Anda di halaman 1dari 28

ORANG INDIA DAN PKM DI TANAH MELAYU DENGAN RUJUKAN KEPADA KES GANAPATHY DAN SAMBASIVAM

Azharudin Mohamed Dali

Pengenalan Parti Komunis Malaya yang ditubuhkan pada 1928 merupakan sebuah organisasi terancang yang mempunyai perancangan teliti dalam usaha mencapai objektif mereka iaitu menubuhkan Republik Komunis Malaya. Meskipun sejak penubuhannya, PKM didominasi oleh orang Cina, namun dalam kajian serta pendedahan terbaru didapati bahawa orang Melayu turut mengganggotai perjuangan PKM. Nama-nama seperti Shamsiah Fakeh, Abdullah C. D, Rashid Mydin dan sebagainya merupakan antara tokohtokoh utama komunis Melayu yang menganggotai Rejimen ke-10. 1 Dalam hal ini, pengetahuan kita mengenai orang Cina dan Melayu dalam PKM dirasakan telah agak mendalam, namun pengetahuan kita mengenai orang India dalam PKM masih sangat kecil. Tidak banyak kajian mengenai hal ini, malah dalam buku-buku mengenai PKM yang sedia ada sekalipun, pembabitan orang India sangat jarang disentuh. Melihat keadaan ini, maka wujud satu persoalan, wujudkan pembabitan orang India dalam PKM? Jika wujud setakat manakah pembabitan mereka dan jika tidak mengapakah hal itu boleh berlaku? Bab ini cuba untuk meneliti pembabitan orang India dalam PKM serta cuba menjawab persoalan-persoalan yang dibangkitkan. Selain itu, bab ini juga akan cuba meneliti pembabitan antara orang India dan PKM melalui beberapa kes terpilih berdasarkan sumber-sumber primer dan sekunder. Seorang pengkaji Darurat, Ho Hui Ling, ketika menyentuh mengenai pembabitan orang India di dalam PKM menyebut , Oleh sebab sebahagian besar komunis berketurunan Cina dan sangat sedikit orang Melayu dan India yang terlibat, sudah tentulah ini menggambarkan kurangnya sokongan orang Melayu dan India terhadap gerakan tersebut. Namun begitu komunis sedar bahawa kerjasama daripada orang India dan Melayu penting dalam perjuangan mereka.
1

Lihat kajian yang dilakukan oleh Mahmud Embong, Perkembangan Rejimen ke-10 Melayu, Parti Komunis Malaya 1949-1989, Tesis Kedoktoran, Jabatan Sejarah, Universiti Malaya, 2009.

Ini dapat dilihat dalam dokumen komunis yang dirampas di Johor pada Ogos 1949. Antara lain, dokumen itu menyatakan, with out them we cannot succeed, without them victory will not be ours. 2 Meninjau lebih dalam mengenai hal ini, usaha untuk mendapatkan sokongan orang Melayu dan India ini sebenarnya telahpun menjadi agenda PKM sejak sekurangkurangnya tahun 1933 lagi. Dalam satu keputusan yang dicapai dalam satu persidangan pada 1933, beberapa ketetapan yang mempunyai perkaitan dengan orang Melayu dan India telah diputusakan termasuklah menulis dan mengedarkan propaganda dalam bahasa Melayu dan Tamil; usaha untuk membuat hubungan dengan Parti Komunis India; Kesatuan Melayu Petani harus ditubuhkan dan usaha untuk memberikan latihan kepada orang Melayu dan India harus digiatkan lebih cergas. 3 Perkara ini terus diulangi pada tahun 1934 melalui Komiti Pusat (Central Committee) yang menekankan pentingnya untuk mengiatkan propaganda terhadap orang Melayu dan India. 4 Meskipun demikian, bolehlah dikatakan bahawa hubungan antara aktiviti buruh India dan PKM di sepanjang 1930-an masih bersifat terhad dan ia terus menjangkau hingga menjelang perang. Leong Yee Fong dalam mengulas hal ini mengatakan; Consequently, MCP contacts with Indian labour remained insignificant throughout the 1930s. Even at the height of Indian labour unrest and srikes in Klang in 1941, there was little evidence of communist influence except for R. K. Thangaiah, the only Indian communist identified to be involved in the organisastion of strike committees, and R. H. Nathan who attempted to establish contacts with a communist-controlled organisastion, the Selangor Manufacturing Labourers Association. An official source pointed out that the Selangor Local Committee of the MCP was reprimanded for failing to give assistance to the Indian state labourers during the Klang strikes in 1941. 5 Kenyataan ini agak penting untuk diulas kerana sebagaimana yang akan disebutkan dalam perbincangan ini, R. H. Nathan iaitu antara tokoh yang terbabit secara langsung dalam insiden yang berlaku di Klang pada 1941 adalah seorang komunis yang dihantar
2

Ho Hui Ling, Darurat 1948-1960: Keadaan Sosial di Tanah Melayu, Kuala Lumpur: Penerbit Universiti Malaya, 2004, hlm. 5. 3 Tai Yuen, Labour Unrest in Malaya 1934-1941, Kuala Lumpur: Institute of Postgraduate Studies and Research, University of Malaya, 2000, hlm. 25 4 Ibid., hlm. 37. 5 Leong Yee Fong, Labour and Trade Unionism in Colonial Malaya, Pulau Pinang: Penerbit Universiti Sains Malaysia, 1999, hlm. 54-55.

oleh Parti Komunis India. Oleh yang demikian, untuk mengatakan bahawa komunis tidak terbabit dalam hal ini adalah agak mustahil. Berkemungkinan, kerana kurangnya sokongan dari PKM mahupun anggota-anggota komunis Cina dalam insiden ini telah menyebabkan Leong Yee Fong mahupun sumber-sumber yang dirujuknya mengatakan bahawa komunis tidak terbabit secara aktif dalam mogok di Klang itu. Namun dari sudut ideologi, komunis dan sosialis telah meresap masuk di kalangan orang India sejak awal, namun tidak menonjol kerana komunis di Tanah Melayu disifatkan sebagai aktiviti masyarakat Cina. 6 Dalam masa yang sama, harus juga difahami senario yang dilalui dan dialami oleh masyarakat India di Tanah Melayu dalam tempoh selepas Perang. Dr. Ho Hui Ling mengatakan: Masyarakat India pula tidak berminat dengan politik tempatan, memandangkan tujuan mereka datang ke Tanah Melayu adalah untuk mencari kekayaan dan balik semula ke negara asal mereka. Lebih-lebih lagi, kehidupan kebanyakan orang India dihadkan di estet getah yang merupakan tempat mereka mencari nafkah sehingga pendedahan mereka kepada perkembangan di luar estet amat kurang. Namun demikian, sebelum Undang-undang Darurat diperkenalkan, ada di kalangan mereka yang menjadi pekerja estet diugut supaya mengambil bahagian dalam mogok yang dianjurkan oleh komunis. 7 Mengulas mengenai hal ini, dua perkara harus disentuh. Pertama, realiti bahawa pembabitan orang India dalam PKM agak terhad kerana fokus utama mereka adalah mengumpul kekayaan sebelum balik semula ke India, dan kedua, aktiviti mogok yang kerapkali dilakukan oleh kesatuan-kesatuan buruh didalangi oleh komunis dan terdapat kemungkinan pembabitan buruh-buruh adalah tidak secara sukarela sebaliknya kerana takut dengan tindak balas pihak komunis kepada mereka. Hal ini merupakan satu perkara penting kerana di kebanyakan perbincangan mengenai kesatuan sekerja terutama dalam tempoh selepas perang sehinggalah ke zaman Darurat, tidak disentuh langsung mengenai ketakutan terhadap tindak balas komunis di kalangan buruh hingga menyebabkan mereka terpaksa terbabit dalam tindakan mogok. Tidak juga disebutkan bahawa pembabitan mereka dalam mogok sekadar terpengaruh dengan hasutan dan janji-janji pihak komunis
6

Lihat Zakaria Hj Ahmad dan Zakaria Hamid, Violence at the Periphery: A Brief Survey of Armed Communism in Malaysia, dlm. Lim Joo-Jock and Vani S., Armed Communist Movements in Southeast Asia, Hampshire: Gower Pub., 1987, hlm. 58-60. 7 Ho Hui Ling, Darurat 1948-1960: Keadaan Sosial di Tanah Melayu, hlm. 5.

