Anda di halaman 1dari 5

Saya bersyukur kerana dapat menyiapkan tugasan Folio Pendidikan Jasmani Dan Kesihatan

Tingkatan 3 ini. Setinggi-tinggi penghargaan kepada pengetua SMK USJ 13, Puan Wan Noraini binti
Wan Yaakub kerana memberi kebenaran untuk menjalankan Folio ini. Saya juga ingin merakamkan
ucapan ribuan terima kasih kepada guru Pendidikan Jasmani Dan Kesihatan saya iaitu Dr Ong swee
ling kerana telah membantu saya dalam penyediaan Folio ini. Tunjuk ajar sepanjang penyediaan Folio
ini merupakan hasil komitmen yang itu daripada beliau.

Saya juga ingin mengucapkan jutaan ucapan terima kasih kepada ibu bapa saya iaitu Encik Maron
bin mrosidi dan Puan Masuria binti Abd hamid kerana memberi bantuan kewangan dan kebenaran
kepada saya untuk menjayakan kerja lapangan ini.

Akhir sekali , tidak lupa juga terima kasih diucapkan kepada rakan kelas yang turut membantu
kerana sudi berkongsi maklumat. saya ucapkan terima kasih kepada rakan saya, Naqib haikal bin
norzamry kerana turut sama menyumbang tenaga dan masa dalam proses melaksanakan Folio
Pendidikan Jasmani ini.
O Menyatakan jenis tarian
Memberi keterangan tentang
tarian
O Pembezaan kreativiti
tarian
Hasil kajian Tarian Ngajat

Bercakap tentang tarian Ngajat iainya pasti berkait rapat dengan negeri Sarawak. Ngajat sangat sebati
dengan masyarakat Iban. Malah tarian ini mampu menunjukkan keaslianya yang tersendiri. Tarian ini
sering dipersembahkan ketika Hari Gayak. Dari segi lengguk tariya dan tarian ini mempunyai tujuan
tersendiri. Mereka akan menggunakan barang barang dan pakaian tertentu. Ini semua merupakan
adat dan aturcara tarian ini.

Sejarah Tarian Ngajat

Sebelum pergi ke medan perang , Kaum Iban akan melakukan ritual "miring" diadakan dan akan
dihadiri oleh orang- orang atasan dan barisan para petempur. Namun ibu hamil dan orang tua tidak
dibenarkan untuk hadir ke majlis tersebut. Upacara melibatkan ilmu memuja demi membakar
semangat pertempur. Upacara ritual menggunakan beberapa bahan dan alatan seperti mangkuk
berisi beras, telur ayam, rokok gulung dan tembakau. Upacara diselitkan dengan tarian, lagu dan
sajak. Keluar bertempur seawal 3 hingga 4 pagi untuk tidak menyedarkan seisi rumah sewaktu
mereka ingin keluar berperang. Mereka akan balik dengan membawa kepala musuh . Dan
keesokkanya mereka akan melakukan upacara meraikan para pejuang. Dan tengkorak yang direbus
dan dikeringkan akan digantung di tiang rumah.

Jenis jenis tarian Ngajat

NGAJAT BEBUNUH

Dipersembahkan dengan 2 orang lelaki untuk menggambarkan kegigihan masyarakat Iban. Penari
memakai pakaian kulit dan memegang parang serta perlindung diri. Pakai topi yan asasnya ialah bulu
burung dan rambut manusia. Tarian akan dimulakan sebaik sahaja 4 alat muzik dibunyikan.
Permulaanya mereka akan menunjukkan aksi pahlawan masuk medan perang dan apabila terjumpa
musuh mereka menjerit "Manjong".

NGAJAT NGALU TEMUAI

Dipersembahkan bertujuan untuk menyambut kedatangan tetamu khas dan semasa Hari Gawai dan
perayaan lain. Dipersembahkan ketika upacara perasmian atau pembukaan sesuatu majlis rasmi yang
dihadiri oleh orang kehormat. Tarian ini dilakukan sambil mengiringi tetamu sehingga ke tuai rumah.

NGAJAT INDUK

Ngajat IndukMerupakan persembahan yang di persembahkan oleh golongan wanita yang


memaparkan kelembutan dan kehalusan seni budaya serta adat istiadat masyarakat pribumi itu
sendiri. Gerak tari yang di persembahkan mempunyai maksud yang tersirat serta menggambarkan
aktiviti seharian masyarakat Iban.

NGAJAT LESUNG

Tarian Ngajat Lesong merupakan tarian yang di persembahkan oleh golongan lelaki sahaja.
Persembahan ngajat jenis ini hanya di benarkan untuk di tarikan oleh kaum lelaki kerana ianya
memerlukan penari lelakinya untuk menari sambil menggigit lesong. Kekuatan dan kegagahan yang
di tunjukkan dalam persembahan tarian ngajat jenis ini hanya sesuai di persembahkan oleh golongan
lelaki sahaja.
NGAJAT KUTA

IMerupakan jenis tarian persembahan ngajat yang menggabungkan penari lelaki dan perempuan.
Biasanya diadakan bagi upacara sambutan seperti perasmian sesebuah persembahan kebudayaan
dan sebagainya.

NGAJAT PUA KUMBU

Ngajat Pua Kumbu Merupakan salah satu daripada jenis persembahan yang terdapat dalam
tarianngajat. Persembahan ngajat jenis ini lazimnya di persembahkan oleh golongan wanita.
Memandangkan nama tarian ini ialah Pua Kumbu sudah pasti penari akan menari sambil membawa
kain pua kumbu sebagai alat dalam persembahan mereka.

Anda mungkin juga menyukai