Anda di halaman 1dari 18

Topik 4

Kegiatan
Membuat
Kolaj

HASIL PEMBELAJARAN
Di akhir topik ini, anda seharusnya dapat:
1.

Mengaplikasikan alat, media dan bahan dalam menghasilkan kolaj;

2.

Mereka cipta kolaj sendiri dengan menggunakan pelbagai teknik;

3.

Menilai dan membuat penentuan tema, pemilihan warna dan


penyusunan bahan; dan

4.

Penghargaan seni terhadap kolaj yang dihasilkan.

PENGENALAN
Tajuk kolaj dalam Topik 4 dimulai dengan pengenalan tentang kolaj, diikuti
penerangan definisi kolaj dan melihat berbagai jenis peralatan, media serta
teknik-teknik yang boleh dihasilkan dalam kolaj. Dalam sub tajuk berikutnya
diterangkan tentang bagaimana cara mengaplikasikan alatan, media dan teknik
dalam kolaj. Penentuan tema, pemilihan warna dan penyusunan bahan dalam
menghasilkan kolaj juga disentuh dalam sub topik ini. Berbagai contoh
persembahan hasil karya dinyatakan untuk mendapat gambaran dengan lebih
jelas lagi. Akhir sekali rumusan tentang keseluruhan tajuk kolaj, perkataan
penting yang digunakan dan bahan rujukan dinyatakan. Sebelum anda mula
membaca, nyatakan apa yang anda fahami dengan istilah kolaj?

56

TOPIK 4

4.1
(a)

KEGIATAN MEMBUAT KOLAJ

PENGENALAN AKTIVITI KOLAJ

Definisi Kolaj
Kolaj bermakna potong, koyak, gunting, gam, tampal sesuatu bahan ke
atas suatu permukaan.
Dari perkataan perancis bermaksud gam. Kerja-kerja dibuat dengan
menampal cebisan kertas-kertas, kain atau bahan lain di atas
permukaan 2D.
Kolaj ialah satu hasil kerja seni mengandungi sebahagian imej seperti
gambar foto atau dari cetakan majalah disusun dan ditindih.
Teknik mencantum potongan gambar menjadi satu komposisi.
Berbagai jenis bahan dilekat disatu
permukaan khas disebut kolaj.
Satu komposisi daripada imej yang
berlainan dan daripada berbagai
media.
Kolaj bermakna menghasilkan satu
komposisi artistik daripada imej atau
gambar yang berlainan, latarbelakang
yang berlainan dan daripada berbagai
warna dan corak.
Satu teknik menggambar di mana
foto, keratan akhbar atau mana-mana
bahan berbentuk 2D dilekat dan di
satukan di atas permukaan.
Teknik di mana imej bergambar atau
corak berjalinan dihasilkan secara
superimpose di antara satu sama
lain.
Satu hasil kepingan seni dibuat
dengan menggam berbagai elemen.
Satu susunan objek dan bahan di atas
dilekat di atas suatu permukaan
supaya menjadi satu gambar bagi
sesuatu tajuk atau tema tertentu.

Rajah 4.1: Contoh kolaj dari kertas warna


Sumber: Raja Baharudin Raja Husain,
Mat Aris Suradi, Syed Rukaidar Syed
Isa Al-Idroes. (2001). Panorama Teks
Pendidikan Seni. Subang Jaya: Pan Asia

TOPIK 4

(b)

