Anda di halaman 1dari 8

PENGHARGAAN

Syukur Alhamdulillah kehadrat Allah S.W.T kerana dengan sifat yang Maha Pengasih meletakkan
kami di antara orang yang dapat menyelesaikan kerja ini dengan jayanya. Selawat dan salam ke
atas rasul yang dikasihi Nabi Muhammad S.A.W. kerana dengan berkat menjadi umatnya dapat
kami menyelami kerja yang diberi ini dengan bersungguh-sungguh..

Pertama sekali kami ingin mengucapkan ucapan terima kasih yang tidak terhingga
kepada ibu ayah kami serta kepada semua rakan- rakan kami yang banyak menyokong tidak kira
sama ada semasa susah mahupun senang. Di kesempatan ini,kami ingin mengucapkan jutaan
terima kasih kepada individu yang banyak membantu iaitu Encik kamaruzaman bin Bakar . Beliau
merupakan pensyarah yang sangat baik dan paling memahami. Pengorbanan beliau yang tidak
pernah kenal erti penat melayan kerenah pelajar seperti saya yang menyambung pengajian di
sini patut dihargai dan dikenang.

Sekalung penghargaan kepada sahabat-sahabat lain yang banyak memberi bantuan dan
dorongan sepanjang proses untuk menyiapkan tugasan ini. Mereka banyak memberi idea dan
buah fikiran sehingga kerja ini dapat disiapkan dengan jayanya.

Kepada individu-individu yang terlibat secara langsung mahupun tidak langsung ucapan
terima kasih dihulurkan. Jasa baik semua pihak amatlah bererti kepada saya. Hanya Allah yang
Maha Mengetahui segalanya akan membalas semua sumbangan yang diberikan. Insya-Allah.
Kami juga berharap agar pensyarah yang menilai hasil kerja kami akan berpuas hati dan
memberikan markah yang setimpal dengan apa yang kami lakukan. Segala kekurangan dan
kelemahan datang dari diri kami sendiri. Hanya yang baik itu datang dari Allah.

Sekian, syukran jazilan.


SEJARAH BOLA KERANJANG DUNIA
Permainan bola keranjang bermula sejak tahun 1892. Permainan ini dicipta oleh Dr.
James Naismith yang merupakan seorang jurulatih di sekolah latihan Pertubuhan Belia Pemuda
Kristian dan guru Pendidikan Jasmani dan Kesihatan di Kolej Springfield (dahulu dikenali sebagai
sekolah untuk pekerja Kristian). Mss. Luther H. Gulick, ketua bidang sukan sekolah tersebut telah
memberi Naismith tugas untuk mencipta satu permainan berpasukan yang boleh dimainkan
semasa musim sejuk. Oleh itu, permainan ini harus dimainkan dalam gelanggang sesebuah
bangunan.

Untuk permainan baru ini, James Naismith menggunakan bola yang digunakan untuk
permainan bola sepak. Ini disebabkan oleh saiz bola tersebut yang cukup besar dan mudah untuk
ditangkap. Naismith meminta pegawai penyelenggara bangunan sekolah tersebut untuk
menyediakan dua kotak besar sebagai gol. Namun begitu, pegawai tersebut tidak mempunyai
dua buah kotak seperti yang diminta oleh Naismith. Oleh itu, Naismith telah menggunakan dua
buah bakul untuk permaianan ini. Kedua-dua bakul tersebut dipasang pada
balkoni gimnasium kira-kira 10 kaki dari aras tanah. Permainan bola keranjang pertama yang
tercatat berlangsung antara pelajar-pelajar Naismith dalam kelas beliau pada Disember 1891.
Naismith telah menamakan permaianan ciptaannya, basketball (Bahasa Melayu : Bola
Keranjang).

Markah diberikan kepada pemain pasukan yang menjaringkan bola di petak lawan.
Pasukan yang memperolehi markah tertinggi akan menjuarai permainan tersebut. Selepas
permainan eksperimen pertama, Naismith telah menyediakan draf peraturan pertama untuk
permainan bola keranjang yang mengandungi 13 fasal. Peraturan-peraturan ini diterbitkan
dalam surat khabar sekolah, The Triangle pada 15 Januari 1892. Permainan ini mendapat
sambutan ramai melalui penerbitan ini. Tidak lama kemudian, bola keranjang mula dimainkan
oleh pasukan Pertubuhan Belia Pemuda Kristian, sekolah menengah, kolej, universiti, dan
pasukan professional dari Amerika Syarikat dan Kanada.

Permainan rasmi yang pertama pula berlangsung di gimnasium Pertubuhan Belia


Pemuda Kristian pada tarikh 20 Januari 1892. Hanya ada 9 orang pemain sahaja yang dibabitkan
dalam permainan ini dalam gelanggang bola keranjang yang hanya separuh saiz
gelanggang National Basketball Association pada hari ini.
RANCANGAN PELAJARAN HARIAN

Mata Pelajaran Kokurikulum Permainan Bola Keranjang


Tarikh 6 April 2018
Masa 7.45 a.m.
Kelas Tahun 5
Bil. Murid 16 orang murid
Kemahiran Hantaran paras dada
Objektif Pada akhir pengajaran murid dapat:
Psikomotor: membuat hantaran paras dada dengan jarak 5 meter
sebanyak lima kali dengan teknik yang betul.

