Anda di halaman 1dari 65

PSV3108 Pendidikan Seni Visual Kurikulum Baru Sekolah Rendah –

Membentuk dan Membuat Binaan, dan Mengenal Kraf Tradisional

TAJUK 1 PENGENALAN KONSEP DAN PRINSIP BIDANG


MEMBENTUK DAN MEMBUAT BINAAN.

SINOPSIS

Membentuk dan membuat binaan merupakan bidang yang ketiga dalam


Sukatan Pelajaran Pendidikan Seni Visual Sekolah Rendah KBSR. Ia
menekankan kepada pemahaman dan penguasaan objek-objek seni tiga
dimensi. Di dalam menghasil objek yang bersifat tiga dimensi, penstrukturan
reka bentuknya perlu dirancang dan perhalusi agar hasilannya menepati
perancangan yang dibuat. Hasilan yang wujud daripada membentuk dan
membuat binaan ini dikenali sebagai objek maujud, iaitu objek nyata dan
boleh dipegang. Justeru itu ia mempunyai ciri-ciri binaan seperti bentuk,
jalinan, besar, kecil, licin, kesat, keras, lembut dan lain-lain. Proses
membentuk dan membuat binaan melalui proses imaginasi oleh pelukis dan
seterusnya diterjemah dalam bentuk lukisan, distruktur dan akhirnya proses
pembinaan objek tersebut.

HASIL PEMBELAJARAN

i. Mengenalpasti prinsip, konsep, pengetahuan serta kemahiran


dalam bidang Membentuk dan Membuat Binaan
ii. Menunjukkan kefahaman tentang kandungan ilmu, dan sumber
yang berkaitan dengan bidang pengajian
iii. Menganalisis konsep dan Prinsip bidang Membentuk dan
Membuat Binaan
iv. Menghubungkaitkan kesan visual dengan cara olahan
v. Mengenalpasti jenis dan fungsi alat dan bahan
PSV3108 Pendidikan Seni Visual Kurikulum Baru Sekolah Rendah –
Membentuk dan Membuat Binaan, dan Mengenal Kraf Tradisional

vi. Mengaplikasi pengetahuan dan kemahiran tentang alat, bahan


serta teknik pada penghasilan Membentuk dan Membuat Binaan

KERANGKA TAJUK-TAJUK

1.1 Konsep Asas dan Pengertian 3 Dimensi dalam Membentuk


dan Membuat Binaan

Bidang kegiatan membentuk dan membuat binaan menegaskan perkembangan


persepsi pelajar terhadap aspek seni dari segi bentuk, ruang, struktur, imbangan
dan kestabilan. Bidang ini juga mendedahkan pelajar dengan penggunaan
pelbagai bahan, alat dan teknik penghasilan. Bidang kegiatan dan membentuk
dan membuat binaan tiga dimensi merangkumi 9 aktiviti seperti berikut:

(a) Arca timbul


(b) Arca asemblaj
(c) Arca mobail
(d) Arca stabail
(e) Model
(f) Diorama
PSV3108 Pendidikan Seni Visual Kurikulum Baru Sekolah Rendah –
Membentuk dan Membuat Binaan, dan Mengenal Kraf Tradisional

(g) Boneka
(h) Topeng
(i) Origami

Kegiatan membentuk dan membuat binaan memberi peluang kepada pelajar


membuat rujukan kepada objek sebenar. Perbandingan ini akan memberi
kesedaran bahawa idea dan kreativiti mempunyai fungsi dan makna. Aspek
apresiasi hasil kerja diadakan sebagai satu proses pembelajaran. Kegiatan ini
boleh dilakukan dalam pelbagai cara seperti pernyataan, puisi, lakonan,
nyanyian dan cerita.

Objek tiga dimensi bersifat konkrit dan mempunyai isipadu, mempunyai


pandangan sisi, kiri, kanan, atas dan bawah. Objek semula jadi, objek buatan
manusia atau bentuk ilusi yang boleh disentuh, dilihat dan dirasa.

Berbeza dengan bentuk ilusi yang hanya boleh lihat dan tidak dapat dirasa
kerana berbentuk dua dimensi yang mungkin berupa lukisan atau ilustrasi.
Bentuk ilusi dapat digambarkan melalui penggunaan unsur seni seperti garisan,
ton, jalinan, warna dan ruang.

Sumber : http://blog.makezine.com/crapaud2.jpg
PSV3108 Pendidikan Seni Visual Kurikulum Baru Sekolah Rendah –
Membentuk dan Membuat Binaan, dan Mengenal Kraf Tradisional

1.2 Alat dan Bahan

Terdapat pelbagai jenis alat dan bahan yang boleh digunakan di dalam bidang
membentuk dan membuat binaan berdasarkan jenis-jenis aktiviti seperti yang
dinyatakan dalam Sukatan Pelajaran Pendidikan Seni Visual Sekolah Rendah.

Bil. Jenis
Alat dan Bahan
Aktiviti
Alat Bahan
- Pahat - Kepingan kayu
- Penukul - Plaster of Paris
- Alat pengukir - Batu
Arca
1. - Pengikis - Kayu
Timbul
- Kikir Pari - Plastik
- Kertas Pasir - Kertas lumat
- Papier Macheir
- Tanah Liat
Alat Bahan
- Playar - Kayu
- Gunting dawai/zink - Logam
- Ragum - Batu
- Alat pengimpal - Simen
2. Asemblaj
- Pemotong besi - Bongkah-bongkah
- Tukul besi - “Spare-part” kenderaan
- Bahan Kutipan
- Besi
- Roda dan sebagainya
3. Mobail Alat Bahan
- Playar - Besi
- Gunting dawai/zink - Dawai
- Ragum - Kertas
PSV3108 Pendidikan Seni Visual Kurikulum Baru Sekolah Rendah –
Membentuk dan Membuat Binaan, dan Mengenal Kraf Tradisional

- Alat pengimpal - Tali temali


- Pemotong besi - Kepingan Logam
- Tukul besi - Kad bod.
- Aluminium
- Fiber glass
Alat Bahan
- Playar pemotong
- Gunting Dawai - Simen
- Gergaji besi/kayu - kepingan logam
4. Stabail - Bahan pelekat - Plastik
- Pisau pemotong - “Spare-parts” kenderaan
- Gerudi elektrik - Besi
- Logam
- Papan dan sebagainya
Alat Bahan
- Gam serbaguna - Mounting board
- Pisau/Gunting - Polystrin
5. Model
- Warna - Kertas warna
- Kertas pasir - Span bunga
, - Simen harder
Alat Bahan
- Playar - Aluminium
- Gunting dawai/zink - Cermin/kaca
- Ragum - Kertas tebal
- Pisau NT - Kepingan
6. Diorama - Gunting, tembaga/zink/timah
- Sesiku L, - Dawai
- Pembaris keluli - Kepingan plastik/Perspek
- Tukul besi - Fiber glass
- Gerudi elektrik - Karangan laut
- Tanah liat/plastesin
7. Boneka Alat Bahan
PSV3108 Pendidikan Seni Visual Kurikulum Baru Sekolah Rendah –
Membentuk dan Membuat Binaan, dan Mengenal Kraf Tradisional

- Pisau - Kertas warna


- Tali - Pollistirena
- Gunting - Penutup botol gabus
- Gam
Alat Bahan
- Gergaji - Kayu
- Pensil - Kulit lembu/kambing/
- Pahat pelbagai jenis kerbau
- Pengetuk kayu - Kertas tebal
- Tukul - Tanah liat
8. Topeng
- Kapak - Warna batik
- Gerudi pelbagai jenis - Warna-warna tradisional
- Pisau - Permata untuk hiasan
- Berus lukisan pelbagai - Benang bulu
jenis - Perada

- Kertas washi
9. Origami - Kertas kerajang
- Kertas sepasang

Adakah terdapat perbezaan alat dan bahan yang digunakan bagi


menghasilkan arca stabail dan mobail?

1.3 Teknik-teknik Membentuk dan Membuat Binaan


PSV3108 Pendidikan Seni Visual Kurikulum Baru Sekolah Rendah –
Membentuk dan Membuat Binaan, dan Mengenal Kraf Tradisional

Aktiviti-aktiviti yang terdapat di dalam bidang membentuk dan membuat binaan


terdiri daripada pelbagai jenis aktiviti yang mempunyai teknik-teknik penghasilan
yang berbeza antara satu sama lain.