KEGIATAN MEMBUAT KOLAJ ! 57

Alat dan Media


Pencipta kolaj selalunya menjadikan objek-objek di sekeliling mereka
berharga untuk dijadikan bahan-bahan dalam hasil kerja kolaj mereka.
Mereka bebas menggunakan apa sahaja peralatan, media, teknik seperti
dawai, kepingan besi, kaca, plastik, kulit pokok, batu, dedaun kering,
lalang kering, kain perca, butang, reja reben, benang, potongan gambar dari
majalah atau suratkhabar, setem, gambar foto, tiub kadbod, berbagai jenis
kertas yang berjalinan, kotak telur, kapas, tisu dan sebagainya. Kolaj juga
boleh dihasilkan daripada campuran pasta kering, beras dan kekacang
seperti lentil dan pea yang mempunyai bentuk dan warna yang menarik.
Pengkarya mengguunakan sekeping kadbod yang kuat sebagai dasar.
Biasanya bahan-bahan yang digunakan adalah tahan dan boleh kekal pada
kolaj tersebut. Mereka juga menjadikan stor sebagai tempat penyimpanan
peralatan dan bahan-bahan yang hendak digunakan dalam aktiviti kolaj.
Warna-warna basah seperti cat, warna poster, warna air, akrilik, dan
tempera juga digunakan untuk bahagian latarbelakang kolaj. Tujuannya
ialah untuk mendapatkan mood bagi sesuatu hasil kerja kolaj. Warna
minyak adalah tidak digalakkan untuk menghasilkan kolaj kerana bahan
susah melekat pada permukaan. Warna yang paling baik digunakan dalam
menghasilkan kolaj ialah warna akrilik dan warna air kerana berganding
baik dengan berbagai jenis gam. Elakkan dari menggunakan warna
gouache kerana ia mudah retak dan terkopek
Terdapat beberapa jenis gam sesuai digunakan dalam proses menghasilkan
kolaj. Pelekat akrilik adalah yang terbaik untuk digunakan pada kerja-kerja
kolaj. Kadangkala kerja-kerja menghasilkan kolaj ini tidak menggunakan
pelekat tetapi menggunakan skru, ikatan, dawai untuk melekatkan bahan
ke atas kolaj. Berikut ialah contoh berbagai jenis pelekat atau gam yang
dicadangkan untuk digunakan ke atas kerja-kerja menghasilkan kolaj:
Jadual 4.1: Contoh Jenis Gam atau Pelekat
Media

Jenis

Ketelusan

Kegunaan

1.

Gam kilat

Cair

Lut sinar

Pelekat untuk kertas, kain, bahan


ringan. Boleh digunakan sebagai
varnis pada akhir proses kolaj.

2.

Gam
tidak kilat

Cair

Lut sinar pada


lapisan pertama.
Lapisan seterusnya
lut cahaya

Pelekat untuk kertas, kain, bahan


ringan. Boleh digunakan sebagai
varnish pada akhir proses kolaj.
Terlalu
banyak
lapisan
akan
mengaburkan gambar di bawahnya.

58

TOPIK 4

KEGIATAN MEMBUAT KOLAJ

3.

Gam gel

Krim

Lut sinar

Pelekat untuk kertas, kain, kulit kayu


pokok, logam. Media yang terdedah
akan kelihatan kusam.

4.

Gam
model

Pekat

Legap

Pelekat untuk batu. Boleh digunakan


untuk 3D, dipotong, kikis, warna
apabila kering. Kawasan yang tebal
memerlukan
berjam-jam
untuk
kering.

5.

Gesso

Krim

Legap

Serupa dengan cat akrilik putih.


Digunakan untuk menutup bahan
berasid sebelum mengecat atau
menghasilkan kolaj.

Berikut pula peralatan yang boleh dicadangkan untuk digunakan dalam


menghasilkan kolaj:
Jadual 4.2: Peralatan Digunakan untuk Menghasilkan Kolaj
Alat

Kegunaan

1.

Pisau kraf

Memotong bahan nipis seperti kertas dan fabrik. Hujung


mata pisau boleh digunakan untuk mengangkat cebisan
kertas. Tukar mata pisau selalu untuk mendapatkan mata
yang tajam dan pemotongan yang bersih dan licin.

2.

Gunting

Memotong bentuk bulat, kain.

3.

Plastik tiga segi

Sudut rata dalam setiap potongan, menggunakan sudut


empat segi untuk memeriksa bentuk empat segi yang
diperlukan.

4.

Pembaris

Membuat potongan yang panjang.

5.

french curve

Melukis dan memotong kepingan kertas yang bengkok.

6.

Palet

Untuk kegunaan warna air atau akrilik.

7.

Berus

Digunakan untuk aplikasi warna dan pelekat pada kolaj.

8.

Bekas air

Membersihkan berus daripada kekotoran warna dan gam.

9.

Penggelek

Menekankan kepingan bahan-bahan di atas tempatnya.

10. Plastik
pembungkus
makanan

Menutup kerja kolaj di kedudukan sebenar. Melindungi kolaj


dari tangan yang kotor dan lebihan gam.

11. Span

Menekan warna untuk mendapatkan kesan jalinan.

TOPIK 4

KEGIATAN MEMBUAT KOLAJ ! 59

12. Kertas tekap

Membuat lakaran.

13. Pensel atau pen

Membuat lakaran.

14. Kompas

Untuk melukis bulatan, atau memotong bulatan apabila


pisau blade digunakan bersamanya.

