Anda di halaman 1dari 2

JKA 513 Industrialisasi dan Perubahan Sosial Ujian 1

Arahan:
1. Jangan tukar apa-apa formatting dalam template ini.
2. Jarakkan satu baris untuk perenggan baharu.
3. Untuk mengira bilangan patah perkataan, select semua teks jawapan anda, klik Review >
Word Count dan masukkan angka untuk “Words” sahaja.
4. Simpan fail dengan menggunakan Nama Penuh (HURUF BESAR) anda sebagai nama fail.

NAMA PENUH: MOHD KHAIRULNIZAM BIN JOHAR


NO. MATRIKS JK/10346/14
NO. KP 871003526061
PUSAT WILAYAH KUCHING

No. Soalan: 2 Bilangan patah perkataan: 742

Perindustrian dianggap sebagai tiket atau kunci kepada pembangunan ekonomi sesebuah
negara. Malaysia antara negara yang berlumba lumba untuk memajukan sektor perindustrian
dan yang berkaitan untuk menarik pelabur asing melabur di sesebuah negara itu. Proses
perindustrian di Malaysia sudah sekian lama terjadi sejak tahun 1960an lagi. Seperti juga
dikebanyakkan negara membangun yang lain, pelbagai strategi , polisi dan juga perancangan
telahpun dilaksanakan, diubahsuai dan digunakan bagi meningkatkan pertumbuhan ekonomi
negara, pendapatan per kapita penduduk , taraf hidup, keseimbangan pendapatan dikalangan
pelbagai etnik, kesempurnaan dan keharmonian sosial, kestabilan politik serta keselamatan
negara. Dalam penjagaan kesihatan melalui aspek teknologi dapat dilihat biang kesihatan telah
berkembang pesat dan meningkat lalu memberikan sinar harapan kepada jutaan pesakit yang
menderita akibat penyakit kronik yang dihidapi. Dari sudut perubatan tradisional, penjagaan
kesihatan lebih memfokuskan terhadap penjagaan kesihatan yang lama namun segalanya telah
berubah ekoran daripada perubahan perindustrian dari segi teknologi yang pesat. Secara
umumnya, dari perspektif kesihatan perubatan saintis dan pakar kesihatan telah
menginovasikan teknologi penjagaan kesihatan dengan mencipta teknologi kesihatan yang lebih
moden bagi membantu petugas kesihatan ini dalam memberi rawatan kepada pesakit dan
pesakit juga boleh memilih kaedah rawatan penyakit yang akan mereka jalani sebagai contoh
kaedah MRI atau Magnetic Resonance Imaging yang merupakan kaedah penghasilan imej
organ dalaman manusia melalui penggunaan daya magnet yang kuat mengelilingi badan
manusia Teknologi yang terkini dalam konteks kesihatan seperti MRI dan sebagainya dimana
teknologi seperti ini mampu memberi kesan rawatan yang lebih cepat dan tepat kepada para
pesakit. Sesetengah penyakit kanser dapat juga diubati contohya dengan melalui kaedah sesi
kemoterapi yang ternyata menggunakan teknologi moden. Dalam penyataan Louis Pasteur
(1822 – 1895) ada membuktikan bahawa mikro organisme yang menyebabkan penyakit maka
kesan daripada penyakit itu maka terhasilah ubat ubatan yang moden seperti ciptaan ubat bius,
pil, asprin, vaksinisasi, cara pengoperasian pengendalian ubat dan sebagainya semasa

1
JKA 513 Industrialisasi dan Perubahan Sosial Ujian 1

revolusi perindustrian. Selain itu, dari segi aspek pekerjaan pula melalui konteks penjagaan
kesihatan dapat dilihat kesannya akibat dari perubahan teknologi kesihatan ini maka wujudnya
banyak peluang pekerjaan dari skop kesihatan dimana banyak hospital swasta diwujudkan bagi
menampung kesesakan pesakit di hospital kerajaan tetapi hospital swasta ini mengenakan
kadar caj yang mahal. Selain itu wujud daya saing dalam pekerjaan dimana disebabkan
kemajuan teknologi perubatan maka penggunaan tenaga manusia di sesuatu tempat agak
terhad dengan adanya bantuan teknologi moden. Manakala dari aspek penjagaan kesihatan,
pekerjaan dalam perindustrian ini khususnya bidang kesihatan ini sebenarnya mempunyai
risiko untuk mendapat kecederaan dan penyakit disebabkan mereka ini terdedah kepada
pelbagai hazard di tempat kerja mereka maka kini dengan wujudnya organisasi seperti
Jawatankuasa Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan maka tahap kesihatan pekerja dapat
dipantau bagi mengelak pekerja mendapat risiko kemalangan atau jangkitan dengan melakukan
aktiviti pencegahan penyakit yang menyeluruh di tempat kerja yang melibatkan ,majikan dan
pekerja dimana mereka ini perlu melaksanakan tanggungjawab masing masing. Jika dahulu
aspek kesihatan dalam skop pekerjaan ini kurang ditekankan maka sejak dari revolusi
perindustrian ini maka aspek kesihatan dalam skop pekerjaan ini amat ditekankan ini bagi
mewujudkan suasana pekerjaan yang sihat ditempat kerja disamping masing masing menjaga
kesihatan sebagai contoh kini di semua tempat tidak kira di industri apapun semuanya
mengamalkan prosedur menjaga kesihatan masing masing seiring dengan kesan penularan
wabak covid 19 ini dimana semua orang amat menitikberatkan kekuatan kesihatan masing
masing. Manakala dari aspek institusi kekeluargaan pula, penjagaan kesihatan amat
dititkberatkan kerana ia merangkumi beberapa aspek seperti fizikal, mental dan rohani. Dalam
aspek institusi kekeluargaan, penjagaan kesihatan harus dititikberat bermula pada usia muda
bagi mengelak pelbagai implikasi kesihatan yang boleh memudaratkan diri. Dari sudut keluarga
tradisional, yang melaksanakan peranan sebagai penjagaan kesihatan tidak banyak
menimbulkan masalah kepada keluarga atau penjaga kerana kebanyakkan keluarga nuklear
ini berada dalam lingkungan yang dekat. Selain itu, keluarga tradisonal juga kebanyakkan
wanita tidak bekerja secara formal, wanita dewasa seperi emak, kakak, adik perempuan ada
menyediakan penjagaan untuk ahli keluarga yang kurang berkemampuan. Dalam institusi
keluarga yang moden pula, terdapat struktur keluarga nuklear yang memfokuskan kepada ibu
bapa, suami isteri atau anak yang bujang adalah berbanding keluarga yang besar. Faktor utama
berlakunya perubahan itu adalah dengan meningkatnya jumlah wanita dalam mengikut
pekerjaan diluar rumah sebagai contoh penyanyi, model, setiausaha pejabat, Selain itu taraf
Pendidikan kaum wanita yang semakin meningkat atau tinggi, pekerjaan yang memerlukan
tenaga kerja wanita serta desakan hidup juga merupakan faktor yang mendorong kepada
perubahan penjagaan kesihatan dari aspek institusi kekeluargaan ini. Kesimpulannya revolusi
perindustrian bukan sahaja telah membentuk corak sosial yang baru malah turut mempengaruhi
amalan politik masyarakat sesebuah negara. Perubahan yang berlaku bukan sahaja dari aspek
ekonomi malah turut melibatkan aspek sosial yang akhirnya membawa ke era kemajuan.

Anda mungkin juga menyukai