Kognitif: mampu menyatakan teknik-teknik untuk membuat


hantaran paras dada dengan betul.

Afektif: dapat memperlihatkan kerjasama semasa melakukan


aktiviti yang dijalankan.
Pengetahuan sedia ada Murid telah mempelajari hantaran lantun
Nilai- nilai Berdaya-saing, tolong menolong, kerjasama, berdisiplin
Alatan Bola keranjang, wisel, jam, kon
LANGKAH/ AKTIVITI PEMBELAJARAN
MASA ISI PELAJARAN DAN PENGAJARAN CATATAN

Pemanasan Badan Pemain dalam Bulatan (3-4


PEMANASAN dalam Permainan orang)
BADAN
 Murid dapat 1. Pemain penahan
(5 MINIT) meregangkan berdiri di dalam bulatan
otot bagi yang terdiri daripada 3
mengelakkan orang pemain.
kekejangan otot
apabila bermain 2. Pemain penahan akan
kelak. cuba menghalang
 Persediaan hantaran antara ketiga-
untuk aktiviti tiga pemain dalam
seterusnya. bulatan itu.
=Pemain penahan

3. Guru hanya memantau =Pemain lain


setiap kumpulan kecil
bermain memanaskan =Guru
badan.

alatan :

4 biji bola keranjang


PERKEMBAN Membuat lakuan
GAN balingan aras dada 1. Murid berpasangan

LANGKAH 1  Murid 2. Murid akan melakukan


(10 MINIT) mengetahui lontaran paras dada
dan menguasai kepada pasangannya.
kedudukan
tangan dan
cara 3. Murid berdiri
memegang berhadapan dengan
bola keranjang pasangan dalam
dengan betul jarak 5 meter dan akan
ditukar kepada 10
 Mengetahui meter selepas itu.
dan
mempelajari
teknik = Guru
kedudukan kaki
yang betul 4. Murid akan membuat = Murid
sebelum balingan aras dada
membuat seperti yang telah di alatan :
hantaran. demonstrasikan oleh 8 biji bola keranjang
guru.
 Memastikan
mata
memandang ke
hadapan atau
kearah
hantaran yang
hendak
dilakukan.
LANGKAH 2 Hantaran bola 1. Murid diminta untuk
paras dada berpasangan. Seorang
(10 MINIT) sambil daripada kumpulan A
berlari anak. dan seorang lagi
kumpulan B
 Murid dapat
mengahantar 2. Guru meminta murid
bola menerusi untuk beratur secara
paras dada berpasangan tetapi
dengan jarak berada di barisan
yang berlainan. kumpulan masing-
masing.
 Murid dapat
menerima bola A B
hantaran 3. Guru meniup wisel lalu
dengan baik murid akan berlari anak = murid
bersama pasangan = guru
 Murid mampu sambil membuat
untuk menerima balingan paras dada alatan :
dan menghantar sejauh 5 meter. 8 biji bola keranjang
bola sambil
berlari anak 4. Aktiviti ini diikuti oleh
pasangan seterusnya
sehingga selesai.

5. Aktiviti ini diulang


semula dengan
menggunakan balingan
paras dada sejauh 10
meter.
LANGKAH 3 1. Murid berpegang
10 minit tangan dan
Hantaran bola membentuk bulatan
paras dada dalam
kumpulan. 2. Murid akan di beri satu
nombor antara 1-5.
 Murid bersedia
untuk menerima 3. Seorang murid dipilih
bola secara untuk berada di tengah
spontan. dengan memegang
sebiji bola keranjang.
 Murid
melakukan 4. Murid di tengah perlu
penghantaran membaling bola paras
bola paras dada dada secara spontan
dengan dan pantas sambil
berhemah iaitu menyebut nombor
masih boleh murid yang diberi
melakukan tersebut.
penghantaran
menggunakan
teknik yang 5. Jika murid tersebut
betul sambil tidak dapat menyambut
membuat bola itu, murid tersebut = guru
keputusan untuk akan menggantikan
memilihara tempat murid yang = murid
balingan berada di tengah tadi.
= murid yang berada
6. Langkah diulang di tengah

alatan :
2 biji bola keranjang
Langkah 4 Permainan Kecil Pemain dalam Bulatan (3-4
20 minit orang)
 Kemahiran
menghantar, 1. Pemain kecil ini
mata,tangan dan terbahagi kepada 2
kaki dapat kumpulan. 1 kumpulan
dikuasai dalam 3 ahli. Pemain lawan
satu masa. bertindak untuk
menjaringkan mata.
 Menggarap 2. Pemain pertahanan
kemahiran pula bertindak sebagai
menghantar dan musuh menghalang gol
menerima bola. yang dilakukan
kumpulan lagi satu.
=Pemain lawan

=Pemain

=Jaring

alatan :
4 biji bola keranjang

PENUTUP “Cooling down” Pada akhir sesi pengajaran dan


5 minit  Otot pembelajaran murid – murid
kembali ke melakukan “Cooling Down” dan balik
keadaan ke kelas mereka. Pelajar yang
asal. bertugas menyimpan bola keranjang
 Suhu badan yang ditempah di stor sukan.
kembali
normal.

Anda mungkin juga menyukai