Terdapat juga bahan-bahan sampingan yang boleh digunakan untuk


menghasilkan kolaj seperti berbagai jenis papan pengalas, water colour
board, illustration board, mat board, foam board, wood and hard
board. Berbagai jenis kertas juga boleh dicadangkan seperti kertas kolaj,
kertas warna air, kertas lukisan, kertas pastel, kertas hiasan, kertas eksotik,
kertas binaan, surat khabar, kertas majalah.
(c)

Teknik
Dalam menghasilkan sebuah kolaj, seseorang perlu menggunakan idea dan
kreativiti tersendiri untuk mendapatkan hasil kerja yang cantik dan
bermutu. Penggunaan bahantara yang bersesuaian dengan tema atau tajuk
catan juga perlu diambil kira apabila menjalani proses kolaj. Berikut ialah
contoh teknik yang paling mudah bagaimana seseorang itu boleh
menghasilkan sebuah kolaj:
(i)

Fikirkan tema atau tajuk yang hendak dihasilkan supaya mesejnya


sampai.

(ii)

Sediakan dan racik/koyak/gunting bahan-bahan seperti kertas atau


fabrik yang diperlukan untuk kolaj tersebut.

(iii) Dapatkan kertas pelbagai warna untuk menimbulkan kesan jalinan,


harmoni, kontra pada kolaj anda.
(iv) Buat lakaran pada kertas lukisan untuk menyenangkan kerja-kerja
menampal.
(v)

Sapukan gam pada permukaan kertas.

(vi) Gam cebisan kertas atau fabrik mengikut gaya tersendiri untuk
mendapatkan satu hasil kerja kolaj yang baik.
(vii) Apabila sudah kering sapukan pula gam di atas lapisan pertama
untuk menampal kertas bagi menimbulkan kesan objek.
Aktiviti kolaj amat sesuai dijalankan sebagai salah satu kegiatan
menggambar terutama di peringkat sekolah rendah. Murid-murid pada
tahap tersebut perlu didedahkan dengan berbagai jenis dan teknik
menghasilkan kolaj supaya dapat gambaran sebenar tentang apa itu kolaj.
Perlu diingat juga tidak semua jenis dan teknik kolaj sesuai dijalankan pada
murid tersebut. Guru harus menyesuaikan jenis dan teknik kolaj yang
hendak dijalankan mengikut tahap kecerdasan murid iaitu dari darjah satu

60

TOPIK 4

KEGIATAN MEMBUAT KOLAJ

hingga ke darjah enam. Di bawah ini disenaraikan berbagai jenis teknik


kolaj yang boleh diaplikasikan kepada murid:
Teknik potong kertas dan fabrik
Teknik koyak kertas dan fabrik
Teknik menggunakan berbagai jenis kertas yang berjalinan
Teknik media campuran
Teknik kertas tisu
Teknik tisu dan kertas buangan
Teknik catan dalam kolaj
Teknik percikan dalam kolaj
Teknik span dalam kolaj
Teknik skraping dalam kolaj
Teknik stensil dalam kolaj
Teknik jalinan dalam kolaj

AKTIVITI 4.1

4.2

1.

Apakah perbezaan
dikemukakan?

di

antara

teknik-teknik

kolaj

yang

2.

Hasilkan beberapa kolaj mudah dari pelbagai jenis teknik yang


telah dinyatakan.

APLIKASI ALAT MEDIA DAN TEKNIK

Apabila murid mula menggunakan gunting untuk menghasilkan kolaj, mereka


selalu memotong objek atau imej dari majalah berwarna lalu menampalnya di
atas kertas. Ini adalah kolaj yang paling mudah walaupun susunannya tidak
diambilkira. Kebanyakan kolaj mempunyai tema tersendiri untuk menampakkan
idea atau gambaran yang lebih jelas lagi apabila terpandang sesuatu hasil kerja
kolaj itu. Tema boleh dipelbagaikan mengikut kesesuaian guru atau murid
seperti tema:
Cerita, sajak, pantun dan nyanyian
Figura secara individu, keluarga, kawan, orang awam, jiran
Rumah, pondok, banglo, rumah teres, rumah flat, rumah kampong, calet
Haiwan seperti kucing, anjing, burung, ayam, itik, gajah, harimau, kuda
Pokok, bunga, daun, lalang, sayur-sayuran, buah-buahan.