Bil. Jenis Aktiviti Teknik-teknik


- Acuan
1. Arca Timbul - Tampalan
- Binaan
- Cantuman
- Kimpalan
2. Asemblaj - Binaan
- Cantuman skru/paku
- Gam
- Kimpalan
3. Mobail - Gam
- Skru
- Ikatan
- Kimpalan
4. Stabail - Skru
- Ikatan
- Acuan
- Binaan
Di dalam penyediaan sesebuah model, teknik yang
5. Model berbeza digunakan semasa proses penghasilan.
Teknik yang digunakan ini berbeza-beza dan
bergantung pada jenis model yang akan dihasilkan.
- Catan
6. Diorama - Lukisan
- Tampalan
Setiap boneka yang dihasilkan menggunakan teknik
7. Boneka yang berbeza semasa membuatnya Teknik yang
digunakan berbeza bergantung kepada jenis boneka
yang akan dihasilkan.
PSV3108 Pendidikan Seni Visual Kurikulum Baru Sekolah Rendah –
Membentuk dan Membuat Binaan, dan Mengenal Kraf Tradisional

 Lukisan
 Catan
 Guntingan
 Tampalan
 Ikatan
 Teknik luakan dan ukiran – sesuai menggunakan
8. Topeng media kayu dan tanah liat.
 Teknik tampalan – sesuai mengunakan media
kertas.
 Teknik tebuk – sesuai menggunakan media kulit
haiwan.

9. Origami Melipat kertas

Apakah teknik yang sesuai untuk menghasilkan topeng dari papier


Mache ?

1.4 Kaedah Membentuk dan Membuat Binaan

Kaedah membentuk dan membuat binaan boleh dibahagi kepada 3 langkah


iaitu :
i. Penyediaan lakaran idea
PSV3108 Pendidikan Seni Visual Kurikulum Baru Sekolah Rendah –
Membentuk dan Membuat Binaan, dan Mengenal Kraf Tradisional

ii. Menentukan alat, bahan dan teknik


iii. Proses membentuk dan membina

1.4.1 Penyediaan Lakaran Idea

i. Menentukan hal benda dan tema


ii. Membuat thumb nail print (membuat lakaran-lakaran kecil)
iii. Memilih lakaran yang terbaik.
iv. Menghasilkan lukisan yang terperinci.

1.4.2 Langkah Menentukan Alat, Bahan dan Teknik

Di dalam bidang membentuk dan membina terdapat 9 aktiviti yang berbeza.


Setiap aktiviti akan menentukan alat, bahan dan teknik yang akan digunakan
dalam proses hasil kerja.

Penyediaan aktiviti yang dipilih akan melibatkan pengetahuan tentang alat,


bahan dan teknik. Walaubagaimanapun proses eksperimentasi juga membantu
menentukan alat, bahan dan teknik yang sesuai.

Pemilihan alat,bahan dan teknik boleh diperhatikan seperti berikut :


PSV3108 Pendidikan Seni Visual Kurikulum Baru Sekolah Rendah –
Membentuk dan Membuat Binaan, dan Mengenal Kraf Tradisional

1.4.3 Proses Membentuk dan Membina

Proses ini merupakan satu langkah penyediaan produk 3D yang telah dirancang.
Ia berdasarkan lukisan terperinci yang dihasilkan. Ia akan melibatkan proses
membuat penerokaan dan eksperimentasi alat, bahan dan teknik.
Setiap aktiviti di dalam bidang membentuk dan membuat binaan mempunyai
langkah yang sama pada aktiviti-aktiviti tertentu seperti arca dan terdapat juga
yang berbeza seperti origami.

1.5 Jenis Kegiatan dalam Membentuk dan Membuat Binaan

Bidang kegiatan membentuk dan membuat binaan merangkumi aktiviti seperti


rajah di bawah :
PSV3108 Pendidikan Seni Visual Kurikulum Baru Sekolah Rendah –
Membentuk dan Membuat Binaan, dan Mengenal Kraf Tradisional

1.5.1 Arca Timbul


PSV3108 Pendidikan Seni Visual Kurikulum Baru Sekolah Rendah –
Membentuk dan Membuat Binaan, dan Mengenal Kraf Tradisional

Sumber : http://en.wikipedia.org/wiki/Relief

Arca timbul merupakan hasil seni ukiran atau bentuk yang timbul atau tenggelam
dari permukaan rata bagi menimbulkan komposisi yang dikehendaki. Ia
dilakukan dengan mengeluarkan bahagian yang tidak dikehendaki. Arca timbul
terdapat di seluruh dunia pada bangunan besar dan hebat. Ianya popular ketika
zaman Greek dan Roman, di mana ianya dihasilkan pada dinding, tiang batu
serta bangunan contohnya Coliseum.

Terdapat tiga jenis arca timbul iaitu :


i. Alto contohnya arca tuhan firaun.
ii. Bas contohnya seperti hiasan dinding bangunan Greek dan
Roman.
iii. Tenggelam (sunken) di mana imej terhasil kesan daripada
ukiran ke dalam permukaan panel.
PSV3108 Pendidikan Seni Visual Kurikulum Baru Sekolah Rendah –
Membentuk dan Membuat Binaan, dan Mengenal Kraf Tradisional

Contoh-contoh Karya Arca Timbul

Bil Karya Maklumat


Augustus Saint-Gaudens
(American, 1848-
1907), Amor Caritas,
1.
1880-98

The Pergamon Altar was


constructed in 180 BC in
2. Pergamon,(modern day
Bergama in Turkey)

Stone Mountain in
Georgia, United States
3.

4. Temple of Karnak Mesir

1.5.2 Asemblaj
PSV3108 Pendidikan Seni Visual Kurikulum Baru Sekolah Rendah –
Membentuk dan Membuat Binaan, dan Mengenal Kraf Tradisional

Artist : Suzanna Scott

Sumber : http://www.theartzoo.com/tag/assemblage/

Asemblaj (assemblage) merupakan satu proses artistik di mana komposisi seni


tiga dimensi dihasilkan dengan mengabungkan bahan-bahan terpakai. Ia
merupakan cabang daripada aliran abstrak ekspressionisme.

Arca asemblaj mula mendapat perhatian sekitar tahun 1950-an dan 60-an di
Amerika Syarikat, apabila Louise Nevelson menghasilkan karya asemblajnya
yang berjudul “Sky Cathedral” pada tahun 1958 dan ia telah menjadi koleksi
The Museum of Modern Art, New York. Karya asemblaj Nevelson ini lebih
dikenali sebagai“Wall-scale-assemblage”. Karya Nevelson ini menggabungkan
konsep kubis dari bahan terbuang seperti kaki kerusi, batang penyapu, pintu
kabinet dan pelbagai bahan kutipan lain terutamanya dari pelbagai bahan kayu.
Berikutnya barulah muncul arcawan Jean Tinguely menghasilkan
karya “Homage to New York” tahun 1960. Di peringkat awalan, Robert
PSV3108 Pendidikan Seni Visual Kurikulum Baru Sekolah Rendah –
Membentuk dan Membuat Binaan, dan Mengenal Kraf Tradisional

Rauschenberg telah menghasilkan karya asemblaj dari kombinasi dua dimensi


dan tiga dimensi. Bagi Marcel Duchamp pula arca asemblajnya yang
bertajuk“Bicycle Wheel” mula memikat hati pengarca pelukis lain kerana
konsep asemblaj beliau dipermudah dan dikonsepsi secara lebih telus iaitu
mengadun sepit udang basikal  dengan kerusi kayu yang kelihatan berjaya
menghasilkan asemblaj yang berkonotasi tinggi. Di Balai Seni Lukis Negara,
anda juga boleh melihat arca asemblaj  “Green Monumenta V” karya Ramlan
Abdullah, “Pemain Rebab 1”, karya Mad Anuar Ismail dan “Killing Tool” karya
Raja Shariman Raja Azidin.

Selain dari contoh pengarca yang dinamakan di atas, cuba dapatkan


nama-nama pengarca assemblaj melalui carian internet.

Contoh-Contoh Karya Asemblaj

Bil Karya Maklumat


1.
Jean Tinguely
Homage to New York
PSV3108 Pendidikan Seni Visual Kurikulum Baru Sekolah Rendah –
Membentuk dan Membuat Binaan, dan Mengenal Kraf Tradisional

Marcel Duchamp
Bicycle Wheel
2.

Robert Rauschenberg
Monogram
3.
1955-1959

Michel Tuffery
Pisupo lua afe
4. (Corned beef 2000)
1994

Proses Penyediaan Asemblaj

i. Penyediaan Lakaran Idea

Merupakan satu langkah yang memainkan peranan penting di dalam


menghasilkan arca asemblaj. Ia merupakan satu fokus awal yang
mendatangkan faedah jika dirancang dengan rapi dan tertib.
PSV3108 Pendidikan Seni Visual Kurikulum Baru Sekolah Rendah –
Membentuk dan Membuat Binaan, dan Mengenal Kraf Tradisional

ii. Penjanaan Idea – (Thumbnail-Print)

Merupakan siri lakaran-lakaran kecil hasil daripada percambahan idea


berdasarkan kajian terhadap hal benda yang dipilih.

iii. Proses Membentuk Asemblaj

Setelah penyediaan lakaran idea  di atas selesai, proses berikut merupakan 


urutan kerja membentuk asemblaj yang perlu dilakukan; 

 Membuat model kecil atau mock up –


o Merupakan model awal sebagai panduan untuk penghasilan arca
yang sebenar. Karya akan dibina atau dibuat berpandukan model
ini di samping pengiraan pelbagai ukuran reka bentuk, penyesuaian
alat dan bahan serta tinjauan dari pelbagai kemungkinan yang
boleh mengganggu kelancaran dalam penghasilan. Ia membantu
mengenalpasti sebarang permasalah yang mungkin bakal wujud.