melalui kesatuan-kesatuan sekerja. Menyentuh mengenai hal ini, Lucian W. Pye menyebut bahawa jika dibandingkan dengan orang Cina yang datang ke Tanah Melayu melalui sistem yang tidak formal, kehadiran orang India pula berbentuk formal yang dikawal oleh kerajaan. Keadaan ini telah mempengaruhi sikap orang India terhadap suasana tempatan. Ketika orang Cina telah mengalami transformasi besar dari kalangan buruh lombong kepada masyarakat bandar yang terbabit dalam aktiviti perniagaan dan komersil, orang India tetap kekal sebagai buruh di kawasan perladangan. Menyatakan lebih lanjut, Lucian W. Pye mengatakan, Thus the Indian immigration arrived with a far more positive orientation towards the government than was the case with the Chinese. They tended to look to legal authority for guidance and advice and to the government for protection form their informal leaders and compatriots. 8 Selain dari golongan buruh ladang, sebahagian masyarakat India pula terdiri dari kalangan kelas pertengahan yang berpendidikan Inggeris dan memegang jawatan di dalam sistem pentadbiran kerajaan. Hasil dari pengalaman mereka di India mereka dapati bahawa dalam berurusan dengan pihak British, salah satu hal yang perlu diberikan perhatian adalah tindakan melalui undang-undang kerana pihak British akan menentang segala bentuk tindakan yang dianggap menyalahi undang-undang. Keadaan ini pastinya berbeza dengan kalangan orang Cina yang melalui pengalaman yang berbeza dalam menghadapi pihak British. Berdasarkan pengalaman China, mereka melihat bahawa pihak British merupakan musuh yang harus ditumpaskan. Kesan-kesan dari pembabitan British di negara China turut menjadi panduan dalam melihat hubungan antara orang Cina dan British di Tanah Melayu. Berdasarkan keadaan ini, maka orang India sebagaimana orang Melayu mempunyai persepsi bahawa aktiviti PKM merupakan aktiviti orang Cina. Orang Melayu dan India yang menyertai PKM dilihat sebagai outcast dan menongkah arus dari pegangan majoriti. 9 Keadaan inilah yang mempengaruhi pembabitan orang India dalam PKM. Dari sudut yang lain, kurangnya

Lucian W. Pye, Guerilla Communism in Malaya: Its Social and Political Meaning, Princeton: Princeton University Press, 1956, hlm. 56. 9 Ibid., hlm. 57.

pembabitan orang India dalam PKM juga disebabkan lemahnya jentera PKM dalam usaha merekrut orang India serta orientasi politik PKM yang dilihat bersifat pro-China. 10 Menyedari bahawa aktiviti PKM kian sengit di kawasan-kawasan estet, undangundang pencerobohan telah dikuatkuasakan oleh pihak British di Tanah Melayu dalam usaha menyekat penyebaran pengaruh komunis di kalangan masyarakat. Oleh kerana PKM turut terbabit secara langsung dalam kesatuan dan pergerakan buruh, maka sekatan dikenakan kepada mana-mana anggota yang dikatakan mempunyai kaitan dengan kegiatan ini dari memasuki kawasan estet. Ini bermakna, kawasan estet menjadi kawasan kurungan dimana orang luar tidak dibenarkan masuk sesuka hati. Ia seolah-olah sebuah kampong baru yang diperkenalkan oleh pihak British dalam menyekat fahaman komunis di kalangan orang Cina. Beberapa kes mengenai pembabitan orang India di Tanah Melayu seperti S. A. Ganapathy dan Sambasivam akan menjadi fokus perbincangan dalam kertas ini. Latar belakang pembabitan Ganapathy boleh dirujuk sekurang-kurangnya sejak era Perang Dunia Kedua. Dalam tempoh ini, Tanah Melayu yang telah berjaya dikuasai oleh Jepun telah menjadi pusat gerakan kemerdekaan India melalui Indian Independence League (IIL) dan Indian National Army (INA). Sambutan dari masyarakat India di Tanah Melayu sememangnya sangat luar biasa terutama selepas kehadiran Subhas Chandra Bose ke Tanah Melayu pada penghujung 1943. Walau bagaimanapun kekalahan Jepun dalam siri peperangan di sempadan India-Burma termasuk di Imphal telah menghancurkan INA dan IIL. Ramai dari kalangan orang India yang terbabit dalam kerjasama dengan Jepun telah diambil tindakan oleh pihak British apabila kembali ke Tanah Melayu. Walau bagaimanapun, oleh kerana kerajaan India yang sedang dalam proses menjadi negara merdeka telah memperakukan sumbangan INA dan IIL, maka tindakan yang keras tidak dapat dilaksanakan oleh British dan sebahagian dari pemimpin INA dan IIL telah diserapkan dalam kerajaan India telah menyebabkan keadaan vakum dalam kepimpinan masyarakat India di Tanah Melayu. Keadaan ini telah meninggalkan bekas-bekas kader INA yang berada di Tanah Melayu mengambil ruang untuk mengisi kekosongan tersebut. Pengalaman yang mereka perolehi semasa bekerjasama dengan

10

Leong Yee Fong, Labour and Trade Unionism in Colonial Malaya, Pulau Pinang: Penerbit Universiti Sains Malaysia, 1999, hlm. 54.

Jepun telah sedikit sebanyak mengubah pandangan politik mereka. Selain itu, oleh kerana sebahagian besar mereka terdiri dari kalangan buruh, maka mudah sahaja mereka terbabit denga kesatuan dan pergerakan buruh. Kelahiran Pan-Malayan Federation of Trade Unions (PMFTU), National Union of Plantation Workers (NUPW) dan sebagainya adalah digerakkan oleh golongan ini. Keadaan inilah yang menyebabkan mereka kemudiannya secara mudah terjebak dalam gerakan kiri dan komunisme. The sudden ending of the Japanese occupation had resulted in a large number of ex-INA members who found themselves not only unemployed but also on the margin of political events in postwar Malaya. They turned to the organization of trade unions as a means of re-establishing their influence and power over the massesThe ex-INA labour leaders were politically motivated and were concerned with instigating the labourers to challenge the estate management. 11

Ganapathy Ganapathy dilahirkan pada 1917 di Madras dan datang ke Tanah Melayu pada 1929 sewaktu berusia 12 tahun. Beliau memperolehi pekerjaan di Singapura dan pada 1939 beliau menyertai PKM. 12 Ini bermakna Ganapathy telah sedia mempunyai hubungan dengan PKM sejak sebelum perang. Walau bagaimanapun ketika zaman pendudukan Jepun, beliau tidak bersama-sama dengan PKM dalam perjuangan mereka menentang Jepun di dalam hutan, sebaliknya menyertai INA. Beliau menjadi guru di sekolah Azad Hind. Dalam mengenang hal ini Abdullah C. D. menyebut, Kawan Ganapathy memimpin kerja bawah tanah massa India telah menyusup ke dalam Cabang Malaya daripada Tentera Nasional India (INA) pimpinan Subhas Chandrabos [sic] yang berjuang untuk kemerdekaan India. 13 Hubungan beliau dengan PKM bermula semula selepas perang apabila diminta untuk menubuhkan GLU. PKM merasakan bahawa GLU akan membantu perjuangan mereka terutama dalam hal-hal berkaitan dengan buruh. Ini bermakna, pandangan yang mengatakan bahawa penubuhan GLU semata-mata untuk menjaga kepentingan buruh tanpa ada agenda-agenda lain adalah tidak benar. Ganapathy kemudiannya telah dilantik sebagai Presiden PMFTU pada bulan Januari 1947 ketika
Ibid., hlm. 146 CO 537/4770, Telegram dari Sir Henry Gurney ke Pejabat Tanah Jajahan, 2nd May 1949. Lihat juga K. Anbalakan, Identiti India di Malaysia, Pulau Pinang, Universiti Sains Malaysia, 2008, hlm71 13 Memoir Abdullah C. D.: Perjuangan di Sempadan dan Penamatan Terhormat (Bahagian Ketiga), Petaling Jaya: SIRD, 2009, hlm. 91.
12 11

berusia 30 tahun dan mengerakkan berbagai aktiviti mogok di kalangan pekerja. PMFTU dikatakan mempunyai 400,000 orang ahli dan memainkan peranan penting dalam gerakan buruh berbagai kaum di Tanah Melayu. Ia juga menjadi organisasi buruh yang terkuat dan terbesar di Tanah Melayu ketika itu. 14 Pada bulan Mac 1947, Ganapathy mewakili Tanah Melayu dalam Persidangan Perhubungan Asia (Asian Relations Conference) yang diadakan di New Delhi. 15 Beliau hadir ke New Delhi bersama Abdullah C. D. bagi mewakili PMFTU dalam persidangan tersebut. Persidangan yang lebih disifatkan sebagai persidangan anti-kolonial ini turut dihadiri oleh Miau Siau yang juga mewakili PMFTU dan Dr. Burhanuddin Al-Helmy dan Salleh Daud yang mewakili PKMM. 16 Matlamat utama persidangan ialah untuk menggabungkan kekuatan menentang imperialisme dan kolonialisme serta merebut kemerdekaan oleh negara-negara Asia. 17 Abdullah C. D. menyebutkan pengalaman tersebut seperti berikut, Rombongan kami tiba di New Delhi dengan mendapat sambutan hangat dan istimewa. Beribu-ribu orang yang sebahagiannya adalah penyokong Subhas Chandra Bose, anggota Parti Komunis India menyambut kami. Sambutan ini juga ditujukan kepada Ganapathy. Beliau disanjung sebagai pahlawan Perang Anti-Fasis dan pejuang kemerdekaan IndiaBerita ketibaan rombongan kami dan Ganapathy telah disiarkan secara besarbesaran oleh akhbar-akhbar India. 18 Meskipun demikian, sambutan hebat yang diberikan kepada Ganapathy adalah sematamata kerana beliau terbabit dalam INA dan menjadi setiausaha Subhas Chandra Bose. Ia tidak ada kena mengena dengan perjuangan Ganapathy sebagau tokoh buruh di Tanah Melayu. Hal ini disebut sendiri oleh Abdullah C. D. yang mengatakan bahawa dalam satu pertemuan dengan beberapa pihak di India, Ganapathy telah diminta untuk membuat ucapan mengenai pembabitan beliau dengan INA, dan bukannya hal-hal berkaitan dengan

Memoir Abdullah C.D.: Zaman Pergerakan Sehingga 1948, hlm. 153-154. CO 537/4770, Setiausaha Kerajaan Tanah Melayu kepada Pejabat Tanah Jajahan, 5 May 1949. Untuk melihat secara lengkap nama-nama peserta dari Tanah Melayu yang menyertai persidangan ini, lihat juga Mohd Salleh Daud, Memoir Bukan Seorang Konformis, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 1998, hlm. 77. 16 A Merdeka Salute to Martyr S. A. Ganapathy!, http://jameswongwingononline.blogspot.com/2006/08/merdeka-salute-to-martyr-sa-ganap, diases pada 11 Ogos 2009. 17 Memoir Abdullah C.D.: Zaman Pergerakan Sehingga 1948, hlm. 239. 18 Ibid., hlm. 240.
15

14

kemerdekaan Tanah Melayu ataupun perjuangan buruh. 19 Hal ini merupakan perkara penting kerana di India, Ganapathy dilihat sebagai tokoh pejuang kemerdekaan India dan bukan tokoh pejuang Tanah Melayu. Malah ketika itu, sentimen mengenai INA masih sangat kuat di India, maka tidak hairanlah sekiranya kehadiran Ganapathy disambut dengan kalungan bunga.

