Anda di halaman 1dari 4

PERTANDINGAN SUKAN DAN PERMAINAN KECIL

SYARAT-SYARAT PERTANDINGAN
1. Konsep Pertandingan Sukan dan Permainan Kecil. Pemilihan aktiviti dan pelaksanaan Pertandingan Sukan Dan Permainan Kecil ini mengambil kira asas-asas pergerakan lokomotor dan bukan lokomotor berdasarkan standard perkembangan dan tumbesaran murid prasekolah yang lebih fleksible di dalam Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan (KSPK). Aktiviti yang dijalankan ini juga mengandungi unsur pembelajaran menerusi gerak kerja permainan sense of adventure yang menyeronokkan. 2. Kumpulan Umur, Bilangan Penyertaan dan Giliran Penyertaan. 2.1 Peserta hendaklah terdiri daripada murid prasekolah berdaftar kelolaan Kementerian Pelajaran Malaysia Negeri Johor yang berumur 5 hingga 6 tahun. 2.2 Setiap sekolah akan diwakili oleh 5 orang peserta untuk permainan kecil ( 3 lelaki dan 2 perempuan ) serta 3 peserta lelaki untuk Soccer Kids. 2.3 Bagi mengelakkan pertindihan acara , setiap peserta acara ini TIDAK DIBENARKAN mengambil bahagian dalam mana-mana acara lain. 3. Cara Pertandingan dan Penentuan Kedudukan Pemenang. 3.1 Pertandingan ini dijalankan mengikut urutan sebanyak 3 stesen dalam 1 lorong yang dikhaskan. 3.2 Setiap sekolah akan diundi oleh jawatankuasa pertandingan dan dikhaskan pada satu lorong sehingga selesai. Tidak dibenarkan ada gangguan pada lorong kumpulan yang lain. 3.3 Semua peserta dari setiap sekolah diberi giliran berurutan untuk menjalankan aktiviti dari stesen 1 hingga stesen 3 hingga ke garis penamat. 3.4 Sekiranya pada mana-mana stesen pertandingan aktiviti yang dijalankan tidak sempurna, peserta hendaklah mengulang semula pada tempat kesalahan tersebut. 3.5 Pengadil akan mengawasi supaya setiap peserta dalam suatu kumpulan mengikut stesen 1 hingga 3 yang ditetapkan ke garis penamat sehingga tamat masa. 3.6 Pemenang dikira berdasarkan jumlah mata mengikut Sukan dan Permainan Kecil. 3.7 Sekiranya seri,setiap kumpulan diminta mengulangi permainan Boling Tin. 3.8 Hadiah disediakan untuk Johan, Naib Johan dan tempat Ketiga.

3.9 3. ACARA YANG DIPERTANDINGKAN, UKURAN,JARAK DAN ALATAN

Bil

Stesen

Aktiviti Mengikut Urutan Stesen Dan Giliran Urutan Peserta

Jarak/ masa/Bahan Keterangan Acara Pertandingan

Stesen 1: (BOLING TIN) KOORDINASI

1. 1.Murid berlari dari garisan permulaan ke garisan yang ditetapkan untuk membuat balingan menggunakan selipar. 2. Kemudian berpatah balik dan menepuk tangan peserta seterusnya. 3. 3. Aktiviti diteruskan sehingga masa tamat.

8M/4 minit Bahan: Tin Susu F&N saiz standard, Selipar Jepun,Binding Tape

Garisan Permulaan

Berlari 5 M

Jarak Balingan 3M

Bil

Stesen

Aktiviti Mengikut Urutan Stesen Dan Giliran Urutan Peserta

Jarak/ masa/Bahan Keterangan Acara Pertandingan

2.

Stesen 2: MENGIMBANG DAN MEMBALING PUNDI KACANG (IMBANGAN )

1. Peserta pertama meletakkan pundi kacang di atas kepala dan mendepakan kedua-dua belah tangan , kemudian bawa berjalan melalui garisan yang disediakan sehingga ke permulaan stesen kedua. Seterusnya peserta membaling pundi kacang ke dalam bakul sampah dalam jarak 2 meter. 2. Peserta kedua hingga ke lima ulangi aktiviti yang sama sehingga masa tamat.

7M/4 minit Bahan: Pundi Kacang, Bakul Sampah,Binding Tape.

Garisan Permulaan

Jalan diatas garisan 3meter

Jarak balingan 2M

Bil

Stesen

Aktiviti Mengikut Urutan Stesen Dan Giliran Urutan Peserta

Jarak/ masa/Bahan Keterangan Acara Pertandingan

Stesen 3: 3. ( MENGUNTAI MANIK ) MOTOR HALUS

1. Peserta pertama berlari sejauh 2 meter untuk mengambil sebiji manik dan berlari membawa manik tersebut sejauh 2 meter untuk menguntai. 2. Peserta kedua hingga ke lima ulangi aktiviti yang sama sehingga masa tamat.

4M/2 minit Bahan: Manik pelbagai warna, kun, bakul, gelung rotan dan tali.

5 orang murid

2 Meter

2 meter

Anda mungkin juga menyukai