Anda di halaman 1dari 16

FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA

SEMESTER SEPTEMBER / 2011

HBEF1503

MASYARAKAT DAN TAMADUN

NO. MATRIKULASI NO. KAD PENGENALAN NO. TELEFON E-MEL PUSAT PEMBELAJARAN

: : : : :

710108085074001 710108085074 017 7691257 rohana_badri@yahoo.com OUM, SHAH ALAM

HBEF1503

PENDAHULUAN Perkataan budaya membawa kepada beberapa pengertian atau maksud. Mengikut (Kamus Dewan, 1994) kebudayaan merupakan cara hidup ( yang merangkumi cara bertindak, berkelakuan dan berfikir) serta segala hasil kegiatan dan penciptaan yang berupa kebendaan atau kerohanian sesuatu masyarakat, tamadun, peradaban, dan kemajuan ..... Cara hidup .... diwarisi oleh anggota sesebuah masyarakat dan dari masa ke semasa dan dari satu ke satu generasi ...... (Christopher Bates Doob, 1985). Kebudayaan ............ keseluruhan cara hidup manusia meliputi kehidupan kelompok yang bercorak kebendaan dan bukan kebendaan. Budaya kebendaan (artifak) merupakan apa sahaja ciptaan manusia berbentuk objek (alat, bangunan, senjata, kenderaan). Manakala mentifak (bukan kebendaan) pula ciptaan manusia yang berbentuk abstrak seperti kepercayaan, adat, undang-undang, dsb ...... Modern Dictionary Of Sociology. Kebudayaan .............kelengkapan hidup, sistem kemasyarakatan, sistem ekonomi, bahasa, kesenian, ilmu pengetahuan dan keagamaan ..........., segala yang diterima, dipercayai dan diamalkan oleh masyarakat itu mestilah berterusan atau diulangi oleh generasi berikutnya. Jika tidak, ia dianggap terkeluar daripada kelompok budaya....... (Al Kroeber dan Clyde Kluckhohn, 1952). Kesimpulannya, budaya ialah keseluruhan cara hidup manusia sama ada dalam bentuk fikiran, kepercayaan, perlakuan ataupun penghasilan dalam sesebuah masyarakat yang diterima oleh sebahagian besar anggota masyarakat dan diwarisi secara turun-temurun .

Ia meliputi sosial, politik, adat istiadat serta ekonomi sesebuah masyarakat . 2

HBEF1503

Konsep Asas Tamadun Tamadun yang ditulis dalam Bahasa Melayu diambil daripada perkataan Bahasa Arab tamaddun Kehalusan budi bahasa dan kesopanan tingkah laku. Istilah tamadun mula diperkenalkan oleh JurjiZaydan (tarikh al-tamadun al-Islami) pada tahun 1902-1906. Kamus Dewan memberi pengertian tamadun itu ialah keadaan masyarakat manusia yang dicirikan oleh atau didasarkan pada taraf kemajuan kebendaan serta perkembangan pemikiran, sosial, budaya, politik atau cara hidup. Seorang tokoh barat, Collingwood mengatakan tamadun ialah suatu proses bagi mencapai tahap kehidupan civil (sopan) atau proses untuk menjadi sivil (sopan). Hasilnya kan melahirkan masyarakat bandar iaitu masyarakat yang mempunyai kehalusan budi. Dari pelbagai istilah tamadun tersebut walaupun berbeza dalam tafsirannya tetapi nampak jelas kelihatan ianya menunjukkan saling memperkuat dan memperkukuhkan di antara satu sama lain. Berdasarkan kepada pengertian-pengertian yang dikemukakan, konsep ketamadunan sepatutnya dilihat dari perspektif yang luas meliputi pencapaian tatasusila dan moral yang tinggi serta kemajuan penempatan dan kemudahan yang sempurna. Malaysia pada tahun 2005 mempunyai penduduk melebihi 24 juta orang. Rakyat di negara ini terdiri lebih daripada 200 suku kaum atau etnik yang menganut pelbagai agama, budaya dan bahasa atau dialek. Kepelbagaian adalah ciri utama Malaysia. Dengan senario penduduk yang pelbagai budaya, perpaduan etnik atau sebaliknya sentiasa menjadi agenda dalam pengurusan masyarakat dan pemerintahan negara.