 Membuat kerangka
o kerangka sesuatu asemblaj mungkin berasaskan dawai, lingkaran
besi, kayu atau plastik. Kerangka atau struktur adalah tulang
temulang asemblaj sebelum arca sebenar dihasilkan. Ia penting
untuk kawalan bentuk di samping  menjadikan asemblaj lebih
kukuh dan seimbang.

 Membuat asemblaj yang sebenar 


PSV3108 Pendidikan Seni Visual Kurikulum Baru Sekolah Rendah –
Membentuk dan Membuat Binaan, dan Mengenal Kraf Tradisional

Bahagian urutan kerja ini amat penting. Kerangka akan ditutup dengan
kepingan logam atau bahan pilihan yang dirancang atau ditokok tambah
binaannya sehingga asemblaj berada pada saiz yang sebenar.

iv. Kemasan dan persembahan

Untuk mendapatkan hasilan yang baik, proses kemasan boleh dilakukan dengan
melarik bahagian-bahan asemblaj  yang masih kasar, menambahkan tekstura
pada bentuk, menghalus, menyapu syelek, mengecat, mencanai dan sebagainya
sehingga peragaan arca tampak menarik dan mempunyai nilai estetika yang
tinggi. Tokok tambah hiasan seperti skru yang dikimpal, baji-baji kayu yang
membentuk tekstura, syelek, varnis, cat dan sebagainya akan menjadikan
asemblaj lebih hebat dan menarik.

1.5.3 Stabail
PSV3108 Pendidikan Seni Visual Kurikulum Baru Sekolah Rendah –
Membentuk dan Membuat Binaan, dan Mengenal Kraf Tradisional

http://johntunger.typepad.com/artbuzz/2006/12/little_miss_exu.html

Stabil berasal dari perkataan “stabile” yang membawa maksud statik, kukuh dan


mantap. Ia berdiri teguh berasaskan bahan binaan, menguasai ruang dan
menghidupkan persekitaran. Tapak arca (pedestal) kukuh, berjisim dan
menunjukkan suatu sokongan padu kepada objek atas yang boleh ditafsir
dengan berbagai unsur naratif. Arca ini berbentuk abstrak. Ia diasaskan
oleh Alexander Calder pada tahun 1932. Beliau mendapat pendidikan formal di
Philadelphia, Amerika Syarikat. Calder banyak dipengaruhi oleh
karya Mondrain dan Miro di Paris pada tahun 1930. Berasaskan latar beliau
sebagai jurutera, tidak hairanlah mengapa beliau banyak membuat arca daripada
besi. Kebayakan arca Calder bersaiz besar dan menggunakan warna terang.
Inilah yang menjadikan identiti atau ikutan pengarca stabil.

Seorang lagi pengarca stabil ialah Jean Tinguely. Lahir pada 1922 di Fribourg,
Switzerland. Mendapat pendidikan awal di General Trade School dan bekerja
PSV3108 Pendidikan Seni Visual Kurikulum Baru Sekolah Rendah –
Membentuk dan Membuat Binaan, dan Mengenal Kraf Tradisional

sebagai pereka hias dalaman sebelum berpindah ke Paris pada tahun 1952.
Pada awal tahun 1960-an, Tinguely adalah pengarca relief atau arca timbul
sebelum beliau ke Paris. Karya-karya beliau banyak diperbuat daripada bahan
terbuang  seperti tayar besi, brek kereta api, enjin kenderaan dan enjin kilang.

Constantin Brancusi yang berasal daripada Romania pula merupakan


pengarca stabil yang lebih kepada “free standing form”. Karya-karya beliau
banyak menggunakan pendekatan minimalism dengan cara mempermudahkan
satah-satah bentuk. Tidak seperti Calder dan Tinguely, Brancusi banyak
menekankan pada satah  permukaan arca atau “surface texture”. Ini jelas dilihat
pada karyanya “Bird in Space” (L’Oiseau dens l’espace), 1932 – 1940.

Contoh-Contoh Karya Stabail

Bil Karya Maklumat


1.
Jean Tinguely
Narva
1961
PSV3108 Pendidikan Seni Visual Kurikulum Baru Sekolah Rendah –
Membentuk dan Membuat Binaan, dan Mengenal Kraf Tradisional

Constantin Brancusi
Sleeping Muse
2.
(Muse endormie)
1909-1911

Alexander Calder
Elephant
3.
1928

John Robert Wolfe


4.
Harp Series

Proses Menghasilkan Arca Stabil

i. Membuat pemerhatian dan mengkaji tentang bentuk dan ruang serta


hal benda.
ii. Membuat lakaran-lakaran thumbnail sebagai percambahan idea.
iii. Memilih lakaran yang terbaik dengan perancangan dan menghalusi
lakaran tersebut agar ianya lebih jelas dan terancang.
PSV3108 Pendidikan Seni Visual Kurikulum Baru Sekolah Rendah –
Membentuk dan Membuat Binaan, dan Mengenal Kraf Tradisional

iv. Menghasilkan mock-up berdasarkan perancangan dan lakaran yang


telah diperhalusi serta mengenalpasti sebarang permasalahan untuk
diatasi.
v. Membina arca stabail berdasarkan perancangan yang telah dibuat.
vi. Membuat kemasan dan menentukan gaya persembahan yang
dikehendaki bagi menarik perhatian audien.
vii. Arca stabail yang telah disiapkan perlu kukuh, kuat dan selamat.

Kesesuaian Bentuk dan Binaan dalam Menghasilkan Arca Stabil


i. Mengenal pasti bahagian-bahagian yang terdapat dalam sesuatu binaan arca
stabil.
ii. Mengetahui bagaimana bentuk tertentu dicantumkan bagi menghasilkan  arca
stabil.
iii. Mendapatkan imbangan kedudukan dan kestabilan dalam sesuatu ciptaan
dan seterusnya memasang tapak (pedestal ).
iv. Memilih dan menggunakan alat dan media sebagai pengolahan reka bentuk
arca stabil.
v. Menghasilkan arca stabil mengikut proses pembuatan.
vi. Melengkapkan bentuk rekaan mengikut perancangan.
vii. Membandingkan hasil arca stabil dengan arca stabil yang lain.
viii.Memahami dan menghargai proses menghasil bentuk rekaan dan binaan.
ix. Menilai hasil bentuk rekaan dan binaan dari segi proses membuat, olahan
bahan, unsur-unsur seni, fungsi dan kemasan.
x. Menentukan cara untuk memperagakan arca stabil yang paling sesuai di
samping melihat kesannya.
xi. Mempamer dan mempersembahkan arca stabil dan membuat apresiasi
mengikut fungsinya.

.
PSV3108 Pendidikan Seni Visual Kurikulum Baru Sekolah Rendah –
Membentuk dan Membuat Binaan, dan Mengenal Kraf Tradisional

Apakah perbezaan antara asemblaj dan stabail?

1.5.4 Mobail
PSV3108 Pendidikan Seni Visual Kurikulum Baru Sekolah Rendah –
Membentuk dan Membuat Binaan, dan Mengenal Kraf Tradisional

Sumber : http://subida.wordpress.com/2008/10/

Mobail merupakan satu arca kinetik yang dibina berdasarkan prinsip


keseimbangan (equilibrium). Ia terdiri daripada beberapa batang rod yang
digantungkan objek atau rod lain. Objek yang tergantung daripada rod tersebut
mengimbangi antara satu sama lain. Ini menjadikan ia kekal seimbang secara
horizontal. Setiap rod digantung dengan menggunakan satu tali sahaja dan ini
akan memudahkan ia berputar dengan bebas. Arca mobail yang sifatnya boleh
bergerak digelar juga sebagai mobail kinetik. 

Arca mobail dipelopori oleh Alexander Calder (1898- 1976) iaitu seorang


pengarca dan jurutera Amerika Syarikat. Ia diperkenalkan pada awal tahun 1930-
an. Calder telah menghasilkan monumen di tempat umum dan menjadi
perangsang kepada seniman untuk mereka bentuk yang yang lebih menarik dan
canggih. Suatu kehebatan Calder dalam penghasilan mobail ini ialah elemen
geometri yang diadaptasi berasaskan kepingan logam industri dan disusun
secara sekuen untuk menghasilkan suatu urutan yang terancang dan teraputik.
Apabila dunia inginkan perubahan, mobail disepadukan dengan mesin dan
jentera yang boleh bergerak melalui kawalan secara manual atau automatik dan
terhasillah mobail kinetik. Mobail kinetik yang diberi tajukFlamingo (1974),
Myxomatose (1953) dan Pisson Volant mengadaptasikan bunyi dedaunan,
beburung yang berterbangan dan serangga yang berdesir.  Idea wau yang
berdengung di udara, unggas berterbangan, ombak yang berdeburan menjadi
sebahagian ciri mobail kinetik yang menjadi perhatian pengarca.
PSV3108 Pendidikan Seni Visual Kurikulum Baru Sekolah Rendah –
Membentuk dan Membuat Binaan, dan Mengenal Kraf Tradisional

Adakah mobail memerlukan pedestal?

