Anda di halaman 1dari 13

Undang-Undang dan Peraturan Kejohanan

Balapan Dan Padang 2017


UNDANG-UNDANG DAN PERATURAN
KEJOHANAN BALAPAN DAN PADANG KALI KE 53 TAHUN 2017
MAJLIS SUKAN SEKOLAH-SEKOLAH
DAERAH HULU LANGAT

TARIKH DAN TEMPAT KEJOHANAN


Tarikh : 06 Hingga 9 Mac 2017
Hari : Isnin Hingga Khamis
Masa : 7.30 pagi
Tempat : Stadium UKM Bandar Baru Bangi

1. UNDANG-UNDANG PERTANDINGAN

Pertandingan ini dianjurkan di bawah undang-undang KOAM (yang mana sesuai)


dan peraturan am MSSS.

2. KUMPULAN UMUR

2.1 Sekolah Menengah Lelaki dan Perempuan


Kelas 1: 18 tahun ke bawah (lahir pada 1999 atau selepasnya)
Kelas 2: 15 tahun ke bawah (lahir pada 2002 sahaja)
Kelas 3 14 tahun ke bawah (lahir pada 2003 atau selepasnya

2.2 Acara 5000m dan heptathlon untuk lelaki serta 3000m dan pentathlon
untuk perempuan adalah acara terbuka bagi sekolah menengah.

2.3 Peringatan : Peserta hendaklah mengambil bahagian mengikut


kumpulan umurnya. Misalnya seorang peserta 15 tahun ke bawah tidak
boleh mengambil bahagian dalam kumpulan umur 18 tahun kecuali acara
terbuka dan acara yang tiada dalam kumpulan umurnya.

3. PERATURAN PERTANDINGAN

3.1 Setiap sekolah menengah dibenarkan menamakan TIDAK LEBIH


daripada DUA (2) orang peserta untuk setiap acara individu.
3.2 Setiap peserta dibenarkan mengambil bahagian dalam TIGA (3) acara
perseorangan.
3.3 Peserta hanya boleh mengambil bahagian dalam DUA (2) acara lari
berganti-ganti sahaja.

1
3.4 Peserta yang mengambil bahagian dalam acara heptathlon tidak boleh
mengambil bahagian dalam acara perseorangan yang lain.
3.5 Setiap sekolah hanya dibenarkan menamakan satu pasukan sahaja bagi
acara lari berganti-ganti untuk setiap kumpulan umur.
3.6 Nama dan nombor pelari acara berganti-ganti mesti diberikan kepada
ketua penyelia peserta SATU (1) jam sebelum acara bermula.
3.7 Jika kurang dari DUA (2) orang peserta atau pasukan yang mengambil
bahagian dalam sesuatu acara, acara tersebut akan dibatalkan.

4. PERMULAAN BAGI ACARA BALAPAN

4.1 Bagi acara-acara yang tersebut di bawah, untuk peringkat umur 18,15 dan
14 tahun ke bawah ( lelaki dan perempuan ),Blok permulaan
MESTI digunakan.

100 meter 100 meter Lari Berpagar 400 meter Lari Berpagar
200 meter 110 meter Lari Berpagar 4 x 100 meter
400 meter 200 meter Lari Berpagar 4 x 400 meter

4.2 Untuk peringkat umur 12 dan 11 tahun ke bawah ( lelaki dan perempuan ),
permulaan dekam mesti dimulakan. Penggunaan blok permulaan tidak
wajib dan terpulang kepada peserta itu sendiri.
4.3 Paku kasut (spikes) dan peralatan
4.3.1 Paku Kasut : Bagi kejohanan yang dijalankan di atas balapan jenis
sintetik, panjang maksimum paku kasut (spikes) tidak
melebihi 6mm, kecuali acara lompat tinggi dan merejam
lembing. Bagi acara tersebut, paku kasut tidak boleh melebihi
9mm.
4.3.2 Peralatan : Jawatankuasa pengelola akan menyediakan peralatan
termasuk blok permulaan.