S. A. Ganapathy 20 Pada tahun 1948, Ganapathy telah diserapkan sebagai anggota kanan PKM yang bertanggung jawab dalam mengetuai PKM bahagian India. 21 Beliau juga bertanggung jawab menjadi editor akhbar Tamil, Munani yang dibiayai oleh PKM. 22 Pembabitan beliau dengan komunisme di Tanah Melayu sejak era sebelum perang sebenarnya telah membolehkan beliau mempunyai kredibiliti yang sangat dihormati oleh PKM, maka tidak hairanlah sekiranya beliau boleh dilantik menerajui PMFTU yang pastinya menerima kebenaran dan lampu hijau dari PKM. Beliau juga disifatkan dipengaruhi oleh aktiviti-

Ibid. Di ambil dari Memoir Abdullah C. D: Zaman Pergerakan Sehingga 1948 (Bahagian Pertama), Petaling Jaya: SIRD, 2005, hlm. 21 K. Anbalakan, Identiti India di Malaysia, hlm. 82 22 Rajeswary Ampalavanar, The Indian Minority and Political Change in Malaya 1945-1957, Kuala Lumpur: Oxford University Press, 1981, hlm. 48.
20

19

aktiviti terrorisme di India 23 dalam tempoh sebelum perang hingga memungkinkan beliau terbabit dalam PKM serta kemudiannya menyertai INA yang disifatkan sebagai sebuah organisasi aktif dalam usaha menjatuhkan British. Matlamat politik dan ekonomi merupakan sikap utama yang dipegang oleh Ganapathy ketika menentang British dalam era selepas perang. Beliau mengatakan bahawa perjuangan mengunakan perlembagaan demokrasi turut merupakan perjuangan untuk mendapat kehidupan yang lebih baik, untuk pakaian, untuk makanan. 24 Ini bermakna, perjuangan Ganapathy lebih bersifat perjuangan untuk mendapatkan satu bentuk kehidupan yang lebih sempurna terutama bagi orang India dan PKM dilihat mampu memberikan ruang tersebut. Sikapnya yang mementingkan perubahan sosioekonomi telah menyebabkan beliau mengasingkan diri dari PKM buat seketika apabila PKM berubah menjadi sebuah parti yang hanya memperjuangkan aspek politik sematamata. Namun demikian, beliau kembali bersama PKM ketika darurat diisytiharkan pada tahun 1948. 25 Ganapathy telah berjaya ditangkap oleh pihak British pada bulan April 1949 atas tuduhan membawa senjata api serta membantu pihak PKM dalam perjuangan mereka. Beliau juga dikatakan menghadiri sebuah mesyuarat PKM di Johor dalam bulan November 1948 dalam meracang membunuh seorang kerani estet berketurunan Ceylon yang bermasalah dengan kalangan buruh dari kalangan Tamil. 26 Menurut fakta yang dilaporkan ke Pejabat Tanah Jajahan di London, urutan peristiwa penangkapan Ganapathy adalah seperti berikut; At the outbreak of violence in June 1948, he disappeared. He was found on a rubber estate near Rawang, Selangor on the 1st March 1949 by a manager and a party of police, showed fight, and grabbed a pistol at his belt. After a short struggle he was overpowered, and the pistol was found to be loaded with six round of ammunition. 27 Ganapathy kemudiannya dibicarakan di bawah undang-undang darurat dan akan dijatuhkan hukuman mati sekiranya sabit kesalahan. Beliau telah dihadapkan ke Mahkamah di hadapan hakim dan dua penilai dimana salah seorang penilai adalah
23 24

Ibid. Ibid. 25 Ibid. 26 Ibid., hlm. 49. 27 CO 537/4770, Setiausaha Kerajaan Tanah Melayu kepada Pejabat Tanah Jajahan, 5 May 1949

berketurunan India. Kedua-dua penilai mendapati Ganapathy bersalah, namun membuat rayuan di Mahkamah Rayuan. Walau bagaimanapun, Mahkamah Rayuan menolak rayuan Ganapathy, malah Sultan Selangor dan Ahli Majlis Kerajaan juga menolak untuk meringankan hukuman terhadap Ganapathy. 28 Dalam rayuannya Ganapathy menjelaskan bahawa revolver yang dimilikinya diberikan oleh seorang kawan Cina yang tidak dikenalinya. Beliau juga berhasrat untuk menyerahkan senjata tersebut kepada pihak berkuasa. Walau bagaimanapun cerita Ganapathy ini tidak diterima oleh mahkamah. 29 Fakta yang menjelaskan bahawa Ganapathy pernah terbabit dalam INA juga tidak banyak membantu beliau. Ini kerana, ketika Perang Dunia Kedua, INA dilihat bersifat antiBritish dan berhasrat untuk membebaskan India dari penjajahan British. Ini bermakna, rekod Ganapathy sebagai instructor dalam INA dengan sendirinya dilihat sebagai rekod buruk dari sudut pandangan British. Dalam keadaan ini, Ganapathy dari kaca mata British adalah a well known communist organizer, who had been missing for nine months after the outbreak of violence in Malaya and who when eventually found, try to use arms in his possession in resistence to arrest. 30 Berdasarkan hakikat ini, maka kita dapati bahawa perjuangan orang India ketika zaman peperangan Dunia Kedua melalui INA dan IIL sebenarnya turut mempengaruhi perkembangan yang berlaku selepas perang di Tanah Melayu. Ganapathy merupakan satu contoh yang ketara. Walau bagaimanapun, dalam konteks yang lebih luas, didapati bahawa pengaruh Subhas Chandra Bose ketika memimpin INA yang menyemai pengetahuan politik kepada anggota-anggota INA menjadi ilmu yang sangat diperlukan oleh orang India selepas perang. Sebahagian dari mereka telah menerima ideologi yang diperjuangkan oleh PKM. Laporan British dalam hal ini menyatakan, the younger Indian community has however subscribed MCP doctrines and has set up a party known as the Indian Democratic League (IDL) which is closely affliated to the MCP and subscribes to its eight-points. 31 Dalam hal ini, maka adalah jelas bahawa terdapat sebahagian orang India di Tanah Melayu seperti Ganapathy yang menerima doktrin PKM dan seterusnya bersama dengan parti itu selepas perang.
Ibid. CO 537/4770, Surat dari Henry Gurney kepada Pejabat Tanah Jajahan, 2 May 1949. Lihat juga S. A. Ganapathy, dlm. http://en.wikipedia.org/wiki?S._A._Ganapathy diases pada 11 Ogos 2009. 30 CO 537/4768, Surat dari Setiausaha Tanah Jajahan kepada Henry Gurney, 14 Mei 1949. 31 WO 203/5650, The Indian Problem in Malaya, Headquaters Supreme Allied Commander Southeast Asia, 14 Disember 1945.
29 28