HBEF1503

Budaya dan fungsinya dalam masyarakat

i.

Perpaduan Kaum Malaysia menggunakan model integrasi dan plural dalam membina perpaduan

etnik. Konsep pluraliti budaya atau cultural pluralism bermaksud setiap komuniti etnik dibenarkan untuk mengamalkan cara hidup dan budaya masing-masing. Dalam pembentukan sebuah bangsa bagi sebuah negara, pluraliti budaya bermaksud pengiktirafan negara terhadap sumbangan setiap cara hidup dan budaya kaum-kaum yang terdapat di dalam pemerintahannya. Pemerintah kita tidak mengamalkan diskriminasi atau dominasi terhadap cara hidup dan budaya komuniti-komuniti etnik yang bilangannya kemungkinan secara relatif minoriti atau yang datang pada peringkat awalnya sebagai imigran. Masyarakat yang terbentuk daripada pluraliti budaya ini memahami realiti dalam bentuk kepelbagaian dan kesedaran supaya diwujudkan persefahaman bagi menjamin perpaduan. Di Malaysia, budaya muhibah yang sudah menjadi salah satu mercu tanda negara ini. Rakyat Malaysia amat menghormati antara satu sama lain dan telah belajar untuk hidup bersama dengan harmoni dan penuh toleransi. Contohnya dalam perayaan kaum-kaum di sini. Budaya rumah terbuka yang diamalkan oleh rakyat Malaysia tidak kira bangsa atau agama. Mereka akan menjemput rakan-rakan mereka untuk menikmati pelbagai macam juadah seperti lemang ketika Hari Raya Aidilfitri, limau mandarin ketika Gong Xi Fa Cai, muruku ketika Deepavali dan macam-macam lagi. Kepelbagaian makanan yang terdapat di Malaysia dan memahami bahawa kepelbagaian budaya merupakan penyeri kehidupan dalam masyarakat berbilang bangsa.

HBEF1503

Pluraliti budaya juga bermakna penerimaan terhadap perbezaan perbezaan dalam aspek-aspek hidup yang sifatnya peribadi seperti makanan, sosialisasi keluarga, amalan agama dan pembentukan organisasi sosial untuk menjaga kepentingan kaum masingmasing. Walaupun kepelbagaian dibenarkan wujud, tetapi pihak kerajaan yang memerintah perlu memikirkan pembinaan teras-teras yang boleh menarik pada satu titik persamaan untuk mewujudkan sebuah negara dan sebuah bangsa. Justeru itu, berbagaibagai teras digunakan misalnya bahasa, sistem persekolahan, kurikulum pengajaran, peraturan-peraturan, adat-istiadat negara, upacara-upacara dan sebagainya. Salah satu usaha kerajaan untuk memupuk perpaduan antara kaum ialah dengan mendirikan Sekolah Wawasan.

ii.

Sosio-ekonomi Fungsi budaya dalam memberi sumbangan dalam bidang sosio-ekonomi.

Bayangkan jika Malaysia hanya dihuni oleh orang-orang Melayu? Sudah pasti dalam masyarakat ekaetnik juga terdapat konflik, malah membosankan kerana kita tidak dapat membuat perbandingan mengenai kekuatan dan kelemahan dari sudut-sudut yang berkaitan dengan cara hidup dan budaya. Melalui kewujudan pelbagai etnik dalam sesebuah negara kita dapat menikmati barang-barang dari pelbagai pelusuk dunia. Sehingga masyarakat pribumi sendiri kini menyukai selera India kerana rempahrempahnya dan juga suka kepada sayur-sayuran yang ditanam oleh orang Cina. Dalam hubungan etnik yang harmonis itu terdapat juga persaingan, misalnya kegiatan ekonomi dan pekerjaan yang terpisah dan dikuasai oleh kaum-kaum tertentu. Begitu juga terdapat perbezaaan dari segi agihan pendapatan, keupayaan membeli rumah, keupayaan 5

