Anda di halaman 1dari 2

Selamat sejahtera dan salam perpaduan,

Saya ucapkan kepada tuan Guru Besar …………………………, Penolong Kanan 1


……………………………, Penolong Kanan HEM ………………………., Penolong Kanan
Kokurikulum ……………………………., guru-guru, staf sokongan dan rakan-rakan sekalian.

Saya ingin merakamkan terima kasih kepada pihak sekolah kerana menjemput saya
mewakili murid-murid Pengkalan Ara untuk memberikan sepatah dua kata sempena Hari
Guru yang di raikan pada pagi yang mulia ini.

Bersyukur kepada Tuhan kerana pada tahun ini, kita warga SKPA berpeluang lagi untuk
menyambut Sambutan Hari Guru bersama-sama untuk meraikan jasa dan pengorbanan
guru-guru yang bertungkus-lumus untuk menjadikan sekolah kita sebagai antara sekolah
terbaik di daerah Hilir Perak.

Sebelum meneruskan ucapan saya, dengarkan pantun ini

A-B-C dan alif ba ta


Satu dua tiga dan empat
Selalu cikgu ajar kita
Ditubi-tubi sampai dapat

Pantun tersebut menggambarkan kegigihan guru-guru mengajar kami yang serba


kerkurangan di sini tanpa kenal penat dan lelah. Gurulah yang mengenalkan kami huruf A-Z
dan angka 1 hingga 100. Mengajar kami mengenal suku kata hinggalah dapat membaca dan
mengajar kami operasi-operasi matematik hingga kami dapat mengira.

Tanpa guru-guru mengajar kami, kami mungkin gagal dalam pelajaran, seterusnya dalam
hidup. Kami amat terharu akan jasa dan pengorbanan guru-guru. Komitmen guru-guru amat
tinggi dalam memastikan kecemerlangan kami hingga sanggup mengorbankan wang ringgit,
masa dan tenaga dengan mengadakan kelas tambahan, kelas intensif dan pelbagai program
untuk membimbing kami.

Selain dalam bidang pelajaran, guru juga berperanan membentuk peribadi mulia di kalangan
kami. Supaya apabila kami cemerlang dalam bidang pelajaran kami juga cemerlang dalam
akhlak kami.

Cuba fikirkan sejenak, adakah selama ini kita berbuat sesuatu untuk guru-guru kita? Adakah
kita sentiasa mendengar nasihat mereka? Oleh itu saya menyeru kepada rakan sekalian
sentiasa menghargai guru dan mengenang jasa mereka yang ibarat ibu bapa kita di sekolah.
Setidak-tidaknya jadilah manusia yang berguna kepada bangsa dan negara pada masa
hadapan sebagai tanda penghargaan kita kepada mereka.
Akhir sekali, sekali lagi saya merakamkan setinggi-tinggi kesyukuran, saya berdoa agar
SKPA terus cemerlang dan lebih gagah menghadapi cabaran serta mencapai matlamat
menjadi sekolah terbaik bukan sahaja peringkat daerah, tetapi peringkat negeri.

Semoga dengan keizinan Tuhan, guru-guru kita sentiasa diberkati, sihat dan sejahtera.

Sebelum saya mengundur diri, ini ada sebuah pantun daripada saya.

Lima enam tujuh lapan


Rajin belajar cepat maju
Bila dapat maju ke depan
Terima kasih banyak, Cikgu!

Anda mungkin juga menyukai