TOPIK 4

KEGIATAN MEMBUAT KOLAJ ! 61

Alam benda seperti meja, kerusi, basikal, cawan, piring, garpu, sudu
Fenomena alam dan sains, metafizik dan agama

Rajah 4.2: Contoh kolaj bertemakan haiwan menggunakan kertas majalah berwarna
Sumber: Haley, Ivy. (1971). Creative collage. London: Charles T. Bransford

Pengenalan menggunakan fabrik dalam kolaj kepada murid-murid adalah


supaya mereka peka terhadap berbagai jenis permukaan dan jalinan yang ada
pada bahan tersebut. Terdapat dua cara menggunakan fabrik dalam kolaj iaitu
secara menampal atau menjahit di atas sesuatu permukaan. Projek secara
berkumpulan dalam menghasilkan sesuatu tema adalah lebih cepat dijalankan
daripada individu. Bahan latar yang paling sesuai ialah seperti kain kanvas yang
kasar supaya dapat menahan berat kolaj di atasnya. Berat kertas dan fabrik
adalah berbeza. Lebihan kain perca boleh didapati dengan mudah di kedai-kedai
menjahit pakaian. Ia tidak memerlukan budget yang besar. Permukaannya
lembut dan sesuai digunakan untuk murid-murid di sekolah rendah. Kain perca
boleh digunting, dipotong, digulung, ditindih atau dilipat semasa proses
menampal keatas permukaan. Setelah ditampal, kesan-kesan jalinan dan kesan
permukaan tidak rata ke atas kolaj akan kelihatan menghasilkan satu kelainan.

Rajah 4.3: Contoh kolaj dari fabrik


Sumber: Haley, Ivy. (1971). Creative collage. London: Charles T. Bransford

62

TOPIK 4

KEGIATAN MEMBUAT KOLAJ

Tali juga adalah antara bahan yang popular digunakan dalam menghasilkan
kolaj. Bahan ini digunakan untuk mengetahui dengan lebih dekat lagi tentang
jalinan dan bagaimana mengaplikasikan tali dalam kegiatan menggambar.
Berbagai jenis tali terdapat di pasaran dan penggunaannya di dalam kolaj perlu
disesuaikan dengan jenis pelekat. Tidak semua bahan yang digunakan dalam
menghasilkan kolaj sesuai dengan satu jenis pelekat sahaja.
Cara meletakkan tali tersebut pada permukaan boleh dipelbagaikan seperti
berkumpulan, dipiuhkan, disimpulkan, berantai, bergulung atau bebas supaya
mendapat permukaan jalinan yang berlainan. Permukaan yang paling sesuai
adalah dari jenis strawboard dan kadbod ini boleh didapati secara percuma dari
kotak-kotak, papan kalender dan papan iklan. Pelekat jenis cepat kering sesuai
digunakan pada tali. Pelekat diratakan di atas permukaan strawboard tersebut
dan diratakan dengan spatula. Kemudian tali yang telah disusun tadi dilekatkan
di atas permukaan bergam. Kadangkala tali yang berbagai jenis ketebalannya
dan berbagai jenis warna boleh digunakan.

Rajah 4.4: Contoh kolaj menggunakan tali dari murid umur 7 9 tahun
Sumber: Haley, Ivy. (1971). Creative collage. London: Charles T. Bransford

Murid-murid lebih peka terhadap benda-benda baru dan pelik. Mereka mula
meneroka dan guru mengambil peluang untuk bertanya. Mereka boleh menjadi
pencipta, boleh bercerita, menjadi pelukis apabila berhadapan dengan berbagai
alat, bahan dan media. Mereka juga boleh mengaitkan pengalaman lalu dengan
benda-benda yang mereka lihat sekarang. Sebagai contoh murid boleh
menghasilkan sebuah kolaj diatas illustration board atau mounting board.
Mulakan dengan tajuk autobiografi termasuk memori semasa kecil, persepsi diri
sekarang, dan harapan untuk masa depan. Masukkan benda-benda yang anda

TOPIK 4

KEGIATAN MEMBUAT KOLAJ ! 63

suka dan tidak suka. Lekatkan gambar-gambar dari majalah, lukis, cat, atau
gunakan objek sebenar jika tidak terlalu besar. Gunakan krayon, warna pensel,
warna air, dakwat dan apa sahaja yang disukai. Tidak ada betul atau salah cara
meletakkan atau melekatkan objek tersebut. Gunakan kolaj tersebut sebagai
rujukan untuk imaginasi yang kreatif. Berikut ialah contoh kolaj bertemakan
autibiografi termasuk tempat-tempat yang saya kunjungi, barang-barang yang
saya sukai, dan aktiviti yang saya gemari.

