Anda di halaman 1dari 4

TEKS PENGACARA MAJLIS PELANCARAN

(PENYERAHAN MENTOR KEPADA MENTEE)

PROGRAM

GURU

PENYAYANG

Terima kasih saudari pengerusi majlis..


Bismillah.
Assalammualaikum w.b.k.t dan salam sejahtera
Dimulakan lafaz dengan nama Allah Tuhan Ilahi
dimohonkan limpahan berkat akan segala nikmat yang diberi,
Diucapkan puji-pujian ,kepada Allah RABBUL IZZATI
Diiringkan sanjungan dengan kesyukuran yang amat tinggi..

Yg berusaha En. Abd Samad bin Othman, Pengetua SMK Orkid


Desa,
Pn. Aziah bt Ahmad, Guru Penolong Kanan Pentadbiran dan
Kurikulum
Pn. Koh Siew Eng, Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid
Pn. Dahanum bt Soyono, Guru Penolong Kanan Kokurikulum
Guru-guru Kanan Mata Pelajaran, Guru Cemerlang, barisan guruguru serta murid-murid SMK Orkid Desa yang dikasihi sekalian .
Alhamdulillah, marilah kita sama-sama memanjatkan syukur ke hadrat Ilahi
Tuhan yang Maha Agung kerana dengan limpah kurniaNya jua maka kita
diberikan luangan waktu , kesempatan dan dianugerahkan kesihatan yang baik
untuk kita berkumpul dalam satu majlis pelancaran guru penyayang
(penyerahan mentor kepada mentee) tahun 2016.
Buat pengetahuan hadirin-hadirat sekelian, pelancaran program guru penyayang
ini bertujuan menyuburkan rasa cinta dan kasih di seluruh warga smk orkid desa.
Di samping itu juga, ia dapat menguatkan semangat perpaduan dan silaturrahim
sesama warga sekolah, sekaligus menjana suasana pembelajaran dan
pengajaran yang kondusif di sekolah
Hadirin yang dirahmati sekelian,
Penyayang membawa maksud perbuatan atau perlakuan menyayangi,
mengasihi, dan berbelas kasihan serta menghormati orang lain. Penyayang atau
caring bermaksud merasa prihatin dan empati terhadap orang lain. Ini
bermakna guru penyayang adalah seorang guru yang memiliki sifat kepedulian
terhadap setiap perkara yang berkaitan dengan muridnya dengan cara
mengamalkan sifat dan perlakuan seperti yang disebut tadi. Seorang guru
penyayang sentiasa mengutamakan kebajikan dan pembelajaran muridnya. Guru
penyayang akan memberi didikan dan tunjuk ajar dengan penuh kesabaran
sehingga muridnya menguasai pelajaran Guru penyayang juga sentiasa percaya
dan yakin pada muridnya. Dengan cara ini muridnya akan yakin dan percaya
dengan kebolehan diri sendiri .
Secara ringkasnya program guru penyayang ini bertujuan untuk meningkatkan
SIFAT KEPEDULIAN(concerned) guru terhadap muridnya dengan cara
mengamalkan nilai kasih sayang, bersikap mesra, mengambil berat, berbudi
bahasa, saling hormat-menghormati, sentiasa ceria, prihatin dan sabar.

Di samping itu, program ini dilaksanakan untuk menawan jiwa raga murid agar
mereka menghargai dan menyayangi sekolah, guru, ibu bapa, masyarakat dan
Negara.
# bertepatan dengan maksud penyayang yang telah saya kongsikan bersama
tadi, hari ini adalah hari yang paling istimewa kerana Jawatankuasa Bimbingan
dan Kaunseling peringkat sekolah akan melaksanakan MajlisPelancaran Program
Guru Penyayang/ Mentor Mentee Peringkat Sekolah Tahun 2016
Guru mengajar sepenuh hati,
Demi kerana murid tersayang;
Apa diajar lekat di hati,
Itulah harapan guru penyayang.
Duduk sekawan gadis jeita,
Buat santapan untuk pahlawan;
Tampillah tuan kami meminta,
Madah ucapan kata aluan
Hadirin yang dirahmati Allah sekelian,
Tanpa melengahkan masa, Majlis dengan dengan segala hormatnya menjemput
Yang Berusaha, En. Abd samad bin Othman, Pengetua SMK Orkid Desa untuk
memberikan ucapan seterusnya menyempurnakan majlis pelancaran guru
penyayang serta penyerahan mentor kepada mentee bagi tahun
2016.
majlis dengan penuh takzim mempersilakan
*******************Ucapan