HBEF1503

menghantar anak ke institusi pengajian tinggi dan sebagainya. Namun begitu, perbezaan yang wujud itu menjadi satu tanda bahawa setiap kaum mesti mempelajari di antara satu sama lain tentang cara pilihan yang terbaik untuk menikmati kehidupan yang makmur dan sejahtera. Sanusi Osman (1984) telah menunjukkan bahawa rakyat Malaysia berhubung antara satu sama lain mengikut garisan-garisan kelas, terutamanya dalam kalangan elit yang mengamalkan cara hidup, kepentingan ekonomi dan politik yang serupa. Setiap kaum di Malaysia hidup dalam saling bergantungan. Orang-orang Melayu mendapatkan barang-barang keperluan rumah, barangan runcit dan perkakasan daripada kaum Cina yang kebanyakannya terdiri daripada kalangan peniaga. Manakala orang-orang Cina pula mendapatkan beras dan ikan daripada orang-orang Melayu yang terdiri daripada golongan petani dan nelayan. Begitu juga dengan kaum-kaum India yang sejak dari zaman penjajahan dahulu menghuni estet-estet dan mengerjakan ladang-ladang getah.

iii.

Imej Dan Identiti Negara Budaya berfungsi sebagai pemberi gambaran imej negara di mata dunia. Budaya

adalah sesuatu fenomena sosial yang dikongsi oleh sekumpulan ahli masyarakat. Kita melihat contohnya dalam adat yang diamalkan oleh sesuatu kaum itu. Dalam upacara perkahwinan misalnya. Kaum India meraikan pengantin dengan majlis persandingan. Dalam masyarakat Melayu juga diadakan majlis persandingan untuk meraikan pengantin. Begitu juga jika dilihat dari aspek-aspek hidup yang sifatnya peribadi seperti makanan, sosialisasi keluarga, dan amalan agama. Contohnya makanan seperti nasi lemak sinonim

HBEF1503

dengan kaum Melayu, nasi ayam makanan orang-orang Cina dan tose untuk orang-orang India. Namun dalam masa yang sama kaum-kaum lain tidak berasa canggung dan tiada halangan untuk menikmati makanan kaum-kaum lain. Kaum-kaum yang dibenarkan untuk meneruskan cara hidup dan budaya mereka itu akan berasa lebih dekat dengan tradisi yang diwarisi turun-temurun. Ini membuatkan mereka tidak berasa terasing di bumi tempat bermastautin. Ini juga yang membuatkan masyarakat Malaysia dipandang unik oleh masyarakat luar.

iv.

Menanam Semangat Patriotik Di Malaysia, perpaduan merupakan elemen yang amat penting dalam

menzahirkan lanskap kestabilan politik dan seterusnya menjadi prasyarat utama dalam mewujudkan kesejahteraan hubungan yang harmonis dalam kalangan masyarakat pelbagai kaum. Sejarah telah mencatatkan peristiwa pemuafakatan politik dalam kalangan barisan pemimpin pelbagai kaum di ambang kemerdekaan bersatu dan berpadu hati dalam merencanakan tarikh keramat 31 Ogos 1957 di mana kedaulatan tanah air terlepas daripada belenggu penjajahan pihak British. Budaya juga berfungsi sebagai penguat kepada semangat patriotik dan cintakan negara. Fungsi dari sudut politik yang dilahirkan oleh hubungan etnik adalah perkongsia kuasa. Sebelum mencapai keserasian dalam perkongsian itu, pemimpin-pemimpin selalunya memulakannya dengan perundingan. Dari situ lahirlah beberapa kebaikan dan persaingan untuk mendapatkan kuasa, membina kekuasaan, membentuk tadbir urus yang baik, menguruskan fahaman politik yang berbeza dan menyemaikan norma-norma yang berfaedah untuk melindungi

HBEF1503

kepentingan pelbagai etnik dalam negara. Pemimpin-pemimpin setiap komuniti etnik akan bertolak-ansur dan mendapat sesuatu dalam semangat setiakawan menang-menang.

Disiplin psikologi membicarakan tentang perbezaan dan persamaan pemikiran, nilai-budaya, sikap, pandangan dunia dan persepsi pelbagai komuniti etnik dalam negara. Dari kajian-kajian psikologi kita dapat mengetahui kekuatan dan kelemahan etnik-etnik tertentu. Kekuatan yang digabungkan daripada pelbagai etnik dapat melahirkan sebuah Bangsa Malaysia yang benar-benar baik untuk kemajuan masa hadapan. Pengkaji hubungan etnik dan kaum yang mengikuti tradisi Furnivall (1948) yang telah mengambarkan Malaysia sebagai sebuah negara yang mempunyai masyarakat berbilang kaum, iaitu rakyatnya hidup dalam satu unit politik yang sama tetapi berasingan. Setiap segmen dalam masyarakat ini mempunyai nilai, kepercayaan, bahasa dan cara hidup yang tersendiri. Tidak mustahil wujudnya persengketaan jika para pemimpin tidak boleh duduk semeja untuk sama-sama berunding bagi mewujudkan perkongsian kuasa bersama.

v.