10

Selain itu, jelas juga didapati bahawa pengaruh INA dan IIL dalam membuka pemikiran politik masyarakat India ketika era Perang Dunia Kedua mempunyai perkaitan langsung dengan aktiviti mereka selepas perang. Dalam usaha untuk memastikan kes Ganapathy menerima perhatian pihak kerajaan, Kesatuan-kesatuan Sekerja telah mengadakan mesyuarat di Singapura pada 1st Mei 1949. Mesyuarat ini memutuskan agar perkhidmatan Ganapathy sewaktu aktif dalam kesatuan sekerja haruslah diambil kira dalam memutuskan hukuman ke atas beliau. 32 Di sebalik protes yang kuat di kalangan masyarakat Tamil di Tanah Melayu serta usaha kerajaan India melalui Jawaharlal Nehru untuk sekurang-kurangnya menagguhkan hukuman mati yang dijatuhkan ke atas Ganapathy tidak dilayan oleh pihak British. Ganapathy akhirnya digantung pada 4 Mei 1949 di Penjara Pudu. Dalam melihat perlaksanaan hukuman ini, Nehru dikatakan melahirkan rasa kecewanya terhadap sikap angkuh yang ditunjukkan oleh British dalam menangani isu Ganapathy sementara Alec Newboult, Ketua Setiausaha Persekutuan Tanah Melayu menyatakan bahawa keadilan telah ditegakkan dengan hukuman tersebut. 33 Menyentuh mengenai hal ini, Abdullah C. D. dalam memoirnya mengatakan hal berikut: Ganapathy adalah seorang pejuang peringkat internasional yang ulung yang pernah bersama-sama saya bergerak dalam PKM untuk usaha kemerdekaan tanah air. Yang teristimewanya ialah beliau dua kali dihukum gantung. Kali pertama semasa Perang Dunia Kedua oleh kaum fasis Jepun. Akan tetapi kerana kekalahan Jepun secara mendadak, maka beliau tidak sempat digantung. Kali kedua pada masa Perang Pembebasan Nasional Anti-British. Beliau memasuki perjuangan bersenjata anti-British setelah darurat diisytiharkan. Akan tetapi beliau tertangkap oleh penjajah lalu dijatuhi hukuman gantung. 34 Menyelusuri peristiwa ini lebih dalam, usaha untuk menangguhkan hukuman mati terhadap Ganapathy telah dilakukan hingga di saat akhir. Malah ketika hukuman mati dilakukan di sebelah paginya, Setiausaha Kerajaan Tanah Melayu telah menulis sepucuk surat mengenai asas-asas rayuan dari kerajaan India tidak dapat dilaksanakan. Surat bertarikh 4 Mei 1949 ini antara lain menyebut hal ini;

CO 537/4770, Surat dari P. Gimson, Singapura kepada Pesuruhjaya Tinggi Persekutuan Tanah Melayu, 3rd May 1949 33 Rajeswary Ampalavanar, The Indian Minority and Political Change in Malaya 1945-1957, hlm. 49. 34 Memoir Abdullah C.D.: Zaman Pergerakan Sehingga 1948, hlm. 204.

32

11

I explained in my letter of the 21st April that the question of the exercise of the prerogative of mercy or of respiting [sic] a sentence is one entirely for the Ruler of a Malay State in respect of offences committed in the State. The decision of the Sultan of Selangor, supported by the unanimous vote of his State Executive Council, was reached in full knowledge of the views of the Government of India, and the High Commissioner has informed me that he did not consider that there was the remotest possibility that any formal representatives by the Government of India could alter the positionAs you will aware the sentence was carried out this morning. 35 Terdapat beberapa perkara penting yang perlu diberikan perhatian dalam melihat hal ini. Pertama, Kerajaan British di Tanah Melayu sememangnya sangat bijak dalam menjalankan sistem pentadbirannya. Dalam kes ini, sebarang bentuk kontroversi dengan segera akan dialihkan kepada pihak lain, dan ini termasuklah Sultan Negeri-negeri Melayu. Merujuk kepada petikan di atas, secara jelas Kerajaan Tanah Melayu enggan untuk melayan tuntutan Kerajaan India dengan alasan bahawa segala kuasa sama ada untuk menagguhkan hukuman berada sepenuhnya dalam kuasa Sultan Selangor. Realitinya, meskipun Sultan bertanggung jawab menurunkan tanda tangannya untuk perlaksanaan satu-satu hukuman, namun hakikatnya ialah ia sepenuhnya adalah urusan kerajaan British di Tanah Melayu. Kuasa Sultan sangat terhad dan hanya berlegar dalam persoalan mengenai agama dan adat istiadat sahaja. Nasihat akan diterima dari pihak kerajaan dan Sultan hanya memerintah dengan nama sahaja, tanpa kuasa sebagaimana yang dijelaskan di atas. Oleh kerana Kerajaan Tanah Melayu mengatakan bahawa ia berada di bawah kuasa Sultan, maka segala urusan mengenai hal ini akan selesai begitu sahaja. Selain itu, segala keputusan Sultan pula adalah setelah menerima nasihat dari Attorney General. 36 Adalah penting untuk menyebutkan secara penuh hal tersebut;

In accordance with the Federal Agreement, the prerogative of pardon for offences tried within a Malay State resides in the Ruler of the State, and is exercised by the Ruler in Council with legal advise from the Antorney Generals Department. If any flagrant case of miscarriage of justice occurred the British Adviser would tender advise to the Ruler which,

35 36

CO 537/4770, Ganapthy, 4 May 1949. CO 537/4770, Surat dari Sir Henry Gurney kepada Pejabat Tanah Jajahan, 5 May 1949.

12

under the State Agreement the Ruler would have to accept, but there are no features in the present case which call for such intervention. 37 Kedua, usaha kerajaan India untuk menghantar wakil dalam memerhatikan kes ini juga tidak diterima hingga di saat akhir. Hal ini penting kerana kerajaan Tanah Melayu merasakan bahawa kes Ganapathy haruslah menjadi contoh kepada orang lain terutamanya masyarakat India di Tanah Melayu agar tidak membabitkan diri dalam PKM. Selain itu, dalam usaha untuk menangguhkan perlaksanaan hukuman ini, Pejabat Tanah Jajahan telah menerima usul yang pastinya di bawa oleh kerajaan India mengenai kes ini. Malah Pejabat Tanah Jajahan turut menerima arahan dari Perdana Menteri Britian untuk menghantar harapan agar hukuman itu dapat ditangguhkan. Keadaan ini telah sedikit sebanyak menimbulkan ketegangan di Tanah Melayu terutamanya di pihak Henry Gurney sendiri. Beliau merasakan bahawa Pejabat Tanah Jajahan bukan sahaja tidak memberi sokongan terhadap tindakan yang dilaksanakan di Tanah Melayu tetapi turut meragui keputusan yang telah dibuat dalam menangani permasalahan PKM. Termasuklah isu Ganapathy ini. Dalam surat balasannya, Henry Gurney menyebut I did not think it right to communicate Prime Ministers wishes to the Sultan. 38 Ini bermakna, Henry Gurney telah menutup jalan terhadap kes ini. Ia secara langsung menjelaskan kuasa yang dimiliki oleh pihak British dalam kes Ganapathy ini. Lebih penting lagi, Henry Gurney menyatakan bahawa atas kegagalan beliau menerima keyakinan penuh dari berbagai pihak yang meragui keputusan yang dilakukannya, maka beliau telah menawarkan diri untuk meletakkan jawatan, I naturally offer you my resignation. 39 Bimbang terhadap tindakan Henry Gurney, Setiausaha Tanah Jajahan kemudiannya membalas telegram Henry Gurney dengan ungkapan berikut: Prime Minister has asked me to assure you that he has full confidence in your judgment, not only in this particular case, but also in your general conduct of Malayan Affairs. He therefore trusts that you will be prepared to withdraw your offer of resignation. 40

37 38

CO 537/4770, Surat dari Pejabat Tanah Jajahan kepada Sir Henry Gurney, 29 April 1949. CO 537/4770, Ganapthy, 4 May 1949. 39 Ibid. 40 Ibid., Surat dari Setiausaha Tanah Jajahan kepada Henry Gurney, 4th May 1949.

13

Berdasarkan perkembangan tersebut, tarikh 4 Mei 1949 merupakan tarikh yang agak sibuk terutamanya kepada Henry Gurney sendiri. Ini kerana ia merupakan tarikh dimana Ganapathy dijatuhkan hukuman mati. Ia dilaksanakan pada waktu pagi dan ketika itu juga Henry Gurney menawarkan perletakkan jawatannya. Keadaan ini telah melahirkan kebimbangan di London, malah Setiausaha Tanah Jajahan terpaksa menghubungi Perdana Menteri sendiri mengenai situasi di Tanah Melayu. Balasan dari itu, Perdana Menteri dan Pejabat Tanah Jajahan telah menyatakan keyakinan mereka terhadap segala tindakan dan keputusan yang diambil oleh henry Gurney terhadap hal ehwal Tanah Melayu. Sekiranya Henry Gurney berkeras untuk meletakkan jawatan, maka pastinya keadaan akan menjadi semakin bercelaru kerana darurat baru sahaja diisytiharkan. Pada 5 Mei 1949, Setiausaha Persekutuan Tanah Melayu telah menghantar laporan lengkap mengenai kes Ganapathy ke London dan antara lain laporan tersebut menyebut hal berikut; For your confidential information, the High Commissioner for India informed Lord Listowel early on the afternoon of the 3rd May that he had been instructed by his Government to ask for a stay of execution pending a formal submission by the Government of India. A telegram was immediately sent bringing this fresh Indian approach to the knowledge of Sir Henry Gurney, and asking him to consider whether he should bring it to the notice of the Sultan of Selangor. This telegram only arrived 4 a.m on the morning on which Ganapathy was to be hanged. He has since telegraphed that he was unable to do so, after the most careful consideration, having regard both to his constitutional position and to the merits of the case, and the execution took place on the 4th May. 41 Kes membabitkan Ganapathy turut menerima liputan meluas akhbar-akhbar di India terutamanya akhbar yang diterbitkan di Tamil Nadu. Akhbar seperti Por Bal dan Netaji dalam keluarannya pada 14 dan 15 Mei 1949 menyentuh mengenai kes tersebut. Akhbar Hindustan Times turut menulis artikel mengenai kes Ganapathy dan menggelar beliau sebagai Ganapathy the Malayan Martyr. 42 Bagi pihak British, penerbitan artikel mengenai Ganapathy dalam akhbar tersebut dilihat sebagai berbentuk hasutan dan tidak memberikan kisah sebenar mengenai Ganapathy. Penting rasanya untuk memasukkan secara penuh tulisan dalam kedua-dua akhbar tersebut. Akhbar Por Bal menulis:
CO 537/4770, Setiausaha Kerajaan Tanah Melayu kepada Pejabat Tanah Jajahan, 5 May 1949. CO 537/4768, Acting UK High Commisioner in India, New Delhi kepada Commonwealth Relations Office, London, 27 May 1949.
42 41