5. ACARA – ACARA PADANG


( Ukuran dan timbangan alat – alat timbangan )

Lompat Tinggi ( Tinggi Permulaan )

Kelas Lelaki Perempuan


Kelas 1 1.65 m 1.30 m
Kelas 2 1.50 m 1.25 m
Kelas 3 1.45 m 1.20 m

Lompat Kijang ( Jarak Papan Lonjak )

Kelas Lelaki Perempuan


Kelas 1 11/13 m 8/9m
Kelas 2 9 / 11 m 7/8m

2
Kelas 3 8m 7/8m

Lontar Peluru ( Berat Peluru )

Kelas Lelaki Perempuan


Kelas 1 5.45 kg 4.00 kg
Kelas 2 4.55 kg 4.00 kg
Kelas 3 4.00 kg 4.00 kg
Heptathlon 5.45 kg -
Pentathlon - 4.00 kg

Merejam Lembing ( Berat Lembing )

Kelas Lelaki Perempuan


Kelas 1 700 gm 600 gm
Kelas 2 600 gm 600 gm
Kelas 3 600 gm 600 gm
Pentathlon 700 gm -

Lempar Cakera ( Berat Cakera )

Kelas Lelaki Perempuan


Kelas 1 1.5 kg 1.0 kg
Kelas 2 1.0 kg 1.0 kg
Kelas 3 1.0 kg 1.0 kg

6. ACARA LARI BERPAGAR


6.1 100 M Lari Berpagar ( Tinggi Pagar )

Kelas Lelaki Perempuan


Kelas 1 - 0.840 m
Kelas 2 - 0.762 m
Kelas 3 0.840 m 0.762 m
Pentathlon - 0.840 m

6.2 110 M Lari Berpagar ( Tinggi Pagar )

Kelas Lelaki Perempuan


Kelas 1 0.992 m -
Kelas 2 0.914 m -
Heptathlon 0.992 m -

3
6.3 200 M Lari Berpagar ( Tinggi Pagar )

Kelas Lelaki Perempuan


Kelas 2 0.840 m 0.762 m
Kelas 3 0.840 m 0.762 m

6.4 400 M Lari Berpagar ( Tinggi Pagar )

Kelas Lelaki Perempuan


Kelas 1 0.914 m 0.762 m

7 ACARA BALAPAN

7.1 Acara 200 M Lari Berpagar

Pagar 1 Pagar 3
Kategori Bilangan Tinggi dari Pagar ke ke
Pagar Pagar Garisan Pagar Garisan
Permulaan Penamat
Lelaki 5 0.840 m 32.0 m 38.0 m 26.0 m
2&3
Perempuan 5 0.840 m 32.0 m 38.0 m 26.0 m
2&3

7.2 Acara 2000 M Lari Berhalangan

7.3.1 Lompat Pagar : 18 kali


7.3.2 Lompat Air : 5 kali
7.3.3 Lompat air adalah lompatan yang kedua dalam pusingan pertama
dan kemudiannya lompatan yang keempat dalam setiap
pusingan yang berikutnya.

7.3 Paraturan di bawah dikenakan pada semua acara balapan

7.3.1 Acara 100 m, 200 m, dan 400 m :-


Jika lebih daripada 32 orang peserta mengambil bahagian, acara
saringan dan separuh akhir akan dijalankan.
7.3.2 Jika ada empat (4) separuh akhir :-
Pemenang pertama setiap separuh akhir(layak secara automatik)
dan empat (4) peserta yang mencatat masa terbaik daripada
keempat-empat separuh akhir akan memasuki peringkat akhir..
7.3.3 Jika ada tiga (3) separuh akhir : -
Pemenang pertama dan kedua setiap separuh akhir(layak secara
automatik) dan dua peserta yang mencatat masa terbaik daripada
ketiga–tiga separuh akhir akan memasuki peringkat akhir.

4
7.3.4 Jika ada dua (2) separuh akhir :-
Tiga (3) peserta pemenang daripada setiap separuh akhir(layak
secara automatik) dan dua (2) lagi peserta yang mencatat masa
terbaik daripada kedua-duaseparuh akhir layak memasuki separuh
akhir.

Sekiranya terdapat bilangan peserta yang mencatat masa terbaik


lebih daripada bilangan peserta yang dihadkan, maka penentuan
akan bergantung kepada kedudukan peserta bagi setiap separuh
akhir.
Semua pengundian lorong untuk acara akhir akan dilakukan oleh
Jawatankuasa Kecil Perangkaan dan Keputusan Rasmi, dengan
pengawasan/penyeliaan ahli-ahli Juri Rayuan.

7.3.5 Acara 800 m


Jika 12 peserta atau kurang bertanding, semua peserta akan terus
memasuki peringkat akhir.