Contoh-Contoh Karya Mobail

Bil Karya Maklumat


1.
Alexander Calder
Trap and Fish Tail
1939
PSV3108 Pendidikan Seni Visual Kurikulum Baru Sekolah Rendah –
Membentuk dan Membuat Binaan, dan Mengenal Kraf Tradisional

Alexander Calder
2. Arc of Petals
1941

Alexander Calder
The Y
3.
1960

Timothy Rose
4. Ivy
2007

Proses Penyediaan Mobail

i. Penyediaan Lakaran Idea untuk Menghasilkan Mobail

Perkara-perkara berikut menjadi  perhatian utama di dalam penghasilan


mobail :

- Menentukan subjek dan tema 

Subjek dan tema ini mungkin berkaitan dengan isu-isu semasa, kritikan,
sindiran, saranan dan nukilan pengarca.
PSV3108 Pendidikan Seni Visual Kurikulum Baru Sekolah Rendah –
Membentuk dan Membuat Binaan, dan Mengenal Kraf Tradisional

- Menentukan alat dan media 

Setelah subjek dan tema di atas di pilih, perancangan pemilihan alat dan
bahan menjadi kriteria yang penting. Pemilihan alat dan bahan mengambil
kira keberkesanan dan relevannya hal subjek yang ingin diutarakan. Ciri-
ciri bahan yang dipilih seharusnya tahan lama dan lasak
kepenggunaannya. Bahan yang tidak lasak, mudah pecah, mudah rosak
tidak wajar diaplikasikan dalam penghasilan mobail.

- Membuat tumbnail-print (membuat lakaran-lakaran kecil)

Apakah pentingnya thumbnail-print? Sebelum sesuatu mobail dihasilkan,


kita seharusnya melobi gagasan-gasasan dan pengideaan melalui
konsep trial and error. Sketsa-sketsa mengenai hal subjek dan tema yang
ingin dinukilkan seharusnya dihasilkan atau diperbanyakkan dapatannya.
Daripada sejumlah besar sketsa ini tentunya ada yang mantap dan hebat
yang tentunya pilihan yang sedemikian inilah yang dipilih.

- Memilih salah satu lakaran yang terbaik 

Pilih lakaran atau sketsa yang baik. Ciri baik dalam kriteria pemilihan ini
berkaitan dengan  penampilan asas seni reka yang mantap dan
berketrampilan. Kemampuan menterjemah lakaran kepada mobail yang
sebenar juga menjadi kriteria penting dalam pemilihan lakaran tersebut.

- Memperinci lakaran 

Setelah memilih lakaran yang terbaik, fikirkanlah untuk memperkemaskan


lagi reka bentuknya. Ia mengambil kira bahan, alat, tema, tempat
peragaan dan konsep keseluruhan termasuk estetika dan etika dari
mobail yang akan dihasilkan nanti.

- Membuat karya/mobail
PSV3108 Pendidikan Seni Visual Kurikulum Baru Sekolah Rendah –
Membentuk dan Membuat Binaan, dan Mengenal Kraf Tradisional

Buat kerangka dalam dan luar. Fikirkan aspek ruang, saiz mobail,
keteguhan dan kesesuaian kerangka dengan dapatan. Kesemuanya
diselaraskan dengan bahan dan alatan, kos pembinaan dan masa yang
diperlukan.

ii. Proses Membentuk Mobail

Setelah penyediaan lakaran idea selesai proses berikut merupakan urutan


penghasilan mobail.

1.5.5 Model
PSV3108 Pendidikan Seni Visual Kurikulum Baru Sekolah Rendah –
Membentuk dan Membuat Binaan, dan Mengenal Kraf Tradisional

Model dapat digambarkan dengan pandangan dua dimensi (2D) tetapi pada
pandangan ini hanya beberapa bahagian sahaja yang dapat ditunjukkan tetapi
dengan pandangan 3D setiap penjuru sesuatu objek dapat di lihat dan dapat
diketahui jika terdapat error pada sesuatu bahagian tersebut. Dengan melihat
model tersebut kita menjadi lebih mudah untuk memahami bentuk keseluruhan
objek tersebut. Model kawasan merupakan suatu bentuk ilustrasi yang
menunjukkan satu kawasan yang dibuat dalam bentuk 3D yang sederhana.

Model statik adalah model yang dibuat hanya untuk gambaran tetap yang tidak
bolah berubah. Model Dinamik adalah model yang dibuat mengikut kesesuaian
bentuk yang boleh diubah pergerakan mengikut kehendak.

Definisi

Pengertian model adalah diertikan sebagai pengembaran sesuatu sehingga kita


menjadi lebih jelas memahaminya. Sebagai contoh gambaran tiga dimensi (3D)
bagi sesuatu objek. Dengan melihat model tersebut kita menjadi lebih mudah
untuk memahami bentuk keseluruhan objek tersebut.

Lakaran Idea

Merupakan proses awal bagi menentukan jenis model yang akan dihasilkan
sebagaimana yang telah dipersetujui. Model yang akan dihasilkan bergantung
kepada jenisnya seperti model rumah, kereta bangunan dan sebagainya.
PSV3108 Pendidikan Seni Visual Kurikulum Baru Sekolah Rendah –
Membentuk dan Membuat Binaan, dan Mengenal Kraf Tradisional

Pemilihan Alat dan Bahan

Proses ini perlu di dalam proses menyediakan model. Ini kerana bahan-bahan
yang digunakan adalah berbeza dan bergantung pada jenis model yang akan
dihasilkan. Pemilihan dan penentuaan bahan akan mempengaruhi ketahanan
model tersebut.

Menentukan Teknik Berdasarkan Bahan yang Digunakan

Langkah ini penting di dalam penyediaan sesebuah model. Setiap model yang
dihasilkan menggunakan teknik yang berbeza semasa membuatnya. Teknik
yang digunakan berbeza-beza bergantung kepada jenis model yang akan
dihasilkan.

1.5.6 Diorama
PSV3108 Pendidikan Seni Visual Kurikulum Baru Sekolah Rendah –
Membentuk dan Membuat Binaan, dan Mengenal Kraf Tradisional

Diorama merupakan gabungan catan besar yang mewujudkan persekitaran dan


arca-arca figura di hadapannya bagi menghidupkan suasana catan besar
tersebut. Catan ini digantung di dinding-dinding bangunan untuk bahan tontonan
orang ramai dan mula popular sekitar abad ke sembilan belas. Secara
mudahnya diorama terdiri daripada dua dimensi dan arca figura tiga dimensi.
Kontemporari ini objek tiga dimensi ini diperluaskan lagi kepenggunaannya
dengan karangan laut, figura haiwan, fiksyen, pensejarahan dan cerita rakyat.
Tujuannya jelas, diorama dapat memperihalkan semula unsur-unsur naratif
melalui penampilan imej 2 D dan 3 D dalam konteks diorama.

Penyediaan Lakaran Idea untuk Menghasilkan Diorama

Diorama direka bentuk melalui perancangan yang jitu dan teliti. Perancangan ini
dilakukan dengan mengambil kira pelbagai kesesuaian catan sebagai latar
belakang diorama dan objek-objek tiga dimensi sebagai hal subjek diorama.
Seterusnya pemilihan alat dan bahan, tema dan subjek serta olahan idea yang
berpandukan kepada asas seni dan prinsip seni reka. Perkara-perkara berikut
menjadi perhatian utama di dalam penghasilan diorama:

1. Menentukan Subjek dan Tema

a. Alam Semulajadi dan Persekitaran


b. Perasaan Dalaman, Khayalan dan Imaginasi Pelukis
c. Aliran dan Tema Sejagat
d. Keperluan dan Pengalaman Hidup Harian
PSV3108 Pendidikan Seni Visual Kurikulum Baru Sekolah Rendah –
Membentuk dan Membuat Binaan, dan Mengenal Kraf Tradisional

2. Menentukan Alat dan Media

3. Membuat Thumbnail-print (Membuat Lakaran-lakaran Kecil)

4. Memilih Salah Satu Lakaran yang Terbaik


Sketsa 2 dipilih untuk pengembangan idea seterusnya dan dijadikan diorama.
Kriteria pemilihan ini dipilih kerana berkaitan dengan penampilan asas seni
reka yang mantap dan berketrampilan. Kemampuan menterjemah lakaran
kepada bentuk diorama yang sebenar juga menjadi kriteria penting dalam
pemilihan lakaran tersebut.

5. Memperinci Lakaran

6. Membuat Karya/Diorama 
Buat kerangka dalam dan luar. Fikirkan aspek ruang, saiz mobail, keteguhan
dan kesesuaian kerangka dengan dapatan. Dalam konteks ini, perkara-
perkara yang berikut diambil pertimbangan;

o Bahan dan alatan,


o Kos pembinaan/buatan
o Masa yang diperlukan.
o Kesesuaian latar belakang, hal subjek dan latar hadapan.

