Anda di halaman 1dari 25

KLltARA TAWAU ReBBER ESTATE (KTRE): PELABURAN DAN

S(;MBA~GAS D:\LA~I SEKTOR PERTAI'iIAN DAN SOSIAL


DI DAERAII TAWAU (1890-1941)

Md. SaJJi~ bin Abdul Rahim

ABSTRACT

For almost 60 y~ars, B.\'BCC has managed to exploit the North Borneo
~conomiu through their cotrciv~ ~conomic policies in the said areas.
N~verthdess, th~ BNBCC ,,'as aware thatth~ role offoreign capital and investor
wtr~ also vital in furthtr fosttring th~ uonomic development of North Borneo.
Japaneu investor or popularly known as Zaibatsu, were among the foreign
capital that invoh'ed in developing th~ North Borneo economic development
during th~ BNBCC administration puiod. Among their [read Japanese] main
~conomic investments "'tr~ in th~ sutors of rubber plantations, coconuts.
manila hemp, and paddy fidd. Th~ activ~ involvement of Japanese capital
investment ill North Borneo has given birth to the establishment of KTRE.
Zaitbatsu Nissan Wtr~ Ih~ main share holder of KTRE management and has
~mtrged has th~ biggest im'estor in Tawau District of North Borneo. especially
in agricultun sutor. Apart from Ihat, KTRE were also played a major role in
developing the public facilitiu of Tawau District.

Borneo Utara muncuJ sebagai satu unit polilik yang tersendiri pada bulan
November 1881 apabila secara rasminya ditadbir oleh Syarikat (Berpiagam) Borneo
Utara British (SBBUB). Penguasaan SBBUB dalam pentadbiran Borneo Utara
secara tidak langsung turut menguasai kekayaan sumberekonomi Borneo Utara
sepeni penanian, hasiJ hUlan dan perikanan yang mampu memberi pulangan
yang lumayan. Walaupun Borneo Utara kaya dengan sumber ekonomi. hasil
buminya belum diterokai sepenuhnya kerana Kerajaan SBBUB berhadapan
dengan masalah kewangan pada awal tahun pentadbirannya. Hasil pendapatan
yang diperolehi SBBUB tidak mencukupi untuk menampung perbelanjaan
pentadbiran. Pendapatan SBBUB hanya diperolehi daripada kutipan cukai kepata,
hasil jabatan·jabatan kerajaan sepeni Jabalan Kastam dan Eksais, Jabatan Hutan,
Md. Saffie bin Abdul Rahim

Jabatan Tanah. Pos dan Telegrar dan jualan tanah. Perbelanjaan negeri pula
meliputi pembayaran gaji kakitanganjabatan. pasukan keselamatan. perlhidmatan
pengangkutan serta perbelanjaan jabatan-jabatan kerajaan. Oleh yang demikian.
SBBUB memerlukan modal untuk melicinkan pentadbiran mereka. Pelbagai
langkah dilakukan oleh SBBUB bagi mempertingkatkan pendapatan termasuklah
membenarkan pemodal serta buruh luar bergiat aktir di Borneo Utara. Sebelum
Perang Dunia Kedua meletus. pemodal dan buruh dari Jepun telah bergiat aktif
dalam mencorakkan perkembangan ekonomi Borneo Utara dan Kuhara Tawau
KTRE ialah antara pemodal Jepun terbesar yang melabur di Borneo Utara sebelum
tempoh itu.
Justeru. artikel ini cuba melihat penglibatan KTRE dalam kegiatan sektor
pertanian di Borneo Utara sarna ada sebagai pemodal mahupun pembekal buruh
dari negara Jepun. Begitu juga dari aspek sumbangan sosial KTRE di Borneo
Utara turut ditinjau. Penglibatan KTRE dalam pembangunan ekonomi dan sosial
ini tclah membantu dalam usaha memperkembangkan ekonomi Borneo Utara
secara keseluruhannya. Penglibatan KTRE dalam kegiatan ekonomi inijuga telah
membolehkan pembentukan satu koloni kecil mereka di Borneo Utara khususnya
di bahagian pantai timur wilayah ini sebagai pusat kegiatan ekonomi orang Jepun.

KUlIARA TAWAU RUBBER FSTATE(KTRE)

Fusanosuke Kuhara l merupakan pemilik kepada Kuhara Mining Company (KMC)l


yang telah kukuh pelaburannya semasa zaman pemerintahan Maharaja Meiji
dan zaman kerajaan Taisho.' KMC ini telah mendapat pembiayaan daripada
zaibatsu Nissan4 di Jepun sebelum meletusnya Perang Dunia Kedua. s HasH
bantuan tersebut. Fusanosuke Kuhara telah berjaya menjadikan syarikat miliknya
itu sebagai sebuah syarikat yang besar dengan menguasai pelaburan hampir 150
organisasi perniagaan di negara Jepun.' Setelah KMC menjadi sebuah syarikat
yang kukuh. syarikat tersebut telah berusaha untuk menembusi pasaran luar
negara Jepun. Syarikat ini berusaha untuk meluaskan pelaburannya iaitu dengan
menanam modal dalam pelbagai bidang ekonomi di seberang laut. Oi Asia
Tenggara. pada tahun 191 S. KMC telah terlibat dalam kegiatan perlombongan
iaitu di Borneo Utara. 7
Seterusnya. pada tahun 191 S. Kenkichiro Hayashi selaku Pengurus
Perniagaan Kuhara telah menghanlar surat kcpada Kerajaan SBBUB berhubung
rancangan penyelidikan ke Borneo Utara bagi meninjau kesesuaian Borneo Utara
sebagai destinasi pelaburan pelabur Jepun dalam pelbagai bidang penanian.
Kerajaan SBBUB tclah memberi respon positifterhadap surat berkenaan. Justeru
SBBUB sangal mengalu-alukan kedatangan para penyelidik Jepun tersebut untuk
250
Kuhara Tawau Rubber Estate (KTRE)

membuat penyelidikan di Borneo Utara. Kumpulan seramai empat orang


tersebut terdiri daripada Kenkiehiro Hayashi sendiri, Rikita Sakai selaku
Pengurus Pertanian Kuhara dan Y. Otakara serta Noda selaku Pengarah Kuhara
bagi sektor perlombongan.
Setelah lawatan dan penyelidikan dilakukan, Kenkiehiro Hayashi membuat
kesimpulan bahawa daerah Tawau merupakan kawasan yang amat sesuai untuk
aktiviti pertanian.· Oleh yang demikian. untuk memastikan pelaburan dalam bidang
pertanian berjalan seeara terarah di daerah Tawau. Kenkichiro Hayashi menyarankan
agar zaibatsu Kuhara membeli Tawau Rubber Estate (TRE) seluas 562 ekar tanah
ladang kepunyaan British di Borneo Utara. 9 Bertitik tolak daripada eadangan
itu, melalui wakil Jepun iaitu Rikita Sakai. rundingan dimulakan dengan Kerajaan
SBBUB untuk mengambil alih TRE.IO Proses pembelian telah dilakukan secara
rasmi pada 31 Oktober 1915 dengan harga $151.853.06. 11 Setelah TRE diambil
alih oleh KMC. TRE telah bertukar nama kepada Kuhara Tawau Rubber Estate
(KTRE) dan menjadikan getah sebagai jenis tanaman utamanya. 12

ORGANISASI PENTADBIRAN KUHARA TAWAU RUBBER ESTATE

Sepanjang operasi KTRE di Borneo Utara. estet ini telah menggunakan pegawai-
pegawai dari Jepun untuk menjadi pegawai tadbirnya. Sehingga tahun 1920,
Pengurus KTRE ialah K. Nishimoto. Namun demikian, semasa beliau rnenjadi
pengurus KTRE, bilangan sebenarorang Jcpun yang bcrtugas scbagai pentadbir
di Tawau tidak diketahui. Menerusi rekod hanya Nishimoto dan Yamasaki ketika
itu merupakan kakitangan KTRE dari kalangan orang Jepun. Sedangkan ramai
nama-nama pegawai Jepun yang tidak tersenarai seperti Kimura. iaitu ketua bagi
estet Imam dan Tenaki yang bertugas sebagai penjaga gedung di estet
berkenaan. 1l Akan tetapi. secara keseluruhannya pentadbiran KTRE didominasi
oleh orang Jepun. Sehingga tahun 1937. KTRE masih menggunakan Pegawai-
pegawai dari Jepun sebagai pegawai tadbir estet ini. Hal tersebut seperti yang
dinyatakan oleh KJ. Goodlet iaitu. "In I937tlte General Manager, Ihe Secretary,
the manager of estate of the five estates, the medical officer and Ihe General
Manager of hemp cultivation were all Japanese. "14 Pengurusan KTRE pad a
tahun 1937 diketuai oleh K. Maeda sebagai Pengurus Besar yang kcmudiannya
pada tahun 1941. Y. Kimura tclah memangkujawatan Pcngurus Bcsar KTRE bagi
mcnggantikan K. Maeda. Setiausaha bagi Pengurus Besar ialah Hamasaki. Pengurus
seksyen Tawau ialah K. Horiuchi. Pengurus estet Imam ialah A.Kato.ls Y. Muragama
menjawatjawatan Pengurus estet Mcrotai. 16 N. Nishigata menjawatjawatan pen gurus
estet Table. 11 Namun. pada tahun 1941 jawatan pengurus bagi Estet Table telah dijawat

