Anda di halaman 1dari 3

•Hai ! Apa khabar semua pelajar ( 3 kali ) •Satu ………….Malaysia ( 3 kali ) •Salam….

Assalamualaikum
warahmatullahhi taala wabarakatuh, salam satu Malaysia dan salam sejahtera semua. •Yang dihormati
dan disanjung tinggi Puan Pengerusi/Pengacara Majlis: Cikgu Puan Siti Hajar Binti Arshad. •Yang
Berusaha Tuan Haji Ab. Halim Bin Che Hassan ( Pengetua  SMKSI 1 ) •Yang Berusaha
…………………………………………………………………….. ( Pen. Kanan Pentadbiran ) •Yang  Berusaha Puan Hajah
Nur Aziemah Nadiah Lua Bt. Abdullah ( Pen. Kanan HEM ) •Yang Berusaha Puan Hajah Noor Fariza Bt.
Che Daud ( Pen. Kanan Ko-Kurikulum ) •Yang Berusaha Encik Che Kamal Bin Che Mohamed ( Guru Pen.
Kanan Tingkatan 6 ) •Yang Berusaha Ketua-Ketua Jabatan:   Hajah Rozita Bt Othman ( Guru Kanan
Bahasa )   Puan Hajah Ramlah Bt. Sulaiman ( Guru Kanan Sains dan Matematik )   Encik Che Man Bin
Masan ( Guru Kanan Teknik dan Vokasional )   ………………………………………………………………………………..
( Guru Kanan Sains Sosial )  •Yang berusaha Encik Hassan Bin Abu Bakar ( Ketua Pegawai Tadbir kaki
tangan sokongan SMKS 1 ). •Yang dihormati para kanselor sekolah yang diketuai oleh Puan Almi Hidayah
Bt Halim •Yang dihormati guru-guru SMKSI 1. •Yang dihormati para kaki tangan/staff sokongan sekolah.
•Yang disayangi bekas para pelajar dan anak-anak didik cikgu sekalian. •Alhamdulillah hirabbil alamin
wassala tuwasslam muala asyrafil ambia iwalmursalin syayidina muhammadin walaala alihi wasahbihi
wassalam. •Terlebih dahulu marilah kita sama-sama memanjatkan rasa syukur yang tidak terhingga
kepada Allah SWT kerana dengan limpah kurnianya telah diberikan kesihatan dan kekuatan kepada kita
semua untuk berada di dalam dewan yang mulia ini pada tengah hari yang ceria ini. Marilah kita sama-
sama merendahkan diri kepada kekuasaan dan keagungan Allah SWT. •Selawat dan salam kepada
junjungan kita Nabi Besar Muahmmad SAW. •Mari pula kita doakan kepada muslimin dan muslimat
yang mendahului kita telah kembali ke rohmatullah  semoga roh mereka  di tempatkan pada sisi orang-
orang yang beriman. •Mari pula kita doakan semoga umat Islam yang masih hidup baik di kampung,
negeri dan negara  Malaysia hidup dalam keadaan sejahtera, aman dan damai. •dan marilah kita sama-
sama mendoakan keselamatan dan turut bersimpati dengan penderitaan hidup umat Islam di negara
Iraq, Mesir,  Palestin, Libya, Tunisia, Selatan Thailand yang sedang bergolak dilanda perang saudara yang
kita dan dunia pun tidak tahu sampai bila akan berakhir. •Kita harus bersyukur kepada Allah SWT dan
berterima kasih banyak kepada kerajaan yang ada pada hari ini kerana dapat mengawal negara  kita
daripada berlaku sebarang perkara yang tidak dingini. •Guru-guru, para pelajar dan hadirin sekalian.  
•Pada hari ini tanggal 28 Februari. 2013 ( Khamis ) merupakan hari paling nostalgiatik dalam lipatan
sejarah hidup saya. Pada hari ini genaplah sebulan penuh saya telah bersara dalam perkhidmatan
kerajaan sebagai kaki tangan perkhidmatan awam ( guru ) selepas menyandang jawatan ini selama 28
tahun 19 hari yang bermula pada 21 April, 1985 sehingga 1 Febuari, 2013.  Tarikh kuat kuasa sebenar
persaraan saya ialah pada 1 Februari, 2013. Persaraan ini  ialah persaraan pilihan sendiri 57 walaupun
saya masih ada 3 tahun lagi tempoh berkhidmat sebenar/persaraan wajib pada 16 Januari, 2016. •Pada
kesempatan di ruangan ini, saya mengucapkan terima kasih yang tidak terhingga kepada pihak sekolah
terutamanya kepada Tuan Haji Ab. Halim Bin Che Hassan ( Pengetua ) kerana telah mengadakan majlis
khas untuk saya. Saya mengucapkan penghargaan yang amat tinggi dan sangat teruja dengan majlis
pada hari ini. •Majlis perpisahan yang dibuat oleh pihak sekolah terhadap saya pada hari ini merupakan
penghargaan yang amat tinggi dan bernilai. Satu penghargaan yang amat bermakna dalam hidup saya
dan keluarga. •Dalam berkarya  sebagai kerjaya guru selama 28 tahun dalam PPD Pasir Mas yang sempat
bertugas di 7 buah sekolah menengah tidak pernah dibuat majlis perpisahan yang sebegini meriah.  Naik
pangkat PK-Ko dari SMK Bunut Susu ke SMK. Kedondong ( 1992 ), naik pangkat guru Kanan Sains Sosial
dari SMK. Tendong ke SMK. SI 1 ( 2001 ), naik pangkat Guru Kanan Pentadbiran dari SMK SI 1 ke SMK
Perempuan ( 2001 ), naik pangkat Penolong Kanan Pentadbiran dari SMK Perempuan ke SMK Tg.
