Anda di halaman 1dari 12

AEEA3322 : SEJARAH INDONESIA (1900-1965)

SOALAN 6
ANALISISKAN AKTIVITI PKI DALAM ARENA POLITIK KEATAS INDONESIA
SELEPAS PERANG DUNIA KEDUA.

PENDAHULUAN

Parti Komunis Indonesia muncul semula pada tahun 1947, setelah diharamkan oleh

Belanda selepas PKI telah gagal dalam pergolakan rakyat melawan Belanda pada tahun 1926

hingga 1927.1 Tokoh PKI langsung tidak ada terlibat dalam Badan Penyelidikan Usaha

Persiapan kemerdekaan Indonesia (BPUPKI), Panatia Persiapan Kemerdekaan Indonesia (PPKI)

dan badan-dadan lain dalam memperjuangkan kemerdekaan Republik Indonesia, sehingga

tercetusnya Proklamasi Kemerdekaan 17 Ogos 1945.2 PKI cuba menentang semua diplomatik

RI dengan Belanda yang sentiasa membawa kerugian kepada RI sendiri.

Oleh itu, PKI telah memberontak untuk menguasai kepimpinan RI bagi mewujudkan

matlamat mereka iaitu ingin menjadikan negara RI sebagai negara Komunis.3 Dalam arena

politik Indonesia selepas perang dunia kedua, PKI semakin agresif dalam memperjuangkan

matlamat mereka. Sehinggakan, wujudnya ketidakstabilan dalam politik Indonesia, kucar-

kacirnya pentadbiran dan banyak pembunuhan dan kebinasaan yang berlaku terhadap mereka

yang cuba untuk menentang matlamat PKI tersebut. Berakhirnya perjuangan PKI iaitu semasa

tertumpasnya aktiviti mereka yang dikenali sebagai Gerakan 30 september 1965 di bawah

pimpinan jendral Suharto melalui TN-AD.

PKI DALAM POLITIK INDONESIA 1945-1948


1
Wan Abdul Rahman Latif, Sejarah Perkembangan Tamadun Dunia, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa & Pustaka,

2001, hlm. 340.


2
Ibid., hlm. 341-242.

3
Gerakan 30 September Pemberontakan Parti Komunis Indonesia, Jakarta: Sekretariat Negara Republik Indonesia,

1994, hlm. 15.


1
AEEA3322 : SEJARAH INDONESIA (1900-1965)

Persiapan Proklamasi Kemerdekaan Indonesia

Sekitar tahun 1945 hingga 1948 dalam politik RI, terdapat satu peristiwa penting yang

telah dilakukan oleh PKI iaitu Peristiwa di Madiun 1948 di bawah pimpinan Muso. 4 Peristiwa di

Madiun merupakan satu pemberontakan PKI bagi mengusai pentadbiran RI. Dapat dilihat

bahawa PKI cuba untuk memperkuatkan jentera ketenteraan bagi menggulingkan RI. Hal ini

berlaku semasa kabinet Amir Sjarifuddin jatuh dan kemudian digantikan oleh Wakil Presiden

Mohammad Hatta 1948. Mohammad Hatta cuba mengawal perkembangan komunis melalui

Reorganisasi dan Rasionalisasi Angkatan Perang (Re-Ra).

Perasaan rasa tidak puas hati dengan pertukaran kabinet tersebut, PKI cuba mengumpul

anggotanya seperti Sosialis Indonesia Sayap Kiri, Parti Buruh, Pemuda Sosialis Indonesia

(Pesindo), Sentral Organisasi Buruh Seluruh Indonesia (SOBSI) dan Barisan Tani Indonesia

(BTI). Kemudian bergabung dalam Front Demokrasi Rakyat (FDR) pada tahun 1948 yang

bertujuan untuk merancang, menguasai dan mengambil ahli dalam pentadbiran RI dan

menentang Re-Ra yang ditubuhkan oleh Wakil Presiden Mohammad Hatta. Hal ini desebabkan

Re-Ra cuba mengawal pergerakan PKI.5

Peluang ini diambil kesempatan apabila Muso mengambil ahli pimpinan PKI sehingga

terbentuknya Comitte Central Parti Komunis Indonesia (CC PKI) dan seterusnya telah

merancang dengan pelbagai cara untuk menguasai pentadbiran RI. Contohnya, melalui media,

rusuhan, penculikan dan pembunuhan. Pada 17 September 1948, pasukan yang menentang Re-

Ra mula melakukan serangan terbuka terhadap TNI di Madiun yang diketuai oleh Sumarsono

dan Kolonel Djokosujono. Kemudian berjaya membentuk ‘Soviet Republik Indonesia’.

