Anda di halaman 1dari 23

BURUH WANITA DAN

DISKRIMINASI UPAH
Pengenalan

 Dalan kuliah ini kita akan menganalisis sebab-sebab


pemberian upah yang rendah kepada buruh wanita
India dalam sektor perladangan getah berbanding
buruh Cina.

 Meninjau keadaan sosio-ekonomi golongan pekerja


wanita di estet.

 Apakah persatuan yang diasaskan untuk


menyelesaikan masalah2 yang dihadapi oleh
golongna buruh wanita India.
Buruh Wanita India di Tanah Melayu

 Dalam konsep sejarah Annales, buruh-buruh dilihat


sebagai masyarakat bawahan atau kelas bawahan,
dapat dikesan bahawa adanya satu diskriminasi
terhadap golongan buruh apatha lagi buruh wanita.

 Kebanyakan sejarawan di Malaysia kurang


membuat kajian berkenaan buruh2 India dan lebih
menumpukan kepada kajian politik dan ekonomi
secara umum.
 Antara kajian berkenaan wanita di negara ini yang
telah dihasilkan adalah :

 Cheah Boon Kheng, “Di Belakang Tabir: Tinjauan


Sejarah tentang Peranan Wanita Melayu dalam
Politik Istana”.

 Dalam Kisah Pelayaran Abdullah, Munsyi Abdullah


menggambarkan sedikit kehidupan wanita Melayu
di Kelantan dan Trengganu yang melakukan
perniagaan kecil-kecilan menjual pakaian, makanan
dan sayur-sayuran di pasar.
 James Warren, Lai Ah Eng dan George Wicks,
membuat kajian terperinci tentang wanita Cina.

 Kajian Warren merupakan kajian yang khusus


tentang pelacuran dalam kalangan wanita dan
Jepun di Singapura dari tahun 1870 hingga 1940.
Satu kajian yang mengkaji kehidupan seharian dan
suka-duka wanita yang terlibat dalam kegiatan
pelacuran. Warren, Ah Ku dan karayuki: Prostitution
in Singapore.

 George Hicks mengkaji kehidupan wanita Cina yang


dijadikan pelacur untuk menghiburkan para askar
Jepun.
Kajian Wanita Cina melebihi Wanita India
 Kajian mengenai wanita India di Tanah
Melayu/Malaysia adalah amat kurang dan kebanyakan
kajian lebih menumpukan kepada kaum wanita Cina
dan India.

 Kajian mengenai wanita India hampir kekosongan.

 Antara yang telah menulis sejarah wanita India di


kawasan perladangan adalah Michael Stenson, Class,
Race and Colonialism in West Malaysia.

 R.K. Jain pula memberi kisah kehidupan orang2 India di


estet Pal Melayu, Perak dan membicarakan kehidupan
wanita di estet.
Kedatangan Imigran wanita India ke Tanah
Melayu
Buruh wanita menyusun biji benih getah untuk ditanam
Bilangan Wanita Buruh India di Tanah Melayu
1911-1957

 Pada tahun 1911, terdapat 40, 600 wanita buruh


India di negeri-negeri Melayu Bersekutu.

 Manakala 1921, terdapat 60, 285 buruh wanita


 1931 – 69, 409
 1947- 73, 550
 1957 – 72, 494

 Pada 1931, 63, 550 buruh wanita India bekerja di


ladang getah.
Indian Women Labourers
Penoreh getah Melayu
Buruh-buruh Wanita dan lelaki India –
Mengandar Susu Getah

https://www.youtube.com/watch?v=5iTz9yN4
v4k
https://www.youtube.com/watch?v=rCuJioeA
https://www.youtube.com/watch?v=VbyqBlsb
yx4&t=16s
nSQ&t=97s
Mengapakah Gaji Buruh Wanita India kurang
daripada Wanita Cina
 Tanggapan British terhadap buruh wanita India adalah
rendah dari pekerja lelaki India dan wanita Cina.

 Walaupun wanita buruh India memberi sumbangan


seperti kaum lelaki tetapi pihak majikan mahupun
kerajaan tidak menganggap buruh wanita sebagai satu
kumpulan yang penting. Mengapa?

 British tidak menganggap buruh wanita sebagai tenaga


buruh utama tetapi sebagai hanya pembantu atau
status “dependants” kepada buruh lelaki atau sebagai
pekerja sokongan.
 Dependants bererti bergantung kepada kaum lelaki.
Wanita India tidak digalakkan berimigrasi secara
individu khasnya dengan Akta Emigrasi 1922 di mana
wanita India tidak dibenarkan masuk ke Tanah Melayu.

 Wanita harus diiringi oleh ibubapa atau ahli keluarga


lelaki. Maka wanita yang datang dianggap berada di
naungan lelaki. (Noeleen Heyzer, Working Women in
Southeast Asia).

 Dalam keadaan di mana wanita dilihat sebagai


dependants, diskriminasi dari segi pekerjaan dan upah
telah dijustifikasikan.