14

In Malaya it seems that some Emergency Regulation are in force by which if a person carried a weapon he will be put to death. He said I had a revolver just to protect me from wild animal in the forests in which I had to live. As soon as I knew the law I came to return the revolver to the police. The Malay [sic] Government without pity hanged him. It is true that Ganapathy had a revolver, but he never shot anybody. Why did the representative of the Malay [sic] Government order that he should be hanged? Why was he hanged? Is it because he had a revolver? No. Not at all. The real reason was that he was working for the welfare of the poor labourers. The White Estate Managers who exploit Malaya as they please did not like this. Malaya is the hunting-ground of British imperialism. To the white merchants kings Malaya gives moonlight diners. The petty Sultans that rule over little strips of land are celluloid toys who dance to the tune of the whites. Selangor is one of such states. The poor Sultan, without keenness and clear understanding, had to say yes to what all the whites had dictacted to him. In court the jury unanimously asaid that he was innoncent. But the British Government had found some reason to hang him. To hang an innoncent man is nothing short of barbarism. 43 Akhbar Netaji pula menulis; Those who killed him are not robbers. They are a band of deceivers called the English Government, who perpetually turned the whole beads chanting Democracy; Democracy!! And make a living by cheating the world it is the hand of these which has broken the neck of Ganapathy; therefore, labourers nwake from the deep slumber during this opportune moment and agitate! If not, thing would go beyond our reach. We would not be esteemed as human beings by the people of foreign countries unless and until we wreck the vengeance of the Government which rendered assistance in killing Comrade Ganapathy. 44

Kerajaan India melalui John A. Thivy selaku wakilnya di Tanah Melayu turut terlibat dalam kes ini. Oleh kerana berita-berita mengenai Ganapathy telah disiarkan secara meluas di India, maka kerajaan India telah menerima banyak surat rayuan dan mendesak agar kerajaan India melakukan sesuatu. Kerajaan India tidak mempunyai alternatif lain dan mengesahkan bahawa hubungan telah dilakukan dengan kerajaan British mengenai hal ini. 45 Walau bagaimanapun kita dapati kemudiannya bahawa rayuan kerajaan India ini ditolak oleh kerajaan British di Tanah Melayu dan hukuman ke atas Ganapathy
43 44

CO 537/4768, Dari Henry Gurney kepada Setiausaha Tanah Jajahan, 22 June 1949. Ibid. 45 CO 537/4768, Notes of John A. Thivy Discussion with Henry Gurney, 14th May 1949.

15

dikekalkan. Lebih penting lagi, terdapat urusan pentadbiran dan diplomatik membabitkan India, Pejabat Tanah Jajahan dan Tanah Melayu. Kerajaan India telah melahirkan harapan agar hukuman terhadap Ganapathy dapat ditangguhkan dan ia disuarakan terus kepada Setiausaha Pejabat Tanah Jajahan di London. Ketika itu, India sedang dalam proses untuk menimbangkan kedudukan mereka dalam persatuan Commonwealth. Suara penentangan terhadap penglibatan India dalam Commonwealth turut disuarakan di Parlimen oleh pihak pembangkang dan menyokong Russia, dan Britain sendiri merasa bimbang sekiranya India keluar dari Commonwealth. Dalam keadaan inilah Setiausaha Tanah Jajahan berjanji akan memaklumkan India sebarang perkembangan terhadap kes Ganapathy. Walau bagaimanapun, sebaik sahaja Parlimen India meluluskan usul untuk kekal di dalam Commonwealth, berita mengenai hukuman Ganapathy dilaporkan hingga wujud satu kritikan besar terhadap dasar luar negara di bawah pemerintahan Nehru. Therefore the execution of Ganapathy at a most inopportune moment has created a situation for India which can have far-reaching repercussions that can shake the very foundation of India which is striving for democracy and stability. 46 Apabila hal ini disuarakan kepada Gurney, beliau menyatakan bahawa Setiausaha Tanah Jajahan tidak mempunyai sebarang kuasa perundangan terhadap pentadbiran Tanah Melayu dan persetujuannya dengan kerajaan India tidak valid dari kacamata Tanah Melayu. Hal inilah yang telah melahirkan rasa kecewa Henry Gurney hingga, sebagaimana yang disebutkan diatas telah memohon untuk meletakkan jawatan. Dalam perkembangan semasa, nama S. A. Ganapathy dilihat oleh sesetengah pihak sebagai tokoh yang banyak berjasa dalam perkembangan sejarah tanah air. Anak kelahiran Madras, India ini dilihat sebagai tokoh pejuang kemerdekaan. James Wong Wing dalam blognya, Clare Street misalnya menulis pada 29 Ogos 2006: In the long and winding course of the peoples struggle against British colonialism and Japanese fascism for Merdeka, both peaceful and armed, many hundreds of brave forerunners were martyred on the battlefield and jails, S. A. Ganapathy, veteran of the communist underground resistence to Japanese occupation and postwar trade unionist, was one of them. 47

46 47

Ibid. A Merdeka Salute to Martyr S. A. Ganapathy!, http://jameswongwingononline.blogspot.com/2006/08/merdeka-salute-to-martyr-sa-ganap, diases pada 11 Ogos 2009.

16

Dari beberapa sudut, kes Ganapathy sangat menarik kerana beberapa sebab. Pertama, kes ini menerima liputan meluas di India kerana Ganapathy dianggap sebagai pejuang kemerdekaan negara itu dan sentimen terhadap anggota INA masih sangat besar ketika itu. Jawaharlal Nehru sendiri menunjukkan minat besar terhadap kes ini hingga beliau melahirkan rasa kecewa apabila mendapat tahu bahawa hukuman terhadap Ganapathy diteruskan. Kedua, kes ini turut meletakkan Henry Gurney berada dalam keadaan tertekan dan campur tangan dari Pejabat Tanah Jajahan di London hampir sahaja menyebabkan beliau meletakkan jawatan. Ketiga, kes ini juga hampir menyebabkan India keluar dari persekutuan Commonwealth. Berdasarkan tiga sebab diatas, maka jelaslah bahawa kes Ganapathy sememangnya merupakan antara berita besar dalam tahap awal perisytiharan Darurat di Tanah Melayu.

Sambasivam Kes membabitkan Sambasivam juga tidak kurang dramatiknya. Beliau merupakan seorang kerani yang telah ditahan dan didakwa membawa senjata api yang jika sabit kesalahan akan dijatuhkan hukuman mati. Beliau berusia 27 tahun. Ketika zaman pendudukan Jepun beliau menjadi guru bahasa Tamil, namun sebaik sahaja perang tamat beliau kehilangan kerja dan mengganggur. Beliau juga gagal dalam usaha menceburi bidang perniagaan. Keadaan ini menyebabkan beliau memohon pekerjaan sebagai kerani di Segamat Rubber Workers Union. Oleh kerana berkebolehan dalam bahasa Tamil dan Inggeris, maka beliau telah diserahkan tanggung jawab untuk menterjemahkan risalah yang akan diedarkan kepada kaum pekerja. Walau bagaimanapun, apabila Darurat diisytiharkan, Rubber Workers Union dimana beliau bekerja telah diharamkan. Keadaan ini menyebabkan Sambasivam kehilangan pekerjaan. Dua minggu sebelum beliau ditangkap, beliau telah mengikut beberapa orang rakan dari Rubber Workers Union di pusat operasi kesatuan yang tersembunyi dan sekali lagi beliau menjadi penterjemah sebagaimana sebelumnya. Beliau juga dikatakan dikawal sepanjang masa dan dua orang Cina yang terbabit dalam insiden penangkapan beliau merupakan pengawalnya. 48 Fakta kes beliau adalah seperti berikut:

48

CO 537/4768, Sambasivam story told to Indian Representatives in Malaya, 25 Mei 1949.