4
Tribuana Said, Perlawanan pers Indonesia (BPS) terhadap gerakan PKI, Jakarta: Sinar Harapan, 1983, hlm. 16.

5
Gerakan 30 September Pemberontakan Parti Komunis Indonesia, hlm. 17-20.
2
AEEA3322 : SEJARAH INDONESIA (1900-1965)

Seterusnya, PKI dapat menguasai pejabat-pejabat pentadbiran, Markas Sub-Tertorial Comando

Madiun, Bank, Ibu Pejabat Polis, Pejabat Pos dan lain-lain lagi.

Dalam keadaan tersebut PKI banyak melakukan penyeksaan dan pembunuhan yang kejam

kepada golongan-golongan yang menentang PKI. Pada 30 September 1948, barulah TNI berjaya

mengalahkan PKI di Madiun. Akhirnya Muso dapat ditembak mati dan pengikut-pengikutnya

yang lain turut terbunuh seperti Amir Sjarifuddin, Suripno, Sarjono, Harjono dan Djokosujono.

Tetapi, terdapat beberapa orang yang berjaya melarikan diri seperti Abdul Madjid, Alimin,

Ngadiman Hardjosuprapto, D.N. Aidit, Njoto, Tan Ling Djie dan Sumarsono. Walaupun PKI

dapat ditumpaskan ketika ini, semasa era Demokrasi Liberal PKI telah muncul lagi kerana

anggotanya yang berjaya melarikan diri tersebut telah datang semula ke RI untuk mengukuhkan

semula PKI. Bagi mencapai hasrat mereka iaitu untuk menjadikan RI sebagai salah satu negara

Komunis.6

PKI DALAM DEMOKRASI LIBERAL 1950-1959


Strategi Awal Politik PKI

Alimin salah seorang yang berjaya melarikan diri ketika penumpasan PKI di Madiun oleh

TNI telah datang semula ke RI. Alimin mewujudkan kembali PKI pada Febuari 1950 dan pada

Julai 1950 pimpinan PKI diambil alih oleh D.N. Aidit. PKI telah menggunakan fahaman Uni

Soviet dan Parti Komunis Cina untuk mempengaruhi masyarakat di RI. Dengan itu, D.N Aidit

cuba untuk mengembalikan kestabilan PKI dengan mengatur semula strategi, bentuk perjuangan

dan organisasi. Sehinggakan D.N Aidit cuba untuk memberontak lagi iaitu pada bulan Ogos

1951. Dengan itu, PKI telah mengadakan rusuhan-rusuhan di Jakarta dan Bogor sehingga ada

rakyat yang terkorban.

6
Ibid., hlm. 21-23.
3
AEEA3322 : SEJARAH INDONESIA (1900-1965)

Oleh yang sedemikian, kabinet Sukiman telah mengambil tindakan untuk melakukan

penangkapan dan penggeledahan kepada para pemimpin PKI yang dikenali sebagai ‘Razia’ pada

bulam Ogos 1951 juga. Terdapat juga pemimpin PKI yang berjaya melarikan diri ke Moskow,

termasuklah D.N. Aidit. Setelah D.N. Aidit kembali ke RI, beliau telah membina Front

Persatuan Nasional yang berdasarkan persatuan buruh dan kaum tani. Seterusnya, cuba untuk

meluaskan ideologi, politik dan organisasinya keseluruh Indonesia. Terdapat dua golongan iaitu

berjois nasional dan berjois kota. D.N Aidit mengambil strategi untuk membela nasib dan

kehidupan mereka yang sepatutnya meraka dapat. Hal ini disebabkan kerana kemungkinan

mereka boleh dijadikan sebagai sumber sokongan, bahan makanan, tempat penyembunyian dan

lain-lain.7

PKI Cuba Mempengaruhi Politik Dalam Pentadbiran RI

PKI cuba mendekati parti-parti politik yang boleh dijadikan sebagai bahan untuk

membantu dalam rancangan PKI. Terdapat dua parti besar iaitu Parti Nasional Indonesia (PNI)

dan Majlis Sjura Muslimin (Masjumi) yang boleh mempengaruhi pembentukan kabinet baru. 8

