Anda di halaman 1dari 2

PENDIDIKAN

Salah satu elemen penting bagi mengukuhkan hubungan etnik dalam individu seseorang adalah
elemen Pendidikan. Bagi menyokong penyataan ini saya berpendapat Pendidikan merupakan asas
kepada penyatuan kepada perpaduan sesesbuah kaum. Hal ini dapat dikuatkan lagi dengan kenyataan
daripada bekas Menteri Pendidikan iaitu Dr Maszlee Malik yang mempertahankan Program
Matrikulasi untuk Bumiputera semasa menghadiri pertemuan antara staf dengan pelajar USM pada
tahun lepas. Beliau mengatakan Pendidikan menjadi mekanisme penting dalam meningkatkan bakat
masa hadapan yang perlu juga seimbang dan merapatkan jurang ketidaksamarataan antara kaum
atau etnik yang ada. [CITATION Pro19 \l 17417 ]. Selain itu, melalui elemen Pendidikan juga
hubungan etnik dapat dikukuhkan lagi dengan mewujudkan mata pelajaran Hubungan Etnik bermula
dari peringkat sekolah menengah sehinggalah peringkat universiti dengan menyemaikan modul
pembelajaran yang bersesuaian dengan peringkat umur murid agar murid dapat dilentur dengan nilai
perpaduan dalam kepelbagaian bagi membina negara bangsa yang diaspirasikan. Murid merupakan
aset penting dan kelak akan menjadi tulang belakang negara pada masa hadapan dengan menjadi
jentera penggerak kemajuan dan kestabilan negara tetapi bagi membolehkan ianya tercapai murid
bukan sahaja perlu diterapkan dengan nilai cintakan bangsa dan negara malah perlu juga merasai
nilai cinta kepada masyarakat yang lain selain hidup saling lindung melindungi dan menjamin antara
satu sama lain. Minda mereka harus ditransformasikan untuk melihat diri masing – masing sebagai
bangsa Malaysia berbanding bangsa melayu, Cina dan India selain bangsa minoriti lain yang wujud
di Malaysia khususnya. Selain itu, melalui mata pelajaran Hubungan Etnik ini juga seseorang
individu dapat dididik dengan memahami perbezaan antara budaya, adat, pantang larang, tradisi,
agama, kepercayaan serta amalan sesuatu masyarakat dengan lebih khusus. Menurut Profesor Dr
Abdul Said Ambotang yang bertugas di Universiti Malaysa Sabah, pendidikan memainkan peranan
penting dalam memupuk perpaduan didalam konteks merapatkan jurang hubungan etnik disamping
pelaksanaan dasar Pendidikan yang berpusat dan bersepadu akan mengelakkan spekulasi negatif
tentang ketidakadilan sistem Pendidikan seterusnya nilai perpaduan itu akan jadi lebih utuh dan
kukuh dengan dasar Pendidikan yang sama rata untuk semua etnik.[ CITATION Amb19 \l 17417 ]
Bibliography
Ambotang, P. A. (2019, Jun 26). Penerapan Konsep Multi Etnik dalam kalangan Warga Sekolah.
Retrieved from Utusan Borneo Sabah: https://www.pressreader.com/malaysia/utusan-
borneo-sabah/20190626/page/8/textview
Ismail, P. D. (2019, May 22). Berita Harian. Retrieved from Berita Harian Online:
https://www.bharian.com.my/kolumnis/2019/05/566666/pendidikan-asas-penyatuan-
perpaduan-negara

Anda mungkin juga menyukai