Anda di halaman 1dari 4

Biodata Noam Chomsky

Noam Chomsky dilahirkan di Philadelphia, Pennsylvania pada 7 Disember 1928. Dia


adalah seorang ahli bahasa (linguistik) berpengaruh, profesor, penulis, dan aktivis.
Chomsky merupakan Professor Linguistik di Massachusetts Institute of Technology
(MIT) di Cambridge, Massachusetts. Chomsky juga banyak memberi kuliah dan
mengajar di pelbagai universiti di seluruh dunia. Dia mendapat sarjana dan pasca sarjana
di University of Pennsylvania, serta PhD dalam linguistik. Puluhan buku telah dihasilkan
Chomsky sejak tahun 1955. Beberapa karya terbaiknya meliputi The Logical Structure of
Linguistic Theory, Aspects of the Theory of Syntax, Language and Mind, dan American
Power and the New Mandarins. Bukunya yang lain, Imperial Ambitions and Failed States
diterbitkan pada tahun 2006.

Pendekatan linguistik Chomsky berasal dari filsafat rasionalis yang beranggapan bahwa
pikiran bukanlah sesuatu yang kosong saat lahir atau semata terbentuk karena
pengalaman dan pembelajaran.

Dia percaya bahwa pikiran telah dilengkapi dengan pengetahuan yang universal untuk
semua manusia.

Chomsky percaya bahwa semua bahasa lebih dari 5.000 macam memiliki kesamaan
inti dalam struktur tata bahasa sehingga bisa dipahami oleh manusia sejak dilahirkan.

Jenis bahasa yang dipaparkan pada seseorang pada usia dini tidak membuat perbedaan.
Konsep ini disebut sebagai tata bahasa generatif transformasional.

