Anda di halaman 1dari 7

KERTAS KERJA

PERKHEMAHAN UNIT BERUNIFORM


SEKOLAH KEBANGSAAN PERDANA TAWAU
TAHUN 2017

1. Pendahuluan

Perkhemahan unit beruniform merupakan aktiviti ko-kurikulum yang wajib


diadakan bagi setiap sekolah sebagai satu agen pelengkap dalam proses
perkembangan potensi individu selaras dengan falsafah pendidikan Negara.
Melalui aktiviti ini murid akan dapat menimba pelbagai pengalaman dan
pengetahuan serta memahami nilai-nilai moral yang harus ada pada setiap
individu seperti bekerjasama, bertolak ansur dan lain-lain. Selain dari itu ia
juga pemangkin kepada peningkatan jati diri, ketahanan mental, motivasi,
serta membina insan yang cemerlang dan inovatif.

Antara unit beruniform yang terlibat dalam aktiviti perkhemahan ini ialah
Pengakap, Persatuan Bulan Sabit Merah (PBSM), Persatuan Puteri Islam
Malaysia(PPIM) dan Tunas Kadet Remaja Sekolah (TKRS).

2. Tema: Jati Diri Teras Modal Insan Cemerlang

Tema ini bermaksud jati diri suatu proses melahirkan individu yang
berktrampilan, bersahsiah tinggi, berdaya saing, berkepimpinan,
mengamalkan nilai-nilai murni, serta berpengetahuan luas dalam bidang
yang diceburi sama ada dalam bidang akademik mahu pun bidang Ko-
Kurikulum.

3. Objektif

i. Menerapkan nilai-nilai murni kepada peserta perkhemahan


ii. Melahirkan individu yang berdisiplin dan berhemah tinggi
iii. Memupuk serta membimbing tentang tuntutan agama, disamping
memahami ciri-ciri individu islam
iv. Membentuk keperibadian yang baik dan mampu berusaha sendiri
tanpa mengharap pada orang lain.
v. Mengenal dan memahami ikhtiar hidup dalam menghadapi saat
kesukaran
vi. Memotivasikan peserta dalam mengejar sesuatu kejayaan
vii.
4. Tarikh : 7- 9 HB April 2017.

5. Hari : Jumaat, Sabtu dan Ahad

6. Tempat : Persekitaran kawasan sekolah

7. Kumpulan Sasaran
i. Unit Beruniform - Pengakap
- Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia (PBSM)
- Persatuan Puteri Islam Malaysia (PPIM)
- Tunas Kadet Remaja Sekolah Rendah (TKRS)

ii. Guru Penasihat, kakitangan bukan mengajar, dan pengawal


keselamatan

iii. Wakil ibu bapa dan orang perseorangan.

AKTIVITI

1.)Larian Komando

- Larian berhalangan - peserta akan berhadapan dengan beberapa


halangan sepanjang aktiviti yang dijalankan.

Objektif

I. Menerapkan sikap kerjasama dalam kumpulan.

II. Menguji ketahanan mental dan fizikal peserta

III. Membina keyakinan serta tidak mengenal erti putus asa.

2.)Orienteering
- Aktiviti ini berbentuk pengembaraan yang mana peserta perlu
melengkapkan tugasan yang diberi semasa pengembaraan dibuat.
Aktiviti ini banyak tertumpu pada pemahaman peserta dalam
penggunaan kompas dan peta.

Objektif.

I. Menerapkan nilai-nilai murni dalam diri.


II. Bekerjasama dan menghormati pemdapat di antara satu sama
lain.
III. Menguji ketahanan mental
IV. Dapat membuat keputusan dengan bijaksana dalam
menyelesaikan tugasan yang diberi.

3.)Kembara Alam
-Aktiviti ini berbentuk pengembaraan, dalam setiap kumpulan akan
mendapat tugasan sepanjang pengembaraan mereka. Kembara Alam ini
banyak berkaitan tentang alam semulajadi serta melatih peserta
menghayati dan menghargai alam semulajadi di sekitar mereka.
Objektif
I. Menerapkan nilai-nilai murni dalam diri.

II. Bekerjasama dalam kumpulan

III. Bersyukur dan menghargai betapa pentingnya menjaga alam


sekitar.

4.)Sayang Si Buta (Burung Pungguk)

-Aktiviti ini memberikan kesedaran kepada peserta tentang pentingnya


kesempurnaan pancaindera serta menjaganya.

I. Menerapkan nilai-nilai murni dalam diri


II. Menghargai dan bersyukur kepada Allah di atas kesempurnaan
pancaindera yang ada pada diri.
III. Menghormati dan menolong orang yang memerlukan.
IV. Ada perasaan belas ihsan terhadap sesama manusia.

5.)Kawad kaki
-Aktiviti ini menekan aspek disiplin, kerjasama dan keseragaman dalam
kumpulan. Ia adalah latihan / aktiviti yang mesti ada dalam setiap unit
beruniform.