Rajah 4.5: Contoh kolaj media campuran


Sumber: Leland, Nita. (1990). Creative artist. Cincinnati: North Light Book

Berikut ialah contoh dengan lebih jelas lagi bagaimana sesuatu kolaj itu
dihasilkan dengan menggunakan alat, bahan dan media seperti kertas binaan
yang berbagai warna, gunting, gam, pensel dan kertas lukisan tebal:

Rajah 4.6: Contoh kolaj peringkat permulaan

Langkah 1 Membuat lakaran untuk mendapatkan idea atau tema. Dalam kolaj
ini pelukis telah menggunakan rupa-rupa yang telah diubahsuai atau dipiuhkan
mengikut teknik yang diguna pakai oleh seorang pelukis barat terdahulu iaitu

64

TOPIK 4

KEGIATAN MEMBUAT KOLAJ

Henry Matisse. Lihat perbezaan ketara di antara permulaan kolaj dengan akhir
kolaj.

Rajah 4.7: Contoh kolaj peringkat pertengahan

Langkah 2 Meletakkan latarbelakang dan rupa bentuk. Warna latar adalah


sangat penting kerana setiap warna yang digunakan untuk objek kemudian
perlu berhubung kait atau bersesuaian dengannya. Gunakan pisau kraf dan
pembaris untuk memotong rupa tanpa memikirkan bentuk sebenar. Ini adalah
satu cara bagaimana menjalankan aktiviti menggambar secara lebih seronok dan
gembira. Teknik menggunting banyak berlaku pembaziran kertas tetapi cebisan
kertas tersebut boleh juga digunakan untuk menghasilkan kolaj di masa akan
datang.

Rajah 4.8: Contoh kolaj peringkat pertengahan

TOPIK 4

KEGIATAN MEMBUAT KOLAJ ! 65

Langkah 3 Eksperimentasi dan mencipta ruang. Pelukis memotong kesemua


bentuk tersebut secara bebas tanpa memikirkan ukuran dan bentuk sebenar.
Memperkenalkan unsur ruang dan kedalaman dengan membuatkan kerusi lebih
kecil daripada objek di hadapan. Satu cara memperkenalkan perasaan
kedalaman atau menampakkan ruang dalam kolaj ialah dengan pertindihan
objek. Dalam kolaj ini menindihkan epal dan jug air secara automatik
memberitahu pemerhati bahawa jug air lebih jauh ke belakang daripada epal
tersebut.

Rajah 4.9: Contoh kolaj peringkat akhir

Rajah 4 Lengkap. Kolaj ini masih memperlihatkan kejadian sebenar. Sentuhan


terakhir dalam kolaj ini ialah bunga dan batang. Teknik yang digunakan ialah
koyak dan tampal. Hasilnya adalah satu cara yang menarik selain gunting dan
tampal.
Rajah 4.6, 4.7. 4.8, 4.9, Aplikasi alat, media dan teknik secara langkah demi
langkah.
Sumber: Brown, M. D. & Philmetzger (1998). Realistic collage step by step. Glenn
Marcam & Joyce Dolan.

AKTIVITI 4.2
Analisa hasil kerja kolaj pelukis barat dari aspek tema, alat, media
dan teknik yang mereka gunakan.

66

4.3

TOPIK 4

KEGIATAN MEMBUAT KOLAJ

PERSEMBAHAN HASIL KARYA

Untuk menghasilkan sebuah kolaj bukanlah semudah yang disangkakan.


Aktiviti kolaj boleh dikatakan agak rumit dan cerewet untuk disudahkan kerana
ia banyak melibatkan koordinasi tangan, mata, ketekunan dan perasaan individu
yang menghasilkannya. Apabila seorang guru mengajar matapelajaran
Pendidikan Seni Visual di kelas, dia seharusnya perlu mengetahui dan
mengenalpasti tahap perkembangan pembelajaran murid-murid di kelas
tersebut. Tahap perkembangan murid-murid adalah berbeza dan banyak
dipengaruhi oleh keupayaan dan sikap kanak-kanak itu sendiri. Guru juga
seharusnya perlu pandai menyesuaikan tahap murid-murid yang hendak diajar
dengan aktiviti yang hendak dijalankan di kelas.
Tahap keupayaan kanak-kanak boleh dikategorikan kepada tiga tahap iaitu
tahap manipulatif, tahap simbolik dan tahap realistik. Tahap manipulatif ialah
tahap di mana kanak-kanak suka meneroka apa saja yang dilihat dipersekitaran
mereka dan berusaha mendapatkan bukti-bukti dari penerokaan mereka. Hasil
kerja seni yang mereka buat adalah untuk tujuan bergembira dan mendapatkan
keseronokan. Pada peringkat ini koordinasi tangan, mata dan perkaitan dengan
persekitaran mereka sangat penting.
Di peringkat simbolik pula kanak-kanak dikatakan suka membuat eksperimen
kerana dikatakan suka terhadap sesuatu benda itu. Imej atau objek yang dilukis
bersifat tidak tepat. Korelasi visual dan membuat pemerhatian sangat penting di
tahap ini. Unsur ruang masih kurang jelas. Imej-imej disusun mengikut perasaan
sendiri tanpa memikirkan logik.
Di peringkat sekolah rendah murid-murid sudah boleh dikategorikan berada di
tahap realistik. Murid-murid menjadi semakin matang dan boleh meluahkan
perasaan secara factually oriented. Peka terhadap keadaan dunia yang begitu
kompleks dan cuba menyesuaikannya dengan pengalaman yang mereka ada.
Pada tahap ini seorang guru itu haruslah memperkenalkan berbagai jenis alat,
bahan, media dan teknik dalam setiap kegiatan menggambar yang mereka jalani.
Murid menjalani kegiatan seni dengan bimbingan dan panduan guru dan
akhirnya menjalani sessi penilaian dan penghargaan seni dalam
pembelajaran mereka.
Sebelum murid dan guru menjalani sesi apresiasi seni dari hasil kolaj yang
dibuat, guru boleh mencadangkan beberapa aktiviti kolaj yang menarik.
Tujuannya adalah untuk menggalakkan murid-murid berkomunikasi,
berinteraksi dengan kawan-kawan dan guru, meluahkan perasaan dan isi hati,
membuat kritikan yang membina dan membuat penilaian tentang persembahan

