Anda di halaman 1dari 2

TERIMA KASIH CIKGU

Sofea merupakan seorang murid yang nakal dan pemalas. Pada suatu hari, seorang guru
baru masuk ke kelas Sofea. Nama guru tersebut ialah Cikgu Noraini. Cikgu Noraini seorang guru
yang baik hati dan prihatin terhadap anak muridnya. Semasa Cikgu Noraini sedang mengajar,
Sofea asyik bermain dan tidak menumpu perhatian. Cikgu Noraini menegur sikap Sofea.
Malangnya, teguran cikgu ibarat menuang air ke daun keladi, sedikit pun tidak dihirau oleh
Sofea.

Pada suatu hari, ketika Sofea cuba mengusik kawan sekelasnya, tiba-tiba kepalanya
terhantuk ke dinding dan terus pensan. Kejadian tersebut disedari oleh Cikgu Noraini dan
dengan segera Sofea dihantar ke klinik yang berdekatan dengan sekolah. Sofea diberi rawatan
segera oleh doktor. Sofea merasa sangat malu akan sikapnya yang tidak menghirau teguran
cikgu. Dia merasa sangat menyesal dan meminta maaf kepada Cikgu Noraini. Sofea berjanji
tidak akan nakal dan akan belajar bersungguh-sungguh.

Semenjak kejadian itu, Sofea berubah menjadi murid yang rajin dan di senangi oleh
semua kawan sekelas. Pada hari minggu pula ,Sofea akan ke rumah Cikgu Noraini untuk
menggulangkaji pelajaran.

Minggu peperiksaan sudah tiba, Sofea menjawab soalan peperiksaan dengan penuh
yakin. Semiggu kemudian, keputusan peperiksaan telah diumumkan. Hati Sofea berdebar-
debar. Dia sangat berharap untuk mendapat keputusan yang baik. Tiba-tiba Cikgu Noraini
menepuk dan terus menggengam tangan Sofea sambil menggucapkan tahniah. Cikgu juga
mengumumkan bahawa Sofea mendapat kedudukan pertama dalam kelasnya. Semua rakannya
tidak percaya bahawa Sofea seorang murid yang paling nakal mendapat keputusan tertinggi di
kelas iaitu 3A 2B. Apabila ibubapa Sofea mendapat tahu bahawa anaknya mendapat keputusan
tertinggi di kelas, mereka sungguh gembira kerana selama ini Sofea tidak suka belajar.

Sofea merasa sangat gembira dan berjanji akan belajar dengan lebih tekun. Dia bertekad
untuk mendapat 5A dalam UPSR nanti. Kejayaan yang dikecapi oleh Sofea adalah atas jasa
Cikgu Noraini yang menyedarkannya, sentiasa memberi kata-kata semangat dan membantu
dalam pembelajaran. “Terima kasih Cikgu Noraini kerana mendidik dan mengajar saya sehingga
berjaya” ucapan yang tulus dari Sofea kepada Cikgu Noraini kesayangannya …..Terima kasih
cikgu!!

Anda mungkin juga menyukai