251
Md. Saffit bin Abdlll Rahim

oleh S. Uematsu bagi menggantikan N. Nishigata. Estet Tiger dipengerusikan


olch G.Matsumura"· Y.Kimura menjawatjawatan pengurus penanaman manila
hemp dan E. Yokota selaku pengurus penanaman getah. Sehingga tahun 1941.
Ketua Perubatan ialah Dr. K. Yamamoto dan dibantu oleh Dr. Sugamura.
Manakala dari segi buruh dan peluang pekerjaan. estct ini juga membuka
peluang berkenaan kepada penduduk tempatan selain buruh daripada Jawa. China,
Farmosa (Taiwan) dan juga Jepun itu sendiri. It Seramai 200 buruh Cina telah
diimport dari Taiwan. Bagi memastikan kemajuan KTRE. seramai 1.700 buruh
diimport sehingga akhir tahun 1917 dan pad a tahun 1918 seramai 2.000 hingga
3.000 buruh bekerja di KTRE daripada pelbagai etnik.lO Walau bagaimanapun.
pada tahun 1923 KTRE tidak dapat mengekalkan jumlah buruh yang bekerja di
estetnya kerana ketika itujumlah bayaran gaji yang semakin rendah dibayar oleh
estet tersebut. Berdasarkan Laporan Tahunan 1929 daerah Tawau. KTRE
mempunyai seramai 2.058 buruh pada ketika itu. Pada tahun 1938.jumlah buruh
KTRE di ESlel Tawau (832 orang). ESlcllmam (1.077 orang) dan Estel Merotai
(676 orang).2' Manakala bagi buruh yang mengkhusus da1am penanaman manila
hemp di EstetTable ialah seramai 837 orang. Estet Merotai (772 orang) dan Estel
Tiger (85 orang buruh).21 Sebelum pemodal Jcpun menanam tanaman komersil
sepcrti kelapa dan manila hemp. pemodal Jcpun terlebih dahulu menanam
tanaman scpertijagung. kacang tanah serta timun untuk tujuan kegunaan scndiri.
iaitu makanan harian bagi buruh estetnya. l l
Penurunan pembayaran gaji olch KTRE terhadap buruh Jepun yang bekerja
di Borneo Utara. menyebabkan estet ini menghadapi krisis buruh pada tahun
1940. KTRE telah membayar kadar upah yang tidak sarna dcngan perjanjian yang
dipersetujui dcngan buruh Jcpun sebelum mereka datang ke Borneo Utara.
Penipuan semakin jelas tcrhadap buruh Jepun yang bcrhijrah ke Borneo Utara
scperti yang dialami oleh keluarga Yasuji Saito dan Kumao YUZ3 yang datang ke
Tawau untuk bekerja di ladang KTRE pada 18 Jun 1940. Yasuji Saito telah
dibcrikan kadar gaji yang bcrbcza scperti yang dijanjikan sebelumnya.l4 Peristiwa
yang bcrlaku kepada Saito Yasuji pada tahun 1940 tclah menjadi titik tolak kepada
bcrlakunya peristiwa konnik buruh Jepun di Borneo Utara sebelum Perang Dunia
Kedua. Beliau telah diberi layanan buruk semasa bckerja di ladang KTRE.2S
Pcrasaan tidak puas hati buruh Jcpun ini bcrakhir dcngan tcrcetusnya mogok
pada 12 lulai 1940 bagi memprotes pihak pengurusan KTRE. Mogok buruh Jepun
tcrsebut telah diketuai olch Yasuji Saito sendiri. Setclah perundingan antara
kedua·dua bclah pihak dilakukan. akhimya salU peraturan baru tclah dipersetujui.
iaitu buruh Jcpun diminta menghantar laporan ringlas pada 15 Julai 1940 kepada
pengurus estct KTRE berhubung permasalahan yang dihadapi oleh buruh Jepun
di Borneo Utara. 16

252
Kuhara Tawau Rubber Estate (KTRE)

Selepas laporan bantahan tersebut siap, Saito Yasuji telah mengajukannya


kepada pihak pengurusan KTRE. Penyerahan bantahan tersebut diketuai oleh
Saito Yasuji yang telah mewakili keseluruhan buruh Jepun yang bekerja di ladang
berkenaan. Campur tangan Konsul Taniguchi yang telah melawat Tawau pada
1909os 1940 telah dapat menyelesaikan permasalahan tersebut. Imigran meminta
gaji minimum 60 sen iaitu kenaikan sebanyak 80 peratus dan maksimum 75 sen,
iaitu pertambahan sebanyak 40-50 peratus. 21
Dan segi sumber kewangan, pad a peringkat awal KTRE telah memiliki modal
$3,072,820.29. Jaduall.l menunjukkan penyata kewangan KTRE dari tahun 1916-
1929. Jadual 1.1 memaparkan penyata kewangan KTRE tahun 1916 sehingga
bulan September tahun 1929. Pelaburan terendah KTRE ialah pada tahun 1917
iaitu hanya sebanyak ¥136,126. Situasi ini berlaku memandangkan pelaburan
syarikat ini yang tidak begitu memberangsangkan dalam sektor perlombongan
di Borneo Utara.
Dalam Jaduall.l, KTRE telah melabur pada peringkat permulaan sebanyak
¥204,848. Pada tahun 1918, estet ini meningkatkan pelaburannya kepada
¥ 1,031,677 yang merupakan rekod pelaburan tertinggi estet ini di Borneo Utara
sehingga tahun 1929. Pelaburan tinggi pada awal penglibatannya dalam pelaburan
di Tawau adalah disebabkan estet ini telah mengusahakan pelbagai tanaman
baru dalam peringkat percubaan.

Jaduall.l: Penyata kewangan Kuhara Tawau Rubber Estate (KTRE) tahun 1916-1929
Tahun Jumlah Modal Pelaburan (Yen)
1916 204,848
1917 136,126
1918 1,031.677
1919 473.789
1920 489.086
1921 585.272
1922 624.785
1924 5%.597
1925 8lO.172
1926 730.070
1927 704.369
1928 525,110
1929(hingga30 September) 434.095
Sumber: Nonh Borneo Central Archive. No. 350A - Land leases at Tawau

253
Md. Saffit! bin Abdul Rahim

Selepas ilU. estet ini menunjukkan jumlah pelaburan yang tidak stabil. Pada
tahun 1925. estet ini membuat pelaburan kedua tertinggi iaitu sebanyak V81 0,172.
Pad a awal tahun 1920-an. prestasi ekonomi dunia masih lagi berada dalam keadaan
yang baik. Situasi ini telah menyebabkan KTRE terus berusaha membuat
pelaburan yang tinggi bagi tujuan persaingan dcngan pemodal Eropah yang
lain.2I Schingga bulan Oktober tahun 1929. eSlet ini secara keseluruhannya telah
melabur dalam kegiatan ekonomi di Bornco Utara sebanyak V241.370. Jumlah
pelaburan yang semakin merosot pada tahun tersebut ban yak dipengaruhi oleh
faktor ekonomi dunia yang berada di ambang kemelesetan sehingga tahun 1930-
an.29 ladual 1.2 menunjukkan penyala kewangan KTRE pada Oktober 1927
sehingga September 1929. Perbelanjaan tersebut melibatkan empat jenis
perbelanjaan iailu perbelanjaan lapangan. kilang.jualan dan lain-lain.lO
Pada tahun 1927, eslet ini memperolehi keunlungan sebanyak $105,425.66.
Manakala pad a tahun 1928 jumlah keuntungan yang tclah diperolehi oleh estet
ini ialah S37.855.01. Namun. pada tahun 1929 estet ini mengalami kerugian
sebanyak $82.407.99. Tahun 1929 merupakan era bermulanya zaman kemelesetan
ekonomi dunia. Kerugian yang dialami olch estct ini pad a tahun terse but ban yak
dipengaruhi olch faktor kemelesetan ekonomi dunia yang berlaku ketika itu.
Pada tahun 1927, perbelanjaan lapangan berjumlah $227.319.50 dan pada tahun
berikutnya perbclanjaan lapangan estet ini telah meningkat sebanyak $298.400.84.
Peningkatan sebanyak $76.31 S.05 telah berlaku pada tahun selanjutnya
menjadikan perbelanjaan lapangan estet ini pada tahun 1929 ialah sebanyak
$374.715.89. Hal ini yang berlaku doran daripada kemajuan pengeluaran yang
dicapai oleh KTRE. Estet ini telah mempelbagaikan jenis penanamannya dan
memperolehi penambahan geran tanah setiap tahun. Kesannya, banyak
perbelanjaan diperlukan untuk membersihkan kawasan ladang penanaman yang
baru diperolehi serta kos unluk kegialan penanaman. J1
Perbclanjaan kilang turut memperlihalkan peningkatan. Schingga tahun 1927.
estet ini telah membelanjakan sebanyak SIS.057.73. Perbelanjaan bcrtambah pada
tahun-tahun seterusnya iaitu menjadikan sebanyak S6178.68 pada tahun 1928.
lumlah perbelanjaan kilang pada tahun terse but ialah sebanyak $21.236.41.
Scterusnya pada tahun 1929 sebanyak $7178.46 ditambah menjadilan perbelanjaan
kilang secara keseluruhannya sebanyak S29,214.87. Perbelanjaan kilang estet ini
termasuklah kos unluk memproses pengeluaran hasil tanaman. Peningkatan yang
berlaku ke alas kos kilang ini juga bcrhubung hit dengan faktor hasil pengeluaran
estet yang semakin meningkal. Eslet ini mula mempelbagaikanjenis tanamannya
dan tidak lagi memberi tumpuan kepada penanaman gelah sahaja. ll
Perbelanjaan jualan pada tahun 1927 ialah sebanyak $17,658.40, manakal a
pada tahun 1928 meningkat sebanyak $2S.073.70 iaitu peningkatan sebanyak
154
Kuhara Tawau Rubber Estate (KTRE)