Proses Membentuk Diorama

Setelah penyediaan lakaran idea selesai proses berikut merupakan urutan


penghasilan diorama.
PSV3108 Pendidikan Seni Visual Kurikulum Baru Sekolah Rendah –
Membentuk dan Membuat Binaan, dan Mengenal Kraf Tradisional

1: Hal benda ditentukan

2: Hal benda dilengkapi dengan latar belakang

3: Hal benda, latar belakang dan kotak diorama


PSV3108 Pendidikan Seni Visual Kurikulum Baru Sekolah Rendah –
Membentuk dan Membuat Binaan, dan Mengenal Kraf Tradisional

4: Diorama yang lengkap untuk peragaan

1.5.7 Boneka

Sumber : http://fabricpaperthread.blogspot.com/2009/10/scrap-bag-doll-tutorial-
part-one.html
PSV3108 Pendidikan Seni Visual Kurikulum Baru Sekolah Rendah –
Membentuk dan Membuat Binaan, dan Mengenal Kraf Tradisional

Boneka adalah sejenis hasil kerja tangan yang berbentuk permainan. Boneka
merupakan suatu punca yang baik untuk menimbulkan kuasa imaginasi kanak-
kanak, dan ia memberikan peluang untuk mencipta suatu alam khayalan.
Boneka boleh menghidupkan watak ciptaan seperti haiwan dan benda-benda
lain. Boneka tangan boleh dikatakan jenis yang popular sekali di sekolah dan
jenis yang ringkas ini boleh dibuat oleh kanak-kanak.

DEFINISI

Boneka merupakan sejenis permainan anak-anakan. Ia dibentuk dalam dua atau


tiga dimensi. Boneka dihasilkan dengan mencantumkan pelbagai bentuk untuk
menghasilkan objek boneka. Boneka juga memberi kesedaran imbangan,
harmoni dan kadar banding dalam proses binaan dan membentuk.

Jenis-jenis Boneka

1. Boneka Piring Kertas

Boneka ini diperbuat daripada piring kertas dan boleh dibeli di kedai,
sesuai untuk kanak-kanak peringkat rendah.
PSV3108 Pendidikan Seni Visual Kurikulum Baru Sekolah Rendah –
Membentuk dan Membuat Binaan, dan Mengenal Kraf Tradisional

Boneka piring kertas

Alat dan Bahan

o Piring kertas
o Dawai halus
o Pelekat
o Gunting
o Kayu atau buluh
o Kain reja (perca)
o Tali
o Pita litup

Cara Membuatnya
PSV3108 Pendidikan Seni Visual Kurikulum Baru Sekolah Rendah –
Membentuk dan Membuat Binaan, dan Mengenal Kraf Tradisional

Lukiskan satu muka di atas piring kertas dengan menggunakan


dakwat.Kemudian dengan menggunakan pita litup, lekatkan bilah kayu di
belakang piring. Gunting dan lubangkan di tengah-tengah kain belacu
atau kain reja. Masukkan bilah kayu ke dalam lubang kain dan lekatkan
lehernya dari dalam kain dengan menggunakan pita litup. Untuk membuat
rambut kerinting, potong jalur-jalur kertas berwarna dan lurutkannya
dengan pisau tumpul dan tampalkan pada tepi piring sebagai rambut.

2. Boneka Polistirena

Polistirena yang berbagai-bagai bentuk boleh digunakan untuk membuat


boneka. Bekas alat-alat elektrik sesuai untuk membentuk boneka ringkas
dan ia boleh dibuat dengan mudah.
PSV3108 Pendidikan Seni Visual Kurikulum Baru Sekolah Rendah –
Membentuk dan Membuat Binaan, dan Mengenal Kraf Tradisional

Boneka polisterina

Alat dan Bahan

o Polistirena,
o Kayu buluh/rot kayu
o Pensil
o Gam
o Kertas pasir
o Gunting
o Pita litup
o Pisau
o Berus gam
o Warna tempera

Cara Membuatnya
Korek mata, hidung dan mulutnya dengan sebatang pensil. Kemudian
tampalkan telinga pada tepi kotak. Gunakan sebatang kayu buluh sebagai
tangkai. Bola polistirena boleh digunakan untuk membuat boneka tangan.

3. Boneka Beg Kertas

Beg kertas boleh digunakan untuk membuat topeng atau boneka. Ia


sangat sesuai untuk kanak-kanak kerana ia mudah dibuat.
PSV3108 Pendidikan Seni Visual Kurikulum Baru Sekolah Rendah –
Membentuk dan Membuat Binaan, dan Mengenal Kraf Tradisional

Boneka beg kertas

Bahan-bahan dan Alat

o Gunting,
o Kertas berwarna
o Gam kanji
o Cat air atau krayon.
o Dawai kokot
o Dua beg kertas
o Pita litup
o Rot kayu
o Kertas tisu lembut

Cara Membuatnya
Gumpalkan surat khabar pada hujung rot kayu dan lekatkan gumpalan itu
PSV3108 Pendidikan Seni Visual Kurikulum Baru Sekolah Rendah –
Membentuk dan Membuat Binaan, dan Mengenal Kraf Tradisional

dengan menggunakan dawai kokot. Masukkan gumpalan surat khabar


tersebut ke dalam beg kertas. Ikat leher beg kertas dengan menggunakan
pita litup Ratakan bucu beg kertas tersebut. Sapukan gam seluruh
permukaan hadapan untuk membentuk muka. Bina ciri-ciri muka dengan
menggunakan kertas tisu lembut. Warnakan muka boneka dengan
menggunakan cat air. Buat rekaan baju dengan menggunakan kain reja.

4. Boneka Silinder

Boneka silinder adalah boneka yang mudah dibuat dan juga menarik.
PSV3108 Pendidikan Seni Visual Kurikulum Baru Sekolah Rendah –
Membentuk dan Membuat Binaan, dan Mengenal Kraf Tradisional

Boneka silinder

Alatan dan Bahan-bahan

o Kertas warna
o Pollistirena
o Penutup botol
o Gabus
o Pisau
o Tali
o Gunting
o Gam

Cara Membuat

Potong sekeping kad manila yang berukuran 20 cm x 27.5 cm atau 25 cm


x 40.50 cm. Gulungkan kertas tebal ini supaya berbentuk silinder. Stapel
atau lekatkan tepinya dengan kanji supaya ia sentiasa berbentuk silinder.
Ini ialah asas kepala boneka. Setelah membuat bentuk asasnya, kita
boleh menentukan apa jenis watak yang hendak dibentuk dari silinder
masing-masing. Apabila sudah menentukan jenis boneka yang hendak
dibuat maka bolehlah mula memotong bahan-bahan yang hendak
ditampal pada silinder tersebut untuk permukaan mukanya.. Untuk
menyediakan boneka itu, kita perlu membuat satu tiub kecil dari kad
manila dan lekatkan pada bahagian dalam boneka itu. Apabila kita
memasukkan jari ke dalam tiub kecil itu, kita akan dapat mengendalikan
boneka itu dengan sempurna.
PSV3108 Pendidikan Seni Visual Kurikulum Baru Sekolah Rendah –
Membentuk dan Membuat Binaan, dan Mengenal Kraf Tradisional

5. Boneka Wayang Kulit

Boneka wayang kulit direka secara tradisional dari kulit kerbau.


Disebabkan kulit kerbau sangat sukar didapati, maka bahan-bahan moden
terpaksa dicari dan diperkenalkan sebagai bahan menggantikan buatan
cara tradisional di atas. Bahan-bahan yang digunakan sebagai pengganti
yang mudah diperolehi ialah filem pancaran – X yang terpakai, kepingan
plastik yang tebal dan kertas bod. Permainan wayang kulit dipercayai satu
permainan yang pertama mencipta kesenian gerak dan tampak  seolah-
olah hidup jika ia dilakunkan dengan baik. Untuk makluman dalam
lakonan wayang ia merupakan satu siri dari siri-siri kartun. Adalah wajar
sesebuah boneka sengaja dilebih-lebihkan sifatnya bagi menambahkan
wataknya dengan lebih jelas. Kebiasaannya watak seorang hero
digambarkan dengan sifat muka yang kacak dan hidung yang mancung.
Manakala sifat watak penjahat digambarkan dengan mata yang besar,
hidung yang besar, perut yang buncit dan dicat dengan warna yang
garang. Proses untuk membuat boneka wayang kulit tidak begitu rumit
dan bahan-bahanya senang diperolehi.
PSV3108 Pendidikan Seni Visual Kurikulum Baru Sekolah Rendah –
Membentuk dan Membuat Binaan, dan Mengenal Kraf Tradisional

Boneka Wayang Kulit

Alatan dan Bahan-bahan yang Diperlukan

o Kertas pasir
o Tukul
o Seketul kayu
o Newsprint
o Gunting
o Pemotong NT
o Penebuk mata bulat
o Gam yang kuat
o Cat tempera atau cat minyak

