Anda di halaman 1dari 7

AMRINA ROSYADA BINTI ABDUL RAHMAN

PISMP PEMULIHAN JUN 2016


Tahun: 5 Lekiu
Bidang: Membuat corak dan rekaan (tidak terancang)
Aktiviti: Ikatan dan Celupan
Tema: Alam Semula Jadi
Tajuk: Kad Ucapan
Masa: 60 minit
Jenis-jenis Media: Alat: Palet, Berus, Getah, batu, Kain, Pisau, Gam, Pembaris
Bahan: Pewarna Kain, kain kapas putih
Bahan Bantu Mengajar: Contoh Corak dan Produk Ikatan Dan Celupan
EMK: Keusahawanan, Kreativiti, dan Inovasi, kemahiran berfikir

STANDARD KANDUNGAN
1. Persepsi dan pemahaman bahasa seni visual iaitu garisan, jalinan, warna, imbangan
serta ritma dan pergerakan yang terdapat pada corak tidak terancang dan karya seni dalam
penghasilan bidang membuat corak dan rekaan menggunakan teknik ikatan dan celupan.
2. Aplikasi pengetahuan dan kefahaman bahasa seni visual menerusi penggunaan media
dan teknik serta proses dalam penghasilan corak untuk kad ucapan.
3. Penzahiran idea melalui pelbagai sumber, kajian, dan teknologi dalam penghasilan corak.
4. Apresiasi terhadap karya sendiri dan rakan berpandukan bahasa seni visual sejarah seni
dan budaya.
STANDARD PEMBELAJARAN
2.1 Persepsi Estetik
Murid dapat mengenal, memahami dan menyatakan bahasa seni visual yang ada pada
corak tidak terancang dengan menggunakan teknik ikatan dan celupan.
2.1.1Unsur Seni
2.1.1.1 Garisan - pancaran atau tebal atau nipis
2.1.1.2 Jalinan tampak
2.1.1.3 Warna - primer dan sekunder
2.1.2 Prinsip Rekaan
2.1.2.1 Imbangan simetri atau tidak simetri
2.1.2.2 Ritma dan pergerakan garisan
2.2 Aplikasi Seni
Murid dapat mengaplikasikan pengetahuan bahasa seni visual, media serta proses dan
teknik dalam penghasilan corak tidak terancang dengan menggunakan teknik ikatan dan
celupan.
2.2.1 Mengenal dan menyatakan jenis-jenis media
2.2.1.1 Alat getah, batu, berus, palet dan alatan yang sesuai
2.2.1.2 Bahan - kain kapas putih, pewarna fabrik dan bahan lain yang sesuai.
2.2.2 Mengetahui penggunaan media serta proses dan teknik dalam penghasilan
karya.
2.2.2.1 Teknik - ikatan dan celupan
2.3 Ekspresi Kreatif
Murid dapat mengaplikasikan pengetahuan dan kefahaman bahasa seni visual, media serta
proses dan teknik dalam penghasilan corak tidak terancang dengan menggunakan teknik
ikatan dan celupan secara kreatif.
2.3.1 Memilih dan memanipulasi bahan secara kreatif.
2.3.2 Menggunakan bahasa seni visual dalam penghasilan karya corak tidak
terancang teknik ikatan dan celupan
2.3.3 Mengaplikasikan proses dan teknik yang sesuai dalam penghasilan corak tidak
terancang teknik ikatan dan celupan
2.4 Apresiasi Seni
Murid dapat membuat apresiasi terhadap karya sendiri dan rakan dengan menumpukan
aspek bahasa seni visual.
2.4.1 Mempamerkan karya yang dihasilkan.
2.4.2 Menceritakan pengalaman sendiri dalam proses penghasilan karya.
2.4.3 Memberikan ulasan karya sendiri dan rakan secara lisan
2.5 Hasil pembelajaran
Pada akhir pelajaran, murid dapat
2.5.1 Memahami cara-cara menghasilkan corak pada kain dengan
menggunakan teknik ikatan dan celupan
2.5.2 Menghasilkan corak dan rekaan sendiri denganmenggunakan pelbagai alat
dan bahan.
2.5.3 Menceritakan pengalaman semasa menghasilkan proses karya
STANDARD ILUSTRASI AKTIVITI CATATAN
PEMBELAJARAN

