Anda di halaman 1dari 6

SKRIP

TEORI/KEMAHIRAN/
KONSEP KAUNSELING

SESI 1
Watak-watak:
Alia
Kaunselor
Pencerita
Latar tempat:
Bilik terapi muzik
Narator/Pencerita:
Alia ialah seorang atlet kanak-kanak berusia
sebelas tahun yang giat memasuki acaraacara olahraga di sebuah sekolah yang
terkemuka di Enstek. Dia mempunyai banyak
koleksi trofi dan sijil atas kemenangannya. Alia
sangat disokong oleh keluarganya terutama
ibunya yang selalu membawa dia untuk
berlatih di stadium ataupun gimnasium.
Namun, pada satu hari, ketika ingin melintas
jalan ke gimnasium bersama ibunya, mereka
telah dilanggar oleh sebuah kereta. Kaki Alia
telah patah namun dia selamat. Malang tidak
berbau, ibu Alia tidak dapat diselamatkan dan
telah terkorban demi menyelamatkan nyawa
anaknya sendiri. Sekarang, Alia sedang
menerima rawatan fisioterapi namun dirinya
berasa amat tertekan kerana berasa amat
bersalah dengan pemergian ibunya.
*Alia menuju ke bilik kaunseling
*Kounselor sedang bermain alat muzik,
kemudian Alia mengetuk pintu. Kounselor
membuka pintu lalu menjemput Alia masuk ke
dalam bilik kaunseling. Alia pandang
sekeliling.
Kaunselor: Hai assalamualaikum, Alia. Alia
sihat?
Alia: (tunduk dan diam)
Kaunselor: Alia sihat?
Alia: (diam)
Kaunselor: Alia sudah makan?
Alia: (diam) (angguk)

Kaunselor membina rapor


yang baik dengan klien
Menggunakan kemahiran
asas kaunseling:
SHOVELER
-Head nod
-Eye contact

Kounselor: Okay tidak mengapa Alia, mari


cikgu bawa awak ke sana. *menolak kerusi
Alia
Alia: (akur)
Kaunselor: *ambil marakas Okay sebelum
kita teruskan, baik cikgu perkenalkan diri cikgu
dahulu. (Lagu Old Mcdonald Had A Farm)
Nama cikgu Johari,
ei-ei-ei-o
Cikgu tinggal di
Mantin,
ei-ei-ei-o
*sambil bermain marakas
Alia: (tersenyum) (diam)
Kaunselor: Alia suka?
Alia: (angguk) Suka.
Kaunselor: Agak-agak macam lagu apa yang
cikgu nyanyi tadi?
Alia: Hmm..hhmm (berkerut) Lagu Old
Mcdonald?

*Kaunselor ambil marakas


*Kaunselor bagi marakas kepada Alia

Kaunselor kerap
menggunakan perkataan
bagus untuk membuat klien
berasa semangat.
(behaviourist)

Kaunselor: *Sambil main marakas Na, na,


na ,na, na, na, na (Old Mcdonald). Okey, cuba
Alia ikut.

Membina rapor dengan


menggunakan aktiviti dan
alat muzik rhythm

Kaunselor: Haa bagus pun Alia. Cikgu telah


ubahsuai daripada rentak lagu Old Mcdonald.

*Alia dan kaunselor bermain alat muzik


(triangle, tamborin, ukulele) sambil
menyayikan lagu Old Mcdonald dengan rentak
na, na, na.
Kaunselor: Okay bagus sekarang, boleh
cikgu tahu antara alat-alat muzik ni, Alia suka
yang mana?
Alia: (teragak-agak) Hhmm..hmmm

Kaunselor: Tidak mengapa Alia, jangan malumalu.


Alia: (pilih tamborin)
Sssebenarnya..sebenarnya saya..saya biasa
yang ini. (gagap)
Kaunselor: Bagus. Boleh Alia mainkan lagu
Old Mcdonald dengan tamborin tu?
Alia: (angguk) Saya cuba. *Mainkan lagu Old
Mcdonald dengan tamborin
Kaunselor: Okay bagus, sekarang, cuba
perkenalkan diri Alia dengan menyanyi macam
cikgu tadi tanpa alat muzik?
Nama
_______________,
ei-ei-ei-o
____________
tinggal di Mantin,
ei-ei-ei-o
*Alia cuba untuk menyanyi tanpa iringan
muzik dengan dibantu oleh kaunselor Johari.
Kemudian, Alia menyanyi lagu penuh
perkenalkan diri dengan iringan muzik.
Alia:
Nama saya Alia,
ei-ei-ei-o
Saya tinggal di
Nilai,
ei-ei-ei-o
(tersenyum)
Kaunselor: Bagus Alia, awak berjaya
perkenalkan diri awak. Haa bagaimana? Rasa
seronok tidak main muzik?
Alia: (senyum) (tunduk) Sseronok..
Kaunselor: Alia rasa nak datang sini lagi
tidak untuk main muzik?
Alia: (angguk) (senyum) Nakk
Kaunselor: Sekarang cikgu nak tahu Alia
sendiri ada tidak lagu kegemaran Alia?
Alia: (tunduk) hhmm adaa

Keep a double-spaced copy


of the words before the
children when they sing with
the verses separated from
the refrain. (Jackson, 2012)

Kaunselor: Haa bagus Alia. Jadi bolehlah


awak mainkan lagu kesukaan awak tu.
Boleh cikgu tahu lagu apa yang Alia suka?
Alia: Emm.. mmm lagu Suatu Hari Nanti,
Najwa Latif. (masih gagap)

Song selection by clients is a


kind of projective
technique that reveals the
needs of the unconscious
for certain types of stimuli
(Brodsky & Niedorf,
1986).