Perkara ini jelas semasa kabinet Sukiman jatuh 23 Febuari 1952 dan digantikan oleh kabinet

Wilopo (PNI), tetapi terdapat juga menteri-menteri dari Masjumi dalam pentadbiran tersebut.

PKI tidak bersefahaman dengan Masjumi. Oleh yang sedemikian, PKI cuba untuk

mempengaruhi ahli-ahli PNI yang lain untuk menjatuhkan Kabinet Wilopo (PNI). Akhirnya,

Ali Sastroamidjojo (PNI) dapat membentuk kabinet baru tanpa ada parti Masjumi dan Parti

Sosialis Indonesia (PSI). PKI adalah penyokong kuat PNI. PKI berjaya mengusai parti-parti

7
Ibid., hlm 23-25.

8
Zulfikar Gazali, Sejarah politik Indonesia, Jakarta: Departemen Pendidikan dan Kebudayaan, 1989, hlm. 13.           
4
AEEA3322 : SEJARAH INDONESIA (1900-1965)

politik yang penting dan berpengaruh seperti Parti Nasional Indonesia (PNI) dan Parti Indonesia

(Partindo).9

Seterusnya, PKI berjaya mengambil ahli pucuk pimpinan PNI oleh Ali Sastroamidjojo dan

Soerachman. Dengan yang sedemikian mereka telah memecat keahlian anggota-anggota yang

telah lama berkhidmat dengan PNI supaya memudahkan lagi penguasaan PKI terhadap PNI.

PKI menjadi lebih kuat apabila dimasukkan dalam Pilihan Raya Umum 1955 dan berjaya

menjadi salah satu parti terbesar, selain PNI, Masjumi dan Nahdatul Ulama (NU). 10 Dengan itu,

kabinet baru ditubuhkan semula yang dikenali sebagai kabinet Ali Sastroamidjojo ll. Kemudian

PKI telah dimasukkan ke dalam kabinet tersebut oleh Presiden Sukarno. Hal ini telah membantu

PKI untuk terus mengatur strategi dalam mengukuhkan kedudukan PKI dalam RI. Disamping

itu, Mohammad Hatta telah meletak jawatan sebagai Wakil Presiden Disember 1956.

Perletakan jawatan Wakil Presiden Mohammad Hatta tersebut telah memudahkan lagi PKI

untuk meneruskan matlamat mereka. PKI telah berusaha untuk mencapai tujuan mereka iaitu

dengan cara menyebarkan ideologi, politik dan Militer yang dikenali sebagai revolusi atas dan

bawah. PKI telah mewujudkan satu badan untuk mencapai hasrat mereka iaitu dengan

menubuhkan ‘Metode Kombinasi Tiga Bentuk Perjuangan (MKTBP)’ pada tahun 1954.

MKTBP merangkumi aspek seperti Perjuangan Gerila di desa terdiri dari kaum buruh dan petani,

perjuangan revolusi kaum buruh di kota-kota. Seterusnya, mendekati dan mempengaruhi

angkatan bersenjata. Contoh, Angkatan Bersenjata Republik Indonesia (ABRI). 11 PKI juga telah

berjaya mendekati Presiden Sukarno. Dengan itu, Presiden telah memperkenalkan satu konsep

9
Gerakan 30 September Pemberontakan Parti Komunis Indonesia, hlm. 26-27.

10
Mohamad Roem, Bunga Rampai Dari Sedjarah, Jakarta: Bulan Bintang, 1972, hlm. 169.

11
Tribuana Said, Perlawanan pers Indonesia (BPS) terhadap gerakan PKI, hlm. 23-24.
5
AEEA3322 : SEJARAH INDONESIA (1900-1965)

baru dalam pidato beliau ‘Menyelamatkan Republik Proklamasi’ dan kemudian berubah sebagai