 Justeru, wanita diberi kerja yang dianggap tidak mahir


dan gaji yang kurang berbanding pekerja lelaki India.
Buruh wanita India dilihat sebagai Casual workers

 Buruh wanita India dilihat sebagai dependants juga


dilihat sebagai pekerja lapang (field workers) separuh
masa.

 Ramai penoreh wanita dianggap sebagai pekerja


sampingan (casual workers). Sebab itulah mereka
dibayar mengikut jam seharian dan bukan gaji sepenuh
masa. (Mengambil masa untuk pulang ke rumah untuk
masak dan kembali ke ladang).

 Buruh wanita bukan sahaja mendapat upah rendah


tetapi mereka menjadi orang pertama dibuang kerja
apabila tenaga buruh di estet perlu dikurangkan.
 Penoreh wanita sepenuh masa juga dibayar upah
yang rendah. Antara sebab yang diberikan majikan
ialah:

 1. Jumlah susu getah yang dikumpul adalah sedikit


 2. Keadaan fizikal wanita tidak kuat

 Alasan2 yang tidak munasabah ini diamalkan sejak


zaman pekerja kontrak India pada 1870-an hingga
1950-an. (Raj Sekhar Basu, Nandanar's Children…,
2011).
Kedudukan Wanita Buruh Dalam Hirarki Sosial

 Organisasi perladangan merupakan satu sistem hirarki


sosial yang ketat dan tidak boleh diubah. Sistem
organisasi seperti ini menjadi ciri utama kesemua
kawasan perladangan di Tanah Melayu.

 Dalam hirarki sosial ladang, buruh wanita hanya diberi


kerja seperti penoreh atau tukang sapu/pembersihan
(cleaner).

 Oleh kerana kedudukan yang rendah, wanita


menghadapi diskriminasi dari berbagai segi di tempat
kerja mahupun di rumah. Mereka dijadikan tenaga
buruh yang tidak mahir dan murah.
Teori Subordinasi Wanita dalam Kapitalisme

 Wanita India membentuk 50% tenaga kerja di estet


tetapi mereka dilayan dengan tidak adil. Kerja rumah
dan ladang dikendalikan oleh buruh wanita. Lebih 12
jam wanita bekerja. Manakala lelaki bekerja 9 jam
sehari.

 Dalam sistem kapitalisme, wanita dilihat sebagai


tenaga pekerja tidak mahir dan murah walaupun
sumbangan mereka besar seperti menoreh getah,
menggali dan membina parit, mencabut lalang,
membersihkan kelodak dll lagi.

 Buruh wanita India dilihat sebagai kurang produktif dan


menjadi sumber diskriminasi golongan borjuis yang
mengutamakan keuntungan dari ladang dan bukannya
keuntungan para proletariat wanita.
Mengapakah Buruh Wanita India Diketepikan
Hak Ekonominya

 Dalam sistem kapitalisme, golongan buruh wanita tidak


berpeluang menaiki hirarki yang ditetapkan untuk
mereka.

 Tugas2 Kangany atau Ketua Buruh hanya diberikan


kepada buruh lelaki walaupun wanita membentuk 50%
tenaga kerja di estet.

 Tradisi budaya India yang melayan isteri sebagai


pekerja rumah yang harus tunduk kepada suami.

 Buruh wanita India tiada wakil atau persatuan untuk


mempertahankan hak-hak sosioekonomi di ladang.
Tiada undang-undang Melindungi
Hak Buruh Wanita
 Kerajaan British di India dan Tanah Melayu
bertanggungjawab dan memainkan peranan
penting dalam membawa masuk dan seharusnya
menjaga kebajikan pekerja.

 Berbagai akta dan undang2 diluluskan untuk


melindungi hak pekerja antaranya ialah Kod Buruh
1912 dan 1923.

 Secara amalannya, undang2 British di Tanah


Melayu dilaksanakan secara berat sebelah dan
kebajikan pekerja terjejas.
Kad Semakan dan Mobiliti Buruh Disekat

 Mengikut Kod Buruh 1912, para buruh boleh mencari


pekerjaan lain di mana upahnya lebih lumayan.

 Para pekerja wanita mahupun lelaki bebas untuk


mengubah tempat pekerjaan tetapi secara praktisnya
dikekang oleh British yang memperkenalkan Kad
Semakan untuk menghalang para buruh mencari
kehidupan yang lebih menguntungkan.

 Pihak majikan British berpakat untuk tidak mengupah


pekerja2 yang meninggalkan estet untuk mencari kerja
di estet lain kerana British kena menanggung kos
perbelanjaan perjalanan para buruh baru.
 Pandangan pihak kerajaan dapat dilihat daripada
surat Kontroller Buruh kepada Setiausaha
Kerajaan,

 “ Labour Code 1912 provides that a labourer can


leave an employer after a month’s notice, no person
can be compelled to engage a labourer who is
seeking employment and it is quite lawful for
employers to agree among themselves to the
conditions on which they will engage such
labourers.”

 Jelaslah bahawa seseorang buruh ladang sukar


untuk memperbaiki diri dari segi ekonomi. Dalam
hal ini keadaan buruh wanita lebih buruk dari lelaki.
Bersambung

Anda mungkin juga menyukai