TOPIK 4

KEGIATAN MEMBUAT KOLAJ ! 67

hasil kerja tersebut. Berikut ialah beberapa contoh aktiviti kolaj yang boleh
dicadangkan:
CONTOH 1
TAJUK: Kolaj dari tisu dan gambar majalah
OBJEKTIF: Rancang dan hasilkan sebuah kolaj berbentuk 2D dari bahan kertas
tisu dan gambar majalah untuk menerangkan konsep kesatuan dan keharmonian
ALATAN DAN BAHAN: Kertas lukisan, pensel, tisu berwarna-warni, kadbod,
gunting, gam, berus lukisan, marker, krayon atau cat, gambar-gambar dari
majalah
ARAHAN:
1.

Cari satu idea yang boleh dikaitkan dengan sikap bekerjasama, tolong
menolong, bersatu hati untuk melambangkan kesatuan dan keharmonian.

2.

Rancang beberapa komposisi dengan menggunakan lakaran-lakaran untuk


mendapatkan gambaran secara keseluruhan. Pilih satu yang terbaik.

3.

Lukis lakaran yang dipilih di atas kertas putih keras.

4.

Sediakan alat dan bahan yang diperlukan untuk menghasilkan kolaj


tersebut.

5.

Cari dari majalah untuk mendapatkan kawasan dan menggunakan


bahagian yang berwarna dan gambar-gambar yang boleh digunakan.
Sebagai contoh: warna coklat pada kasut atau kek boleh digunakan untuk
menghasilkan batang pokok atau warna biru air laut boleh digunakan pada
pakaian pada imej atau gambar dalam kolaj. Susun gambar-gambar
sebegitu rupa untuk menampakkan konsep kesatuan dan keharmonian
Semasa menampal kertas berwarna dari majalah dan tisu-tisu berwarna,
tak perlu hasilkan secara teliti sebaliknya boleh ditindih kertas-kertas
tersebut supaya nampak lebih natural dan bebas. Tidak perlu berada dalam
keadaan kemas dengan meletakkan kertas-kertas warna tersebut di dalam
garisan lakaran semasa menghasilkan kolaj.

6.

Teknik-teknik lain boleh diaplikasikan seperti menambahkan garisangarisan dengan menggunakan pen marker, krayon, warna-warna poster,
gosokan dari objek yang berjalinan untuk menampakkan kesatuan dan
keharmonian dalam hasil kerja tersebut.

7.

Bingkaikan hasil kerja kolaj tersebut dengan kemas dan gantung di tempat
yang sesuai supaya senang dilihat. Jalani satu sesi penilaian dan kritikan
(apresiasi seni) secara mudah.

68

TOPIK 4

KEGIATAN MEMBUAT KOLAJ

CARA-CARA MENILAI:
1.

Apakah tema/tajuk yang boleh dipilih untuk menerangkan tentang konsep


kesatuan dan keharmonian?

2.

Apakah elemen-elemen yang perlu diambilkira semasa menghasilkan


lakaran?

3.

Lakaran yang mana satu dipilih dan kenapa?

4.

Apakah jenis alat, bahan, media dan teknik yang anda gunakan dalam kolaj
tersebut?

5.

Bagaimana kamu membuat eksperimen dengan tindihan kertas-kertas


warna dari majalah, kertas-kertas tisu dan imej-imej yang digunakan?