8. ACARA HEPTATHLON DAN PENTATHLON

8.1 Acara Octhathlon(8 acara) : Lelaki Bawah 18 Tahun


Hari Pertama : 100m,110 m Lari Berpagar, Lompat
Tinggi, Lontar Peluru, dan
400 m.
Hari Kedua : Lompat Jauh, Merejam
Lembing, dan 1500 m.
8.2 Acara Heptathlon(6 acara) : Perempuan Bawah 18 Tahun
Hari Pertama : 100m,100 m Lari Berpagar, Lompat
Tinggi, dan Lontar Peluru.
Hari Kedua : Lompat Jauh, dan 800 m.

8.3 Acara Octhathlon dan Heptathlon akan dijalankan sebagai satu


acara perseorangan dan jika didapati pencapaian sesuatu acara itu
adalah menyamai atau mengatasi rekod bagi acara tersebut,
maka itu akan ditakrif sebagai rekod atau menyamai rekod
kejohanan.

9. MATA KEMENANGAN

9.1 Acara Octhathlon dan Heptathlon

9.1.1 Pemenang ialah peserta yang dapat mengumpulkan jumlah


mata yang terbanyak dalam lima atau tujuh acara mengikut
keadaan, berdasarkan Jadual Mengira Mata IAAF,
walaupun ukuran berat bagi acara Melontar

5
Peluru dan Merejam Lembing tidak sama dengan
kehendak IAAF.
9.1.2 Sekiranya seri, maka pemenang ialah peserta yang
memperolehi markah tertinggi dalam lebih acara antara
peserta-peserta yang seri. Jika ini juga tidak dapat
memutuskannya, pemenang ialah peserta
yang mendapat mata tertinggi di dalam mana-mana
acara tertentu. Keadaan ini juga digunakan untuk
memutuskan seri bagi tempat dalam pertandingan ini.

9.2 Penentuan Peserta Terbaik

9.2.1 Hadiah-hadiah peserta terbaik akan diberi kepada Peserta Terbaik


Lelaki 18 TKB, Perempuan 18 TKB, Lelaki 15 TKB, Perempuan
15 TKB, Lelaki 14 TKB, Perempuan 14 TKB,berdasarkan
pencapaiannya mencatat rekod MSSD, MSSS atau MSSM dan
sebagainya mana yang lebih baik pencapaiannya.
9.2.2 Sekiranya tiada rekod diatasi/dicatat, jumlah pungutan pingat emas
dalam acara individu diambil kira.
9.2.3 Sekiranya pungutan pingat emas masih sama, pungutan pingat
perak dan pingat gangsa dalam acara individu pula diambil kira.
9.2.4 Sekiranya kedudukan masih juga sama, maka keputusan akan
dibuat berdasarkan Jadual Mengira Mata IAAF bagi pencapaian
terbaik acara tertentu setiap peserta.

9.3 Johan Keseluruhan

Johan keseluruhan kategori Sekolah Menengah, Tempat Kedua ,Ketiga


dan Johan Keseluruhan akan ditentukan melalui jumlah pungutan pingat
terbanyak. Jika berlaku seri, maka pasukan-pasukan yang seri itu akan
diisytiharkan sebagai Johan Bersama dan seterusnya.

10. TAKLIMAT PENGURUS PASUKAN

10.1 Semasa taklimat ini, pengurus pasukan hanya dibenarkan membuat


pengguguran acara atau penarikan diri peserta TANPA pengganti.

11. PENARIKAN DIRI SEMASA KEJOHANAN DIJALANKAN

11.1 Jika didapati seseorang peserta telah disahkan pada taklimat Pengurus
Pasukan tidak mengambil bahagian dalam sesuatu acaranya, KECUALI
dapat mengemukakan surat pengesahan sakit/cedera daripada Pegawai
Perubatan, atlit tersebut tidak akan dibenarkan menyertai acara-acara
seterusnya yang didaftarkan atas namanya.
11.2 Seseorang peserta yang menarik diri dari mana-mana acara selepas
mengambil bahagian dalam pusingan awal, tanpa surat pengesahan

6
sakit/cedera daripada Pegawai Perubatan adalah dianggap sebagai menarik
diri dari semua acara seterusnya yang didaftarkan atas namanya.
11.3 Seseorang peserta yang menarik diri dari mana-mana acara atas nasihat
Pegawai Perubatan, hanya boleh mengambil bahagian seterusnya dalam
semua acara yang didaftarkan atas namanya dengan mengemukan surat
pengesahan daripada Pegawai Perubatan.

