menyuburkan potensi kanak-kanak ini ke peringkat optima. Berbagai cara boleh dilakukan oleh guru termasuklah membuat lawatan sambil belajar ke tempat-tempat yang dapat memberi pemahaman kepada murid-murid semasa proses P&P seperti zoo untuk melihat haiwan tersebut dengan lebih dekat dan langsung. Memberi ganjaran kepada murid-murid yang dapat menyiapkan latihan

seperti melukis dengan baik. Ganjaran tersebut tidak semestinya hadiah malah guru boleh menampal lukisan tersebut didinding kelas bagi menggalakkan murid-murid untuk melukis dengan baik dan seterusnya memperkembangkan lagi potensi mereka untuk melukis atau menghantar mereka menyertai pertandingan-pertandingan melukis yang dianjurkan. Memilih alatan permainan yang sesuai serta menempatkan peralatan tadi di suatu sudut yang menarik iaitu sudut bermain serta menyediakan proses P&P yang kondusif bagi menarik minat murid-murid untuk belajar
6.

Guru hendaklah memberi peluang murid menjalankan pelbagai aktiviti berasaskan konsep bermain sambil belajar untuk meningkatkan perkembangan ke peringkat yang lebih optimum. Konsep bermain sambil belajar merupakan pendekatan yang sangat berkesan dalam P&P prasekolah. Oleh itu guru hendaklah memperbanyakkan lagi aktiviti bermain seperti memadankan jigsaw puzzle dan sebagainya kerana semasa dalam aktiviti bermain murid-murid akan dapat memperkembangkan perkembangan dari segi sosial, emosi, rohani dan kognitif secara langsung. Selain itu mereka dapat meningkatkan perkembangan domain afektif dan juga domain psikomotor. Oleh itu guru harus bersedia dengan merancang dengan teliti seperti hasil pembelajaran, bahan yang sesuai serta dapat menarik minat murid-murid sebelum melaksanakannya.

Kesimpulan Sebagai seorang guru yang berkesan hendaklah memiliki dan memahirkan diri dengan ilmu pengetahuan tentang pertumbuhan dan perkembangan kanak-kanak supaya akan memudahkan kerja mereka untuk memilih dan merancang P&P yang sesuai. Selain itu dapat mengoptimakan perkembangan kanak-kanak serta dapat mengembangkan lagi potensi dan bakat kanak-kanak selaras dengan falsafah pendidikan Negara. Akhirnya dapat memenuhi matlamat pendidikan prasekolah iaitu bertujuan untuk menyuburkan potensi murid dalam semua aspek perkembangan, menguasai kemahiran asas dan memupuk sikap positif sebagai persediaan masuk ke sekolah rendah. Seterusnya akan melahirkan pelajar-

pelajar yang seimbang dari segi perkembangan fizikal, mental, emosi, bahasa dan sosial.

Anda mungkin juga menyukai