I. Menerapkan nilai-nilai murni dalam diri.


II. Memupuk kerjasama, disiplin dan keseragaman dalam
kumpulan dan diri peserta.
III. Melahirkan pelajar yang berketrampilan, cekap dan berdaya
saing.

6) Pertandingan Khemah

-Kekemasan, kebersihan, disiplin.

7) Pertandingan Memasak

-Survival, kekemasan, kebersihan, penggunaan bahan-bahan semulajadi.

8) Malam kebudayaan

-aktiviti kebudayaan murid.

9) Pertandingan reka cipta gajet

-aktiviti kebudayaan murid.

Kos(Anggaran)
1. Makanan dan minuman peserta = RM20.00 x 90 murid (Thn 4-6) =
RM1800.00

(makan = RM3.50 x 4 = RM14.00)(Sarapan =RM1.50 x 2 = RM3.00)


(minumRM0.75 x 4 =RM3.00)

Jumlah keseluruhan per Murid = RM20.0

AHLI JAWATANKUASA
PERKHEMAHAN UNIT BERUNIFORM
SEKOLAH KEBANGSAAN PERDANA TAWAU.
TAHUN 2017

JAWATANKUASA INDUK

PENASIHAT
Tuan Hj. Mohd. Ekbal Hj Khalid
(Guru Besar S.K Perdana Tawau.)

PENGERUSI
En Ruis @ Mohd. Fahdli Sungit
(P.K. Ko-kurikulum )

NAIB PENGERUSI 1
En Jaafar Daud
(P.K Kurikulum)

NAIB PENGERUSI 2
En Ruslee Ahmad
(P.K hal-Ehwal Murid)

SETIAUSAHA
Pn. Hasniah Diri

PENYELARAS UNIT BERUNIFORM


Pn. Saadiah Hj. Bakar

BENDAHARI
Pn. Juriawati Lama

AJK

1. Ketua Penasihat Pengakap

2. Ketua penasihat PBSM


3. Ketua Penasihat PPIM

4. Ketua Penasihat TKRS

AHLI JAWATANKUASA KERJA


KEM KOMANDAN : En. Abdullah Alif Dahlan

TIMB. KEM KOMANDAN : En. Jefry Abu Sari

URUSETIA : Cik. Siti Aisyah Ismail


Pn. Suriati Husin
Pn. Sukarni Nusu
Pn. Hasniah Diri

TAPAK PERKHEMAHAN : En. Ruis Sungit


(LOGISTIK) En. Ruslee Ahmad

AJK RIADAH : Pn. Aznah AB. Luis


Pn. Hasniah Diri
Pn. Katijah

AJK PERALATAN/TEKNIKAL : En. Ruis Sungit


En. Abdullah Alif Dahlan

AJK KEAGAMAAN : Ustaz Amirul Hamzah


Pn. Katijah

AJK PENDAFTARAN : Pn. Ardina Suriany Samah (BSMM)


Pn. Ummi Khalsum (PPIM)
Pn. Sukarni Nusu(TKRS)
Ustaz Amirul hamzah Arbain(PENGAKAP)

AJK BUKU PROGRAM : Pn. Hasniah Diri


Pn. Aznah AB Luis

AJK SIARAYA : En. Jefry Abu Sari


Guru Lelaki

AJK MALAM KEBUDAYAAN : Pn. SuriatI Husin


En Ruslee Ahmad
En. Abdullah Alif

AJK MAKANAN/ MINUMAN : Pn. Maryam Abu Bakar


Pn. Siti Isah Mala
Pn. Hjh Norbayah Yambang
Pn. Saadiah Bakar
Pn. Sukarni Nusu
Pn. Rusmawati Jefry
Pn. Ummi Khalsum

AJK AKTIVITI : En. Abdullah Alif Dahlan


En Ruis Sungit

- Larian Komando - Pengakap


- Sayang si Buta - PPIM
- Kembara Alam (Pantai) - PBSM
- Orienteering - PBSM
- Kawad kaki - TKRS
- Pertandingan Memasak- PPIM
- Malam Kebudayaan - Abdullah Alif Dahlan
- Reka Cipta Gajet - En. Ruslee

AJK KESELAMATAN : Pn. Ardina Suriani Samah


PDRM Daerah Tawau.
Pengawal Keselamatan Sekolah

KECEMASAN/KESIHATAN : Pn. Katijah Ag. Samat


Pn. Rusmawati Jefry

AJK KEBERSIHAN : Semua ahli Unit beruniform

Disediakan Oleh:

..
( Pn. Hasniah Diri )
Setiausaha Perkhemahan,
Merangkap S/Usaha Ko Kurikulum
S.K Perdana,
Tawau.

Disemak oleh:

..
( Ruis Sungit @ Mohd. Fadhli )
P.K Ko-Kurikulum,
S.K Perdana,
Tawau.

Disahkan oleh:

..
( Hj. Ekbal B. Hj Khalid )
Guru Besar,
S.K Perdana,
Tawau.

Anda mungkin juga menyukai