Teori Pemerolehan Bahasa Di bawah teori pemerolehan bahasa, terdapat empat


teori lain iaitu, teori behavioris, teori kognitif, teori mentalis dan teori interaksionalisme.
Teori Behavioris Teori ini telah dipelopori oleh Skinner, Pazlov dan Thondike.
Teori ini menyatakan bahawa sesuatu kemahiran termasuk bahasa diperoleh dari
persekitaran. Murid-murid terangsang dan tertarik untuk bertutur. Setiap pertuturan yang
betul diberi ganjaran dan diulang-ulang hingga menjadi kebiasaan. Pembelajaran bahasa
adalah satu proses mekanis. Pengkaji teori ini berpendapat otak manusia umpama kotak
hitam. Dalam pengajaran dan pembelajaran bahasa, kemahiran lisan merupakan
aspek yang paling penting daripada kemahiran menulis. Kemahiran menulis merupakan
kemahiran kedua terpenting. Oleh sebab itu, guru haruslah mengajar lisan terlebih dahulu
dan memberi penekanan kepada latihan lisan, kemudian diikuti dengan kemahiran
menulis. Oleh sebab bahasa merupakan satu tabiat atau kebiasaan, guru perlu
mengutamakan latih tubi. Maksudnya, guru perlu memberi latihan yang mencukupi untuk
murid sehingga seseorang murid itu berjaya menguasai dan memahami sistem bahasa
yang dipelajari. Selain itu, hukum tatabahasa tidak perlu dipelajari secara formal oleh
murid-murid. Dalam sesi pengajaran dan pembelajaran, guru perlu bermula
dengan pola yang mudah kemudian beralih kepada yang lebih sukar. Guru juga boleh
bermula dari unit terkecil kepada unit yang lebih besar (binaan). Perkara ini boleh
memudahkan murid-murid memahami tajuk yang dipelajari. Di samping itu, guru
juga perlu kreatif menyediakan bahan rangsangan bagi menarik minat murid-murid untuk
mempelajari tajuk yang disampaikan. Pada masa yang sama, guru juga harus
menyediakan ganjaran kepada tindakan atau jawapan yang tepat. Ganjaran yang diberi ini
dapat membuat murid tersebut terus mengulangi perkara yang betul sehingga
menjadikannya tindakan yang bersifat automatis. Oleh sebab, pembelajaran merupakan
satu proses rangsangan dan tindak balas, guru perlu memainkan peranannya sebagai
penggerak dan pengalak untuk menarik minat murid ke dalam proses pengajaran dan
pembelajaran yang berlangsung. Berikutnya, guru merupakan contoh atau model
kepada murid-murid. Setiap perbuatan dan percakapan guru akan dicontohi dan menjadi
ikutan murid. Oleh sebab itu, guru memainkan peranan yang penting dalam
menggunakan bahasa yang betul untuk dicontohi murid. Teori Kognitif Teori
kognitif dipelopori oleh Jean Piaget da Gestalt. Teori kognitif merupakan proses mental
yang memainkan peranan penting untuk memperoleh bahasa, khususnya bahasa pertama
(bahasa ibunda). Kanak-kanak mempunyai keupayaan khusus untuk mendengar,
mentafsir bunyi-bunyi bahasa yang didengar. Kanak-kanak juga memperoleh bahasa
pertama dalam masa yang amat singkat iaitu 4 sehingga 5 tahun sahaja.
Pembelajaran bahasa ialah proses mental (berfikir). Oleh sebab itu, kanak-kanak perlu
mempunyai pengetahuan untuk memahami bahasa (makna) dan bukanlah bergantung
pada latihan giat semata-mata. Kesalahan yang dilakukan murid bukan kegagalan tetapi
percubaan yang baik. Teori ini juga menyatakan kanak-kanak belajar berdasakan konsep
cuba jaya. Maksudnya di sini, murid-murid akan diberi peluang untuk cuba menjawab
soalan sehingga mereka berjaya melaksanakannya. Peranan guru dalam memberi latihan
pula, guru tidak harus memberi latihan yang berbentuk kebiasaan yang automatis tetapi
memberi latihan yang membina kecekapan dengan menggunakan rumus-rumus yang
dibentuk. Menurut teori ini tulisan dan bacaan adalah diutamakan kerana sebagai
peneguhan kepada lisan. Oleh sebab itu, guru perlu mengutamakan penulisan dan
pembacaan. Teori Mentalis Teori ini dipelopori oleh Noam Chomsky. Menurut
Noam Chomsky, kanak-kanak dilahirkan dengan keupayaan Language Acquisition
Device (LAD). Kanak-kanak mendengar bahasa di persekitaran mereka. Berdasarkan
situasi sebenar, mereka mendengar, menganalisis, membentuk konsep dan rumus
tatabahasa. Kemudian mereka akan membentuk ayat. Menurut Noam Chomsky, kanak-
kanak mula bertutur dalam bahasa pertama mereka ketika mereka berumur lapan belas
bulan. Penguasaan sebutan (struktur luaran) adakala tidak sama dengan penguasaan
rumus tatabahasa dan makna (struktur dalaman) walaupun penguasaan bahasa luaran
bergantung kepada keupayaan bahasa dalaman. Di dalam pengajaran dan
pembelajaran, setiap murid seharusnya berupaya menguasai bahasa dengan sempurna
kerana mereka mempunyai LAD. Guru perlu mengajar bahasa secara deduktif. Manakala
tatabahasa pula diajar secara langsung dan berstruktur. Pada masa yang sama, mereka
perlu menguasai rumus tatabahasa agar mereka dapat menggunakannya secara kreatif.
Maksudnya di sini, murid dapat menghasilkan ayat-ayat baharu. Selain itu, guru
digalakkan memberi peluang kepada murid untuk berfikir ketika pengajaran dan
pembelajaran bahasa. Hal ini kerana mereka dapat membina konsep dan makna.Ketika
pengajaran dan pembelajaran berlangsung, murid perlu didedahkan dengan bahan-bahan
sebenar (authentik) bukan bahan yang diada-adakan. Pengajaran dan pembelajaran
bahasa juga mementingkan kemahiran membaca dan menulis dan tidak mengabaikan
kemahiran mendengar dan bertutur. Dari aspek memberi latihan pula, guru perlulah
memberi latihan-latihan yang membina kecekapan dengan menggunakan rumus bahasa
secara kreatif. Selain itu, guru digalak menyedarkan kesilapan murid dan menggalakkan
murid membaiki kesilapan yang dilakukan berdasarkan pengetahuan rumus yang telah
dipelajarinya. Teori Interaksionalis Teori ini dipelopori oleh Halliday. Teori ini
menerangkan perkembangan bahasa kanak-kanak melibatkan interaksi bahasa dan proses
mental. Kanak-kanak memperoleh bahasa kerana mereka mempunyai keperluan untuk
berinteraksi dengan ahli keluarga dan masyarakat. Sebagai ahli masyarakat, mereka juga
seharusnya mempunyai kemampuan menguasai kemahiran menggambarkan pemikiran
dalam bentuk bahasa yang sesuai dengan situasi sosial. Ketika kanak-kanak berinteraksi,
mereka akan menguasai makna yang lebih tepat. Teori ini lebih memberi penekanan
dalam membina keyakinan berkomunikasi idea atau makna. Dalam pengajaran
dan pembelajaran bahasa, penyampaian makna yang tepat adalah penting untuk
berinteraksi di samping struktur tatabahasa yang betul. Oleh sebab itu, makna dan
tatabahasa diajar serentak. Murid juga harus didedahkan kepada situasi linguistik untuk
membolehkan mereka menggunakan bahasa dalam interaksi yang berkesan. Guru
perlulah mewujudkan pengajaran dan pembelajaran yang berkesan dan menarik supaya
dapat memberi makna kepada murid. Dari aspek kesilapan yang dilakukan oleh murid,
guru tidak perlu membaiki kesilapan bahasa murid. Guru hanya menyedarkan murid
sama ada bentuk atau struktur yang mereka guna itu betul atau salah. Kemudian, guru
meminta mereka membetulkan sendiri. Guru juga boleh menggunakan teknik latih tubi
yang bermakna secara sedikit untuk mendedahkan struktur ayat.