17

Sambasivam was caught in September 1948 by three Malay rubber tappers. He was in the company of two Chinese, both of whom had rifles which they fires at the Malays. Sambasivam try to draw his revolver, but the Malays killed one Chinese with their knives, and seriously injured Sambasivam. The second Chinese escaped. Sambasivam was in hospital from the date of his arrest untul the 28th February, when he left hospital and was brought to trial. 49 Dalam perbicaraan tersebut saksi terdiri dari tiga orang Melayu yang bertanggung jawab menangkap Sambasivam. Menurut saksi, insiden tersebut berlaku seperti berikut; they were walking along a path in single file when they met two Chinese and Sambasivam (who was bringing up the rear) coming from the opposite direction. One of the Malays knew one of the Chinese and greeted him whereon the Chinese rudely shouted a reply and then fired a shot at him with a rifle which he was carrying.The three Malays then closed with the Chinese and Sambasivam and two of the Malays testified that Sambasivam drew a revolver and pointed it at one of the Malays. The third Malay did not actually see this as he was then struggling with one of the Chinese but he saw a revolver at the spot immediately after the two Chinese and Sambasivam had been overpowered. 50 Tidak jelas bagaimana tiga orang Melayu mampu menumpaskan dua orang Cina bersenjata dan Sambasivam, malah tidak juga disebutkan sama ada tiga lelaki Melayu itu mengalami kecederaan terkena tembakan dan seumpamanya. Namun demikian, ada disebutkan bahawa ketiga-tiga lelaki Melayu tersebut bersenjatakan parang dan ia digunakan dalam insiden tersebut. 51 Dalam pergelutan itu seorang lelaki Cina yang disyaki sebagai komunis terbunuh sementara Sambasivam pula cedera yang dipercayai terkena tikaman di perut dan di dahi. 52 Seorang lelaki Cina lagi berjaya melarikan diri. Walau bagaimanapun atas kekurangan bukti, dua penilai (assessor) mendapati beliau tidak bersalah dan terlepas dari tuduhan tersebut. Ini kerana sewaktu di tangkap, pistol yang dibawa oleh Sambasivam kosong, tidak di isi dengan peluru. Tidak juga terdapat bukti yang menunjukkan Sambasivam membawa peluru. Meskipun demikian, hakim tidak bersetuju dengan keputusan penilai dan menyebabkan perbicaraan semula diadakan. Bagi menjawab pertuduhan mengenai pemilikan senjata api tersebut.
CO 537/4768, Commonwealth Relations Officer to Acting UK High Commisioner, New Delhi, 31 May 1949. 50 CO 537/4768, Henry Gurney kepada Setiausaha Tanah Jajahan, Colonial Office, 26 Mei 1949. 51 CO 537/4768, Pejabatan Tanah Jajahan kepada UK High Commisoner in India, New Delhi, 12 Mei 1949. 52 CO 537/4768, John A. Thivy kepada Henry Gurney, 19 May 1949.
49

18

Perbicaraan semula diadakan pada 29 Mac 1949 dengan dua orang penilai terdiri dari seorang India dan seorang Melayu. Dalam perbicaraan kali ini, Sambasivam di dapati bersalah dan dijatuhkan hukuman mati. Fakta perbicaraan adalah seperti berikut; When the case came up a second time, the Court was confronted by the Police with a confession which Sambasivam was alleged to have made on the night after the incident. Found guilty for the revised charge, he was sentenced to death. 53 Keadaan ini telah menimbulkan sedikit permasalahan kerana bukti ini tidak dikemukakan ketika perbicaraan pertama hingga mengundang satu usaha agar hukuman yang dijatuhkan itu dinilai semula oleh Judicial Committee of the Privy Council. Berdasarkan keputusan komiti ini, maka Sambasivam mempunyai hak untuk membuat rayuan, terutamanya apabila beliau mengatakan bahawa beliau menafikan memberi sebarang pengakuan mengenai tuduhan yang dilemparkan ke atasnya dan menjelaskan bahawa beliau berada di dalam keadaan tidak sedar dan berada di hospital. 54 Mahkamah Rayuan yang dihakimi oleh tiga orang hakim telah menolak rayuan tersebut pada 28 April 1949 dan mengekalkan hukuman yang telah dijatuhkan kepada beliau.55 Selain itu, J. A. Thivy turut menemui Henry Gurney untuk membincangkan kes Sambasivam dan turut melahirkan pandangan agar kes ini dapat diberikan pertimbangan sewajarnya termasuklah meminda hukuman mati kepada hukuman yang lebih ringan dan ia adalah berdasarkan beberapa perkara; the fact that he [Sambasivam] must have been under the domination of the Chinese; that he was not an important man in the Communist Party or in the labour union, having been only a clerk cum secretary of a small branch of the General Labour Union; that he was seriously hurt by stab wounds inflicted on him and that he had to be in hospital for five months 56 Atas arahan kerajaan India, permohonan telah dihantar oleh J. A Thivy, wakil kerajaan India di Tanah Melayu kepada Setiausaha Kerajaan Tanah Melayu pada 1 April 1949 yang telah kemudiannya telah dihantar kepada Kerajaan Negeri Johor sebaik sahaja
CO 537/4768, Extract from a secret savigram no 200 from the High Commissioner for the United Kingdom, New Delhi to Commonwealth Relations Office, 21st August 1949. 54 Ibid. 55 CO 537/4768, Commonwealth Relations Officer to Acting UK High Commisioner, New Delhi, 31 May 1949. 56 CO 537/4768, Notes of John A. Thivy Discussion with Henry Gurney, 14th Mei 1949.
53

19

Mahkamah Rayuan menolak rayuan Sambasivam. Menteri Besar Johor, Dato Onn telah memberitahu Ketua Setiausaha bahawa rayuan wakil kerajaan India akan dibincangkan dalam mesyuarat Majlis Kerajaan Negeri (State Council) dan seterusnya akan dibawa ke pengetahuan Sultan. 57 Usaha untuk membuat rayuan ini telah dikemukakan oleh Thivy setelah memperolehi tandatangan kebenaran dari Sambasivam yang ditahan di penjara di Johor. 58 Sultan Johor setelah menerima nasihat dari Majlis Kerajaan Negeri telah menyatakan bahawa hukuman yang telah dijatuhkan haruslah diteruskan. 59 Pastinya keputusan yang dibuat oleh Sultan itu juga setelah mendapat nasihat dari Dato Onn selaku Menteri Besar yang telah menemui Henry Gurnay bagi membincangkan kes tersebut pada 16 Mei 1949. 60 Dalam masa yang sama, Sultan Johor telah bertindak berdasarkan bidang kuasa yang Baginda miliki dan tidak melebihi bidang kuasa itu. Namun demikian, berdasarkan surat yang dihantar oleh Henry Gurney ke Pejabat Tanah Jajahan di London, kita boleh dapati bahawa tindakan Sultan Johor itu adalah sejajar dengan saranan yang dibuat oleh pihak kerajaan. Henry Gurney menyatakan, I propose simply to inform him [Thivy] that after consideration of all the representations which he has put forward the Sultan in Council has decided that the law should take it course. 61 Malah keputusan ini seolah-olah telah dilakukan dalam keadaan tergesa-gesa kerana ia diputuskan pada 25 Mei 1949 dan dalam masa yang sama Sultan Johor akan berangkat ke England pada 29 Mei 1949. 62 Pembabitan kerajaan India sama ada melalui ucapan-ucapan yang di buat oleh Jawaharlal Nehru mahupun melalui J. H. Thivy selaku wakil kerajaan India di Tanah Melayu telah melahirkan rasa kurang senang pihak British. Ia dilihat sebagai campur tangan negara luar terhadap pentadbiran British di Tanah Melayu. 63 Hal ini telah disuarakan oleh Henry Gurney kepada Pejabat Tanah Jajahan dan berikutan dari itu, Kerajaan India juga telah bersetuju untuk membangkitkan kes Sambasivam melalui saluran-saluran diplomatik yang sesuai di London dan Tanah Melayu dan tidak akan
CO 537/4768, Commonwealth Relations Officer to Acting UK High Commisioner, New Delhi, 31 Mei 1949. 58 CO 537/4768, Reuters telegram, 2 Jun 1949. 59 CO 537/4768, Henry Gurney kepada Colonial Office, 23 Mei 1949. 60 CO 537/4768, Henry Gurney kepada Colonial Office, 16 Mei 1949. 61 CO 537/4768, Henry Gurney kepada Colonial Office, 25 Mei 1949. 62 Ibid. 63 Ibid.
57

20

membincangkan hal tersebut di Delhi. Hal ini dilakukan bagi mengelakkan salah faham yang akan menimbulkan masalah dalam hubungan dua hala. 64 Kes Sambasivam juga menarik perhatian pihak India apabila akhbar-akhbar di Madras telah melaporkan semula kes yang berlaku di Singapura itu dalam akhbar mereka dengan tajuk Save Sambasivam. Selain itu, laporan mengenai pengharaman beberapa akhbar dari India dari memasuki Singapura turut dimuatkan dalam akhbar ini hingga menimbulkan rasa kurang senang pihak British. 65 Selain itu, akhbar Hindustan Times turut memuatkan kritikan mereka terhadap tindakan kerajaan Persekutuan Tanah Melayu kepada dua orang India bernama S. Ramachandra Pillai dan Ambalavanam. Kedua-dua mereka menerima hukuman secara tidak adil. Menurut fakta kes, S. Ramachandra Pillai dan Ambalavanam dituduh melakukan dua kesalahan iaitu, pertama mengimport dan kedua, menjual bahan-bahan penerbitan bersifat sedition. Kesalahan pertama telah digugurkan, namun mereka mengaku salah terhadap kesalahan kedua dan kedua-duanya dijatuhkan hukuman enam bulan penjara dan denda $750 dengan pilihan sekiranya gagal membuat pembayaran denda, hukuman penjara akan dilanjutkan kepada enam bulan lagi. 66 Akhbar ini mengatakan bahawa The sentences are described as being entirely out of propotion to the purely technical nature of the offence and if the object was as the British judge is reported to have maintained, to deter future offend this could have been achieved equally well by a warning and a nominal fineand the responsible judge is accused of being blind to all consideration of fair play and common humanity and having made a travesty of justice in Malaya. 67 Berdasarkan laporan akhbar ini, terdapat rasa tidak puas hati kerajaan India terhadap tindak tindak pihak British di Tanah Melayu termasuk dalam soal perbicaraan mahkamah yang disifatkan sebagai sebelah pihak sahaja.