6. Boneka Sarung Tangan

Boneka ini merupakan jenis boneka yang paling mudah dibuat, ia


mempunyai bahagian kepala, bahagian pakaian, sepasang tangan dan
kadangkala dilengkapkan dengan sepasang kaki. Lakonan boneka sarung
tangan memerlukan satu pentas khas di mana pemain boneka dapat
melindungi diri di bahagian bawah manakala boneka tangan hanya dapat
ditontoni dengan bahagian badan dan kepala sahaja. Bahagian kepala
merupakan bahagian yang paling penting.
PSV3108 Pendidikan Seni Visual Kurikulum Baru Sekolah Rendah –
Membentuk dan Membuat Binaan, dan Mengenal Kraf Tradisional

Boneka Sarung Tangan

Alat dan Bahan

o Kain belacu/sarung tangan


o Pensil
o Gunting
o Jarum
o Benang jahit dan benang bulu
o Berus cat

Cara Membuatnya

i. Lipat kain belacu sekali. Letakkan tangan di atas kain itu dengan
semua jari terlunjur dan tekapkan bentuknya. Lukiskan garisan
terputus di luar garisan pertama tadi – ini garisan jahitan. Kemudian
lukiskan garisan ketiga di luar garisan terputus-putus itu, ini garisan
pengguntingan.
ii. Gunting mengikut garisan pengguntingan.
iii. Jahit di atas garisan putus-putus tadi dengan jahitan halus.
iv. Terbalikkan sarung tangan yang telah dijahit tadi agar nampak
kemas.
v. Catkan boneka dengan menggunakan cat atau cat air mengikut
watak yang dikehendaki.
vi. Jahitkan benang bulu atau benang sulaman sebagai rambutnya.
PSV3108 Pendidikan Seni Visual Kurikulum Baru Sekolah Rendah –
Membentuk dan Membuat Binaan, dan Mengenal Kraf Tradisional

vii. Boneka yang telah siap sedia untuk dilakonkan.

Lakaran Idea

Merupakan proses awal bagi menentukan jenis boneka yang akan dihasilkan
sebagaimana yang telah dijelaskan dalam bahagian jenis-jenis boneka.
Pembentukan watak-watak juga memerlukan lakaran-lakaran ide agar boneka
yang akan dihasilkan dapat memenuhi citarasa penonton.

Pemilihan Alat dan Bahan

Proses ini amat perlu di dalam proses membuat boneka, ini kerana bahan-bahan
yang digunakan adalah berbeza bergantung jenis boneka yang akan dihasilkan
(rujuk bahagian jenis-jenis boneka). Pemilihan dan menentukan bahan juga
mempengaruhi ketahan boneka tersebut.

Menentukan Teknik Berdasarkan Bahan yang Digunakan

Langkah ini juga penting di dalam penyediaan sesuatu boneka. Setiap boneka
yang dihasilkan menggunakan teknik yang berbeza semasa membuatnya (rujuk
bahagian jenis-jenis boneka). Teknik yang digunakan berbeza bergantung
kepada jenis boneka yang akan dihasilkan.
PSV3108 Pendidikan Seni Visual Kurikulum Baru Sekolah Rendah –
Membentuk dan Membuat Binaan, dan Mengenal Kraf Tradisional

1.5.8 TOPENG

Topeng adalah suatu alat yang menutupi muka untuk tujuan perlindungan,
menyembunyikan wajah. Ia juga digunakan untuk seni persembahan dan
hiburan seperti drama, tarian serta istiadat pemujaan. Selain itu ia juga dijadikan
PSV3108 Pendidikan Seni Visual Kurikulum Baru Sekolah Rendah –
Membentuk dan Membuat Binaan, dan Mengenal Kraf Tradisional

sebagai alat perhiasan di rumah malah sebagai identiti seseorang dan juga ahli
kumpulan.

Definisi

Kata topeng berasal dari kata “tup” yang bererti tutup, kemudian kerana gejala 
bahasa yang disebut formatif form (pembentukan kata) kata “tup” ditambah
dengan kata “eng”  yang kemudian menjadi “tupeng”. Tupeng kemudian
mengalami beberapa perubahan sehingga menjadi topeng.

Di Bali istilah topeng diertikan sebagai “Partapukan” yang membawa erti suatu


lapisan yang menutupi. Misalnya seorang yang menderita kerana luka, apabila
lukanya telah sembuh maka terdapat satu lapisan yang menutupi luka tersebut
yang kemudian akan terlepas dengan sendirinya.

Fungsi Topeng
1. Topeng sebagai lambang nenek moyang

Digunakan semasa upacara memperingati keturunan “Ratu Gede


Pancering Jaga” atau “Hyang Datonda” penguasa dunia yang dipercayai
oleh masyarakat Truyan di Danau Batur.

2. Topeng sebagai simbol dewa-dewi

Ditarikan oleh gadis-gadis yang belum cukup umur. Tarian ini dinamakan
Tarian Topeng Widyadari dan selalu ditarikan oleh masyarakat di Desa
Ketewel, Kecamatan, Sukawati dan Gianyar.

3. Topeng sebagai pelengkap upacara


PSV3108 Pendidikan Seni Visual Kurikulum Baru Sekolah Rendah –
Membentuk dan Membuat Binaan, dan Mengenal Kraf Tradisional

Tarian topeng ini termasuk dalam tarian Bebali yang berfungsi sebagai
pengiring dalam upacara yang dikenali sebagai Panca Yadya. Tarian
topeng ini dipentaskan pada waktu upacara ddan dilaksanakan dengan
tujuan supaya upacara berlangsung dengan selamat dan mendapat
berkat.

4. Topeng sebagai penyingkap sejarah

Ianya bersifat hiburan dan dalam tarian ini banyak menceritakan kisah
sejarah dahulu, memberi pengajaran dan peringatan tentang asal-usul
keturunan, daerah, bahasa dan sebagainya serta boleh ditontoni oleh
sesiapa sahaja.

5. Topeng sebagai Media Pendidikan

Pementasan topeng dapat berfungsi sebagai media pendidikan di mana


pelajar dapat mempelajari teknik membuat dan memainkannya, begitu
juga dapat mengenal tokoh-tokoh, agama, seni dan budaya masyarakat
setempat.

6. Topeng sebagai hiburan

Pementasan topeng juga dapat berfungsi sebagai hiburan terutama


memalui dialog-dialognya yang bersifat humor akan mengundang gelak
ketawa penonton.

Jenis-jenis Topeng
PSV3108 Pendidikan Seni Visual Kurikulum Baru Sekolah Rendah –
Membentuk dan Membuat Binaan, dan Mengenal Kraf Tradisional

Topeng mata

Topeng muka
PSV3108 Pendidikan Seni Visual Kurikulum Baru Sekolah Rendah –
Membentuk dan Membuat Binaan, dan Mengenal Kraf Tradisional

Topeng serkup

Lakaran Idea

Merupakan proses awal bagi menentukan jenis topeng yang akan dihasilkan
sebagaimana yang telah dilakarkan dalam buku lakaran. Pembentukan watak-
watak topeng juga memerlukan lakaran-lakaran ide agar topeng yang akan
dihasilkan dapat memenuhi citarasa penonton semasa persembahan atau
kepada penggemar topeng sebagai bahan koleksi.

Pemilihan Alat dan Bahan


PSV3108 Pendidikan Seni Visual Kurikulum Baru Sekolah Rendah –
Membentuk dan Membuat Binaan, dan Mengenal Kraf Tradisional

Proses ini amat perlu di dalam proses membuat topeng, ini kerana bahan-bahan
yang digunakan adalah berbeza bergantung jenis topeng yang akan dihasilkan
(rujuk bahagian jenis- jenis topeng). Pemilihan dan menentukan bahan juga
mempengaruhi ketahanan daya penarik topeng tersebut.

Menentukan Teknik Berdasarkan Bahan yang Digunakan

Langkah ini juga penting di dalam penyediaan sesuatu topeng. Setiap topeng
yang dihasilkan menggunakan teknik yang berbeza semasa membuatnya (rujuk
bahagian jenis-jenis topeng). Teknik yang digunakan berbeza bergantung
kepada jenis topeng yang akan dihasilkan.

1.5.9 ORIGAMI
PSV3108 Pendidikan Seni Visual Kurikulum Baru Sekolah Rendah –
Membentuk dan Membuat Binaan, dan Mengenal Kraf Tradisional

Tahukah anda bahawa sehelai kertas jika dilipat boleh menghasilkan


binaan dan bentuk? Seni melipat kertas ini dipanggil origami. Ia mungkin
bertemakan haiwan, tumbuhan, permainan atau barang permainan. Seni
origami berasal dari China kemudiannya diamalkan oleh orang Sepanyol
dan orang Jepun. Ia kemudiannya berakar umbi dan diserap menjadi
kebudayaan tempatan. Origami boleh menggunakan kertas putih atau
kertas berwarna dan terdapat juga mereka yang mewarnakan bentuk
akhir yang terhasil. Semua jenis bentuk kertas boleh digunakan untuk
tujuan melipat.

