Anda di halaman 1dari 10

PERATURAN AM

KEJOHANAN OLAHRAGA
PENDIDIKAN KHAS BANGSAR/PUDU

Bahagian Pendidikan Khas


Kementerian Pendidikan Malaysia

1.0 UNDANG-UNDANG

Kejohanan ini dijalankan mengikut undang-undang Kesatuan Olahraga Malaysia(KOM),


Peraturan-Peraturan AM Sukan, Kokurikulum dan Kesenian Pendidikan Khas Kebangsaan,
Peraturan-Peraturan International Paralympic Committee (IPC) dan International Blind Sports
Federation(IBSA), Deaf Olympics, Peraturan Am Kejohanan Olahraga Pendidikan Khas,
Kementerian Pendidikan Malaysia dan Peaturan Am Kejohanan Olahraga Pendidikan Khas,
Kuala Lumpur

2.0 KATEGORI DAN HAD UMUR PESERTA

2.1 Kategori yang akan dipertandingkan adalah bagi peserta lelaki dan perempuan. DUA
kategori peserta adalah seperti berikut :

2.1.1 Pembelajaran menggunakan singkatan ‘BP’


2.1.2 Kurang Upaya Pendengaran mengunakan singkatan ‘BD’

2.2 Kelayakan Peserta :

2.2.1 Kelayakan peserta Kejohanan Olahraga Peringkat Kebangsaan hanya untuk


Warganegara Malaysia SAHAJA, murid BUKAN warganegara Malaysia digalakkan
penyertaan diperingkat sekolah dan daerah.

2.2.2 Hanya Murid Berkeperluan Pendidikan Khas (MBPK) yang berdaftar di bawah
Peraturan-Peraturan Pendidikan Khas 2013 di sekolah kerajaan dan sekolah
bantuan kerajaan yang berada dalam sistem Aplikasi Pangkalan Data (APDM)
LAYAK menyertai Kejohanan Olahraga Pendidikan Khas.

2.3 Had umur peserta-peserta :

2.3.1 B 19 (19 tahun dan ke bawah)


2.3.2 B 15 (15 tahun dan ke bawah)
2.3.3 B 12 (12 tahun dan ke bawah)

2.4 Had umur peserta-peserta :


Kiraan umur adalah dikira berdasarkan tahun kelahiran dalam tahun pertandingan
itu diadakan.
1
Contoh : 2.4.1 Lahir pada 2010 layak menyertai kategori bawah 12 tahun
kejohanan pertandingan yang diadakan pada tahun 2022.

2.5 Seseorang peserta hanya dibenarkan menyertai pertandingan dalam satu kumpulan
umur sahaja bagi satu jenis pertandingan dalam masa yang sama kecuali sesuatu
ketetapan khas dilakukan. (seperti acara terbuka yang diwartakan semua peserta dari
semua peringkat umur boleh menyertai tanpa menjejaskan penyertaannya dalam
kategori peringkat umurnya tetapi penyertaannya diambil kira dalam jumlah
penyertaan individunya.)

2.6 Selain daripada yang disebutkan seseorang peserta dibenarkan menyertai


pertandingan dalam kumpulan umur yang lebih tinggi daripada kumpulan umurnya.

2.7 Semua peserta perlu mempunyai Kad Pengenalan dan Kad OKU asal. Sekiranya
peserta tiada dokumen tersebut penyertaan mereka akan digugurkan atau dibatalkan

3.0 JENIS-JENIS PERTANDINGAN DAN TIMBANGAN ALAT-ALAT PERTANDINGAN MENGIKUT KATEGORI

3.1 Acara-acara pertandingan : Kategori : B 12, B 15 Dan B 19 (BP dan BD)

BIL ACARA BP & BD


LELAKI PEREMPUAN
B 12 B 15 B19 B 12 B 15 B 19
1 50 m (Sindrom Down) X X X X X X
KECUALI BD
2 100 m X X X X X X

3 200 m X X X X X X

4 400 m X X X X

5 4 x 100 m X X X X X X

6 4 x 400 m X X

7 L Jauh X X X X X X

8 L Tinggi X X X X

9 L/Peluru X X X X X X
3 kg 4 kg 5 kg 2 kg 3 kg 4 kg
10 L/Cakera X X X X
1.0 kg 1.5 kg 1.0 kg 1 kg
11 R/Lembing X X X X
600 g 700 g 500 g 600 g
JUMLAH 6 10 11 6 10 11