Jaduall.2: Penyata kewangan Kuhara Tawau Rubber Estate (KTRE) bulan


Oktober 1927 - September 1929

Perkara 1927 1928 1929


Jumlah Jumlah Jumlah
Hasil Jualan $474,562.60 $498,537.55 $537,081.18
P. Lapangan $227,319.50 $298,400.84 $374,715.89
P. Kilang S15,057.73 $21,236.41 $29,214.87
P. Jualan $17,658.40 $25,073.70 $29,239.98
P. lain-lain $109.101.21 115,971.59 $186,318.43
Jumlah $369,136.94 $460,682.54 $619,498.17
Catatan Keluaran 771,498.0 1,167,451.7 1,585,182.9
Jum. Keuntunganl +$105,425.66 +$37,855.01 +$82,407.99
kerugian

• P =Perbelanjaan: + Keuntungan: - Kerugian


Sumber: North Borneo Central Archive. No. 350A - Land leases at Tawau

$7415.30. Pada tahun 1929 berlaku lagi peningkatan iaitu sebanyak $4166.28.
Perbelanjaan jualan di sini merangkumi jumlah kos pengimportan. Peningkatan
yang terus berlaku ke atas perbelanjaanjualan dipengaruhi oleh peningkatan hasil
pengeluaran estet ini. Hasil pengeluaran estet yang secara keseluruhannya banyak
dieksport ke negara Jepun telah menggunakan sistem pengangkutan kapal laut
dalam jumlah yang ban yak. Olch yang demikian, hampir keseluruhan daripada
jumlah perbelanjaanjualan estet ini diperuntukkan untuk perbelanjaan pengangkutan.
Perbelanjaan lain-lain estet ini merangkumi pembinaan kemudahan estet, '
gaji buruh serta kakitangan estet. Jumlah perbelanjaan ini turut mengalami
peningkatan. Pada tahun 1927 jumlah tcrsebut meningkat sebanyak $109,101.21
dan pad a tahun 1928 mcningkat kepada $115,971.59. Pada tahun 1929
perbelanjaan estet meningkat kepada $186,318.43, iaitu meningkat sebanyak
$70,346.84. Peningkatan kos turut disebabkan oleh peningkatan terhadap
kemajuan pengeluaran estet ini yang semakin ketara setiap tahun. Pada tahun
1931. KTRE terus mengalami kerugian dengan jumlah kerugian yang ditanggung
sebanyak $172.527.29. Pada ketika itu. kerugian KTRE tidak dapat dielakkan lagi
memandangkan dunia mengalami kemelesetan ekonomi. 33

KELUASAN DAN HASIL PENGELUARAN KTRE

Ladang kepunyaan KTRE pada tahun 1916 di daerah Tawau ialah seluas 562
ekar. Untuk memastikan ladang ini terus kukuh pelaburannya dalam bidang

255
Md. Suffit bin A.bJul Rahim

pertanian di Borneo Utara. usaha memohon tanah tambahan dilakuhn oleh KTRE.
Jadual 1.3 menunjukkan jumlah keluasan tanah milik KTRE yang semakin
meningkat sejak bermulanya pelaburan estet terscbut di Borneo Utara. Pada
tahun 1916 sahaja estet ini telah memiliki tanah seluas 13.614 ehr. Jenis tanaman
estet ini pad a tahun lersebut merangkumi gelah. tebu. kelapa. dan padi.

Jaduall.3: Pelaburan Kuhara Tawau Rubber Estale (KTRE)


di Borneo Utara tahun 1916
Tahun Kelua.~n (Ekar) Jenis Tanaman (Lokasi)
11)16 562 (j!:tiih lawau
1916 1,.5(X) GClah Tawau
1916 1.152 Getah Tawau
1916 8.(lX) Tebu Tawau
1916 2.400 Kelapa Merotai
Sumber: Nonh Borneo Cenlral Archive. No .. S3S • Kuhara Estate Tawau

Padalahun 1918. KTRE mula menanam lanaman baru iaitu manila hemp.14
Estet ini merupakan perintis kepada penanaman manila hemp dan lelah memberi
lumpuan sepenuhnya kepada lanaman ini yang semakin meningkat permintaan
eksportnya di pasaran dunia." Proses penamanan manila hemp di ladang KTRE
pada kelika itu dilakukan dengan jarak sekilar 9 hingga II meter setiap pokok.
Proses penuaian akan dilakukao dalam tempoh 18 hingga 22 bulan alau lebih
selepas penanaman." Jenis pengeksponan berdasarkao lima kalegori. iaitu
kelegangan larikan. kebersihan. wama. tekstur Ualinan benang pada lenunan)
dan ukuran. Kesemua hasil pengeluaran ma/lila hemp ini dielsport ke Jepun.J7
Manakala pad a tahun 1937. KTRE sudah memiliki tanah seluas 15.5-t9.91 ekar
lanah. Sebelum Perang Duoia Kedua melclus. KTRE memperluaskao keluasan
ladang miliknya sehingga mempunyai hak milik laoah seluas 23.014 ekar.l&
Jclasnya. aktivili pertanian yang diceburi oleh KTRE di Borneo Ulara telah
menampakkao kemajuan. Estel ini lclah mampu mengeluarkan pelbagai hasil
keluarannya. Bermula dengan penanaman gelah pada awal pengambilalihannya.
eslel ini telah mampu memperkenalkan lanaman baru di Borneo Utara. Tanaman
manila hemp merupakan sejcnis lanamao lropika yang telah diperkenalkan oleh
KTRE pad a lahun 1918 dan lelah menunjuHao perkembangan yang
memberangsangkan. Tanaman menjadi sumbcr pengeluaran utama estet ini
sehingga lahun 1941. Walau bagaimanapun. serangga perosak telah menjadi
stigma lerhadap lana man manila hemp pad a lahun 1939. Serangga perosak
lersebul dikenali sebagai Ballana ua/-Ro/lu atau Banana Skippu. Serangan
serangga ioi lelah merosaHan lanaman manila hemp dengan leruk sekali di
256
Kuhara Tawau Rubber Estate (KTRE)

kawasan Estet Table dan Estet Bukit Tiger. Keadaan ini telah menyebabkan hasil
pengeluaran manila hemp sedikit terjejas ketika itu. Namun demikian, pengeluaran
manila hemp masih diteruskan. Antara tahun 1940-1941, KTRE telah mencuba
pelbagai jenis tanaman untuk memastikan estet ini bertambah kukuh
pelaburannya di Borneo Utara. Tanaman tersebut termasuklah tebu dan tuba. 39
Namun demikian, sehingga tahun 1941 KTRE masih lagi memonopoli perusahaan
getah dan manila hemp di Tawau. 40

KEMUDAHAN ASAS KTRE

Dalam usaha meningkatkan hasil pengeluarannya, pihak pengurusan KTRE telah


menyediakan kemudahan kapal laut untuk mengangkut hasil pengeluaran ke
negara pengimport khususnya Jepun. Selain itu kapal tersebut digunakan untuk
pengangkutan lain ke negara Jepun. Sehingga tahun 1941, KTRE memiliki
sebanyak 11 buah kapallaut dan sebuah kapal kecil untuk tujuan mengangkut
penumpang. 41 KTREjuga tidak mengabaikan kebajikan buruh yang bekerja di
ladangnya. Pihak pengurusan KTRE telah menyediakan kemudahan-kemudahan
asas seperti jalan raya, hospital, sekolah dan rumah kongsi buruh. Jalan raya
telah dibina untuk menghubungkan estet milik KTRE. Usaha ini perlu untuk
memudahkan proses mengangkut hasil pertanian dari estet miliknya ke pelabuhan
Tawau. Oleh yang demikian, sejak tahun 1916 usaha untuk membina jalan telah
digiatkan. Pada tahun yang sama semua pembinaanjalan yang menghubungkan
semua pejabat KTRE telahjuga dilakukan. Pada tahun 1919, kawasan Estet Imam
telah mempunyai jalan utama sepanjang en am batu, iaitu jalan yang
menghubungkan eslet terse but ke daerah Tawau. 42 Jalan yang menghubungkan
estet milik KTRE di Merotai Besar danjalan di sepanjang Sungai Merotai hingga
ke kawasan Estet Merotai juga telah siap sepenuhnya pad a tahun 1919. Pada
tahun 1928, KTRE selesai membina jalan dari Estet Merotai ke Bandar Tawau
yang panjangnya kira-kira 15 batu. Kemudahan troli mengangkut barang turut
disediakan dengan landasan sepanjang enam batu yang menghubungkan
pelabuhan Tawau dengan estet di kawasan Merotai,43 Pada tahun 1924 juga,
KTRE telah membina dua buah jambalan yang merentasi Sungai Tawau ke
eslet miliknya.
Pekan Merotai Kecil dibina untuk menggiatkan perusahaan pertanian Jepun
di kawasan Merotai pada tahun 1920.~ Pembukaan pekan ini membolehkan buruh
yang bekerja di KTRE mendapatkan keperluan harian mereka. Pada tahun 1924
pula. KTRE telah membinajambatan kukuh untuk menghubungkan Sungai Tawau
ke bandar Tawau. KTRE turut membina rumah kakitangan estet dan skim
pembinaan petempatan pinggir kOla. Langkah ini dilakukan bertujuan pembinaan
257
Md. Saffi~ bin Abdul Rahim