Kaunselor: Ohh lagu yang mana ya? Cikgu


tidak berapa pasti pula.
Alia: Hmm Tidak mengapa cikgu. Alia cuba
nyanyi.. *Alia menyanyi lagu Najwa LatifSuatu Hari Nanti sambal bermain alat muzik
tamborin
Aku inginkan hidup senang
Aku inginkan hati tenang
Setiap doaku untukku
Setiap doaku untukmu
Bawa ku bawa
Semua ku sayang ku bawa
Bawa ku bawa
Semua ku sayang ku bawa
Satu hari nanti
Aku kan bebas
Ay ya ya ya
Dan pada oh hari itu
Dengar aku nyanyikan
Ay ya ya ya
*Kaunselor mainkan marakas juga untuk
masukkan dengan lagu tersebut
Kaunselor: Pandai Alia mainkan lagu tu.
Boleh cikgu tahu kenapa Alia sukakan lagu
Najwa Latif tu?
Alia: Aaa.. Alia suka bahagian ay ay ya ya
tu. Rasa seronok..
Kaunselor: Oooh Alia rasa seronok dan
suka bahagian ay-ay-ay tu ya..
Alia: Ahaa.. Rasa seronok cikgu. (senyum)

Parafrasa: Kaunselor
menyatakan kembali luahan
klien

Kaunselor: Ohhh bagus, bagus, kalau Alia


rasa seronok, cikgu pun rasa seronok juga
(angguk)
Alia: (senyum)(gagap) Haa.. Emm.. Saya
suka lagu ni juga sebab bila nyanyi.. Ssaya
teringat ibu (masih senyum dan tunduk)
Kaunselor: (diam) Hmmm..
Alia: Tapi rasanya ibu sudah tenang di sana,
dan Alia harap Alia juga berasa tenang dan
gembira. (tunduk)
Kaunselor: Hmm (menganguk) Alia rasa
apa yang boleh buat Alia tenang dan
gembira?
Alia: Berdoa,hhmm.. menyanyi lagu Najwa
Latif pun ok cikgu.. (tersenyum kecil) Boleh
Alia nyanyi lagu tu lagi cikgu?
Kaunselor: Boleh Alia, teruskan.
Alia: Baik, cikgu. *sambil bermain dengan
tamborin, Alia menyanyikan lagu Suatu Hari
Nanti
Aku inginkan hidup senang
Aku inginkan hati tenang
Setiap doaku untukku
Setiap doaku untukmu
Bawa ku bawa
Semua ku sayang ku bawa
Bawa ku bawa
Semua ku sayang ku bawa
Satu hari nanti
Aku kan bebas
Ay ya ya ya
Dan pada oh hari itu
Dengar aku nyanyikan
Ay ya ya ya

Attending: Cikgu mendengar


dengan tekun luahan daripada
klien

Kaunselor: Bagaimana Alia rasa sekarang?


Alia: Okay cikgu, Alia suka menyanyi
(sambil tunjuk thumbs up)
Kaunselor: Jadi, Alia rasa Alia mahu datang
lagi ke sini? Untuk bermain muzik atau
menyanyi mungkin? Cikgu boleh temankan.
Alia: Mahu, tapi kalau di rumah cikgu tidak
dapat temankan macam mana? (masih
gagap)
Kaunselor: Tidak mengapa, nanti Alia boleh
bermain muzik dengan menyanyi sendiri di
rumah. Kalau Alia rasa mahu menyanyi, Alia
menyanyi sahajalah. Kalau nak pinjam alat
muzik cikgu pun boleh.
Alia: Wahh betul kah? Seronoknya. Saya
rasa lebih tenang sekarang selepas
berjumpa cikgu. Main alat muzik dan
menyanyi.
Kaunselor: Syukurlah kalau Alia berasa
begitu. Cikgu sentiasa ada di sini sekiranya
kamu ingin berjumpa.
Alia: Terima kasih cikgu!
*Loceng berbunyi
*Kaunselor menolong untuk menolak kerusi
roda Alia ke luar bilik kaunseling

Person Centered Theory (Carl


Rogers):
The psychological
environment described by
Rogers was one where a
person felt free from threat,
both physically and
psychologically. This
environment could be
achieved when being in a
relationship with a person who
was deeply understanding
(empathic), accepting (having
unconditional positive regard)
and genuine (congruent).
Klien berasa tenang apabila
muzik menjdai satu luahan
perasaannya yang posititif dan
kaunselor memahaminya.

Anda mungkin juga menyukai