Anda di halaman 1dari 1

KELAB KEBUDAYAAN SK ABANG LEMAN 2022

AKTIVITI PIKeBM(Program Interaktif Kemahiran Bahasa Melayu) 10 minit Sekolah Rendah

Bil Aktiviti Objektif

1 Akhbar Pembuka Minda Membaca dan memahami teks serta memberi ulasan.

2 Akulah Jaguh Menjawab dengan ayat yang lengkap dan dapat memberi pendapat tentanng
sukan.

3 Bina Kata Membina perkataan daripada tema yang diberikan.

4 Bisik-bisik Sayang Mendengar dan bertutur dengan ayat yang betul.

5 Burung Tiung Menyampaikan arahan kawad secara spontan.

6 Cakna Mata Mengenal pasti kesalahan sepertibahasa dan slogan

daripada pelbagai sumber dan memurnikannya.

7 Cef Cilik Menyampaikan maklumat dan menerangkan sesuatu

proses dengan jelas menggunakan ayat yang mudah.

8 Cuit-cuit Fikir Meneka perkataan berdasarkan aksi yang ditunjukkan;

dan membina ayat mudah berdasarkan perkataan.

9 DJ Hatiku Bertutur dan berinteraksi secara berhemah serta menyampaikan maklumat


secara berkesan dan betul.

10 Fikir-fikirkan Membina ayat mudah yang bermakna dan memperluas ayat menggunakan
perkataan yang bermakna.

11 Getaran Bahasa Mengukuhkan kosa kata, membentuk perkataan daripada aktiviti yang
dilaksanakan dan membina ayat mudah.

12 Jualan Langsung Bercerita berdasarkan bahan yang diberikan dengan


menggunakan sebutan dan perkataan yang betul
dan tepat.
13 Madah Berirama Menyebut dan melafazkan puisi seperti pantun, sajak dan syair dengan
sebutan dan intonasi yang betul serta memahami maksud puisi.

14 Pentas Aksi Melakonkan watak secara spontan dan bertatasusila mengikut konteks serta
memberikan komen dan mempertahankan idea yang diberikan.

15 Pintar Bahasa Menyampaikan arahan menggunakan laras bahasa yang sesuai dan
berinteraksi secara dua hala dengan jelas.

16 Sahutlah Panggilanku menyambung frasa berdasarkan soalan yang diberikan dan menyanyikan
lagu yang dicipta sendiri.

17 Teka Kata Pilihan Memperkasakan penguasaan kosa kata dalam pelbagai disiplin ilmu dan
membina ayat mudah daripada perkataan yang diberikan.

18 Telefon Cikgu Mendengar dan menyebut bunyi alam dengan telitinya dan membina ayat
mudah berdasarkan bunyi yang didengar.

19 Tiga Perkataan Sahaja Menyampaikan ayat mudah secara spontan dan menjawab soalan
menggunakan tiga perkataan sahaja.

20 Sorak Berentak Menyanyikan lagu mengikut melodi yang betul dan

mencipta lirik lagu yang bermakna.

Anda mungkin juga menyukai