‘Konsepsi Presiden’. Hal ini adalah dikaitkannya dengan Demokrasi Terpimpin.12

PKI DALAM DEMOKRASI TERPIMPIN 1959-1965


Kukuhnya Politik PKI Dalam RI

Sukarno telah menubuhkan Kabinet Gotong-royong dan Dewan Nasional iaitu bertujuan

untuk menyelesaikan permasalahan yang wujud di RI. Dalam kabinet dan dewan tersebut

terdapat empat buah parti yang utama iaitu PNI, NU, Masjumi dan PKI. 13 PKI sentiasa

menyokong tindakan sukarno kerana PKI adalah salah satu parti yang dimasukkan dalam kabinet

tersebut. Dengan itu, memudahkan lagi PKI untuk mengatur strategi bagi mencapai maksud dan

tujuan mereka.14 Undang-undang Dasar Sementara (UUDS) telah diubah kembali kepada UUD

1945 melalui pidato beliau ‘Penemuan Kembali Revolusi Kita’ pada 17 Ogos 1959.15

Kemudian Panitia Kerja Dewan Pertimbangan Agung (DPA) diminta agar pidato Sukarno

tersebut dirumusan kepada Garis-garis Besar Haluan Negara (GBHN). Ketua DPA itu adalah

D.N. Aidit (CC PKI), beliau cuba untuk memanfaatkannya sebagai satu peluang untuk

menyerapkan fahaman-fahaman PKI ke dalam GBHN. GBHN juga dikenali sebagai Manifesto

Politik (Manipol). Dalam Manipol tersebut, terdapat lima prinsip yang utama yang dijadikan

sebagai dasar negara RI dan dikenali sebagai USDEK iaitu merangkumi Sosialime Indonesia,

Demokrasi Terpimpin, Ekonomi Terpimpin dan Keperibadian Indonesia.16

12
Gerakan 30 September Pemberontakan Parti Komunis Indonesia, hlm. 29.

13
M. C. Ricklefs, Sejarah Indonesia modern 1200-2004, Jakarta: Serambi, 2008, hlm. 496-497.           

14
Zulfikar Gazali, Sejarah politik Indonesia, hlm. 42.

15
Yahya A. Muhaimin, Perkembangan militer dalam politik di Indonesia 1945-1966, Yogyakarta: Universitas

Gadjah Mada, 1971, hlm. 118.


16
Ibid., hlm 119.
6
AEEA3322 : SEJARAH INDONESIA (1900-1965)

PKI menggunakan konsep ‘Masyarakat Indonesia dan Revolusi Indonesia (MIRI) pada

tahun 1957 untuk mempengaruhi Manipol. Terdapat tentangan daripada tokoh-tokoh yang anti-

komunis dalam DPA. Sehinggakan terdapatnya nasihat daripada Panitia Tiga Menteri iaitu

Menteri Keamanan Nasional, Menteri Dalam Negeri dan Otonomi Daerah dan Menteri Wakil

Ketua DPA kepada sukarno yang menyatakan bahawa PKI menpunyai tujuan lain dan akan

mengancam RI. Walaupun PKI merupakan satu parti politik yang berasaskan Pancasila. Tetapi,

Sukarno telah memihak kepada PKI. Dengan itu, Sukarno banyak membuka jalan, memudahkan

dan membantu PKI untuk lebih kuat lagi dalam bidang politik.17

Politik PKI dalam penerimaan UUD 1945 dan Pancasila adalah pada mulanya sahaja.

Apabila PKI semakin kukuh maka mereka bertanggapan bahawa pancasila hanyalah satu alat

untuk penyatuan, sedangkan maksud mereka adalah untuk mewujudkan masyarakat komunis di

Indonesia. Hal inilah, PKI telah jadikannya sebagai kempen untuk mencapai tujuan PKI.