kargo estet ataupun dijadikan gudang estet.·' Selain itu. kemudahan banglo
turut disediakan oleh KTRE untuk memberikan kemudahan kepada pengunjung
yang melawat KTRE. Estet ini ialah estet Jepun di seberang laut yang dianggap
terbesar dan terkenal. Situasi sedemikian menyebabkan ladang ini sering
dikunjungi olch tokoh-tokoh politik Jepun. Oleh ilu. mcreka menginap di banglo
yang disediakan olch pihak pengurusan KTRE. Kemudahan kesihatan turut
disediakan oleh KTRE sejak kewujudannya di Tawau. Hospital kepunyaan KTRE
terletak di kawasan Kampung Jawa (yang ada sekarang) di daerah Tawau. Justeru.
kebajikan buruh di ladang berkenaan lebih terjaga. Pada tahun 1920-an. ketua
kesihatan di hospital KTRE ialah Dr. Yamamoto dan dibantu oleh Dr. Sagamura.46
Walau bagaimanapun. dalam tahun 1930 estet ini tidak mempunyai pusat
kesihatan yang baik. Dalam satu lawatan Protektorat Borneo Utara pada tahun
1931. satu notis perhatian telah dihantar kepada Pengurus KTRE agar pengurusan
estet terse but memperbaiki kemudahan estetnya untuk memastikan kcbajikan
buruh yang bekerja di estet terscbut terpelihara."
Pihak pengurusan KTRE telah mengambillangkah drastik setelah mendapat
teguran daripada Protektorat Borneo Utara berhubung tahap kesihatan yang
agak buruk pad a tahun 1930." Sebagai langkah awal. pihak pengurusan estet
telah memperbaiki kelemahan yang sebelum ini mendapat perhatian daripada
Protcktorat Borneo Utara. Pada tahun 1933. suruhanjaya telah dilantik untuk
membuat siasatan dan laporan sus ulan berhubung tahap kesihatan di KTRE.
Suruhanjaya tersebut terdiri daripada Chin Fook Jun. Ho Shu Fah dan Thomas
Chan. Melalui lawatan yang melibatkan semua kawasan estet milik KTRE di
Tawau. mereka mendapati KTRE mempunyai kemudahan yang secara relatifnya
lengkap dan mencukupi di setiap estet kepunyaannya. Setiap estet milik KTRE
mempunyai kemudahan seperti hospital. kawasan buruh. bekalan air dan kawasan
perkuburan. Buruh Cina yang bekerja di estet lersebuttelah dilemu ramah unluk
mendapatkan penjelasan tentang keadaan persekitaran. hospital dan tempat
tinggal buruh di estet berkenaan. Secara keseluruhannya. mereka berpuas hali
dengan persekitaran dan kemudahan asas di KTRE."
Laporan Suruhanjaya yang mengkaji tahap kesihatan dan kebersihan estet
milik KTRE mendapati bahawa jumlah kcmatian yang terlalu tinggi adalah
disebabkan oleh buruh yang tidak berminat untuk mendapatkan rawatan di
hospital. Selain itu. hospital di estet tidak cukup untuk menempatkan pesakit
yang semaldn bertambah bilangannya.~ Buruh yang menghadapi masalah
kesihatan juga tidak serius untuk mendapalkan rawatan di hospital disebabkan
mereka lebih berminat untuk mendapalkan rawatan secara tradisional. Walau
bagaimanapun. meJalui laporan suruhanjaya ini KTRE didapati masih tidak
menyediakan bekalan air yang hersih kepada buruh yang tinggal di rumah kongsi

2S8
Kuhara Tawau Rubber Estate (KTRE)

estetnya. Umpamanya, Estet Imam mendapatkan sumber air daripada air terjun
yang berdekatan. Walaupun kongsi-kongsi buruh dibekalkan alat penapisan air,
tidak semua rumah kongsi buruh di estet berkenaan mendapat kemudahan
terse but. Selain itu, buruh tidak memiliki kelambu malah tidak berkemampuan
untuk membeli kelambu memandangkan harga kelambu yang terlalu mahal. 51 KTRE
berusaha mempertingkatkan perkhidmatan kemudahan hospital pada tahun 1936.
KTRE telah menambah kelengkapan peralatan serta memperbesarkan lagi wad
pesakit bagi memastikan jumlah pesakit yang perlu mendapat rawatan susulan
dapat ditempatkan di wad berkenaan. KTRE turut membuat penambahan rumah
kongsi tetap untuk buruh yang sakit dan baru sampai di Borneo Utara. Seterusnya,
KTRE telah menyediakan kilang penapisan air di setiap estet miliknya. S2
Seterusnya, pada tahun 1937 estet KTRE telah dilawati oleh Ketua Perubatan
Borneo Utara untuk meninjau kelengkapan kemudahan perubatan serta
kesesuaian persekitaran hospital tersebut. Bagi kawasan Tawau, jumlah
kakitangan yang bekerja di hospital pusat dilaporkan ialah dua orang jururawat
berbangsa Jepun, seorang pembantu perubatan II dan III, seorang pembantu
perubatan (peringkat percubaanllatihan), dua orang pembantu wad, dua orang
tukang masak dan seorang pembantu yang bertugas untuk memasak, mengumpul
dan membersihkan air. Hospital KTRE di Tawau dilengkapi dengan blok
pentadbiran, pusat rawatan pesakit luar dan satu wad pesakit. 53 Di samping itu,
KTRE menyediakan kemudahan hospital di kawasan Imam. S4Namun demikian,
dari segi rumah kongsi buruh di estet kawasan Imam mempunyai bangunan
bersifat semen tara sahaja. Buruh KTRE didapati menggunakan penapis air untuk
mendapatkan bekalan air bersih daTi sungai yang berdekatan. DaTi segi kebersihan
tandas buruh, dijaga dengan baik.55 Ladang KTRE di kawasan Merotai pula
mempunyai enam buah rumah kongsi buruh. Bekalan air diperolehi daripada
sungai berhampiran. Begitujuga dengan kemudahan tandas adalah baik seperti
kawasan ladang milik KTRE yang lain. Dari segi kemudahan hospital,
kelengkapannya sarna dengan hospital estet di estet Imam.S6
Manakala bagi Estet Table, kawasan ini mempunyai rumah kongsi buruh
sebanyak tiga buah. Rumah-rumah kongsi buruh di kawasan estet ini memperolehi
air daripada sungai berdckatan manakala kemudahan tandas berada dalam
keadaan bersih. Hospital kawasan ini diletakkan di bawah jagaan pembantu
perubatan gred II, iaitu Chin Kui Yin.57 Estet Tiger II mempunyai tiga buah rumah
kongsi untuk penempatan buruh. Bekalan air diperolehi daripada mata air.
Kawasan ini tidak mempunyai hospital tetapi selalu dilawati oleh Dr. Yamamoto
bersama dengan Pengurus K. Maeda dan Setiausaha Hamasaki bagi memastikan
tahap kesihatan buruh yang bekerja di kawasan tersebut berada dalam keadaan
yang baik.5&

259
Md. SlljJie bin Abdul Rahim

Pada tahun 1938. Pengarah Kesihatan Borneo Utara yang beribu pejabat di
Sandakan telah mengeluarkan surat berhubung tahap kesihatan buruh di KTRE.
Berdasarkan laporan tersebut didapati tahap kesihatan semakin baik berbanding
pada awal tahun 1930. Hal ini sejajar dengan jumlah kematian yang dilaporkan
semakin menurun di KTRE. Pad a tahun 1939. jumlah kematian hanya seramai 19
kematian iaitu 0.47 peratus daripada sejumlah 4.021 pekerja di estet tersebut. S9
Situasi ini memberi gambaran bahawa pengurusan KTRE berusaha untuk menjaga
kebajikan para buruhnya agar berada dalam keadaan yang baik. Hal ini berbeza
dengan tahap kesihatan buruh pad a awal tahun 1930·an yang dilaporkan agak
kurang memuaskan. Namun demikian. melalui teguran yang dilakukan oleh
Protectorate SBBUB. tahap kesihatan estet ini dapat dipertingkatkan. 60
KTRE turut menyediakan tanah perkuburan di setiap kawasan ladangnya.
Pada tahun 1935. KTRE telah membuat permohonan tanah di Sungai Imam dan
Merotai untuk tujuan dirizabkan sebagai tanah perkuburan buruh Jadang KTRE.
Tanah terse but diperuntukkan khas kepada buruh Cina dan buruh beragama
Islam. Di kawasan Imam. tanah turut disediakan bagi tujuan tapak perkuburan
orang beragama Islam dan Cina. Sehingga tahun I 9~0. KTRE telah menyediakan
tiga ekar tanah perkuburan di Estet Table dan 10 ekar di Estet Tiger." Pada tahun
1933 sehingga 1938. terdapat dua buah sekolah di daerah Tawau yang dibuka
oleh KTRE dan Tawau Estate Limited (TEL). Pada tahun 1939. sebanyak liga
sekolah telah dibuka namun sekolah tersebut hanyalah di KTRE kerana sekolah
di TEL telah ditutup.62 Sehingga tahun itu. hanya 136 pelajar direkodkan lelah
mendaftar di sekolah Jepun. iaitu 62 lelaki dan 74 perempuan dengan liga orang
guru. Purata kehadiran di sekolah ini ialah seramai 120 daripada 136 pelajar dalam
sehari. 61 Pada tahun 19.t0. tiga buah lagi sekolah dibuka olch KTRE dengan
bilangan pelajar seramai 180." Pertambahan jumlah pelajar dari tahun ke setahun
telah memperlihatkan peningkatan. Menurut K.G. Treggonning. kesedaran
pendidikan pelajar Jepun adalah rendah. Sehingga tahun 19.t0. hanya 180 kanak-
kanak telah didaftarkan sebagai pclajar. walhal jumlah kanak·kanak Jepun yang
menetap di daerah Tawau dan Pulau Si-Amil·' ketika itu seramai 500 orang.
Hakikatnya lokasi Pulau Si·Amil yangjauh daripada daerah Tawau menyebabkan
sambutan tidak memuaskan. 66