JUMLAH BESAR 54

4.0 HADIAH-HADIAH

4.1 Acara individu : Tempat pertama hingga ketiga.

4.2 Acara Berpasukan : Tempat pertama hingga ketiga dengan empat orang peserta.

4.3 Acara rekod baharu: Hadiah iringan yang sesuai SETIAP rekod baharu Kejohanan.

4.4 Johan kategori :


4.4.1 B 19, B 15, B 12 LELAKI & PEREMPUAN mengikut kategori – BP & BD

4.5 Olahragawan/ Olahragawati

4.6 Sijil : Sijil Penghargaan, Sijil Penyertaan dan Sijil Pencapaian.

5.0 CARA PERTANDINGAN

5.1 Setiap kontijen adalah dibenarkan menghantar TIDAK LEBIH daripada DUA orang (2)
peserta bagi setiap acara individu dan SATU (1) pasukan bagi acara lari berganti-ganti.

5.2 Bilangan maksimum penyertaan seorang peserta adalah seperti berikut :

Kategori (BP & BD) Individu Acara lari berganti-ganti

B 12 3 1
B 15 3 2
B 19 3 2

5.3 Bagi acara 4 x 100m, peserta MESTI lari dalam lorong masing-masing dan pertukaran baton
dan pertukaran baton MESTI dibuat dalam zon pertukaran baton. Selepas memberi baton
(changer over) peserta-peserta hendaklah brada dalam lorong masing-masing sehingga
pertukaran baton di tempatnya selesai supaya tidak menganggu peserta lain.
3
5.4 Permulaan larian bagi acara pecut dengan mula dekam (crouch start) dengan menggunakan blok
permulaan (starting block) adalah diwajibkan.

5.5 Peserta acara balapan wajib menggunakan ‘spike’. Paku ‘spike’ yang dibenarkan ialah tidak
melebihi 6mm untuk acara balapan dan 9mm untuk acara padang.

5.6 Tindakan pelepas antaranya :

5.6.1 Pelepas bagi peserta kategori BD, hendaklah menggunakan pistol dan bendera serta
dilaksanakan oleh orang yang sama secara serentak.

5.6.2 Pelepas hendaklah berada di hadapan pada jarak yang boleh dilihat oleh semua peserta.
Bagi acara 100M BD, pelepas hendaklah pastikan kedudukannya dapat dilihat khususnya
atlet yang berada di lorong 8 (peserta tidak menoleh ke kiri dengan ketara sewaktu
mulakan dekam.)

5.7 Kedudukan bendera untuk melepaskan peserta BD mengikut ketetapan berikut :

5.7.1 Ke garisan - Bukaan tangan dari kedudukan 90^ diturunkan ke 30^.

5.7.2 Sedia - Dari kedudukan tangan 30^, dinaikkan ke 160^.

5.7.3 Mula - Dari kedudukan 160^ tangan diturunkan rapat ke tepi paha.

5.8 Saiz bendera pelepas ialah 297mm x 420mm (mengikut standard KOM) dan berwarna jingga.

5.9 Apabila berlaku “fault start” untuk peserta BD, pengadil lorong hendaklah dalam kadar segera
masuk ke dalam lorong untuk menahan peserta dari meneruskan larian.

5.10 Dalam setiap saringan, tidak dibenarkan sekolah yang sama berada di dalam saringan berkenaan.

5.11 Acara lompat tinggi BD dan BP, ukuran tinggi permulaan palang bagi acara lompat tinggi :

5.11.1 Kategori B 19 lelaki BP dan BD : 1.7 meter

Ketinggian palang : seterusnya dengan kenaikan 2 cm.

5.11.2 Kategori B 19 perempuan BP dan BD : 1.4 meter

Ketinggian palang : seterusnya dengan kenaikan 2 cm.

5.11.3 Kategori B 15 lelaki BP dan BD : 1.6 meter

Ketinggian palang : seterusnya dengan kenaikan 2 cm.

5.11.4 Kategori B 15 perempuan BP dan BD : 1.3 meter

Ketinggian palang : seterusnya dengan kenaikan 2 cm.