12. PERATURAN-PERATURAN AM BALAPAN DAN PADANG

12.1 Semua peserta dikehendaki melaporkan diri kepada ketua


pengawas 25 minit bagi acara balapan dan 30 minit bagi acara
padang sebelum masa yang ditetapkan bagi setiap acara. Peserta-
peserta dikehendaki berkumpul dan akan dibawa ke arena oleh
seorang Penolong Pengawas Peserta.
12.2 Setiap acara akan diumumkan mengikut masa yang ditetapkan
seperti yang dijadualkan dalam susunan acara. Jawatankuasa
Pengelola berhak dan berkuasa membuat sebarang pindaan acara
yang dianggap mustahak dengan persetujuan referi.
12.3 Keputusan Jawatankuasa Pengelola dalam hal yang tidak tercatat
dalam undang-undang peraturan ini adalah muktamad.
12.4 Bantahan hendaklah dibuat dalam masa 15 minit selepas
pengumuman keputusan. Semua bantahan hendaklah dikemukakan
secara bertulis kepada Juri Rayuan dengan bayaran sebanyak
RM 200.00.
12.5 Semua keputusan jemaah juri adalah muktamad. Jawatankuasa
Pengelola tidak bertanggungjawab atas kehilangan harta benda
semasa pertandingan.

7
SINGKATAN SEKOLAH DAN AGIHAN NOMBOR
BI NAMA SEKOLAH SINGKATAN HURUF SIRI
L NOMBOR
1 SMK JALAN BUKIT SMJB AA 001 – 020
2 SMK BANDAR BARU BANGI SM3B AB 021 – 040
3 SMK CONVENT KAJANG SMCK AC 041 – 060
4 SMK DATO’AHMAD RAZALI, AMPANG SMAR AD 061 – 080
5 SMK ENGKU HUSAIN SEMENYIH SMEH AE 081 – 100
6 SMK CHERAS JAYA, CHERAS SMCJ AF 101 – 120
7 SMK PANDAN INDAH, AMPANG SMPI AG 121 – 140
8 SMK TINGGI, KAJANG SMTG AH 141 – 160
9 SMK SAUJANA IMPIAN SMSI AJ 161 – 180
10 SMK ABDUL JALIL SMAJ AK 181 – 200
11 SMK CHERAS PERDANA SMCP AL 201 – 220
12 SMK TAMAN KOSAS SMTK AM 221 – 240
13 SMK TASEK PERMAI SMTP AN 241 – 260
14 SMK JALAN 3, BANDAR BARU BANGI SMJ3 AP 261 – 280
15 SMK (A) MAAHAD HAMIDIAH SMMH AQ 281 – 300
16 SMK PERIMBUN, CHERAS SMPN AR 301 – 320
17 SMK JALAN REKO SMJR AS 321 – 340
18 SMK SAAS, KAJANG SAAS AT 341 – 360
19 SMK TAMAN TASIK SMTT AU 361 – 380
20 SMK PANDAN JAYA SMBJ AV 381 – 400
21 PUSAT PERMATA PINTAR NEGARA PPPN AW 401 – 420
22 SMA PERSEKUTUAN KAJANG SMAP AX 421 – 440
23 SMK TAMAN SERAYA, AMPANG SMTS AY 441 – 460
24 SMK YU HUA SMYH AZ 461 – 480
25 SMK KHIR JOHARI SMKJ BA 481 – 500
26 SMK BANDAR BARU SUNGAI LONG SMSL BB 501 – 520
27 SMK BANDAR BARU AMPANG SMBA BC 521 – 540
28 SM SERI MURNI SMSM BD 541 – 560
29 SMK DUSUN NANDING SMDN BE 561 – 580
30 SMK DAMAI PERDANA SMDP BF 581 – 600
31 SMK KAJANG UTAMA SMKU BG 601 – 620
32 SMK TASIK KESUMA SMTKES BH 621 – 640
33 SMK TAMAN JASMIN 2 SMTJ2 BJ 641 – 660
34 SMK JALAN 4, BBB SMJ4 BK 661 – 680
35 SM SERI CEMPAKA SMSC BL 681 – 700
36 SMK PANDAN MEWAH SMPM BM 701 – 720
37 SMK BANDAR TUN HUSSIEN ONN SMTHO BN 721 – 740
38 SMK BANDAR RINCHING SMBDR BP 741 – 760
39 SM SERI SURIA SMSS BQ 761 – 780
40 SM SEKSYEN 11 SMS11 BR 781 – 800
41 SMK DESA SERDANG SMKDS BS 801 – 820
42 SMA BATU 10 SMAHL BT 821 – 840
43 SMK BANDAR SRI PUTRA SMKBSP BU 841 – 860
44 SM KIBLAH SMKIB BV 861 – 880
45 SEK SRI AYESHA SMSA BW 881 –900
46 SEK MEN ISLAM AS-SYAKIRIN SMIA BX 901-920
47 SEK MEN AGAMA TINGGI AL-RAHMAN SMATA BY 921-940
48 SM AL- AMIN SMAA BZ 941-960
49 SMK SUNGAI RAMAL SMKSR CA 961-980