Teori chomsky ini menegaskan bahwa bahasa merupakan warisan, manusia sejak lahir
sudah dibekali genetik untuk berbahasa.maka hipoesis naluri berbahsa merupakan suatu
asumsi yag menyatakan bahwa sebagian atau semua bagian bahasa tidaklah diperoleh
atau dipelajari, akan tetapi ditentukan oleh fitur fitur nurani yang khusus dariorganisme
manusia.hiptesis ini menekankan bahwa ada nya suatu benda yang dibawa manusa sejak
lahir yaitu laguage acquisition device (LAD ). Cara kerja dari LAD ini bisa dijelaskan
apabila sejumlah ucapan yang cukuo memadai dari suatu bahasa ditangkap atau diberikan
kepada LAD, maka LAD akan membentuk masukan itu menjadi tata bahas formal sebagi
keluaran.
a) Buat ulangkaji selalu.
Jangan biarkan topik-topik bertambah sebelum memulakan ulangkaji. Ulangkaji awal
supaya anda tidak menyesal dan panik melihat banyak topik yang belum diulangkaji.
b) Belajar Sains setiap minggu.
Tidak kisah apa jenis Sains, belajarlah Sains setiap minggu. Jangan asyik mempelajari
subjek-subjek lain sahaja. Siapkan kerja rumah dan latihan yang diberikan dan tidak
menunggu sehingga peperiksaan hampir tiba.
c) Cuba buat semua bentuk soalan.
Buat semua bentuk soalan, sama ada soalan aneka pilihan (objektif), struktur (subjektif)
atau essei. Jangan hanya memilih bentuk2 soalan yang disukai sahaj. Beli buku-buku
kerja yang memberikan model jawapan. Dengan cara begini, anda boleh membandingkan
jawapan anda dgn contoh/model jawapan yang diberikan.
d) Beli buku-buku soalan tahun-tahun lepas.
Tujuannya adalah supaya anda dapat membiasakan diri dgn bentuk-bentuk soalan
peperiksaan. Anda juga akan tahu cirri-ciri soalan yang kerap keluar dalam peperiksaan.
Cuba jawab soalan2 ini selalu supaya secara tidak langsung anda akan tahu bentuk & ciri
soalan yg kerap keluar dlm peperiksaan.
Dgn cara begini juga, anda akan mempelajari banyak topik kerana dlm proses mencari
jawapan, anda secara tidak langsung membaca & mempelajari fakta2 bagi sesuatu tajuk.

Anda mungkin juga menyukai