Anda di halaman 1dari 3

8 Pendekatan Pengurusan Bilik Darjah

1.Pendekatan Intimidation
Mengawal tingkah laku melalui kaedah yang menimbulkan perasaan takut dalam diri pelajar
seperti ancaman, sindiran, kata-kata yang mempersendakan dan memperkecilkan diri pelajar
serta paksaan.

2.Pendekatan Autoritarian
Guru menetapkan peraturan-peraturan dan penguatkuasaan dilakukan tanpa sifat tolak
ansur.Tingkah laku pelajar dikawal dengan memberi arahan dan penyeliaan dijalankan secara
berterusan.

3.Pendekatan Cookbook Management


Guru menyenaraikan perkara-perkara yang boleh dilakukan dan perkara-perkara yang tidak
boleh dilakukan dan perkara-perkara yang tidak boleh dilakukan oleh pelajar. Senarai ini
disediakan berasaskan aspek-aspek yang diperoleh daripada pelbagai sumber.

4.Pendekatan Sosioemosi
Suasana bilik darjah yang positif diwujudkan melalui pembentukan hubungan antara
perorangan (interpersonal) yang baik. Guru bersikap empati dalam memahami tingkahlaku
pelajar serta mewujudkan komunikasi yang berkesan.

5.Pendekatan Permisif (Kebebasan)


Kebebasan sepenuhnya diberikan kepada pelajar dengan tujuan untuk memperkembangkan
potensi masing-masing. Guru memainkan peranan sebagai konsultan dan menggalakkan
pelajar untuk bertanggungjawab atas pembelajaran masing-masing.

6.Pendekatan Pengubahan Tingkahlaku


Kata pujian dan ganjaran untuk menggalakkan tingkah laku yang diingini serta
mengurangkan tingkah laku yang tidak diingini. Dendaan juga digunakan sebagai
pengukuhan negatif terhadap tingkah laku yang tidak diingini. Guru memainkan peranan
untuk memodelkan tingkah laku yang diingini.

7.Pendekatan Pengajaran
Proses pengajaran yang berasaskan keperluan dan minat pelajar dapat memotivasikan mereka
untuk memberi tumpuan kepada pelajaran lantas mengurangkan masalah salah laku. Guru
bertanggungjawab untuk mewujudkan suasana pembelajaran yang positif melalui pemilihan
isi kandungan serta penggunaan strategi pengajaran yang sesuai.

8.Pendekatan Proses Kumpulan


Kumpulan pelajar di dalam bilik darjah dianggap sebagai satu sistem sosial. Guru memainkan
peranan untuk mewujudkan dan mengekalkan satu sistem sosial yang efektif dan produktif.
Pelajar-pelajar kurang melakukan salah laku kerana guru sentiasa peka dengan suasana dan
aktiviti di dalam bilik darjah.
Pengurusan Bilik Darjah
Pengurusan bilik darjah ialah suatu aspek yang penting dalam melaksanakan sesuatu

pengajaran.Seseorang guru itu perlu tahu cara menyusun tempat duduk pelajar dan peralatan bilik

darjah, mengurus pergerakan pelajar didalam kelas, dan mengawal disiplin pelajar di dalam kelas

supaya pengajaran dapat bejalan dengan lancar. Ada guru yang menekankan penyediaan bilik

darjah yang selesa untuk belajar serta mewujudkan hubungan dua hala yang mesra. 

Kajian Kounin (1970) terhadap pengurusan bilik darjah menunjukkan terdapatnya perubahan

tumpuan daripada menekankan strategi disiplin kepada strategi pengurusan bilik darjah secara

proaktif atau preventif. Kedua-dua strategi mengambil pendekatan bersifat mengelakkan sesuatu

kejadian yang tidak diingini daripada berlaku dan tidak semata-mata mengenakan hukuman

kepada pelajar. Didapati kebanyakan pengurus bilik darjah yang berkesan adalah mereka yang

mengamalkan strategi preventif.Banyak lagi aspek pengurusan bilik darjah yang perlu diterokai

oleh guru untuk melaksanakan pengajaran secara berkesan. 

Menurut Levin dan Nolan (2004) pula, memberi tumpuan aspek keberkesanan dalam pengurusan

bilik darjah itu sendiri. Mereka berpendapat bahawa kedua-dua aspek arahan dan pengurusan

merupakan proses yang mempunyai tujuan di mana tindakan serta sikap guru itu bertindak untuk

memudahkan objektif yang ingin dicapai oleh guru itu sendiri dalam pengajaran dan

pembelajaran. Secara ringkasnya, matlamat dalam memberi arahan merupakan kaedah yang

terus membantu dalam pencapaian akademik pelajar. Dalam pengurusan pula, bertujuan untuk

memupuk dan memelihara tingkah laku pelajar yang menerapkan arahan yang efektif dan efisien.

Aspek pengurusan bilik darjah dan tingkah laku pelajar amat penting bagi guru dalam

menyampaikan proses pengajaran dan pembelajaran kepada pelajar. Guru perlu memahami

konsep pengurusan bilik darjah, faktor yang mendorong wujudnya masalah disiplin dan cara

menangani masalah yang timbul bagi memudahkan tugas seorang guru apabila masuk ke bilik

darjah.

Anda mungkin juga menyukai