8
50 REAL INTERNATIONAL SCHOOL SURIYA RISS CB 981 -1000
51 SEK MEN AGAMA ILMI SMAI CC 1001-1020

NOMBOR BAGI PESERTA LELAKI : TULISAN DAKWAT HITAM


NOMBOR BAGI PESERTA PEREMPUAN : TULISAN DAKWAT MERAH

( Sila sediakan nombor berdasarkan nombor peserta yang dijanakan dalam borang
pendaftaran peserta berkomputer dari CD yang diedarkan)

BORANG PENGGUGURAN PESERTA/TARIK DIRI

MSSDHL 2017
SEKOLAH :________________________________________________________
BIL NOMBOR NAMA PESERTA GUGUR / NO. ACARA CATATAN
TARIK DIRI ACARA

9
NAMA :__________________________________

_______________________________________
(T.T. Pengurus Pasukan)

10
KEJOHANAN BALAPAN DAN PADANG MSSDHL KALI KE-53 TAHUN 2017

BORANG : GUGUR/GANTI
TARIK DIRI
PERHATIAN:

1) Perkara 10.1 dalam undang-undang dan peraturan kej. Balapan dan Padang MSSDHL kali ke-53 tahun 2017 hanya membenarkan
pengurus pasukan membuat pengguguran acara atau penarikan diri peserta TANPA PENGGANTI.
2) Tidak ada penambahan peserta baru dengan acara baru.
3) Namun demikian bagi kes-kes berikut boleh dipertimbangkan oleh jawatankuasa pertandingan.
I. Nama peserta tercicir/tiada dalam pendaftaran atas kesilapan jawatankuasa pertandingan.
II. Gugur peserta – a. tanpa pengganti
b. peserta baru mengambil semua acara peserta yang digugurkan.
111. Gugur acara - a. tanpa pengganti
b. acara hanya boleh diberi pada peserta yang ada dalam senarai pendaftaran.

B NO. SINGKATAN NAMA PESERTA GUGUR NAMA PESERTA GANTI ACARA


I ACARA KAT. ACARA SEK/ NO GANTI
L PESERTA
1
2
3
4
5
6
7
8
9
10

11
BORANG ACARA LARI BERGANTI-GANTI 2017

NAMA
SEKOLAH_____________________________________KOD________KELAS__________

Bil No Nama Peserta


Peserta

1.

2.
4 X 100M
3.

4.

5.

6.

BORANG ACARA LARI BERGANTI-GANTI 2017


NAMA
SEKOLAH_____________________________________KOD________KELAS__________

Bil No Nama Peserta


Peserta

1.

2.
4 X 400M
3.

4.

5.

6.

12
BORANG BANTAHAN
2017

Nama Peserta/Pasukan yang membantah :______________________________________

Butir-butir bantahan

Nombor Acara :_______________ Acara:_____________________

Masa peristiwa berlaku:_______________


Nombor Peserta @ Pasukan yang terlibat :_____________________________________

Peristiwa yang telah berlaku:

________________________________________________________________________________________________

________________________________________________________________________________________________

________________________________________________________________________________________________

_________________________________________________________________________________

Dengan ini saya mengemukakan bantahan ini untuk pertimbangan pihak tuan.

____________________ ___________________ _____________________


(T.T. Pengurus Pasukan) (Nama) (Tarikh)

(URUSAN RASMI)

JAWATAN KUASA RAYUAN

Tarikh dan Masa Bantahan diterima: Bayaran Wang Bantahan.


Ada/Tidak Disertakan
_____________________________ RM ________________

KEPUTUSAN REFERI

________________________________________________________________________________________________

________________________________________________________________________________

(T.T. REFERI)

KEPUTUSAN JURI RAYUAN

________________________________________________________________________________________________

_________________________________________________________________________________

Tarikh :_______________________ _______________________________


(T.T. Pengerusi Juri Rayuan)

13

Anda mungkin juga menyukai