Anda di halaman 1dari 1

Nama guru: CHIENG HIE LING Tarikh: 18 MEI 2020

Judul buku: PENGURUSAN KESELAMATAN KEBAKARAN DI PEJABAT-PEJABAT KERAJAAN DAN SWASTA

Pengarang: BAHAGIAN PENCEGAH DAN KESELAMATAN KEBAKARAN

Jenis buku: PENGETAHUAN DAN PROFESIONAL

Kandungan buku:

Pendedahan pengurusan kebakaran kepada pentadbir, pegawai, kakitangan dan anggota mana-mana
organisasi, termasuk di sekolah. Isi kandungannya lebih mudah difahami justeru persembahan yang
lebih berbentuk senaraian, carta dan ilustrasi.

Sinopsis:

Pengetahuan asas dan berciri saintifik tentang api ditunjukkan menerusi segi tiga sains kebakaran
iaitu bahan api, haba dan oksigen. Pengetahuan tentang punca penyalaan, tindak balas kimia dan reaksi
berantai yang berlaku adalah penting bagi mencegah sebarang kebakaran. Pengetahuan tentang cara
api marak dan merebak boleh membantu pengawalan kebakaran, dan langkah bagi mengelakkan
kecederaan atau kehilangan nyawa penghuni bangunan.

Nilai murni:

1. Asertif / tegas diri (menjaga hak diri sendiri, dan menjaga hak orang lain)
2. Autentik (ilmu pengetahuan menjadi asas kepada proses membuat keputusan)
3. Akauntabiti  (bertanggungjawab terhadap elemen keselamatan)
4. Kepatuhan  (mendahulukan kepentingan organisasi daripada kepentingan peribadi)

Aplikasi Ilmu Dalam Organisasi /P&P :

1. Membangkitkan kesedaran tentang keselamatan sepanjang masa


2. Membimbing murid menangani risiko kebakaran ketika berada dalam bangunan
3. Memberi jalan kepada murid untuk memperoleh pengetahuan yang sah dalam sains kebakaran

Anda mungkin juga menyukai