Langkah Fusanosuka Kuhara menanam modal di Borneo Utara yang bermula


melalui KMC dan seterusnya KTRE telah banyak memberi impak positir terhadap
perkembangan ekonomi Borneo Utara sebelum Perang Dunia Kedua meletus.
Walaupun tidak ramai pelabur Jepun yang tcrlibat dalam ~nanaman modal
260
Kuhara Tawau Rubber Estate (KTRE)

berbanding pemodal Eropah, KTRE merupakan pemodal Jepun yang mampu


memberi saingan terhadap pemodal Eropah di Borneo Utara. KTREjuga mampu
memperkenalkan pelbagai jenis tanaman baru seperti manila hemp, jut dan ichibi
grass. Tanaman-tanaman ini tidak diusahakan oleh pemodal Eropah dan tanaman
yang diperkenalkan dan diusahakan oleh KTRE telah memberikan pulangan yang
lumayan kepada SBBUB kerana mendapat permintaan yang tinggi di pasaran
dunia sehingga Perang Dunia Kedua meletus. Dalam hal ini. KTRE merupakan
pemodal Jepun yang berani mencuba untuk mengeluarkan tanaman baru
walaupun mereka tidak pasti dengan potensi dan kadar pulangannya pada masa
hadapan. Selain mementingkan pengeluaran ekonomi, KTRE juga tidak
mengabaikan kebajikan buruh-buruh di estetnya. KTRE telah menyediakan
kemudahan asas seperti hospital, rumah-rumah kongsi serta bekalan air bersih
disalurkan ke setiap rumah buruh di estet berkenaan. Ini memberi gambaran
bahawa KTRE turut prihatin terhadap kebajikan buruh-buruh estetnya. Selain
itu. masyarakat setempat di daerah Tawau itu sendiri turut berpeluang
mendapatkan perkhidmatan kemudahan as as yang disediakan di KTRE. Sebagai
contoh, perkhidmatan hospital bukan sahaja dikhaskan kepada kakitangan KTRE
malahan telah dibuka perkhidmatannya kepada seluruh masyarakat di daerah
Tawau. Oleh yang demikian, jelaslah di sini bahawa KTRE telah berjaya dan
mampu bersaing dengan pemodal Eropah di Borneo Utara kerana KTRE
menggunakan kaedah pengeluaran yang efisien selain buruh-buruh Jepun itu
sendiri yang terkenal dengan sifat kerajinan mereka. Sementera itu, dengan
penyediaan kemudahan asas di KTRE sesungguhnya amat memberi manfaat
kepada kakitangan KTRE khususnya dan meningkatkan taraf hidup masyarakat
Tawau amnya. Justeru. keadaan ini menggambarkan bahawa KTRE mampu
menyumbang kepada pembangunan ekonomi dan sosial masyarakat di daerah
Tawau dan Borneo Utara secara keseluruhannya sebelum Perang Dunia Kedua.

NOTA

I Fusanosuke Kuhara telah dilahirkan pada tahun 1869. Bcliau telah bergiat

aktif dalam bidang perniagaan di Jepun sejak berusia 23 tahun. Beliau merupakan
anak saudara lelaki kepada Fujita iaitu pemilik kepada zaibatsu Fujita. Kejayaan
beliau dalam bidang pemiagaan menyebabkan beliau telah berjaya mengukuhkan
syarikatnya yang dikenali sebagai Kuhara Mining Company (KMC). Fusanosuke
Kuhara menjadi pengurus kepada lombong perak Fujita di Kosaka. BeHau telah
menukar lombong perak Fujita di Kasoka daripada sebuah lombong yang tidak
menguntungkan kepada sebuah lombong tembaga yang berjaya. Kejayaan beliau
untuk membangunkan kembali lombong di Kosaka telah menycbabkan zaibatsu

261
Md. SaJJit bin Abdul Rahim

Fujita telah berkembang semula. Pada ketika itu. zaibatsu Fujita telah mempunyai
rakan kongsi seramai tiga bersaudara akan telapi Fujita Dcnzaburo iaitu salah
seorang daripada rakan kongsi tcrsebut tclah mcngambil keputusan untuk
membeli syer dua lagi rakan kongsinya termasuklah Fusanosuke Kuhara sendiri.
Hasil daripada penjualan syer tersebut. Kuhara telah membeli lombong baru
iaitu Hitachi. Kuhara telah berjaya membangunkan syarikat tersebut dengan
jayanya sehingga menjadi saiu daripada pengeluar tembaga terbesar di Jepun.
Sila rujuk "The History of Corporate Ownership in Japan". "ECGI Working
Paper Series in Finance ".2003. hIm. 35.
2 KMC ditubuhkan pada tahun 1905 dan diketuai oleh Fusanosuke Kuhara.
Perusahaan syarikat ini merangkumi can gali minyak. perlombongan bijih besi
dan juga arang batu. Pada tahun 1928 KMC telah ditukar namanya kepada Nippon
Mining Sangyo·s. Sila rujuk ibid.
1 Zaman pemerintahan Taisho bermula pad a tahun 1912-1916. Semasa zaman

Meiji. kerajaan dikuasai oleh pihak Oligarki tetapi keadaan berubah pada zaman
Taisho yang diperintah oleh dua parti besar iaitu Kenseikai dan Seiyukai.
Bagaimanapun. pihak parti politi" tidak mempunyai kuasa mutlaL: terhadap
pemerinlah. Terdapat beberapa pihak lain yang mempengaruhi kerajaan. Mereka
ialah pihak zaibatsu. tenlera dan birokrasi. M. Rajenderan. Sejarah Jepun. Kuala
Lumpur: Arenabuku Sdn. Bhd .• 1988. him. 33.
4 Nissan ialah scbuah zaibatsu Jepun yang bergiat aktif sebelum Perang

Dunia Kedua mclelus. Nissan telah ditubuhkan oleh Yoshisuke Aikawa sekitar
tahun 1900-an. Aikawa merupakan bapa saudara kepada Fusanosuke Kuhara
(1869-1965). Untuk keterangan lanjut sila rujuk Randall Morek & Masao
Nakamura. 'The History of Corporate Ownership in Japan", ECGJ Uorking Papu
Series in Fillallce. 2003. him. 34-35.
'Zaibatsu Nissan bukan sahaja memben sumbangan kewangan kepada KTRE
malahan beberapa syarikat lain seperti Borneo Fishing Company (BFC) di Pulau
Si-Amil. estct getah di Johor,lombong besi di Gual Periok dan lombong besi di
Dungun. Pada masa yang sarna, Nissan juga menjalankan perusahaan industri
berat di Manchuria yang dikenali sebagai Manchuria Heavy Industry
Development Company. Nissan turut membuat perjanjian perusahaan dengan
Taichong Kongsi iaitu scbuah syarikat penangkapan ikan yang beroperasi di
Singapura sebelum Perang Dunia Kedua. Sila rujuk North Borneo Central Archive.
No. 283/6 - Tawau Rubber ESlate.
• Randall Morek & Masao Nakamura. "The History of Corporale Ownership
in Japan". ECGJ Working Paper Seri~s in Fi"anc~. 2003, him. 34-35.
7Pcnglibatan KMC dalam bidang cari gali minyak di Borneo Utara berrnula
pad a 8 Februan 1915.I.Salo selaku. pengurus KMC memainkan peranan penting
262
Kuhara Tawau Rubber Estate (KTRE)

membuat rundingan mendapatkan konsesi cari gali minyak. I. Sato memberi


keyakinan kepada A.C. Pearson bahawa syarikat KMC mampu membuat
penyelidikan dan cari gali minyak di Borneo Utara memandangkan syarikat ini
mempunyai kemudahan yang mencukupi. I. Sato menyatakan KMC mempunyai
modal terkumpul sebanyak Y30,OOO,OOO atau 3,000,000 pound pada ketika itu.
Melalui rundingan an tara KMC dan Borneo Petroleum Syandicate, pada tahun
1915 persetujuan telah dicapai antara kedua-dua belah pihak. KMC telah diberikan
subkonsesi daripada Borneo Petroleum Syandicate. KMC membuat cari gali
minyak selama tiga tahun bermula dari tahun 1915 sehingga tahun 1918. Pemberian
subkonsesi oleh Borneo Petroleum Syandicate kepada KMC melibatkan kawasan
seluas 30,000 batu persegi di Borneo Utara yang menjangkau sehingga kawasan
Pulau Sibatik di daerah Tawau. Penyelidikan dan tinjauan awal KMC dilakukan
oleh juruteranya, O.Kadama dan J. Takahasi manakala penterjemahnya dikenali
sebagai T. Nakagama dan Y. Yamazaki. Penyelidikan kedua telah dilakukan pada
tahun 1918 dan pada kali ini penyelidikan terse but diketuai oleh Noda selaku
pengurus bahagian perlombongan KMC pada ketika itu. Beliau telah dibantu
oleh tiga orang ahli geologi dari negara Jepun. Pad a tahun 1919, pihak KMC
telah mengesahkan bahawa kawasan Sikuati, Tungku dan Pulau Sibatik
mempunyai hasil minyak yang menguntungkan. KMC memulakan cari gali minyak
di Sikuati. Kudat. Usaha cari gali telah dilakukan sehingga mencecah kedalaman
2,094 kaki ke bawah tanah. Walau bagaimanapun. usaha mereka ini tidak membawa
hasil. Tidak ada tanda-tanda kawasan terse but mempunyai hasil min yak. Oleh
yang demikian. pihak syarikat telah mengambillangkah untuk tidak meneruskan
kajian penyelidikan di kawasan tersebut dan di Borneo Utara secara
keseluruhannya. Penyertaan syarikat ini yang bermula pada tahun 1915 sehingga
1920 dalam kegiatan perlombongan minyak di Borneo Utara hanya merupakan
titik mula kepada penyertaan pemodal Jepun dalam perkembangan ekonomi
Borneo Utara. Ini kerana selepas syarikat berkenaan melibatkan diri dalam bidang
perlombongan. pad a tahun 1916 KMC telah membuat pelaburan dalam bidang
pertanian. Syarikat ini telah membeli TRE selepas itu. Selain melibatkan diri dalam
kegiatan perlombongan di Borneo Utara. KMC juga terlibat dalam kegiatan
perlombongan di Tanah Melayu. Syarikat ini telah melabur dalam bidang
perlombongan bijih besi pad a tahun 1916 di Bukit Besi, Ulu Dungun, Terengganu.
Sila rujuk Mikrofilem M438/82: Nippon Industrial. Choy Leng Yuen, "Japanese
Rubber and Iron Investments in Malaya, 1900-1941 ". Journal of Southeast Asian
Studies. Vol. 9. Bil. 2. 1978. hIm. 163-179.
• Jalan Kuhara di daerah Tawau bukan perkataan yang diambil daripada
Bahasa Melayu. Kuhara merupakan salU perkataan Jepun yang diambil sempena
mengingati Fusanosuke Kuhara. Beliau telah membantu membangunkan daerah