Perasmian

Pengetua*****************************

Demikianlah tadi ucapan perasmian yang telah disempurnakan oleh Yang


Berusaha, En. Abd Samad bin Othman, pengetua SMK Orkid Desa. Majlis
merakamkan jutaan terima kasih di atas ucapan dan perasmian sebentar tadi.
Hadirin sekalian,
Majlis diteruskan lagi dengan acara penyerahan mentor mentee. Setiap kelas
telah diberikan 2 hingga 3 orang guru sebagai mentor bagi melaksanakan modul
yang bakal diberikan. Justeru dipersilakan En. Abd Samad bin Othman, Pengetua
SMK Orkid Desa bagi menyampaikan fail kepada Ketua Tingkatan serta guru
yang berkenaan.
Dipersilakan..///
BI
L
1

MENTE
E
1O

1R

1K

MENTOR (GURU)
1. WAN SALIZA BT. WAN ROSLI
(KETUA)
2. NORSAKINAH BT. AMRAN
1. NORSUHAILI BT SAPON (KETUA)
2. HASNI HASTUTI BT. IBRAHIM
3. SHAMSULMARZENI BT. MANSHOR
1. CHEK PIT CHOW(KETUA)

CATATAN

1I

1D

20

2.
3.
1.
2.
3.
1.
2.
3.
1.

2R

2.
3.
1.

2K

2.
3.
1.

2I

2.
1.

10

2D

11

3O

12

3R

13

3K

2.
3.
1.
2.
1.
2.
3.
1.
2.
3.
1.

40/4K

2.
3.
1.

4I

2.
3.
1.

16

50/5K

2.
3.
1.

17

51

2.
1.

14

15

2.

TUAN RUZANA BT. TUAN KECHIK


SALINA BT. MOHD DAHLAN
NORFIZA BT. ARIFFIN(KETUA)
MUNIRA BT. ABDUL AZIZ
MOHAINI BT. MOHAMAD
MOHD IZZUDIN B. ADNA (KETUA)
ROSE AMIDA BT. MOHAMAD
MOHD IZZUDIN B. ADNA
SUHAIDA BT. MOHAMED NOOR
(KETUA)
LIM HUI MING
SITI AMINAH BT. MOHD BAKHORI
NIK
ADEWATI
BT.
NIK
ARIF
(KETUA)
NORMI BT. MUHAMMAD
SITI SURIANI BT. ISMAIL
MOHD AMIRULASRAF B. ZULKEFLI
(KETUA)
RAJA HALIMAH BT. RAJA YAAKOP
MOHD
SAWAL
B.
MAT
NOR
(KETUA)
NUR AFZAN BT. ABDUL AZIZ
MAISYURA BT. MAT SAMAN
NORHAFIZAH BT ADAM (KETUA)
EDI A/L EMAI
AZMA AZIRA BT. AZAN (KETUA)
HAZURA BT. ISMAIL
NOOR ASIAH BT. MOH IDRUS
SHAMSUL B. IBRAHIM (KETUA)
EVARINA BT. MOHAMAD
NEESA BT. RAMLI (KETUA)
SITI SYAMA FAIRUS BT. MAT
ISA(KETUA)
ROSLIDAINI BT. MOHAMAD
AZMI B. MOHD ISA
ZEITI ANIS HUSAINA BT. ZAKARIA
(KETUA)
AHMAD MUZAMIR B. MOHD
WONG CHEAH NEE
ELYA HAFIZA BT. ABDUL RAHMAN
(KETUA)
AHMAD NIZAM B. AHMAD SHUKRI
MASNIZA BT AHMAD
CHANDRAKALA
A/P
VARATHARAJOO (KETUA)
SUHAIMAH BT. ISHAK
SITI NURUL HIDAYAH BT. SHAIK
NOORDIN (KETUA)
ROZAINI B. ISMAIL

Terima kasih diucapkan kepada En. Abd Samad bin Othman atas penyampaian
fail mentor mentee berkenaan.

**********************************************************************************
*************
Hadirin dan hadirat yang diRahmati sekelian
Dengan berakhirnya pemberian fail sebentar tadi, maka majlis sudah sampai
kepenghujungnya. Dikesempatan ini juga, kami seluruh warga kerja program
guru penyayang ingin merakamkan sekalung penghargaan dan terima kasih
kepada semua yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam
menjayakan program guru penyayang tahun 2016 ini.
Tenang-tenang air di kali,
Tempat mandian putera dan puteri,
Sempurna sudah majlis dirai
Salah dan silap harap dimaafi.
SEKIAN TERIMA KASIH

Anda mungkin juga menyukai