Sejarah Origami

Merupakan kesenian melipat kertas yang bermula semenjak mula


diperkenalkan pada abad pertama di China iaitu Ts’ai Lun. Kertas yang
diperbuat dari hancuran tumbuhan dan kain buruk membolehkan kertas
dihasilkan dengan lebih mudah dan banyak. Pada abad keenam, cara
pembuatan kertas dibawa ke Sepanyol oleh orang-orang Arab dan juga ke
Jepun oleh Dokyo. Sejak itu, origami popular di Jepun hingga hari ini
dengan penghasilan kertas tempatan iaitu washi. Origami menjadi satu
kebudayaan orang Jepun dalam adat keagamaan Shinto. Di Sepanyol,
orang Arab Moor menggunakan origami untuk mengkaji tessallation dan
bentuk geometri pada kertas. Bentuk haiwan tidak digalakkan oleh kerana
PSV3108 Pendidikan Seni Visual Kurikulum Baru Sekolah Rendah –
Membentuk dan Membuat Binaan, dan Mengenal Kraf Tradisional

Islam melarang pembuatan patung-patung. Daripada orang Arab Moor,


orang Arab mengetahui cara-cara pembuatan kertas dan juga origami.

Jenis-Jenis Bentuk Origami

a. Haiwan
Kebanyakan origami dibentuk terdiri daripada ikan, rama-rama, gajah,
burung, dinosaur, serangga dan singa laut..

b. Barang Permainan
Bentuk origami jenis ini yang terkenal seperti sampan, kereta, bangunan
dan perabot kecil (miniature).
c. Tumbuh-tumbuhan
Origami yang terkenal dari jenis ini terdiri dari bentuk bunga, daun dan
pokok pain. Ia sering digunakan untuk menghiasi kad ucapan. Contoh
bunga yang terkenal terdiri daripada bunga dahlia, bunga dandelion dan
bunga tulip.
d. Perhiasan
Origami jenis perhiasan direka bentuk untuk difungsikan di atas meja,
pelengkap meja dan untuk sambutan hari perayaan.

Kertas Origami

Kertas segi empat yang telah sedia ada dalam pelbagai saiz dan warna boleh
didapati dengan mudah di kedai menjual alatan seni visual. Selalunya kertas
seperti ini berwarna pada satu bahagian sahaja manakala bahagian belakangnya
pula berwarna putih. Saiz kertas yang sesuai untuk origami ialah 15 sentimeter.
Dari saiz tersebut bentuk kecil atau besar boleh dihasilkan mengikut bentuk yang
PSV3108 Pendidikan Seni Visual Kurikulum Baru Sekolah Rendah –
Membentuk dan Membuat Binaan, dan Mengenal Kraf Tradisional

dikehendaki.

Asas origami ialah kertas putih atau kertas berwarna. Selain itu origami yang
telah siap juga boleh diwarnakan pada peringkat akhir. Media lain yang sering
digunakan terdiri daripada fabrik, kepingan logam, plastik, kertas tisu, kertas
keras, gam dan straw juga boleh digunakan sebagai bahan sokongan. Alatan
yang digunakan terdiri daripada gunting, pisau, gam dan pembaris keluli.

Di dalam origami terdapat teknik lipatan basah dibuat untuk mendapatkan kesan
di mana apabila kertas kering nanti lipatan ini terhasil. Dalam hal yang lazim,
kertas jenis water colour digunakan. Dalam situasi yang lain, kelainan bentuk
origami mempengaruhi jenis kertas, lapisan kertas dan teknik yang diaplikasikan.

Proses Dan Teknik Pembuatan

Kemahiran asas membuat origami ialah melipat kertas. Kertas yang sering
digunakan terdiri daripada empat segi tepat atau empat segi memanjang.
PSV3108 Pendidikan Seni Visual Kurikulum Baru Sekolah Rendah –
Membentuk dan Membuat Binaan, dan Mengenal Kraf Tradisional

1.6 Isi Kandungan (Hal Benda, Makna, Cerita, Ekspresif)

Membuat penerokaan dan eksperimen bahan dilakukan bagi memastikan bahan


yang akan dibuat bersesuaian dengan jenis binaan dan ketahanannya. Sering
kali dalam proses ini kita akan mengesan kerangka objek binaan di samping
memilih bahan yang memperkukuh binaan tersebut. Apabila kita membuat model
kucing, dawai halus digunakan untuk membina kerangka bentuk
manakala papier mache diaplikasi untuk membentuk sifat fizikal kucing itu.
Bahan tambahan lain yang berupa guli digunakan untuk mata kucing, tali tangsi
untuk misai dan berus sabut untuk ekor kucing. Proses membuat dan membina
model kucing ini perlu dilakukan mengikut tertib dan pemeringkatan kerja yang
teliti.

Apapun yang akan dihasilkan dalam bidang membentuk dan membuat binaan
perkara-perkara berikut akan menjadi tema atau hal subjek yang penting.
PSV3108 Pendidikan Seni Visual Kurikulum Baru Sekolah Rendah –
Membentuk dan Membuat Binaan, dan Mengenal Kraf Tradisional

a. Alam Semula Jadi dan Objek Persekitaran

Objek-objek ciptaan Tuhan seperti flora dan fauna menjadi sumber utama
dalam menghasilkan karya. Selain itu, objek domestik seperti cawan,
piring, pinggan senduk, pisau, meja dan sebagainya juga dijadikan
rujukan dalam berkarya. Kesemua objek yang menjadi tema atau hal
subjek ini dikaji dari segi dinamik fom, kualiti objek, ciri-ciri organik,
keunikan, integrasi alam dan kehidupan di samping mengambil kira
garisan, ruang, warna, jalinan, rupa dan bentuk.

b. Perasaan Dalaman, Khayalan dan Imaginasi Si Pelukis

Pengalaman hidup banyak memberi kesan dan pengaruh terhadap minda


pelukis yang akhirnya menzahirkan ilham atau idea untuk mencipta.
Perasaan takut, misteri, sedih dan sebagainya menjadi sumber inspirasi
karya si pelajar atau pelukis. Menurut Sigmund Frued dan Paul Jean
Satre, teori-teori imaginasi berupaya mencipta sesuatu objek atau karya
melangkaui batas fizikal dan cabaran status-quo pelukis. Imaginasi ini
akan memandu arah si pelajar atau si pelukis ke arah yang lebih kreatif
dan melampaui batas-batas kebiasaan dalam berkarya.
Menurut Frued lagi, perasaan dalaman inilah yang menjadi motivasi atau
penggerak minda dalam berkarya.

c. Aliran dan Tema Sejagat


PSV3108 Pendidikan Seni Visual Kurikulum Baru Sekolah Rendah –
Membentuk dan Membuat Binaan, dan Mengenal Kraf Tradisional

Tema menjelaskan konsep dalam agenda kehidupan manusia. Ia


menunjukkan kekerapan manusia mengambil hal benda yang sering
diperkatakan. Contohnya; membuat wau lazimnya dikaitkan dengan unsur
kosmos seperti bulan, matahari bintang dan sebagainya. Dari idea yang
berbagai, keunikan ciptaan berlaku dan akhirnya mewujudkan
kepelbagaian rupa bentuk dan jenis produk. Dalam konteks yang lebih
besar, jelmaan perasaan dalam berkarya mengguna alam sekitar menjadi
suatu keunikan ciptaan dan mengujudkan satu kekaguman. Wujudnya
“Non-objective art”, ‘Minimal art” misalnya adalah suatu aspek
pengkaryaan yang berani, mencabar dan sanggup menerima rintangan.

d. Keperluan dan Pengalaman Hidup Harian

Ciptaan cawan, sudu, senduk, periuk dan alat-alat domestik yang lain
merupakan asas ciptaan dalam bidang membentuk dan membuat binaan.
Pada bidang yang lebih besar, manusia mencipta dan membuat kipas,
basikal, kereta, kereta api malah jambatan dan objek-objek gunaan lain
yang mewatakkan keperluan asas sebuah masyarakat dan negara. Idea
datang dari soal desakan untuk mengguna di samping mengatasi
sebarang kesulitan mengharungi kehidupan. Lalu diciptanya bentuk-
bentuk konkrit yang dapat memanfaatkan manusia si pencipta itu sendiri.
Semakin aktif dan proaktif seseorang manusia itu mencipta objek tiga
dimensi, semakin tinggi kualiti ciptaan dan lebih tinggi nilai estetikanya.
PSV3108 Pendidikan Seni Visual Kurikulum Baru Sekolah Rendah –
Membentuk dan Membuat Binaan, dan Mengenal Kraf Tradisional

Ciri-ciri Aktiviti Membentuk dan Membuat Binaan yang baik

Hasil kerja membentuk dan membuat binaan yang dikatakan cantik dan menarik
apabila memenuhi spesifikasi pembuatan dan kemasan. Ia menyerupai seperti
karya seni yang lain yang menampilkan ciri-ciri estetika dan dizahirkan
melalui proses artistik yang diekspresikan melalui alat dan bahan, penguasaan
unsur seni, prinsip seni dan strukur rekaan seni. Ia diolah dengan mengambil
pertimbangan-pertimbangan yang paling ideal dan bersistematik. Secara
ringkasnya ciri-ciri berikut dianggap sebagai kriteria utama ekspresi iaitu :

1. Menepati Tema dan  Tajuk

2. Bahan Binaan Sesuai dengan Tujuan Hasilan

3. Kuat, Kukuh dan Selamat

4. Kepelbagaian Bahan Dapat Diadun atau Dipasang dengan Baik

5. Mengaplikasi Asas Seni Reka, Estetika dan Etika Pengkaryaan

6. Asli, Unik dan Berketerampilan

Ekspresi Diri

Sesuatu persembahan atau hasilan yang dikatakan cemerlang dari segi


penampilan mempunyai ciri-ciri yang berikut:

Model menepati tema dan tajuk.