263
Md. Sa1fi~ bin Abdul Rahim

Tawau sebelum Perang Dunia Kedua melalui pelaburan-pelaburan syarikatnya


di daerah itu. Sila rujule Yutaka Shimomoto. "Japanese Immigrants in Tawau.
British North Borneo". Sabah Muuum and Archi\'n Journal, Vol. I. No.3.
1991. hIm. 13.
• Berdasarkan penyelidikan Kenkichiro Hayashi mendapati ladang TRE
sebelum ini ditanami dengan tanaman getah dan kelapa. Pada tahun 1910. TRE
telah ditanami dengan tanaman getah seluas 30 ekar. pada tahun 1911 seluas 272
ekar. tahun 1912 seluas 35 ekar. tahun 1913 seluas 23 ekar. tahun 1914 seluas 40
ekar dan pad a tahun 1915 seluas 41 dar. Manakala pada tahun 1914. ladang TRE
turut ditanam dengan tanaman kelapa seluas to ehr. Pada tahun 1915. keluasan
tanah yang diperuntukkan untule penanaman kelapa bertambah kepada 20 ekar.
Tanaman getah dan kelapa merupakan tanaman komersil pada ketika itu. Menurut
Kenkichiro Hayashi. pemodal Jepun wajar mengambil alih ladang tersebut dan
meneruskan jenis tanaman yang ditanam di ladang tersebut sebelum ini selain
kemungkinan menanam tanaman baru yang difikirkan sesuai dan menguntungkan
syarikat Kuhara khususnya dan rakyat dan negara Jepun amnya. Sila rujuk Nonh
Borneo Central Archive. No. 333 - For Nippon Indutrial Rubber Co.
10 Harga ladang TRE menurut hasil penyelidikan Kenkichiro Hayashi

bergantung kepada masa ladang tersebut dibeli. Kadar sewa untule tempoh lima
tahun pertama adalah SO sen seekar dan selepas itu jumlah kadar sewa meningkat
kepada $2.S0 seekar. Semua cadangan ini telah dikemukakan oleh Kenkichiro
Hayashi kepada Konsul Jepun Rikita Sakai di Singapura. Setelah ladang TRE
diambil alih oleh pemodal Jepun. menurut Kenkichiro Hayashi. ladang tersebut
akan menjadikan petani daripada Jepun yang dibawa melalui kaedah rekrut dan
negara Jepun untule bekerja di ladang berkenaan. Manakala pada peringkat awal
iaitu semasa proses pembersihan. kaji-kaji ini akan dilakukan oleh buruh tempatan
yang terdiri daripada buruh Jawa. Cina dan peribumi. Secara tidak langsung,
pengambilalihan ladang berkenaan akan dapat mengatasi masalah kepadatan
penduduk serta pengangguran yang dihadapi oleh negara Jepun pad a ketika itu_
Sila rujuk North Borneo Central Archive. No. 350 - From Tawau to NorOlon.
II Proses menandatangani persetujuan pembelian ladang TRE telah dilakukan

oleh Kenkichiro Hayashi. Rikita Sakai dan Noda bagi pihak Jepun. Manakala
bagi pihak SBBUB pula oleh Gabenor A. C. Pearson. F.W. Fraser selaku Setiausaha
Kerajaan SBBUB. GC. Wolley selaku Pesuruhjaya Tanah dan D.M. Matthews
selaku Konservator Hutan. Sila rujule North Borneo Central Archive, No. 535 _
Kuhara Estate Tawau.
12 Nama Kuhara Company telah ditukar kepada Nihon Company. Selepas itu,

nama estet ini telah ditukar lagi kepada Nissan Nohrinkogyo Kabushiki Kaisha
(1937). Nippon Industrial Rubber Company (1938) dan Nissan Agricultural &
264
Kuhara Tawau Rubber Estate (KTRE)

Forestry Manufacturing Co. Ltd. (1939). Pertukaran nama yang telah dilakukan
beberapa kali ini berlaku disebabkan oleh faktor-faktor tertentu yang tidak dapat
dikenal pasti. Namun demikian, sepanjang perbincangan dalam artikel ini penulis
akan menggunakan nama KTRE merujuk kepada estet milik Kuhara.
13 Hampir semua daripada kakitangan pentadbir KTRE tinggal di banglo yang

telah disediakan oleh KTRE. 8anglo kakitangan KTRE telah didirikan di kawasan
berhampiran dengan ladang KTRE iaitu kira-kira 3 batu dari Bandar Tawau dan
terletak berdekatan dengan kawasan Air Panas.Temu bual dengan Datuk Hj.
Kassim Kamidi di rumah kediaman beliau di Tawau pada 27 Julai 2004.
14 KJ. Goodlet, '1'he Origin and Early Development of The Tawau Community

1880-1942", Phd. Thesis, Australia Universiti of Syedny, 1977, hIm. 208.


U Kawasan Imam adalah estet milik KTRE yang terletak di utara bandar

Tawau. Temu bual dengan Datuk Hj. Kassim Kamidi di kediaman beliau di Tawau
pad a 27 Julai 2004.
16 Merotai merupakan kawasan yang terletak di kawasan utara Tawau. Merotai

dibahagikan kepada dua iaitu kawasan Mcrotai Bcsardan Mcrotai Kecil. Istilah Merotai
Besar dan Merotai Kecil adalah berdasarkan saiz sungai yang terdapat di kawasan
berkenaan. Merotai Kecil adalah kawasan yang terletak berhampiran dengan
sungai kecil manakala Merotai Besar terletak berhampiran dengan sungai besar.
17lbid.
II Estet Tiger merupakan kawasan yang terletak di utara Tawau. Jarak estet

ini dari daerah Tawau ialah kira-kira 38 kilometer. Temu bual dengan En. Isnen
bin Mohammad Said di pejabat beliau di Majlis Perbandaran Tawau pada 25
Ogos2004.
19 Ibid.
20 Pad atahun 1917, sebanyak tiga pelayaran kapal dari Farmosa ke Borneo
Utara berlaku untuk membawa buruh berkenaan. Setiap satu destinasi. seramai
300 orang. Keseluruhan buruh berkenaan boleh bercakap Bahasa Cina dan
sebahagiannya boleh bertuturdalam Bahasa Jepun. KTRE telah membuat usaha
sarna dengan kapal Osaka Shosen Kaisha untuk menghantar tenaga buruh ke
Borneo Utara. Buruh tersebut akan sampai ke pelabuhan Sandakan dan setiap
destinasi akan membawa seramai 100 orang buruh lelaki. Ibid.
21 Bilangan buruh yang dinyatakan ini termasuklah buruh tambahan yang

bekerja secara kontrak iaitu yang terlibat dalam penanaman getah di estet KTRE.
Untuk keterangan lanjut sila rujuk Tawau Annual Report 1929.
22 Sila rujuk North Borneo Central Archive. No.190 - Applaciton for Imam
Timber Area.
23 Pad a tahun 1925, kedudukan KTRE telah kukuh sebagai estet Jepun yang

ban yak memberi sumbangan ekonomi di daerah Tawau. Pada tahun 1925 sahaja,

265
Md. Saffi~ bin Abdul Rahim

KTRE mempunyai pekerja seramai 1,500 orang dari pelbagai suku kaum. Suku
kaum tersebuttermasuklah Bajau, Sui uk, Bugis, Tidong. dan lawa. Temu bual
dengan En. Isnen bin Mohammad Said di pejabat beliau di Majlis Perbandaran
Tawau pada 26 Ogos 2004 dan juga temu bual dengan K.K. Juniadi bin Abubin di
rumah kediaman beliau di Batu Payung pada 27 Julai 2004. Keterangan lanjut
juga terdapat dalam KJ. Goodlet, "The Origin and Early Development of The
TawauCommunity 1880-1942", him. 157.
24 Kadar upah buruh yang ditetapkan oleh KTRE iaitu gaji minimum dan 80

sen kepada 60 sen dan daripada SJ.OO sen kepada 75 sen. Kadar upah telah
ditetapkan sedemikian rupa memandangkan penurunan hasil pendapatan KTRE
yang berlaku pada tahun 1940 selain disebabkan faktor ingin menyimpan bagi
tujuan menampung pembiayaan imgran Jepun yang akan datang setelah imigran
lama habis tempoh kontrak. Untuk keterangan lanjut sila rujuk Hara Fujio,
-Japanese Settlement Projects in Tawau and the Labour Conflict-.lnstitute for
Development Studies (Sabah), Borneo Review, Vol. III, No.2, December 1992,
1992, him. 271.
:u Keadaan terscbut menyebabkan Saito Yasuji berasa terkilan dan berhasrat
untuk berjumpa dengan SllOcho (Pengurus) untuk membuat aduan berhubung
layanan yang diberikan oleh penyelia ladang. Walau bagaimanapun, Saito Yasuji
tidak dibenarkan berjumpa Shocho dan hanya dibenarkan untuk berjumpa
Uematsu, Timbalan Pegawai di Jabatan Buruh. Saito Yasuji telah mengadu
tindakan penyeJia ladang yang mengherdik beliau selain syarat perjanjian yang
mereka tandatangani di Jepun sebelum berhijrah ke Borneo Utara tidak sarna
dengan yang dijanjikan oleh Menteri Kolonl. Sila rujuk ibid.
26 Saito Yasuji teJah membuat satu resolusi yang meminta agar KTRE