6.

Apakah teknik tambahan yang anda gunakan untuk melengkapkan kolaj


tersebut?

7.

Terangkan bagaimana kamu membuat persembahan dan kemasan kolaj


anda?

8.

Apakah perasaan anda apabila melihat hasil kerja anda?

9.

Apakah sebenarnya yang hendak anda sampaikan dalam kolaj tersebut?

10.

Adakah anda bersihkan kawasan kerja anda?

CONTOH 2
TAJUK: Kolaj media campuran
OBJEKTIF: Hasilkan sebuah kolaj media campuran dengan menggabungkan
simbol-simbol visual, bahan-bahan terbuang/jumpa dan sebahagian dari lagu/
sajak
ALAT DAN BAHAN: Kertas lakaran, pensel, kertas lukisan tebal, barangan
jumpa atau bahan terbuang, majalah, gunting, gam, warna-warna kering, warnawarna basah dan kadbod poster
ARAHAN:
1.

Lihat contoh media campuran oleh pelukis terdahulu. Perhatikan


bagaimana mereka menghasilkannya.

2.

Untuk menghasilkan kolaj yang bermakna, fikirkan bahagian atau barisbaris penting pada lirik lagu atau sajak. Tulis lirik yang dipilih dan fikir
tentangnya untuk diaplikasikan ke dalam kolaj.

3.

Fikirkan imej atau gambar-gambar yang bersesuaian dengan lirik/baris


sajak yang dipilih.

4.

Kumpul bahan-bahan lain untuk digunakan dalam menghasilkan kolaj.

TOPIK 4

KEGIATAN MEMBUAT KOLAJ ! 69

5.

Fikirkan tentang jalinan, rupa, bentuk, saiz dan warna bahan yang
dikumpul.

6.

Buat satu lakaran ringkas untuk mendapatkan idea keseluruhan kolaj.


Fikirkan bagaimana anda dapat selitkan atau simpulkan ke dalam katakata yang dipilih sebagai salah satu elemen penting dalam kolaj.

7.

Susun di permukaan kertas tebal bahan-bahan yang dipilih untuk


mendapatkan gambaran keseluruhan kolaj dan jangan digam.

8.

Ambil masa untuk membuat pengubahsuaian sehingga anda berasa puas


hati tentang cara susunan bahan-bahan tersebut barulah dilekat.

9.

Tambah warna, jalinan, garisan, huruf ke atas kolaj anda supaya nampak
lebih menarik.

10.

Buat persembahan dan kemasan dan gantung ditempat yang sesuai.

11.

Jalani sessi ekspresi diri, luahan perasaan, penghargaan, pujian dan


kritikan seni bersama rakan dan guru.

CARA-CARA MENILAI:
1.

Apakah jenis lagu atau sajak yang anda pilih untuk digunakan dalam kolaj
anda dan kenapa?

2.

Apakah simbol visual yang anda fikirkankan dan mempunyai kaitan


dengan lagu atau sajak yang dipilih?

3.

Terangkan bahan apakah yang anda gunakan untuk menghasilkan kolaj?

4.

Adakah anda membuat lakaran sebelum menghasilkan kolaj dan memilih


idea yang terbaik?

5.

Kenapa anda memilih idea itu untuk dijadikan kolaj?

6.

Terangkan bagaimana anda laksanakan visual, simbol dan kata-kata untuk


dijadikan latar?

7.

Bagaimana kamu menyusun sehingga kamu berpuashati tentang susunan


tersebut?

8.

Apakah imej atau gambar-gambar yang anda gunakan sebagai tambahan


dalam kolaj anda?

9.

Bagaimana kamu membuat kemasan kolaj anda?

10.

Apakah asas seni reka yang anda aplikasikan dalam kolaj anda?

11.

Apakah perasaan anda apabila melihat kolaj tersebut?

70

TOPIK 4

KEGIATAN MEMBUAT KOLAJ

CONTOH 3
Lihat hasil kerja kolaj yang buat oleh pelukis berbangsa Cuba iaitu Juan Gris
(Jose Victoriano Gonzalez). Kolaj ini bertajuk Breakfast yang dihasilkan pada
tahun 1914.
Dalam
kolaj
tersebut
Gris
telah
menggunakan teknik potong dan tampal
dengan menggunakan kertas, krayon dan
warna minyak di atas kanvas. Buat satu
analisa dan kajian dari aspek garisan, warna,
rupa, bentuk, jalinan dan ruang yang
digunakan dalam hasil karya tersebut.
Apakah imej atau objek yang digunakan
dalam kolaj ini. Bahan apakah yang banyak
digunakan dalam kolaj ini. Adakah anda
berpuashati dengan hasil karya ini?
Sila kemukakan komen-komen lain selain
dari apa apa yang telah dinyatakan.