Penglima Raja ( 2001 ), naik gred GC DG2/DG48 dari SMK Tg. Penglima Raja ke SMK SI 1 ( 2002 ) tidak
pernah dibuat majlis penghantaran dan sambutan seperti pada tengah hari ini. Tidak pernah merasai
suasana dihantar dan disambut, apalagi dihargai dan dipuji sanjung. Tapi pada hari ini suasananya amat
berlainan sekali, saya  terasa sungguh dihargai dan dihormati dengan majlis yang diadakan.  Ibarat  kata 
permata timbul di hujung senja. •Saya  mengucapkan terima kasih yang tidak terhingga kepada AJK
Kelab Guru dan Kaki tangan ( KGKT ) SMK SI 1 yang diketuai/dipengerusikan oleh Yang Berusaha  Cikgu
Che Man Bin Masan yang telah merancang dengan baik majlis pada hari ini. Satu tugas dan
tanggungjawab yang amat mencabar telah berjaya ditangani dengan sempurna oleh Cikgu Che Man
beserta Ahli Jawatankuasanya. Syabas dan tahniah. Satu perencanaan yang amat kemas dan rapi telah
diatur seperti menyediakan beca berhias, perarakan kumpulan kompang, perbarisan bunga mangga
pasukan beruniform, pemberian cendera kenangan, dan seterusnya meminta saya mengenaikan set 
pakaian  melayu beserta tengkolok. •Terima kasih kepada semua guru, kaki tangan sokongan sekolah
dan pelajar kerana telah memberikan kerjasama dan sokongan moral yang jitu terhadap majlis
perpisahan saya ini. •Pada kesempatan ini, saya mengambil peluang untuk memberi kemaafaan kepada
semua pihak dan mengizinkan segala perkongsian ilmu yang didapati daripada saya. Dalam masa yang
sama, saya juga ingin menyusun sepuluh jari dari hujung kaki sampai ke hujung rambut untuk memohon
maaf daripada semua pihak ( guru-guru, kaki tangan sokongan dan para pelajar )  jika terdapat sebarang
kesilapan dan kesalahan baik yang berlaku dengan sengaja atau pun tidak dengan sengaja sepanjang
bergaul dan bertugas di sekolah ini.  •Kepada pengetua ( Tuan Haji Ab.  Halim Bin Che Hassan ) dan para
pentadbir SMK SI 1, saya terpaksa memohon maaf secara khusus dan terbuka kerana  memang ada
kesalahan dan kesilapan, misalnya sekali-sekala ada juga keluar dari pintu pagar sekolah tanpa sempat
memohon kebenaran/keizinan kerana urusan peribadi ( Tapi tidaklah sehingga meninggalkan kelas 
pengajaran ). Misalnya pada bulan Januari lepas adalah sebanyak tiga kali pergi ke bank RHB, Pasir Mas
selama lebih kurang  10 – 30 minit. Harap dapat dimaafkan dengan serta-merta ( 0 – 0 ) oleh Pengetua
yang budiman. •Untuk makluman semua guru dan pelajar sekalian, majlis perpisahan persaraan saya
yang dibuat oleh pihak sekolah pada hari ini agak terlambat sebulan cukup daripada tarikh sebenar
bersara pada 1 Febuari, 2013 ialah kerana  surat rasmi persaraan daripada Jabatan Perkhidmatan Awam
lambat di terima.  Surat hanya diterima pada tengah hari Rabu, iaitu dua hari sebelum sekolah bercuti
sempena tahun Baru China selama 9 hari. Pada hari Khamis sehari sebelum bercuti Tahun Baru China,
sekolah mengadakan Majlis Maulidur Rasul, dengan pelajar dan guru berarak  beserta selawat
mengelilingi bandar Pasir Mas. •Jadi sekolah menghadapi kekangan masa untuk  AJK Kelab Guru dan
Kaki Tangan mengadakan mesyuarat bagi berbincang dan merancang majlis perpisahan saya. •Saya
banyak-banyak bersukur dengan majlis ini kerana sekurang-kurangnya dapat menjawab pertanyaan
jiran-jiran sekitar dan masyarakat kampung.   •Guru-guru dan para pelajar sekalian. •Sebenarnya jasa
saya kepada sekolah ini selama 10 tahun 6 bulan bertugas di sini tidaklah seberapa. Sewaktu menjadi
pengerusi kelab KGKT pada tahun 2002-2003 sempat juga membina 25 buah garaj kereta guru dan kaki
tangan yang sebelum daripada ini tidak ada. Garaj yang dibina pada tempoh hari masih lagi kekal
digunakan guru-guru dan kaki tangan sehingga ke hari ini walaupun sekarang tinggal 15 buah sahaja.