mematuhi kehendak mereka. Permintaan tersebut adalah seperti; a) Bayaran gaji


ialah sebanyak 50 sen sehari akan tetapi meminta agar elaun harian sebanyak 25
sen sehari. b) Bayaran haruslah dibayar secara tunal. Sebelum ini bent uk bayaran
gaji adalah secara pemberian barangan runcit khususnya makanan. e)
Menghapuskan jumlah hutang imigran yang berjumlah 1,000 hingga 2,000 yen.
f) Melakukan pembaikan ke atas bumbung tempat tinggal pekerja yag sudah
bocor. Bumbung tersebut haruslah diganti dengan atap nipah. g) Mengembalikan
pas port dan surat jaminan pekerja kepada buruh Jepun. h) Menghentikan
penapisan surat yang ingin dihantar oleh para pekerja estet. Pada kebiasaannya
sural yang dihanlar harus dilapis oleh Pengurus Ladang bagi mengelakkan
golongan imigran menceritakan perkara sebenar di ladang estet KTRE kepada
keluarga mereka di Jepun. h) Semua permit imigran haruslah ditunjukkan kepada
Menten Kolonial sekiranya mereka melawal ladang lersebul. i) Menggantikan
Pesuruhjaya Menteri Kolonial iaitu Mr. Samejima. Pelantikan beliau bertujuan

266
Kuhara Tawau Rubber Estate (KTRE)

melindungi imigran tetapi keadaan tersebut telah bertukar sebaliknya. Keadaan


ini sebenarnya amat tidak baik kepada buruh Jepun yang berhijrah ke Borneo
Utara.j) Permit kebenaran diberikan kepada buruh Jepun di ladang KTRE untuk
membeli barangan keperJuan di kedai-kedai luar seperti kedai Cina dan India
yangjauh lebih murah. k) Permit setiap pasangan mempunyai kebebasan untuk
membawa ahli keluarga ke Borneo Utara. I) Meluluskan penjagaan kesihatan
untuk tujuan rawatan. m) Kemudahan persekolahan disediakan dan tidak setakat
sekolah rendah. n) Menyediakan tapak kepada buruh Jepun untuk penanaman
sayur-sayuran di estet berkenaan. Hal ini memandangkan sebelum ini buruh
Jepun membeli sayur-sayuran daripada orang Jepun sendiri yang berniaga di
ladang berkenaan. 0) Mengembalikan buku perjalanan kepada imigran. p)
Walaupun telah dinyatakan dalam perjanjian sekiranya buruh Jepun sudah bekerja
selama tiga tahun, buruh berkenaan akan diberikan 20 ekar tanah tetapi sehingga
tempoh tersebut, KTRE tidak mematuhi berkenaan tersebut. Oleh yang demikian,
adalah wajar untuk dipertimbangkan semula syarat tersebut. p) Semua permintaan
yang dibuat haruslah diberikan Idiluluskan tanpa syarat. Sila rujuk ibid.
21 Bertitik tolak daripada konflik buruh Jepun yang berlaku pada tahun 1940

ini, Menteri Koloni Jepun di Borneo Utara pada tahun yang sarna telah membuat
rancangan imigrasi berdasarkan peraturan-peraturan tertentu iaitu; a) Setiap
orang Jepun yang berhijrah ke Borneo Utara akan diberikan 29 chobu (20 ha)
tanah dan seterusnya boleh menjadi petani secara persendirian setelah bekerja
di bawah pemodal Jepun selepas tiga tahun. b) Menteri Koloni Jepun memberi
jaminan dan sokongan termasuklah bantuan kewangan terhadap projek imigrasi
ini. Bagi memastikan projek ini berjalan lancar, Kerajaan Jepun telah melantik
Ayukawa Gisuke iaitu Pengerusi Nissan Company dan juga Pengerusi Manchuria
Development sebagai ketua rancangan imigrasi ini. c) Kadar gaji harian iaitu lima
jam sehari akan diberikan kepada buruh Jepun yang bekerja di Borneo Utara. e)
Setiap keluarga yang mempunyai jumlah keluarga seramai tiga orang atau lebih
boleh memohon untuk menyertai rancangan imigrasi ini. Sila rujuk ibid.
2. North Borneo Central Archive, No. 350A - Land leases at Tawau.
29 Sekitar tahun 1920-an sehingga tahun 1930-an, berlaku kemelesetan

ekonomi dunia. Keadaan ini telah memberi kesan yang am at ketara kepada
perusahaan getah dunia. Dalam hal ini, pengusaha getah di Borneo Utara iaitu
KTRE turut menerima tempiasnya. Ini kerana KTRE banyak memberi tumpuan
kepada penanaman getah. KTRE telah mengeluarkan getah dalam kuantiti yang
banyak sedangkan permintaan di pasaran dunia telah mengalami kemerosotan.
Desakan ekonomi dan harga getah yang rendah memaksa pihak pengurusan
ladang ini mengurangkan pekerja mereka atau menurunkan kadar gaji pekerjanya.
Akibatnya berlaku rusuhan dalam kalangan pekerja KTRE. Keterangan lanjut

267
Md. StJ.ffi~ bin Abdul Rahim

mogok buruh olch pckerja KTRE dibincangkan oleh Saito Yasuji, "Recollections
of Labour Conflict in Japanese Estate, Tawau" ,Institute for Development Studies
(Sabah), Borneo Review, Vol. III. No.2, 1992, him. 259-269. Bara Fujio, "Japanese
Selliement Projects in Tawau and the Labour Conflict",lnstitute for Development
Studies (Sabah). Borneo Review, Vol. 111. No.2. 1992. him. 271-277.
lO Perbelanjaan lapangan yang dilakukan oleh KTRE merangkumi perbelanjaan

awal sepeni untuk tujuan pcmbersihan hutan. penanaman dan pcrbelanjaan gaji
buruh. Manakala pcrbelanjaan kilang melibatkan perbelanjaan untuk memproses
hasil tanaman bagi tujuan eksport serta pembelian kelengkapan kilang
pemprosesan. Seterusnya perbelanjaan jualan melibatkan pcrbelanjaan untuk
tujuan proses eksport ke luar negara. Perbelanjaan lain-lain pula melibatkan
perbelanjaan selain daripada perbelanjaan lapangan. kilang. jualan dan diluar
jangkaan. Sila rujuk ibid.
11 North Borneo Central Archive. No. 350A - Land leases at Tawau.
12 Ibid.
JJ Ibid.
l4 Manila hemp merupakan sejenis tanaman tropika yang telah mula ditanam

di Filipina. Potensinya yang baik dalam pasaran dunia telah mendorong pemodal
Jepun ini mengusahakan tanaman terse but di Borneo Utara. Setelah tanaman
tersebut diusahakan di Borneo Utara, pclbagai jenis istilah diberikan bagi merujuk
tanaman tersebut. Antara istilah yang diberikan termasuklah Abaca dan pi sang
lanut. Sila rujuk Nonh Borneo Central Archive. No.1345 - of Manila Hemp
Encouragement.
l' Nonh Borneo Central Archive. No. 333 - For Nippon Indutrial Rubber Co.
l6Tali akan dibersihkan menggunakan mesin. Mesin yang digunakan untuk
pemprosesan dikenali sebagai HagolUn yang dikeluarkan oleh Dai ko Tetsukosho,
Davao, Filipina iaitu cawangan Nippon (Nihon) Shangyo Kabushiki Kaisha,
Tokyo. Mesin tersebut menggunakan min yak diesel. Untuk keterangan lanjut
sila rujuk Ibid.
J7 Hasil pengeluaran KTRE amat bermutu ekoran penggunaan teknik
pengeluaran dan teknologi yang dibawa dari Jepun. Estet ini telah dilengkapi
dengan kemudahan asas yang moden bagi melicinkan aktiviti harian kilang.
Kelengkapan terse but termasuklah kilang kayu. kilang pemprosesan minyak
kelapa. kilang kenas. kilang manila hemp serta mesin pemprosesan kain. Sila
lihat Fail 398 - Tawau Annual Report 1929.
]I Pemilikan geran tanah KTRE tidak tetap setiap tahun. KTRE telah memohon

tanah dari kerajaan SBBUB lebih melihat dari aspek keperluan. KTRE telah
membuat banyak permohonan kepada Kerajaan SBBUB. Kesannya ladang ini
mempunyai keluasan geran tanah sebanyak 23.014 ekar pada ketika itu. Sila lihat

268
Kuhara Tawau Rubber Estate (KTRE)

Hanita Ladjaharun, "Imigrasi Orang Jepun ke Borneo Utara Sebelum Perang


Dunia Kedua", Latihan I1miah, B.A. Jabatan Sejarah, Kuala Lumpur: Universiti
Malaya, 2001. hIm. 30.
39 Tuba merupakan sejenis tanaman yang digunakan untuk menangkap ikan.