Sumber: Ocvirk, O.G., Stinson, R.E., eigg, P.R., Bone, R.O., & Cayton, D.L. (1999). Art
fundamentals: Theory and Practice, USA: McGraw-Hill

AKTIVITI 4.3
Buat satu penilaian dan kritikan dari hasil karya anda dengan
memberi penekanan terhadap teknik-teknik yang anda gunakan
dan asas seni reka.

TOPIK 4

KEGIATAN MEMBUAT KOLAJ ! 71

Kolaj ialah satu komposisi artistik yang mengandungi berbagai imej.


Kolaj dihasilkan dengan cara memotong, mengoyak,
menampal, menindih bahan-bahan di atas permukaan rata.

menggunting,

Bahantara yang digunakan untuk menghasilkan kolaj adalah dari bahanbahan terbuang, jenis kekacang, berbagai jenis kertas dan fabrik.
Pelekat-pelekat dan alatan yang digunakan dalam menghasilkan kolaj
mempunyai kegunaannya yang tersendiri.
Berbagai jenis permukaan boleh digunakan dalam menghasilkan kolaj
bergantung kepada jenis bahan-bahan yang hendak digunakan.
Teknik-teknik yang berbagai dalam kolaj mempunyai kesan yang berlainan
pada setiap kolaj yang dihasilkan.
Sebelum mengaplikasikan alatan dan media pada kolaj perlu fikirkan tema
terlebih dahulu.
Tema, alatan, bahan dan media perlu disesuaikan dengan tahap umur murid.
Langkah permulaan menghasilkan kolaj ialah dengan membuat lakaran
untuk mendapatkan idea atau tema.
Penekanan terhadap warna pada latar belakang, rupa, bentuk, ruang, yang
berkaitan dengan tajuk perlu diutamakan semasa menghasilkan kolaj.
Langkah terakhir yang sangat penting dan perlu dititikberatkan ialah
memperlihatkan kejadian sebenar.
Aktiviti kolaj banyak melibatkan koordinasi tangan dan mata, ketekunan dan
perasaan individu.
Dalam aktiviti kolaj, guru harus menyesuaikan tahap umur murid-murid
dengan aktiviti kolaj yang hendak dijalankan.
Tahap keupayaan murid boleh dibahagikan kepada 3 bahagian iaitu tahap
manipulatif, tahap simbolik, dan tahap realistik.
Tahap manipulatif ialah tahap di mana murid suka meneroka, mencari bukti
dan mendapatkan keseronokan.
Tahap simbolik ialah tahap di mana murid boleh menjalani eksperimen
mudah dan suka terhadap sesuatu benda.
Tahap realistik ialah tahap di mana murid berada di peringkat matang dan
boleh meluahkan perasaan melalui hasil kerja mereka.

72

TOPIK 4

KEGIATAN MEMBUAT KOLAJ

factually oriented

Simbolik

superimpose

Teknik skraping

Autobiografi

Teknik catan

Dadaisme

Teknik jalinan

Gam gel

Teknik kertas buangan

Gam kilat

Teknik kertas tisu

Gam model

Teknik koyak

Gesso

Teknik media campuran

Kolaj

Teknik percikan

Komposisi

Teknik potong

Koordinasi

Teknik span

Manipulatif

Teknik stensil

Realistik
Surealisme

Brown, M. D., & Philmetzger. (1998). Realistic collage step by step.


Glenn Marcam & Joyce Dolan.
Raja Baharudin Raja Husain, Mat Aris Suradi, Syed Rukaidar Syed Isa Al-Idroes.
(2001). Panorama Teks Pendidikan Seni. Subang Jaya: Pan Asia
Haley, Ivy. (1971). Creative collage. London: Charles T. Bransford.
Leland, Nita. (1990). Creative artist. Cincinnati: North Light Book.
Brown, M. D.& Philmetzger (1998). Realistic collage step by step. Glenn Marcam
& Joyce Dolan.
Ocvirk, O.G., Stinson, R.E., eigg, P.R., Bone, R.O., & Cayton, D.L. (1999). Art
fundamentals: Theory and Practice, USA: McGraw-Hill.
Wankelman, W.F& Wigg, P. (1993). A handbook of arts and crafts,
USA: Brown and Benchmark.
Rosalind Ragans, (1995). Art talk. (2nd ed.). New York: McGraw-Hill.

Anda mungkin juga menyukai