Persepsi Estetik
Set induksi

Guru menunjukkan
contoh corak yang
terhasil daripada
teknik ikatan dan
celupan

Guru menyatakan
definisi teknik dan
celupan

Teknik ini merupakan satu


proses mencorak kain
dengan mengikat bahagian
tertentu dan kemudian
dicelupkan ke dalam pewarn
a.Dalam proses tersebut, ter
dapat beberapa cara
mengikat kain.Corak yang
akan dihasilkan adalah corak
jenis mengembang. Besar
atau kecil corak yang akan
terhasil adalah bergantung
pada celupan dan cara
lipatan kain tersebut

Guru membincangkan
bahasa seni visual
yang ada pada karya.

Guru memperkenalkan
sejarah dan tokoh seni
menggambar bagi
teknik ikat dan celup
SEJARAH CORAK IKAT DAN
CELUP

Mengikut catatan sejarah,


corak kain ikatan dan celup
an dalam bentuk primitive
diketahui wujud sejak 2000
tahun di Parsi dan Mesir.
Di Negara China dan Jepun,
kain bercorak
begini mula digunakan seja
k abad ke-tujuh dan ke-
lapan lagi. Di Tanah
Melayu, kain bercorak
sebegini mula
diperkenalkan sejak abad
ke-15 Masihi
iaitu padazaman
pemerintahan
Parameswara di Melaka.
TOKOH

Haji Che Su B. Haji Ishak


adalah tokoh batik
daripada negeri Kelantan.
Beliau dilahirkan pada
tahun 1817. Beliau
membuka perusahaan
batik pada tahun 1911 di
Kampung Lorong Gajah
Mati, Kota Baharu,
Kelantan. Beliau adalah
pengasas batik dan
bermula dengan batik
pelangi dan batik blok

Aplikasi seni Alat getah, batu,


berus, palet dan alatan
Guru memperkenalkan yang sesuai
media yang digunakan
untuk menghasilkan Bahan - kain kapas
corak menggunakan putih, pewarna fabrik
teknik ikat dan celup dan bahan lain yang
sesuai
Guru menunjukkan
proses membuat corak
Teknik Ikat dan Celup
1. Bancuh warna dengan
sedikit garam
2. Ikat kain, jahit atau
simpul kain mengikut
rekaan
3. Celup kain beberapa
kali bagi mendapatkan
kesan yang baik
4. Kain dikeringkan
5. Rendam/sapu dengan
sodium silikat/pemati
warna (jika perlu untuk
mengekalkan warna)
6. Buka ikatan/jahitan
atau simpulan
7. Basuh kain dan
keringkan

Kain Kapas putih

Menunjukkan contoh
corak yang terhasil
daripada teknik ikatan
dan celupan
Ekspresi kreatif

Murid menghasilkan Langkah 1


corak berdasarkan
teknik yang telah
ditunjukkan oleh guru

Murid mengulangi
teknik lipatan tersebut
dengan menggunakan
pelbagai warna
sehingga memenuhi
permukaan kain Langkah 2
Murid menghasilkan
kad ucapan
menggunakan teknik
ikat dan celup
mengikut kreativiti
masing-masing.

Langkah 3

Langkah 4

Kain hendaklah dikeringkan sebelum


membuka ikatan

Langkah 5

Gam kan kain pada manila kad


Apresiasi Seni
Penutup Kognitif Hasil karya murid

Murid mempamerkan
karya yang dihasilkan.

Murid menghargai dan


menceritakan hasil
karya sendiri dan
rakan secara lisan

Anda mungkin juga menyukai