Dengan kukuhnya kedudukan PKI dalam politik RI. PKI mula mengatur strategi dalam

menyebarkan pengaruhnya. Kabinet Dwikora telah dibentuk pada 27 Ogos 1964 dan terdapat

tokoh PKI termasuk dalam Kabinet tersebut seperti di Menteri Koordinator (Menko) dan

Menteri-menteri lain. PKI telah memporak-perandakan keadaan politik di RI. Oleh itu,

wujudnya persengketaan antara parti. Deklarasi Bogor 14 Desember 1964 telah ditandatangani

oleh sepuluh parti politik untuk mencapai matlamat ‘cetusan kebulatan tekad’.18 PKI cuba

menghapuskan parti-parti yang cuba menentang PKI seperti Badan Pendukung Soekarnoisme

(BPS) dan Parti Murba yang berjaya dibubarkan dalam RI.19

Menyebarkan Pengaruh PKI Dalam Ketenteraan

17
Gerakan 30 September Pemberontakan Parti Komunis Indonesia, hlm. 30-32.

18
Ibid., hlm. 34-35.

19
Tribuana Said, Perlawanan pers Indonesia (BPS) terhadap gerakan PKI, hlm. 73.
7
AEEA3322 : SEJARAH INDONESIA (1900-1965)

Bagi mewujudkan dan mengukuhkan lagi kekuatan PKI. PKI harus menyebarkan dan

mempengaruhi badan-badan dalam ketenteraan RI selepas berjaya mendapat bahagian dalam

politik RI. Dengan yang sedemikian, PKI telah mewujudkan biro-biro khas untuk mencapai

maksud PKI. Biro-biro khas adalah bertujuan untuk mempengaruhi ABRI dalam membentuk

kekuatan ketenteraan seperti TNI- Angkatan Darat, TNI- Angkatan Laut, TNI- Angkatan Udaran

dan Angkatan Kepolisian Republik Indonesia (AKRI) atau Kepolisian Negara RI (Polri).

Sebahagian anggota ABRI berjaya dipengaruhi oleh PKI melalui biro-biro khas yang telah

dibentuk oleh PKI. Seterusnya, PKI berjaya meminta persetujuan untuk membina sebuah

Angkatan Ke-5 bagi mengasingkan PKI daripada ABRI. Hal ini mudah dipersetujui kerana pada

masa yang sama wujudnya konfrontasi Indonesia dan Malaysia. Seterusnya mendapat sokongan

daripada TNI-Angkatan Laut dan Udara kecuali TNI-AD dalam ABRI. Selain itu, PKI telah

memberi latihan-latihan ketenteraan kepada golongan Pemuda Rakyat dan Wanita-wanita PKI

agar turut membantu dalam mencapai strartegi yang ingin dilakukan oleh PKI.20

PERSIAPAN PEMBERONTAKAN PKI

Selepas PKI dapat mempengaruhi dalam sebuah aspek yang penting dalam pentadbiran RI

seperti ABRI, organisasi politik dan organisasi masyarakat. Hal tersebut telah menjadikan PKI

sebuah badan dan parti yang kukuh dan kuat. Sehinggakan pada masa tersebut dikenali sebagai

tahap ofensif revolusi bagi PKI. Selain itu, PKI juga telah mempengaruhi golongan tani,

mewujudkan keadaan yang tidak tenang dibeberapa tempat, menggunakan media dan

20
Gerakan 30 September Pemberontakan Parti Komunis Indonesia, hlm. 42-47.
8
AEEA3322 : SEJARAH INDONESIA (1900-1965)

mengadakan demonstrasi Anti-Amerika, wujud penggayangan terhadap Manisfes Kebudayaan

PKI dan meyebarkan propaganda PKI.21

Seterusnya, PKI cuba melemahkan TN-AD melalui fitnah-fitnah PKI seperti isu Dewan

Jenderal pada bulan Mei 1965 melalui Biro Khas PKI untuk memburuk-burukkan kepimpinan

TN-AD di mata masyarakat. Seterunya, wujudnya kebencian dan sikap pemusuhan terhadap TN-