4
5.12 Bagi acara lompat tinggi, peserta tidak dibenarkan menggunakan pita pelekat atau lain-lain
bahan sepertinya untuk menandakan di tempat take off. Peserta boleh menggunakan pita
pelekat hanya di kawasan permulaan lompatan sahaja.

6.0 PENDAFTARAN PESERTA-PESERTA


6.1 Pendaftaran peserta hendaklah dibuat DUA (2) minggu sebelum kejohanan berlangsung dengan
menggunakan BORANG PENYERTAAN RASMI yang dihantar oleh Jawatankuasa Pengelola. Butir-
butir tentang seseorang peserta hendaklah dilengkapkan dan disahkan oleh Pengetua/ PKPK
Sekolah PPKI masing-masing.

6.2 Peserta-peserta yang hanya mengambil bahagian dalam acara lari berganti-ganti dikehendaki
mendaftar juga.

7.0 PENGESAHAN PESERTA


7.1 PENGUNDIAN

7.1.1 Pengundian akan dijalankan oleh Jawatankuasa Pengelola 3 hari sebelum hari kejohanan
dan keputusan adalah MUKTAMAD.

7.1.2 Sebarang penggantian tidak akan dilayan selepas pengundian.

7.2 TAKLIMAT PENGURUS PASUKAN

7.2.1 Semasa taklimat untuk pengurus-pegurus pasukan, hanya penarikan diri peserta
dibenarkan sahaja tanpa pengganti.

7.3 PENARIKAN DIRI SEMASA KEJOHANAN DIJALANKAN

7.3.1 Jika didapati seseorang peserta telah disahkan penyertaannya semasa Taklimat Pengurus-
Pengurus Pasukan tidak mengambil bahagian dalam sesuatu acara KECUALI jika dapat
mengemukakan surat pengesahan sakit/cedera dari Pegawai Perubatan Kejohanan,
peserta berkenaan tidak akan dibenarkan menyertai acara-acara seterusnya yang
didaftarkan atas namanya.

7.3.2 Jika peserta menarik diri daipada mana-mana acara selepas mengambil bahagian dalam
pusingan awal TANPA surat pengesahan sakit/cedera dari Pegawai Perubatan
Kejohanan, adalah dianggap sebagai menarik diri daripada semua acara seterusnya yang
didaftar atas namanya.

7.3.3 Seseorang peserta yang menarik diri daripada mana-mana acara atas nasihat Pegawai
Perubatan Kejohanan hanya boleh menggambil bahagian seterusnya dalam semua acara
yang didaftarkan atas namanya dengan mengemukakan surat pengesahan daripada
Pegawai Perubatan Kejohanan kepada Pengurus Kejohanan.

5
7.4 PENGGANTIAN DALAM ACARA LARI BERGANTI-GANTI

Penggantian bagi acara lari berganti-ganti, dihadkan kepada dua peserta yang
didaftarkan dalam borang penyertaan rasmi.

8.0 MELAPOR DIRI PESERTA


8.1 Semua peserta hendaklah melaporkan diri sekurang-kurangnya 30 minit bagi acara balapan
dan 45 minit bagi acara padang sebelum waktu acara berkenaan dijadualkan berlangsung.
Selepas itu, mereka akan diiringi ke tempat pertandingan oleh Penyelia Peserta / Marsyal.

8.2 Peserta-peserta TIDAK DIBENARKAN melaporkan diri terus kepada Pegawai Teknik dalam arena
pertandingan melainkan telah didaftar terlebih dahulu atas acara tersebut dan acara
berlangsung pada masa yang terlalu hampir.

8.3 Peserta-peserta hendaklah berpakaian lengkap dan nombor-nombor mereka mesti disematkan
dengan pin setiap 4 penjuru di baju lari masing-masing dihadapan dan dibelakang kecuali bagi
acara lomoat tinggi di mana peserta hanya pemakaian nombor dibahagian hadapan.

8.4 Apabila melaporkan diri untuk tiap-tiap acara, setiap peserta mesti menunjukkan NO
PENDAFTARAN YANG BETUL SEPERTI DIDAFTARKAN . Sekiranya arahan ini tidak dipatuhi,
peserta berkenaan TIDAK AKAN DIBENARKAN menyertai acara tersebut.