Idea pembinaan garaj kereta ini bertujuan untuk memberi kebajikan kepada guru-guru dan kaki tangan
sokongan di samping sebagai sumber pendapatan tetap tahunan KGKT. Dan pada hakikatnya apa yang
dirancang  telah menjadi kenyataan. •Saya juga telah mencetuskan idea melabelkan nama-nama bilik
khas dan kelas  dengan meletakan di atas pintu masuk ke bilik atau ke kelas berkenaan yang sebelum ini
juga tidak ada. Label-label kelas dan bilik-bilik khas tersebut nampaknya kekal digunapakai sehingga
sekarang walaupun telah berlaku rejenama semula. Tujuannya ialah bagi memudahkan semua pihak
yang hendak berurusan  di tempat tersebut, terutamanya kepada para ibu bapa, guru dan pelajar
mencari kelas masing-masing. Kerangka label khas yang diperbuat daripada besi yang pletnya mudah
ditukar ganti. •Dalam mata pelajaran Kesusasteraan Melayu di peringkat peperiksaan SPM, saya telah
berjaya meletakan penanda aras yang kuat dan kukuh dengan pencapaian tertinggi  95.9% dan gred
purata tertinggi ialah 3.42 dengan 48 orang  mendapat A pada tahun 2011. Dan keputusan SPM  tahun
2012  yang akan diumumkan pada bulan Mac nanti, dijangkakan pencapaiannya  akan lebih menarik
lagi . Saya amat kecewa kerana  target untuk  melihat pencapaian 100% dengan gred purata mata
pelajaran 0 atau 1 belum lagi tercapai sehinggalah  saya buat pilihan untuk bersara. Saya berharap guru
pengganti saya boleh melakukan sesuatu  yang luar biasa untuk mencapai impian   yang masih
tergantung itu.  •Walaupun sumbangan dan peranan saya di sekolah ini dalam jangka masa 10 tahun
lebih nampaknya tidak seberapa, tetapi pada hakikatnya saya telah berjaya mengharumkan nama  baik
SMK SI 1 ke seluruh pelusuk negeri,  negara dan dunia ( termasuk ke Sabah dan Sarawak ), melalui 
pelbagai program profesionalisma mata pelajaran Kesusasteraan Melayu di peringkat PPD, JPN, dan
KPM sebagai penceramah kursus , penceramah mata plelajaran, penilai buku teks, pemeriksa kertas,
pembina dasar dan penulis blog. •Guru-guru dan para pelajar yang dihormati sekalian. •Bermula pada 1
Februari, 2013 yang lalu dan untuk waktu hari-hari saki baki seterusnya, terputus sudah hubungan
rasmi  saya sebagai guru atau kaki tangan perkhidmatan awam Malaysia dengan  para pelajar, guru,
PPD, JPN, KPM dan Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia kerana telah bersara. Namun begitu roh,
semangat dan jiwa kependidikan masih tebal menapak dan membara di dalam diri, jiwa dan sanubari
saya. Masih utuh dan sedia menyumbang bakti kepada sesiapa sahaja asalkan untuk  kemajuan
pembangunan pendidikan, masyarakat, agama, negara dan bangsa. •Tugas guru pada akhir-akhir ini
amat berat dan mencabar. Guru adalah arkitek dan juruteknik manusia. Profesion keguruan berbeza
dengan tugas-tugas kaki tangan perkhidmatan awam lain. Kaki tangan perkhidmatan awam lain seperti
polis, tentera, doktor, pegawai daerah, peguam, hakim dan lain-lain menggunakan ilmu yang dimilki
pada dirinya  sebagai pelaksana tanggungjawab yang diamanahkan oleh kerajaan kepadanya. Tetapi
guru menggunakan ilmu

Anda mungkin juga menyukai