AD. Strategi PKI juga adalah melakukan penculikan, penyeksaan dan pembunuhan terhadap

sesiapa yang boleh menggugat rancangan mereka. Contohnya, PKI memperbesarkan ‘Isu Jendral'

dalam TN-AD iaitu PKI megatakan bahawa TN-AD cuba menggugat kedudukan sukarno dan

akan mengancam negara. Kemudian PKI cuba mewujudkan Dewan Revolusi menggantikan

kabinet Dwikora dan dijadikan satu badan politik semasa gerakan militer berlaku. Dewan

revolusi juga berfungsi sebagai pemegang kuasa tertinggi dan bersifat sementara. 22 Apabila

adanya kekuatan daripada segala aspek seperti politik, media dan ketenteraan. PKI telah

melancarkan ‘Gerakan 30 September 1965’ untuk mengambil kuasa pemerintahan RI iaitu secara

ketenteraan yang telah disiarkan dalam RRI dan melalui surat khabar Harian Rakyat.23

Kegagalan Gerakan 30 September 1965

Gerakan 30 september ini telah digagalkan oleh jendral Suharto melalui TN-AD yang

mengetahui perkara tersebut. Jendral Suharto menggunakan Komando Cadangan Strategi

Angkatan Darat (KOSTRAD) yang terdapat satu badan dikenali sebagai Resimen Pasukan

Komando Angkatan Darat (RPKAD) untuk menentang PKI. Kekuatan pimpinan Jendral

Suharto tersebuta telah berjaya untuk menguasai semula ketenteraan, pejabat telekomunikasi

(RRI) dan mengadakan perbincangan bagi mencegah daripada berlakunya pertumpahan darah

21
Ibid., hlm. 49-56.

22
Ibid., hlm. 60-61.

23
Yahya A. Muhaimin, Perkembangan militer dalam politik di Indonesia 1945-1966, hlm. 186-187.
9
AEEA3322 : SEJARAH INDONESIA (1900-1965)

bersama sukarno. Suharto sememangnya menentang keras dengan gerakan 30 september 1965

yang dilakikan oleh PKI.24

Pada 16 Oktober 1965, Suharto telah dilantik menjadi Menteri Panglima Angkatan Darat

oleh Sukarno kerana untuk mewujudkan keamanan dan keselamatan negara bagi menghapuskan

anggota-anggota PKI. Sekitar bulan Oktober, November dan Disember 1965 merupakan bulan-

bulan penangkapan dan pembunuhan secara besar-besaran terhadap anggota-anggota PKI.

Temasuklah D.N Aidit, Njoto, Lukman, Untung dan Supardjo. Mereka inilah anggota-anggota

PKI yang terpenting dalam mengadakan Gerakan 30 September.25

KESIMPULAN

Aktiviti PKI dalam arena politik di Indonesia sememangnya telah membawa kepada

pelbagai implikasi yang buruk kepada RI. PKI cuba untuk menguasai dan menjadikan RI sebuah

negara komunis yang menjadi matlamat dan tujuan mereka. Sehinggakan PKI berjaya mengatur

strategi untuk mencapai hasrat mereka dengan pelbagai cara. Walau bagaimanapun, akhirnya

hasrat PKI ini telah dapat digagalkan oleh TN-AD yang diketuai oleh Jendral Suharto dalam

Gerakan 30 Septemeber yang dilakukan oleh PKI sendiri.

24
Ibid. hlm. 190-194.

25
Ibid., hlm. 198-199.
10
AEEA3322 : SEJARAH INDONESIA (1900-1965)

BIBLIOGRAFI

Gerakan 30 September Pemberontakan Parti Komunis Indonesia, Jakarta: Sekretariat Negara


Republik Indonesia, 1994.

Mohamad Roem, Bunga Rampai Dari Sedjarah, Jakarta: Bulan Bintang, 1972.

Ricklefs, M. C., Sejarah Indonesia modern 1200-2004, Jakarta: Serambi, 2008.

Tribuana Said, Perlawanan pers Indonesia (BPS) terhadap gerakan PKI, Jakarta: Sinar Harapan,
1983.

Wan Abdul Rahman Latif, Sejarah Perkembangan Tamadun Dunia, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa &
Pustaka, 2001.

Yahya A. Muhaimin, Perkembangan militer dalam politik di Indonesia 1945-1966, Yogyakarta:


Universitas Gadjah Mada, 1971.

11
AEEA3322 : SEJARAH INDONESIA (1900-1965)

Zulfikar Gazali, Sejarah politik Indonesia, Jakarta: Departemen Pendidikan dan Kebudayaan,
1989.

12

Anda mungkin juga menyukai