Ikatan Ras dan Etnik Budaya juga berfungsi sebagai tali ikatan ras dan etnik. Blumer (1965:24)

berpendapat bahawa kuasa rasional dan yang tidak bersifat peribadi dalam proses industrialisasi tidak memutuskan tali ikatan ras dan etnik. Malahan proses perindustrian akan mengukuhkan lagi pola ikatan ras yang sedia ada dan kod-kod ras yang wujud ekoran proses perindustrian ini. Blumer merujuk kepada kesan penjajahan British di Asia,

HBEF1503

seperti di India dan Semenanjung Tanah Melayu untuk menyokong pendapatnya. Menurutnya di tempat-tempat itu terdapat susunan ras yang tersendiri dan perindustrian

yang berlaku dikuasai oleh kumpulan penduduk tempatan. Di Malaysia, kuasa politik,penghormatan dalam masyarakat, jenis pekerjaan dan sebagainya bukan lagi merupakan hak-hak istimewa kumpulan etnik tertentu di negara ini.

Dalam kajian yang telah dijalankan oleh Mansor Mohd. Noor (1999), orang Melayu dan Cina diperhatikan telah memberikan jawapan yang memaparkan sudah terbentuknya sentimen dan pengakuan tentang kepentingan kewarganegaraan yang sama dengan kumpulan rakyat yang lain. Contohnya rakyat Malaysia berketurunan Melayu dan Cina sama-sama berasa terhina jika ada orang yang tidak mahu berdiri sebagai tanda hormat apabila lagu Negaraku dimainkan. Mansor Mohd. Noor (2000) juga mendapati bahawa kedua-dua kaum telah mengakui yang negara ini bukan hanya milik sesuatu kaum sahaja. Rakyat Malaysia berketurunan Cina menghargai diri mereka sebagai pemastautin tetap dan warganegara di negara ini. Malaysia ialah tanah air mereka. Kaum Melayu juga telah mengalami suatu perubahan yang besar apabila mereka menerima negara ini sebagai bukan hak mereka semata-mata.

vi.

Kawalan Sosial Budaya merangkumi pelbagai aspek yang saling berkait rapat antara satu sama

lain. Budaya terdiri daripada aspek-aspek seperti ekonomi, pendidikan, keluarga, agama, kerajaan, kepimpinan, teknologi, keluarga, sistem perubatan, seni hiburan dan 9

HBEF1503

keupacaraan. Aspek-aspek ini tidak berdiri sendiri tetapi saling mempengaruhi antara satu sama lain. Semua kaum baik Melayu, Cina dan India mempunyai budaya yang menekankan kepada perbuatan yang baik dan mengikut noma-norma . Contohnya dalam adat. Sebelum berkahwin, keluarga di pihak lelaki akan bertemu dengan keluarga di pihak perempuan. Mereka berunding bagi menyatukan kedua-dua anak mereka. Ini bermaksud pekahwinan ini bukan sahaja menyatukan antara dua jantina yang berbeza tetapi juga bagi mengikat juga tali kekeluargaan yang akan berkembang selepas itu. Perkahwinan tanpa perbincangan atau tidak mendapat restu keluarga dianggap melanggar adat.

