Anda di halaman 1dari 1

Bincangkan faedah kembara seni visual

Kembara seni visual selalunya akan menyemarakkan keseronakkan dan sifat


ingin tahu dalam diri murid kerana mereka akan mengalami perkara yang baharu bagi
mereka. Penambahan pengalaman lawatan ke sesuatu tempat seperti akuirium,
muzium dan pameran dapat meluaskan penglihatan visual murid. Murid-murid juga
akan mempelajari sesuatu yang baharu seperi sejarah pembinaan bangunan atau cara
penghasilan sesuatu objek. Ilmu yang didapati boleh membantu murid-murid menjana
idea dalam penghasilan karya.

Selain itu, murid-murid akan lebih menghargai dan menghayati peristiwa di


sekitar mereka. Contohnya, jika murid mengadakan lawatan ke taman atau tasik dan
diminta untuk menghasilkan karya serta-merta dengan apa yang dilihat. Oleh itu,
mereka akan memerhati sekitar secara terperinci dan menghayati kecantikkan alam
sekitar. Secara tidak langsung, mereka akan memelihara alam sekitar kerana
menghargai kurniaan Tuhan. Bagi lawatan ke tempat bersejarah, mereka juga
menghargai perjuangan wira tempatan demi kedaulatan tanah air.

Pemerhatian yang teliti akan diakitakn dengan kajian yang lebih terperinci.
Selalunya, murid hanya berpeluang untuk melihat sesuatu objek dan alam sekitar
secara maya. Misalnya melalui bahan bacaan atau alat elektronik seperti televisyen
atau telefon bimbit. Bahan yang realiti amat berbeza dengan imej maya kerana lebih
teliti dan murid akan mengkaji secara mendalam untuk menghasilkan karya realistik.

Anda mungkin juga menyukai