CO 537/4768, Acting UK High Commissioner, new Delhi kepada Commonwealth Relations Office, London, 31 May 1949. 65 CO 537/4768, Extract from a secret savigram no 200 from the High Commissioner for the United Kingdom, New Delhi to Commonwealth Relations Office, 21st August 1949. 66 CO 537/4768, Surat daripada Henry Gurney kepada Pesuruhjaya Tinggi British, New Delhi, 19 July 1949. 67 CO 537/4768, Surat daripada Pemangku Pesuruhjaya Tinggi British di India, New Delhi kepada Setiausaha Kerajaan Persekutuan Tanah Melayu, Kuala Lumpur, 27 July 1949.

64

21

Pihak British di Tanah Melayu pasti bimbang kerana laporan-laporan sebegini pastinya akan menjejaskan hubungan antara India dan Tanah Melayu. Ini kerana sejumlah warga Tanah Melayu terdiri dari orang India dan majoriti dari mereka adalah dari Tamil Nadu. British merasakan bahawa satu bentuk pemantauan diperlukan agar laporan-laporan sebegini tidak diperbesar-besarkan oleh India. Sebagaimana kes Ganapathy, pihak British merasakan bahawa laporan-laporan mengenai pembabitan masyarakat India dalam parti komunis di Tanah Melayu haruslah tidak diperbesarkan. Ini bermakna, aktiviti komunis India dalam PKM haruslah dilihat dari sudut yang negatif. Dalam usaha ini, laporanlaporan mengenai kes-kes sebegini haruslah disediakan oleh pihak kerajaan bagi counter-attack segala laporan yang disiarkan mengenai hal ini dalam akhbar-akhbar di India. Tugas ini telah diserahkan kepada Public Relations Office dan British Information Service di London. Malah dalam menangani laporan mengenai Sambasivam, seorang pegawai akhbar khas bernama F. J. A. Sullivan telah ditugaskan menulis laporan akhbar mengenai hal ini. Selain itu, seorang pemberita dari agensi Reuters yang bertugas di India turut diminta untuk menulis artikel berdasarkan kehendak pihak

British.Meanwhile the recently appointed Indian Reuters correspondent has been provided with a suitable array of facts, and has already drafted two articles on lines suggested by us, which will be of assistance. 68 Segala data dan maklumat pula akan diperolehi dari Polis Cawangan Khas yang akan membuat laporan mengenai hal ini. Meneliti dokumen-dokumen mengenai Sambasivam ini, meskipun ia berlaku di Tanah Melayu, namun kesannya turut dirasakan di India. Ini kerana kes itu menerima liputan dari akhbar-akhbar di Madras dan secara langsung ia memberi kesan buruk kepada nama baik British. Menyentuh mengenai hal ini, strategi yang dilakukan oleh Pejabat Tanah Jajahan ini merupakan satu propaganda penting dalam usaha mematikan segala laporan dan berita yang dianggap akan menjejaskan kepentingan mereka. Kemerdekaan India telah sedikit sebanyak merumitkan keadaan dalam konteks hubungan membabitkan Pejabat Tanah
CO 537/4768, Setiausaha Kerajaan Persekutuan Tanah Melayu, Carcosa kepada John D. Higham, Pejabat Tanah Jajahan, London, 21st July 1949. Lihat juga CO 537/4768, Telegram daripada Commonwealth Relations Office kepada Pemangku Pesuruhjaya Tinggi British, Ceylon, 2nd July 1949 yang antara lain menyebut hal ini, We have recently sent United Kingdom High Commissioner New Delhi quantity of background factual and propaganda material to use at his discreation in combating press campaign against British administration in Malaya.
68

22

Jajahan, India dan Tanah Melayu. Ini kerana, sebagai negara yang baru merdeka, pastinya India berhasrat untuk menjadi pihak yang bertanggung jawab melindungi warga mereka dari sebarang permasalahan seperti yang berlaku di Tanah Melayu. Dalam keadaan dimana pihak British di Tanah Melayu sedang berusaha untuk memastikan agar orang India di Tanah Melayu tidak membabitkan diri dalam aktiviti-aktiviti PKM, maka pastinya segala tindakan undang-undang yang akan diambil oleh British terhadap orang India akan menjadi perhatian di India, meskipun agak berkurangan di New Delhi, namun tidak di Madras. Oleh yang demikian, British akan melaksanakan apa sahaja kaedah dan strategi yang difikirkan sesuai bagi memastikan segala tindakan mereka terhadap orang India di Tanah Melayu tidak disalah ertikan hingga akhirnya akan menimbulkan masalah yang semakin rumit. Berdasarkan keadaan ini, maka tidak hairanlah pihak British akan menjana segala agensi yang dimilikinya dalam mematahkan sebarang usaha untuk memperbesarkan hal-hal yang berlaku di Tanah Melayu, meskipun terpaksa mengupah wartawan dari agensi berita antarabangsa seperti Reuters. Apabila artikel yang disiarkan dalam akhbar di tulis oleh wartawan bayaran ini, maka pasti berita itu akan selari dengan kehendak Pejabat Tanah Jajahan. Hal ini mendendahkan betapa liciknya British dalam memprogramkan dasar penjajahan mereka di Tanah Melayu. Dalam melihat hal ini, antara perkara penting yang menjadi tekanan pihak British di Tanah Melayu adalah kejadian rusuhan serta tidak tenteram di Tanah Melayu bukanlah bersifat national movement sebaliknya hanyalah tindakan yang dilakukan oleh a few desparate fanatics reprobated by the vast majority of the members of all communities in Malaya. 69

Kesimpulan Aktiviti-aktiviti komunis India dalam PKM disifatkan bersifat terhad, kecil dan terpencil. Meskipun demikian, oleh kerana aktiviti PKM turut meresap dalam aktiviti kesatuankesatuan buruh dan pembabitan orang India dalam kesatuan buruh ini pula besar, maka secara tidak langsung sebenarnya orang India aktif dalam aktiviti komunis melalui kesatuan buruh ini. Usaha-usaha yang dilakukan oleh pihak kerajaan dalam menangani

CO 537/4768, Surat dari Pejabat Tanah Jajahan, London kepada Pesuruhjaya Tinggi British, New Delhi, 28 June 1949.

69

23

PKM termasuk mengisytiharkan darurat dan menjatuhkan hukuman mati kepada mereka yang ditangkap telah sedikit sebanyak menjejaskan moral anggotan komunis India ini. Hanya beberapa sahaja yang disifatkan anggota sejati PKM yang benar-benar menghayati perjuangan komunisme sementara yang lain hanyalah anggota yang mengikut sahaja apa yang dilakukan oleh anggota hard-core ini. Salah seorang anggota hard core ini ialah Ganapathy dan sebaik sahaja beliau dihukum mati, dikatakan jumlah sokongan orang India terhadap PKM agak menurun. 70 Dalam tempoh antara 1948 apabila darurat diisytihartkan sehinggalah 1956, sejumlah anggota komunis India sama ada berjaya ditangkap mahupun dibunuh oleh pasukan keselamatan. Pada tahun 1951, dua orang anggota komunis India dijatuhkan hukuman gantung sampai mati sementara 900 orang yang lain telah berjaya ditangkap. 71 Salah satu perkara penting yang membawa hukuman mati kepada kalangan anggota komunis adalah kesalahan membawa senjata. Kes seperti Ganapathy dan Sambasivam sebagaimana yang dijelaskan diatas menunjukkan bahawa ia merupakan antara kesalahan yang paling kerap membawa hukuman mati. Sehingga 1949, terdapat sebanyak 71 kes membabitkan kesalahan tersebut yang dilakukan oleh anggota komunis. 72 Situasi ini berterusan apabila pasukan keselamatan berjaya menembak mati V. Ramasamy yang sangat dikehendaki oleh pihak kerajaan kerana pembabitan beliau di Batu Arang. Keadaan menjadi semakin kacau apabila anggota PKM India didapati turut dibunuh oleh PKM sendiri kerana bimbang berpaling tadah kepada pihak kerajaan. Hal ini berlaku terhadap V. Perumal yang dibunuh oleh pembunuh upahan PKM pada 1956. Sehingga penghujung 1950-an itu, dikatakan bahawa aktiviti komunis India di Tanah Melayu hanya terdapat di Batu Arang dan Lower Perak. Dalam menyentuh mengenai komunis India ini, Rajeswary Ampalavanar mengatakan, the role of Indian Communists in the MCP revolt was limited. Their most important contribution was to mobilize Indian labour on the estates. In this capacity they succeeded in supplying the guerillas with food and information as well as bringing work on the estates to a standstill through strike action. But this was the limit of their contribution to the MCP revolt. The impression remains that even when Indian involvement in the MCP

70 71

Rajeswary Ampalavanar, The Indian Minority and Political Change, hlm. 59. Ibid. 72 CO 537/4768, surat daripada Henry Gurney kepada Commissioner General, New Delhi, 22 July 1949.