Kepercayaan dalam agama juga penting dalam membataskan perbuatan-perbuatan yang tidak baik. Semua agama yang dianuti oleh semua kaum menyeru penganutnya berbuat kepada kebaikan. Perbuatan yang tidak baik yang dilakukan di dunia akan dibalas dengan dengan kejahatan di kemudian hari. Contohnya seorang perempuan yang melahirkan anak luar nikah dianggap sebagai satu perbuatan yang keji dan hina. Perbutan itu bukan sahaja melanggar adat tetapi juga perbuatan yang ditegah oleh agama. Masyarakat akan memandang hina terhadap perempuan tersebut. Itulah sebabnya anakanak luar nikah ini biasanya dibuang ataupun dibunuh sebelum sempat dilahirkan. Kepercayaan dan pegangan agama ini memberi satu panduan dan ketakutan kepada semua orang bahawa perbuatan itu jangan sesekali dilakukan atau dipinggirkan. Di dalam Islam contohnya terdapat konsep amar makruf nahi mungkar iaitu menyeru ke arah kebaikan dan mencegah kemungkaran. Tiada agama di dunia ini yang menganjurkan kejahatan dan melarang kita berbuat baik. Ini adalah bertujuan untuk memastikan 10

HBEF1503

masyarakat sentiasa berada dalam kedaan harmoni dan mengelakkan kacau bilau daripada berleluasa.Tetapi perbuatan seperti bersedudukan dan melahirkan anak luar nikah tidak menjadi kesalahan. yang besar kepada orang-orang barat. Wanita-wanita di sana masih boleh melahirkan anak-anak ini dan memelihara mereka tanpa ada pandangan sinis daripada masyarakat sekeliling kerana mereka tidak terikat dengan budaya seperti yang kita miliki. Di bawah pengaruh sejarah sosial sedemikian, perkiraan nilai, budaya dan agama menjadi paksi hidup masyarakat timur manakala masyarakat barat pula lebih bersifat kepentingan peribadi, material dan rasional. Oleh sebab itu, kerangka agama lebih mempengaruhi perjalanan masyarakat Timur jika dibandingkan dengan masyarakat Barat. Kesimpulannya dengan budaya dan peradaban yang kita miliki ini dengan sendirinya menjadi satu kawalan ke dalam diri kita supaya hidup di atas landasan yang digarisi oleh kepercayaan kepada adat dan agama.

vii.

Pembentukan Akhlak Yang Mulia Berwatak Prihatin Semua agama yang dianuti oleh setiap kaum menekankan kepada perbuatan yang

baik. Ia memberi penekanan kepada penyuburan iman dalam diri setiap individu hingga dengan itu lahirlah akhlak mulia dalam individu itu. Individu yang memiliki akhlak mulia akan prihatin dengan masyarakat sekelilingnya; gembira dengan kesenangan orang lain dan sedih dengan penderitaan orang lain. Perasaan keprihatinan ini akan mendorong seseorang untuk menghormati dan bertolak ansur dengan individu lain serta membela mereka yang lemah dan terabai, termasuk membela hak kumpulan minoriti dan wanita. Perasaan keprihatinan ini juga akan mampu melahirkan individu yang peka dengan kepentingan budaya tempatan dan kedudukan moral dalam masyarakat yang akan 11

HBEF1503

menjadi amalan hidup, didokong dan dipertahankan. Di Malaysia, kita boleh lihat bagaimana rakyatnya yang pelbagai kaum ini menolak budaya luar yang tidak baik. Contohnya lelaki dan perempuan yang hidup bersedudukan tanpa nikah. Perkahwinan sejenis, penukaran jantina, homoseksual dan lesbian. Semua ini ialah budaya luar yang tidak baik yang cuba dibawa masuk dari luar. Sesiapa yang melakukan perkara-perkara seperti di atas dianggap sebagai tidak bermoral dan tidak mempunyai maruah diri. Hanya rakyat yang berakhlak mulia sahaja yang akan prihatin dengan individu-individu lain tanpa mengira perbezaan kaum, budaya dan agama. Mereka mampu bersikap positif terhadap kaum-kaum lain. Dalam hubungan harian, sikap ini akan membolehkan mereka berkongsi raya, belajar bersama, tinggal dalam perumahan yang sama, berniaga dan bekerjasama, serta menghulurkan bantuan kepada yang memerlukan tanpa meletakkan batas kaum sebagai asas tindakan mereka. Contoh ini boleh kita lihat di mana apabila akhbar-akhbar melaporkan tentang kesusahan, penderitaan atau kemalangan yang memerlukan bantuan sama ada dari segi kewangan atau pendermaan organ. Bukan sedikit rakyat Malaysia yang muncul menjadi penyelamat kepada mangsa. Kita juga dapat lihat bantuan yang muncul itu tidak terhad kepada sesuatu kaum sahaja, misalnya kalau mangsa itu kaum Cina, maka yang menghulurkan bantuan itu juga mesti daripada kaum Cina. Di Malaysia apa yang dapat kita lihat semua kaum berganding bahu untuk menghulurkan bantuan.

viii.

