Anda di halaman 1dari 2

LAPORAN PESTA BUAH-BUAHAN SEKOLAH

NAMA GURU PELATIH : NURUL FARIHAH BINTI MUSTAPARUDIN

PROGRAM : PISMP AMBILAN JUN 2017

NAMA SEKOLAH : SK JALAN BUKIT 1

TAJUK : PESTA BUAH-BUAHAN SEKOLAH

TARIKH PERLAKSAAN : 23 OGOS 2019

OBJEKTIF : PERLAKSANAAN AKTIVITI INI BERTUJUAN UNTUK :

1. Membina hubungan yang positif antara pihak sekolah, guru dan murid

2. Membudayakan pemakanan yang sihat dan seimbang

3. Memupuk semangat berkerjasama dan berganding bahu dalam satu pasukan.

Pada hari Jumaat , 27 Ogos 2019 - Semua warga SK Jalan Bukit 1 telah mengadakan Pesta
Buah-buahan peringkat sekolah. Majlis sambutan ini disertai oleh semua guru dan kakitangan SK
Jalan Bukit 1, murid-murid Prasekolah, Tahun 1 hingga tahun 6 dan turut dimeriahkan lagi dengan
para jemputan.

Majlis ini bermula pada jam 9.15 pagi dan berakhir pada jam 12.45 tengah
hari.Pengajaran dan Pembelajaran tetap dijalankan pada jam 7.45 pagi hingga 9.15 pagi.Acara
ini telah dijalankan di laman ilmu.

Semua warga SK Jalan Bukit 1 kelihatan sangat gembira dan pesta buah ini disambut
dengan meriah sekali. Pelbagai jenis buah-buahan oleh pihak penganjur dan murid-murid untuk
dijamu dan dikongsi bersama warga sekolah dan para jemputan. Harapan penganjur agar
sambutan seperti ini akan terus dilaksanakan pada tahun-tahun akan datang dan dijadikan
acara tahunan.
Berikut ialah gambar-gambar sepanjang sambutan tersebut:

Anda mungkin juga menyukai