PSV3108 Pendidikan Seni Visual Kurikulum Baru Sekolah Rendah –
Membentuk dan Membuat Binaan, dan Mengenal Kraf Tradisional

 Bahan yang digunakan sesuai dan relevan dengan keadaan semasa dan
boleh diperolehi dengan mudah serta kos yang rendah.
 Model yang dihasilkan perlu diberi penekanan dari aspek ketahanan dan
keselamatan.
 Konsep kepelbagaian bahan dapat diadun dengan baik, membentuk suatu
gubahan yang menarik serta dapat memberi penjelasan yang tepat.
 Mempunyai daya tarikan semasa dipamerkan kerana mempunyai sifat
ketulenan dari segi penghasilan.
 Memenuhi prinsip-prinsip rekaan seperti pergerakan, kontra, warna,
imbangan dan kesatuan yang menarik.

Apresiasi
Berpandukan hasil kerja yang telah dihasilkan kita dapat membuat penilaian dan
cuba fikirkan beberapa persoalan-persoalan di bawah ini  :

1. Tajuk dan tema yang sesuai.


2. Alat dan bahan yang sesuai dalam proses membuat topeng.
3. Proses stailisasi dan menambahbaikan agar bersesuaian dengan watak
sesuatu topeng tersebut.
4. Pilihan reka bentuk warna dan padanan imej mengikut jenis-jenis topeng
yang dihasilkan, bergantung kepada watak.
5. Kesesuaian secara keseluruhan.
PSV3108 Pendidikan Seni Visual Kurikulum Baru Sekolah Rendah –
Membentuk dan Membuat Binaan, dan Mengenal Kraf Tradisional

MERANCANG PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN BIDANG


TAJUK 2
MEMBENTUK DAN MEMBUAT BINAAN

 SINOPSIS
Bahagian ini akan membincangkan perancangan pelbagai aktiviti P&P
setiap bidang Membentuk dan Membuat Binaan dengan mengaplikasikan
konsep pendidikan seni visual, konsep KBSR dan teori pembelajaran.

 HASIL PEMBELAJARAN ( UNTUK TAJUK INI)


i. Mengaplikasi strategi, kaedah dan teknik dalam pengajaran dan
pembelajaran Membentuk dan Membuat Binaan

 KERANGKA TAJUK-TAJUK
PSV3108 Pendidikan Seni Visual Kurikulum Baru Sekolah Rendah –
Membentuk dan Membuat Binaan, dan Mengenal Kraf Tradisional

Kaedah Pengajaran dan Pembelajaran

Bagi merancang pengajaran dan pembelajaran bagi bidang membentuk dan


Membina pelbagai pendekatan boleh dilaksanakan melalui kaedah pengajaran
dan pembelajaran seperti eksperimen, perbincangan, simulasi, projek, lawatan
dan kajian masa depan.

Dalam kurikulum ini, cadangan kaedah pengajaran dan pembelajaran untuk


mencapai objektif pengajaran yang tertentu dinyatakan secara eksplisit dalam
bentuk aktiviti pembeelajaran.

Walau bagaimanapun, guru boleh mengubah suai cadangan aktiviti


pembelajaran jika perlu. Kaedah pengajaran dan pembelajaran yang pelbagai
dapat meningkatkan minat murid terhadap PSV. Pelajaran PSV yang tidak
menarik akan membosankan pelajar. 

Guru perlu prihatin terhadap pelbagai kecerdasan di kalangan pelajar masing-


masing. kaedah dan aktivit yang yang berbeza perlu dirancang untuk murid-
murid yang berbeza kecerdasan. Contoh kecerdasan ini ialah visual dan ruang,
verbal linguistik, muzik dan irama, logikal matematik, kinestatik, perhubungan
antara individu, perhubungan dengan diri sendiri, perhubungan antara insan
dengan penciptanya dan pemahaman tentang alam sekitar.

Berikut diberi penerangan ringkas mengenai kaedah-kaedah ini.

Eksperimen
PSV3108 Pendidikan Seni Visual Kurikulum Baru Sekolah Rendah –
Membentuk dan Membuat Binaan, dan Mengenal Kraf Tradisional

Kaedah eksperimen merupakan satu kaedah yang baik dijalankan dalam


pelajaran PSV. Murid menguji hipotesis secara penyiasatan untuk menemui
konsep atau idea yang tertentu.

Menjalankan eksperimen menggunakan kemahiran berfikir, kemahiran proses


dan kemahiran manipulatif.

Secara kebiasaan, langkah yang diikuti semasa menjalankan eksperimen adalah


seperti berikut:

1. Mengenal pasti masalah

2. Membuat hipothesis

3. Merancang eksperimen:

- mengawal pemboleh ubah.

- menentukan peralatan dan bahan yang diperlukan

- menentukan langkah menjalankan eksperimen

- kaedah mengumpulkan data dan menganalisis data

4. Menjalankankan eksperimen

5. Mengumpul data

6. Menganalisis data

7. Mentafsirkan data

8. Membuat kesimpulan
PSV3108 Pendidikan Seni Visual Kurikulum Baru Sekolah Rendah –
Membentuk dan Membuat Binaan, dan Mengenal Kraf Tradisional

9. Membuat laporan

Dalam konsep pelancongan pelajar, adalah dicadangkan selain daripada


eksperimen yang dibimbing oleh guru, murid diberi peluang mereka bentuk
eksperimen, iaitu mereka sendiri yang merangka cara eksperimen yang
berkenaan boleh dijalankan, data yang boleh diukur dan bagaimana
menganalisis data serta bagaimana membentangkan hasil eksperimen mereka.

Perbincangan

Aktiviti di mana murid menyoal dan mengemukakan pendapat berlandaskan dalil


atau alasan yang sahih. Semasa perbincangan, murid perlu mempunyai fikiran
terbuka untuk menerima pendapat orang lain. perbincangan perlu dijalankan
semasa dan sebelum sesuatu aktiviti.

Projek

Aktiviti yang dijalankan oleh individu atau sekumpulan murid untuk mencapai
sesuatu tujuan tertentu dan mengambil masa yang panjang serrta menjangkau
waktu pembelajaran yang formal.

Murid dikehendaki mengenal pasti kaedah untuk menyelesaiakan masalah yang


dikemukakan dan seterusnya merancang keseluruhan projek. Hasil projek boleh
dalam bentuk laporan, artifak atau lain-lain perlu dibentangkan di hadapan guru
dan para pelajar lain.
PSV3108 Pendidikan Seni Visual Kurikulum Baru Sekolah Rendah –
Membentuk dan Membuat Binaan, dan Mengenal Kraf Tradisional

Lawatan

Pembelajaran PSV tidak hanya terhad dalam sekolah sahaja. Pembelajaran


sains melalui lawatan ke tempat seperti Balai Seni Lukis Negara, galeri-galeri
seni, fakulti-fakulti seni di universiti tempatan, muzium dan sebagainya boleh
menjadikan pembelajaran lebih berkesan, menyeronokkan dan bermakna.

Untuk mengoptimumkan pembelajaran melalui lawatan, ia mesti dirancang rapi


di mana murid-murid perlu menjalankan aktiviti atau melaksanakan tugasan
semasa lawatan. Perbincangan selepas lawatan perlu diadakan.

Kajian masa depan

Murid menggunakan pemikiran kritis dan kreatif untuk meninjau perubahan


keadaan daripada masa lalu ke sekarang dan meramalkan keadaan pada masa
depan. Pedagogi ini berpusatkan murid dan menggabungjalinkan pelbagai
bidang seperti pendidikan moral, pendidikan alam sekitar. Nilai murni seperti ini
bertanggungjawab dan bekerjasama dipupuk melalui kaedah ini.

Penyelesaian Masalah

Penyelesaian masalah adalah satu kaedah yang melibatkan murid secara aktif
untuk membuat keputusan atau untuk mencapai satu sasaran tertentu. Semasa
penyelesaian masalah, aktiviti seperti simulasi, perbincangan dan eksperimen
boleh dijalankan. Secara umumnya, penyelesaian masalah melibatkan langkah
berikut:

1. Kenal pasti dan faham masalah

2. Jelaskan masalah
PSV3108 Pendidikan Seni Visual Kurikulum Baru Sekolah Rendah –
Membentuk dan Membuat Binaan, dan Mengenal Kraf Tradisional

3. Cari alternatif penyelesaian masalah.

4. Lakukan operasi penyelesaian.

5. Nilaikan penyelesaian

Anda mungkin juga menyukai