Penguasaan Ilmu dan Kemahiran Individu yang prihatin ini juga akan terbina jiwa merdekanya hingga terpanggil

untuk mempelajari dan menguasai ilmu agama, kemasyarakatan, Sains dan Teknologi. 12

HBEF1503

Mempelajari ilmu ilmu ini adalah tuntutan agama. Manakala penguasaan kemahiran ilmu-ilmu itu pula akan membolehkan mereka merancang dan melaksanakan tindakan-

tindakan yang bukan sahaja akan memberi manfaat kepada diri dan masyarakat tetapi juga ganjaran pahala yang akan menentukan darjatnya di akhirat. Tuntutan mencari ilmu itu bukan hanya terhad kepada sesuatu kaum, tetapi semua kaum dituntut untuk menghantar anak-anak ke sekolah bagi menuntut ilmu, walaupun kerajaan memberi pilihan kepada ibu dan bapa untuk memilih mana-mana sekolah yang mereka sukai.

Dengan penguasaan ilmu dan kemahiran mengurus kehidupan dan tamadun, seseorang akan mampu menyumbang ke arah pembangunan ekonomi yang seimbang dan komprehensif dengan meningkatkan keupayaan diri dan juga keupayaan institusional dalam masyarakat. Dengan terbangunnya keupayaan individu dan institusional dalam masyarakat, pendekatan pembangunan yang menyeluruh dan holistik boleh diambil di mana pembangunan pertanian, bioteknologi, ICT, perindustrian dan lain-lain dapat dilaksanakan. Hasil daripada pembangunan yang seimbang dan mampan ini akan membuka peluang pekerjaan, mengurangkan kemunduran, kemiskinan dan ketidaksamarataan hingga kualiti hidup seseorang itu meningkat.

13

HBEF1503

PENUTUP Budaya adalah kekuatan yang paling penting bagi integrasi bangsa pelbagai kaum. Selain daripada mewujudkan kedamaian dan keharmonian jika ditandatangani dengan berhatihati. Dasar kebudayaan harus berdasarkan demokrasi budaya. Sekiranya tidak ada sekatan dikenakan dalam demokrasi budaya, pihak majoriti tidak akan berpuas hati; maka boleh mencetuskan ketidak-harmonian. Oleh itu, pembuat polisi harus mempertimbangkan isu ini dengan bijak agar dapat melahirkan dasar yang terbaik. Demokrasi harus menjadi prinsip yang menjadi garis panduan tidak kira sama ada individu itu pendatang atau peribumi. Setiap orang sebaiknya diberi hak untuk berbudaya seperti yang dibayangkan dalam pengisytiharan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu dalam Deklarasi Hak Asasi Manusia. Dasar budaya setiap bangsa haruslah mempertimbangkan harapan bahawa setiap orang mempunyai hak untuk barpartisipasi dalam kegiatan kebudayaan masyarakat.

2640 patah perkataan 14

HBEF1503

Bibliografi Ahmad Jelani Halim, 2008. Sejarah Dan Tamadun Bangsa Melayu, Kuala Lumpur, Utusan Publications and Distributors Sdn. Bhd.

Armon-Jones, C. 1986. The Thesis of constructionism. Dlm. The social construction of emotion, Suntingan Harre, R. Oxford: Basil Blackwell.

Boris Parnichel, 1997. Kebudayaan Nusantara, Kuala Lumpur, Dewan Bahasa Dan Pustaka.

Boucher, J. 1979. Culture and Emotion. Dlm. Perspectives on cross-cultural psychology. Suntingan Marsella, J.et. al. London: Academic Press

Sabariah Abdullah, 2005. Adat Dalam Kehidupan Seharian, Petaling Jaya, Pustaka Cahaya Intelek

Sabariah Abdullah, 2005. Adat Perkahwinan Melayu, Petaling Jaya, Pustaka Cahaya Intelek.

Suziyana binti Ismail, 2009. Pakaian Tradisional dan Perkahwinan, Sekinchan, Pustaka Anggerik Emas. 15

HBEF1503

16

Anda mungkin juga menyukai