Anda di halaman 1dari 24

PSV 3104 Bidang : Menggambar

Tajuk : KOLAJ
Pensyarahan : Tn. Hj. Taslim Abd. Rahim En. Rousliluddin Bin Ambia En. Ismail Abdul Samad

PENDIDIKAN SENI VISUAL

Tajuk : KOLAJ
Disediakan oleh : CHEW LEE PENG 641218-01-5310 PGSR(PSV) November 2008

Merupakan cara menghasilkan gambar dengan meletakkan bahan, objek atau bentuk yang berlainan di atas latar. Perkataan kolaj berasal daripada perkataan Perancis coller yang bermaksud memperekat. Bahan-bahan yang digunakan tidak perlu mahal.

Bahan-bahan yang sesuai :


Benda buangan Kain perca Kertas Majalah Suratkhabar lama Daun dan ranting kayu
Tali Plastik Manik Bulu binatang Reben pasir Kulit kuaci

Kolaj kertas Kolaj fabrik Kolaj kertas tisu Kolaj media campuran Kolaj daun Kolaj butang

Kolaj benang bulu dan tali Kolaj kayu aiskrim Kolaj manik Kolaj pasir
Kolaj plaster Kolaj gabus

Peralatan

Gam

Gunting Bergerigi Gunting Biasa

Menggunting kertas dan kain.

Menggunting kertas dan kain supaya tepinya mempunyai pelbagai corak yang menarik.

Pembaris

Pensel atau pen

Membuat ukuran pada potongan yang panjang.

Membuat lakaran.

Berus

Bekas air

Digunakan untuk aplikasi warna dan pelekat pada kolaj.

Membersihkan berus daripada kekotoran warna dan gam.

Aktiviti Membuat Kolaj

Jenis : Kolaj Media Campuran Bidang : Menggambar Tajuk : Hidupan Air

Langkah 1
Mengumpulkan bahan dan peralatan yang akan digunakan. Berikut adalah antara bahan-bahan dan peralatan yang boleh digunakan:y kertas warna y manik pelbagai warna y tali y kayu aiskrim y pelbagai jenis kekacang y Biji sagu y Gam y Gunting

Langkah 2
Membuat lakaran di atas kertas lukisan.

Langkah 3
Proses menampal tali dan kekacang dilakukan dengan menyapukan gam pada permukaan lukisan yang hendak ditampal.

Langkah 4
Tali dipotong mengikut kesesuaian dan ditampalkan di atas permukaan kertas lukisan, kemudian menampalkan kekacang di tepi tali tersebut.

Langkah 5
Proses menampal kekacang yang berwarna jingga dan merah pada bahagian sirip dan ekor ikan.

Langkah 6
Menyapu gam dan menampalkan kekacang hijau pada permukaan bahagian badan ikan.

Langkah 7
Menampalkan biji sagu yang berwarna merah pada bahagaian kepala ikan.

Langkah 8
Kertas warna dikoyakkan atau dipotong mengikut kesesuaian, kemudian kertas warna tersebut ditampalkan pada lukisan batu.

Langkah 9
Setelah menampalkan kertas warna pada bahagian batu-batan, manik-manik dilekat pada bahagian atas lukisan.

Langkah 10
Lilitkan tali berwarna biru untuk membentuk bulatan yang berlainan saiz supaya dijadikan buihbuih dalam lukisan.

Langkah 11
Menampalkan bulatan tersebut di atas lukisan untuk menjadikan buih-buih yang berlainan saiz.

Langkah 12
Akhir sekali, menampalkan kekacang merah pada lukisan batu di permukaan kertas lukisan.

Hasil Sebuah Kolaj Media Campuran Tajuk : Hidupan Air

KESIMPULAN :
Kolaj Teknik Media Campuran memberi kebebasan kepada pengkaryanya kerana tidak terikat dari segi penggunaan bahan dan peralatan. y Penggunaan bahan buangan seperti kertas majalah, kertas akhbar, kain perca, reben dan sebagainya. y Penggunaan media warna air, krayon atau pensel warna. y Batu kecil, pasir, kayu, dedaun kering, serpihan logam, plastik, kekacang, butang yang ditakrifkan sebagai bahan 3 dimensi boleh digunakan.

Anda mungkin juga menyukai