8.5 Peserta yang lewat melaporkan diri, iaitu 15 minit sebelum acara mereka dimulakan, TIDAK
AKAN DIBENARKAN mengambil bahagian dalam acara tersebut dan akan dianggap telah
menarik diri

9.0 PROSEDUR MASUK DAN KELUAR ARENA PERTANDINGAN


9.1 Bagi acara balapan, selepas sesuatu acara itu tamat, peserta-peserta hendaklah berada di lorong
masing-masing, berpusing balik dan menghadap hakim-hakim balapan untuk menunjukkan
nombor mereka dan balik ke tempat rehat peserta dengan serta-merta selepas itu.

10.0 MEMANASKAN BADAN


Peserta-peserta hanya dibenarkan memanaskan badan di tempat yang telah ditetapkan oleh
Jawatankuasa Pengelola.

6
11.0 PENENTUAN KE ACARA PERINGKAT AKHIR
11.1 BAGI ACARA KURANG UPAYA PENDENGARAN (BD) DAN MASALAH PEMBELAJARAN (BP)

11.1.1 EMPAT SEPARUH AKHIR

Empat orang peserta yang mencatat masa terbaik setiap saringan akan ke peringkat akhir.

11.1.2 TIGA SEPARUH AKHIR

Dua peserta pemenang dari setiap separuh akhir dan dua orang peserta yang mencatat masa
terbaik layak ke pertandingan peringkat akhir.

11.1.3 DUA SEPARUH AKHIR

Tiga peserta pemenang setiap separuh akhir dan dua peserta yang mencatat masa yang terbaik
layak ke pertandingan peringkat akhir.

11.2 Semua pengundian lorong untuk acara peringkat akhir semasa kejohanan dijalankan, akan
dilakukan oleh jawatankuasa kecil pertandingan dan perangkaan berdasarkan keputusan
semasa saringan dengan pengawasan atau penyeliaan Juri Rayuan.

12.0 PENENTUAN PESERTA TERBAIK


12.1 KATEGORI PESERTA TERBAIK

12.1.1 Peserta terbaik lelaki dan perempuan mengikut kategori :

- BD dan BP

12.2 PESERTA TERBAIK DAN JOHAN KATEGORI

12.2.1 Hadiah peserta terbaik dan johan kategori akan diberi berdasarkan pencapaiannnya
mencatat rekod baharu di Kejohanan Olahraga Pendidikan Khas Bangsar/Pudu.

12.2.2 Sekiranya tiada rekod baharu dibuat, jumlah pungutan pingat emas dalam acara
individu akan diambil kira.

12.2.3 Sekiranya pungutan emas masih sama, pungutan pingat perak dan seterusnya
gangsa dalam acara individu akan diambil kira.

12.2.4 Sekiranya pungutan emas masih sama, maka keutamaan akan diberi bagi acara
balapan.

12.2.5 Sekiranya kedudukan masih sama, maka peserta berkenaan akan diisytiharkan
sebagai peserta terbaik SECARA bersama.
7
13.0 JOHAN KATEGORI

Johan bagi setiap kategori akan ditentukan dengan jumlah pungutan pingat EMAS dalam
kategori berkenaan. Piala akan diberikan untuk johan kategori :

I. Masalah Pembelajaran
II. Masalah Pendengaran

14.0 HURUF DAN NOMBOR PENGENALAN DIRI PESERTA

14.1 Pengurus Pasukan setiap sekolah yang mengambil bahagian akan menyediakan
nombor pengenalan diri peserta yang ditetapkan mengikut sekolah .

14.2 Warna kain dan nombor :


14.2.1 Peringkat B 12 - Nombor warna BIRU atas kain putih
14.2.2 Peringkat B 15 - Nombor warna MERAH atas kain putih
14.2.3 Peringkat B 19 - Nombor warna HITAM atas kain putih
14.2.4 Peringkat BD - Nombor warna HIJAU atas kain putih