24

was most pronounced, the Indians remained subordinate to the Chinese in the Party 73 Dalam perkembangan yang berkaitan, Laporan Politik Tanah Melayu (Malayan Political Report) pada bulan Jun 1949 mengemukakan satu keadaan yang menarik mengenai situasi masyarakat India. Harus difahami, pada 1948 Persekutuan Tanah Melayu (PTM) dilaksanakan bagi menggantikan Malayan Union dan salah satu aspek penting dalam PTM adalah mengenai hak kerakyatan. Berkaitan dengan itu, terlihat seolah-olah satu fasa perubahan dalam pemikiran dan perbuatan orang India di Tanah Melayu. Jika sebelum ini, terdapat persepsi bahawa orang India tidak melihat Tanah Melayu sebagai negara mereka, sebaliknya hanya menjadikannya sebagai tempat mencari rezeki. Apabila tiba masanya mereka akan kembali semula ke India. Pandangan ini mula berubah pada tahap ini apabila terlihat keinginan untuk menjarakkan diri dengan perkembangan yang berlaku di India. Laporan ini menyebutkan: The Ganapathy and Sambasivam cases have almost ceased to attract attention here, and local Indians have tended to disassociate themselves from the opinions expressed in Indian papers particularly from Madras. This Malayan attitude on the part of Indians was further emphasized in the draft of the new constitution for the Malayan Indian Congress. The chief amendment proposed was the confining of full membership to Indians who owe their loyalty to Malaya alone. 74 Perkembangan ini merupakan perkembangan yang menarik kerana bermula dari tahap ini, sikap orang India terhadap Tanah Melayu dilihat telah mula berubah dan ia semakin ketara apabila memasuki tahun-tahun 1950-an. Kes-kes seperti Ganapathy mahupun Sambasivam berkemungkinan kes terakhir yang membabitkan orang India di Tanah Melayu yang mendapat perhatian meluas di India termasuklah dari Perdana Menteri India sendiri Jawaharlal Nehru dan menjadi salah satu agenda dalam mesyuarat All India-India Congress Committee yang diadakan di Dehra Dun pada 21 Mac 1949. Dalam mesyuarat inilah Nehru mendedahkan bahawa kerajaan India telah berusaha untuk memastikan Ganapathy tidak dihukum mati, dan dalam mesyuarat ini jugalah Nehru mengatakan usaha yang sama akan dilakukan terhadap Sambasivam. 75 Penting juga untuk disebutkan
Rajeswary Ampalavar, hlm. 60. CO 537/4768, Extract Malayan Political Report June 1949. 75 CO 537/4768, Acting UK High Commisioner in India, New Delhi kepada Commonwealth Relations Office, London, 27 May 1949.
74 73

25

bahawa sehingga penggantungan Sambasivam, terdapat sebanyak 56 kes orang Cina, 5 kes Melayu dan 1 kes India (Ganapathy) yang menerima hukuman mati kerana kesalahan berkaitan dengan memiliki senjata. 76 Ini bermakna hukuman gantung sampai mati kerana kesalahan ini bukanlah kes terpencil dan dalam soal ini, tidak terdapat sebarang bantahan dari negara China mahupun dari Sultan-sultan Negeri-negeri Melayu terhadap orang Melayu yang dijatuhkan hukuman mati. Ini bermakna, hanya kerajaan India sahaja yang melakukan bantahan dan sungutan terhadap kesalahan yang dilakukan oleh orang India di Tanah Melayu. Sebagaimana yang disebutkan di atas, pada hari ini, nama-nama seperti Ganapathy kembali terpapar di dada-dada laman web yang mempunyai kaitan dengan kesatuan sekerja mahupun penulis-penulis blog tertentu. Ruang blog Clare Street yang dikelolakan oleh James Wong Wing On sememangnya banyak mengenengahkan kisah mengenai tokoh-tokoh kiri dan dilabel sebagai anggota komunis ini. Kisah-kisah Chin Peng, Abdullah C.D, Lee Meng, Ganapathy dan Veeresenan menjadi bahan tulisan beliau. Beliau melihat nama-nama ini merupakan tokoh-tokoh penting dalam sejarah pembentukan Malaysia. Menariknya, hanya tokoh-tokoh yang mempunyai kaitan dengan komunis dan kiri yang menarik perhatian beliau. Mungkin kerana latar belakang politik beliau sebagai anggota DAP yang menyebabkan pilihan itu dilakukan. Peranan tokohtokoh ini dilihat lebih penting dan signifikan dalam sejarah kemerdekaan negara berbanding dengan tokoh lain. Laman web sampahseni juga turut meletakkan Ganapathy setanding dengan tokoh-tokoh pejuang tanahair dan mengatakan; Ganapathy merupakan pemimpin kaum pekerja berbilang kaum dan agama merentas politik perkauman, menggalas politik kelas penindas dan kelas tertindasGanapathy berjuang untuk hak pekerja dan kemerdekaan tanah air dengan tindakan bersama-sama dengan kaum buruh Tanah Melayu dan Singapura pada waktu ituTabik buat para pejuang kemerdekaan. Ganapathy kemudiannya dibunuh dengan hukuman gantung sampai mati oleh penjajah Inggeris. Dia mengiku jejak pahlawan sejati tanah air dengan susur galur yang berencam ragam perlawanannya. Pahlawan Tanah Melayu serta Pulau Temasik seperti Datuk Sagor, Datuk Maharajalela, Si Puntum, Pandak Indut, Sultan Abdullah, Datuk Bahaman, Mat Kilau, Datuk Naning, Tok Janggut dan ribuan perwira yang gugur tak

CO 537/4768, Dari Commissioner General Southeast Asia kepada UK High Commissioner India, New Delhi, 12 Mei 1949.

76

26

tercatat namanya untuk memerdekakan ibu pertiwi dan penjajahan British. 77 Meskipun pembabitan orang India dalam PKM boleh diperkirakan sebagai kecil, namun mereka turut berganding bahu dalam mencapai objektif organisasi tersebut. Ketika sebahagian pemimpin India memasuki PKM, di satu pihak lain pula wujud kesengsaraan di kalangan masyarakat India kerana tindakan PKM. Dalam hal ini, kajian yang dilakukan oleh Ho Hui Ling ada menyenaraikan kes-kes yang membabitkan ancaman komunis kepada masyarakat India di Tanah Melayu. Misalnya pada 10 Julai 1948 dikatakan bahawa seorang kontraktor India telah dibunuh oleh komunis di Estet Siliau, negeri Sembilan dan sehari selepas itu seorang mandur India pula dibunuh oleh komunis di sebuah estet di Port Dickson. 78 Kes membabitkan kematian, kemusnahan ladang getah, kesukaran hidup kalangan masyarakat India ini banyak dicatatkan. Ia secara langsung memberikan petunjuk bahawa orang India turut menghadapi masalah dengan aktivitiaktiviti PKM. Salah satu aspek penting yang boleh dikaitkan mengenai pembabitan orang India dalam komunis adalah mereka menganut ideologi komunis yang menjadi ideologi global sekitar era sebelum perang yang terus berlanjutan sehingga selepas perang. Harus juga disebutkan disini bahawa fahaman komunisme telah bertapak kukuh di India menjelang 1930-an. Ini bermakna, ia bukanlah satu fahaman yang asing dikalangan masyarakat India terutama mereka yang masih terus mengikuti perkembangan politik India. Dalam masa yang sama, pembabitan orang India juga terhasil dari usaha propaganda dan kegiatan aktif PKM untuk merekrut penduduk Tanah Melayu dari berbagai kaum. Sebagaimana yang disebutkan di atas, PKM memahami bahawa usaha untuk mendapatkan sokongan orang Melayu dan India adalah sangat penting dalam memastikan kejayaan mereka. Dalam masa yang sama, pembabitan mereka dalam PKM juga mempunyai elemen balas dendam. Ravindra K. Jain dalam kajiannya mengenai masyarakat India di perladangan mendapati wujudnya kes membalas dendam dan ia dikaitkan dengan komunis. Sivan seorang Malayali dikatakan telah bertindak membunuh seorang buruh Tamil bernama Kandan di ladang Pal Malaya. Walau bagaimanapun

77 78

Lihat http://sampahseni.blogspot.com/2009_05_01_archieve.html di ases pada 11 Ogos 2009. Ho Hui Ling, Darurat, hlm. 56-73.

27

kerana ketiadaan bukti yang mencukupi Sivan telah dibebaskan. Meskipun mahkamah mendapati beliau tidak bersalah, namun kes itu tidak hilang begitu sahaja kerana tiga tahun selepas itu, Sivan telah ditembak mati ketika sedang makan dan ia dikaitkan dengan tindakan komunis. 79 Berasaskan hal ini, maka pembabitan sebahagian orang India dalam PKM adalah semata-mata untuk membalas dendam terhadap seseorang, dan dalam kes di atas adalah Sivan seorang kerani di ladang Pal Malaya yang dikatakan terbabit secara langsung membunuh Kandan serta seringkali memberi layanan yang buruk kepada kalangan buruh. Buruh yang merasa tidak puas hati telah menyertai komunis. Peluang ini digunakan dengan sebaik yang mungkin dan kerana rasa tidak puas hati inilah yang kemudiannya membawa kepada kematian Sivan. Pihak komunis pula harus menjaga dengan baik segala hal berkaitan anggotanya kerana sokongan buruh ladang adalah penting, bukan sahaja untuk bekalan makanan tetapi juga hal-hal yang lain.

Jabatan Sejarah, Universiti Malaya azharud@um.edu.my

79

Ravindra K. Jain, South Indians on the Plantation Frontier in Malaya, hlm. 311.

28

Anda mungkin juga menyukai