14.3 Setiap pasukan ditetapkan 100 siri nombor yang sama untuk kategori B 12, B 15
dan B 19.

14.4 Senarai sekolah dan nombor peserta :

BIL NAMA SEKOLAH NOMBOR PESERTA


1 SMK DESA PERDANA DPD 0001 - 0050
2 SMK TAMAN YARL TYL 0051 - 0100
3 SMK TAMAN TUN DR ISMAIL TTD 0101 - 0150
4 SMK BANDAR TASIK SELATAN BTS 0151 - 0200
5 SMK BANGSAR BSR 0201 - 0250
6 SMK DESA PETALING DPT 0251 - 0300
7 SMK (L) METHODIST MTD 0301 - 0350
8 SK TAMAN DESA TDS 0351 - 0400
9 SK DESA TASIK DTS 0401 - 0450
10 SK BANDAR TASIK SELATAN BTL 0451 - 0500
11 SK DESA PETALING DPL 0501 - 0550
12 SK BRICKFIELD 1 BFD 0551 - 0600
13 SK BUKIT BANDARAYA BBR 0601 - 0650
14 SK BANDAR BARU SERI PETALING 1 BBS 0651 - 0700
15 SK SERI INDAH SIH 0701 - 0750
16 SK TAMAN TUN DR ISMAIL 2 TTL 0751 - 0800
17 SMK YAACOB LATIF YLF 0801 - 0850
18 SMK MIHARJA MHJ 0851 - 0900
19 SMK SERI TASIK STK 0901 - 0950
20 SMK COCHRANE PERKASA CRP 0951 - 1000
21 SMK ALAM DAMAI ALD 1001 - 1050
22 SMK ORKID DESA OKD 1051 - 1100
23 SK TAMAN SEGAR TSR 1101 - 1150
24 SK TAMAN MALURI TMM 1151 - 1200
25 SK DATO ABU BAKAR DAB 1201 - 1250
26 SK YAACOB LATIF 1 YLT 1251 - 1300
27 SK SALAK SOUTH SST 1301 - 1350
28 SK TAMAN MIDAH 2 TMH 1351 - 1400
29 SJK(C) SAM YOKE SYK 1401 - 1450
30 SJK(C) SALAK SOUTH SSH 1451 - 1500
31 SK SERI PERMAISURI SPS 1501 - 1550
32 SK COCHRANE PERKASA CPR 1551 - 1600
33 SKPK JALAN PEEL JPL 1601 - 1650
34 SMK SERI PANTAI SPT 1651 - 1700

Contoh nombor :

DPD 0001

15.0 BANTAHAN
Segala bantahan hendaklah dibuat secara BERTULIS dalam borang yang disediakan
Pengelola mengikut peraturan KOM kecuali perkara-perkara berikut :

15.1 Jika masalah bantahan berkenaan Kelayakan (status) seseorang peserta tidak dapat
diselesaikan dengan memuaskan sebelum prtandingan dimulakan maka peserta
tersebut boleh mengambil bahagian di bawah bantahan. Perkara tersebut akan
dikemukakan kepada Jawatankuasa Penganjur kemudian.

9
15.2 Bantahan-bantahan berhubung dengan acara-acara yang sedang dijalankan
hendaklah dilakukan dengan serta merta dan tidak lewat daripada :

i. 15 minit setelah keputusan rasmi diumumkan bagi acara peringkat awal.

ii. 30 minit setelah keputusan rasmi diumumkan bagi acara-acara peringkat akhir.

15.3 Sebarang bantahan bertulis kepada Juri Rayuan mesti disertakan dengan wang
pertaruhan sebanyak RM300.00.

15.4 Bilangan Juri : sekurang-kurangnya 4 orang ( surat lantikan akan disediakan oleh
JawatanKuasa Penganjur).

16.0 HAK JAWATANKUASA PENGELORA


16.1 Tiap-tiap acara akan dijalankan mengikut tarih dan waktu seperti yang ditetapkan
dan jawatankuasa pengelola dengan persetujuan Pengerusi Teknik Olahraga
Pendidikan Khas (PTOPK) BANGSAR PUDU berhak meminda susunan acara jika
difikirkan perlu. Jika berlaku pindaan, pengurus-pengurus pasukan akan diberitahu
SEGERA.

16.2 Jawatankuasa Pengelola tidak akan bertanggungjawab aras kemalangan, kematian,


kecacatan anggota, kecederaan atau kehilangan harta benda walaupun beberapa
persediaan dan langkah-langkah keselamatan telah diambil oleh jawatankuasa
pengelola semasa perjalanan pergi dan balik ke tempat penginapan, ke stadium
atau venue pertandingan dan sebaliknya. Ia termasuklah :

i. Semasa kejohanan dijalankan


ii. Di dalam dan di luar kawasan stadium
iii. Di tempat-tempat pertandingan

-TAMAT-

10

Anda mungkin juga menyukai