Melalui akar tuba yang direndam di dalam air laut, ikan yang berada di sekitar
akar tuba tersebut akan mabuk dan terapung di dasar laut. Namun, tuba berkenaan
tidak memberi kesan negatif kepada kesihatan man usia. Temu bual dengan
Ibnuhari bin Onnong di rumah kediaman beliau di Kg. Kabimbangan, Pulau Bum-
Bum pada 20 Ogos 2004.
40 Penguasaan KTRE dalam perusahaan manila hemp yang berterusan di

Borneo Utara dan daerah Tawau khususnya berpunca daripada KTRE itu sendiri
yang menjadi pelopor terhadap penanaman manila hemp. Tidak ramai pemodal
luar yang berminat terhadap penanaman manila hemp kecuali satu lagi estet
milik pemodal Jepun iaitu Tawau Estate Limited, pemodal persendirian Jepun
dan satu pemodal Eropah iaitu Harrison & Crossfield.ltupun tidak mampu menyaingi
KTRE dari segi jumlah pengeluaran. Ternyata tali manila hemp yang dikeluarkan
oleh KTRE lebih berkualiti memandangkan KTRE sememangnya sudah lama
bergiat aktif dalam perusahaan manila hemp. Untuk keterangan lanjut sila rujuk
No. File M435/82: Public Record Office. C.O. 8741874: Japanese Penetration.
41 Nama-nama kapallaut milik KTRE ialah Kapal Kuhara yang mempunyai

kuasa kuda 10 knots dengan muatan sebanyak 15 tan, Kapal Nissan mempunyai
kelajuan 8 knots dengan mualan seberat enam tan serta Kapal Bonba yang
mempunyai kelajuan 7 knots dan jumlah muatan tiga tan. Kapal No.1 mempunyai
kelajuan 51 knots dengan jumlah muatan 30 tan, Kapal No.3 dengan kelajuan 67
knots dan jumlah muatan sebanyak 90 tan, Kapal No.5 dengan kelajuan 77 knots
dan jumlah muatan seberat 150 tan, Kapal No.8 dengan kelajuan 76 knots dan
jumlah muatan 150 tan, Kapal No. 11 dengan kelajuan 76 knots dan jumlah muatan
seberat 70 tan, Kapal No. 12 dengan kelajuan 60 dan jumlah muatan 70 tan, Kapal
No. 13 dengan kelajuan 60 dan jumlah muatan 60 tan. Kapal No. 10 dengan
kelajuan 76 dan jumlah muatan sebanyak 150 tan. Terdapat sebuah kapal
penumpang dengan kelajuan 40 knots dan mampu membawa muatan seberat 5
tan. Untuk keterangan lanjut. sila rujuk No. File M435/82: Public Record Office.
C.O. 874/874: Japanese Penetration.
41 Ibid.
4J Troli milik KTRE ini bermula dari estet miliknya ke pelabuhan di Bandar

Tawau dilolak dengan menggunakan tenaga manusia seramai dua orang. Pada
kebiasaannya barangan yang diangkut menggunakan troli tersebut bukan sahaja
hasil keluaran malahan ada kalanya juga pekerja estet yang ingin ke bandar

269
Mel SaJJit bin Abdul Rahim

Tawau. Temu bual dengan Hj. Junaidi bin Abuban di kediamannya di Batu
Payung, Tawau pada 27 Ogos 2004.
44 KJ. Goodlet, 11le Origin and Early Development or The Tawau Community

1880-1942". Phd. Thesis, Australia Universiti of Sydney, 1977, hIm. 240.


4S Pada peringkat awal pengambilalihan ladang KTRE Kuhara, banyak

membuat permohonan tanah untuk tujuan pembinaan kemudahan asas di ladang


berkenaan. Sila rujuk North Borneo Central Archive, No. S3S - Kuhara Estate Tawau.
46 Hospital tersebuttelah disediakan oleh KTRE untuk kakitangan dan buruh

KTRE. Walau bagaimanapun, perkhidmatan rawatan tidak hanya diberikan kepada


buruh atau kakitangan estet, tetapi turutterbuka "epada orang awam yang tinggal
di sekitarTawau. Temu bual yang dilakukan dengan Datuk Hj. Kasim Kamidi di
rumah kediaman beliau di Tawau pad a 27 Julai 2004.
47 Notis yang dihantar oleh Protektorat Borneo Utara kepada pengurusan

KTRE antara lain mengandungi butiran seperti berikut; a) Pengawasan perubatan


di estet milik KTRE ini kurang memuaskan. Doktor perubatan estet KTRE hanya
membuat lawatan ke kawasan Merotai dan Imam hanya sekali dalam sebulan.
Pada kebiasaannya lawatan tersebuttidak merangkumi keseluruhan rumah kongsi
di ladang berkenaan. b) Hospital juga tidak mempunyai troli untuk rnengusung
pesakit yang tidak boleh berjalan ke hospital sedangkan jarak kongsi ke hospital
adalah jauh. c) Kawasan hospital di daerah Tawau sclaku hospital pusat bagi
ladang KTRE mempunyai saiz yang keeil. Begitu juga hospital di estetlain milik
KTRE seperti Hospital Merocai dan Imam tidak mampu menampung bi langan pesakit
yang semakin bertarnbah setiap l<1hun. Oleh yang demikian pengurusan KTRE
wajar memperbesarkan lagi hospital di setiap ladang miliknya. d) Didapati bahawa
semasa lawatan dibuat ada di kalangan pesalit yang tidak mempunyai selirnut.
e) Ramaijuga pesakit yang tida" dapat berjumpa dengan doltor ataupun pesakit
yang telah berjumpa doktor tetapi tidak mempunyai rawatan susulan sedangkan
rawatan tersebut adalah perJu seperti buruh yang menghadapi penyakit malaria.
n Berdasarkan rekod yang diperolehi pada tahun 1928 hingga 1930 didapati
bahawajumlah pesakit yang menghidap penyalit Pneumonia di Merotai adalah
tinggi kadar kematiannya. Sila rujuk North Borneo central Archive, No. 873 _
Condition of Labour, Health Nippon Estate.
41 Sehingga l<1h un 1930, masalah kesihatan dalam kalangan buruh-buruh KTRE.

sedikit ter;ejas sehingga ramai di antara buruh berkenaan yang rnenghidap


penyakit demam malaria serta ciril·birit. Untuk keterangan lanjut sila lihat ibid.
-Ibid.
:10 Temu bual dengan K.K. Junaidi bin Abuban di rumah kediaman beliau di

Batu Payung pada 27 Og05 2004.

270
Kuhara Tawau Rubber Estate (KTRE)

SI Temu bual dengan En. Isnen bin Mohammad Said di pejabat beliau di

Majlis Perbandaran Tawau pad a 25 Ogos 2004.


)2 Ibid.
)) Blok hospital pusat KTRE di daerah Tawau mengandungi sembilan wad
iaitu wad pertama seluas (24 kaki X 20 kaki) yang menempatkan 12 pesakit lelaki,
wad kedua seluas (24 kaki X 20 kaki) menempatkan 11 pesakit perempuan, wad
ketiga (24 kaki X 20 kaki) menempatkan 11 pesakit lelaki, wad keempat luas (30
kaki X20 kaki) menempatkan 14 pesakit lelaki, wad kelima keluasan (10 X 20 Kaki)
menempatkan empat pesakit wanita, wad keenam seluas (12 kaki X 20 kaki)
menempatkan empat pesakit lelaki, wad ketujuh seluas (24 kaki X 20 kaki)
menempatkan 10 pesakit lelaki, wad kelapan seluas (10 Kaki X 20 kaki)
menempatkan dua pesakit permpuan dan wad kesembilan seluas (50 kaki X 24
kaki) menempatkan 19 pesakit lelaki. Kelengkapan hospital ini adalah tikar tidur
sebanyak 86 keping. kain sclimut sebanyak 94 dan sebanyak 84 kelambu, sebanyak
161 baju kot dan sebanyak 150 seluar. Kes-kes penyakit yang sering dihindapi
oleh buruh di KTRE pada tahun 1937 ialah Malaria (62 kes), Pneumonia (3 kes),
Bronchitis (2 kes). Pleurisy (2 kes), beri-beri (3 kes), Dysentery amoebic (2 kes),
Diarrohoea (l kes), Gastritis (l kes), Pyorrhoea alveolaris (l kes), Kidney (3 kes),
Myositis (1 kes), Rheumatism (3 kes), Orchitis (1 kes), ulcer (2 kes), Gangrene (3
kes), accidents (3 kes) dan Dog bite (l kes). Sila lihat North Borneo central
Archive, No. 873 - Condition of Labour, Health Nippon Estate.
)4 Hospital kecil di Estet Imam mempunyai satu wad untuk perempuan dan

satu lagi wad untuk lelaki. Wad lelaki mcngandungi 14 buah katil, manakala wad
wanita mengandungi 12 buah katil. Hospital ini hanya membuat rawatan kepada
penyakit biasa dan sekiranya melibatkan sakit yang teruk akan dirujuk ke Hospital
Tawau. Kakitangan hospital Imam ialah Yong Jong Tong selaku pembantu
perubatan I, Wong King Tho, pembantu perubatan gred III dan seorang pembantu
wad lelaki, seorang tukang masak berbangsa Cina dan seorang lagi berbangsa
Jawa. Hospital ini dilengkap dengan 21 helai tikar, 21 helai selimut, 21 helai
kelambu dan 28 helai pakain dan seluar panjang. Ibid.
ss Ibid.
S6 Kakitangan yang mengendalikan hospital di Estet Merotai ialah Chung

Ten Fatt, dua orang Pembantu Perubatan iaitu Pang Tet Kee dan Chong Kon
Pau. Seorang tukang masak dan seorang pembancuh air. Hospital di kawasan
Merotai dilengkapkan seperti 37 helai tikar, 25 helai selimut, 24 helai kelambu, 32
helai baju dan 32 helai seluar panjang. Sarna seperti hospital estet Imam, Dr.
Yamamoto dan pembantunya S. Sugamura akan membuat lawatan secarajadual
berkala ke hospital berkenaan. Sila lihat.lbid.
S7 Ibid.

271
Md. Suffi~ bin Abdul Ruhim

51 Ibid.
5' Ibid.
eo Ibid.
6. Tapak kawasan yang wujud di Merotai Besar dan Merotai Kecil sekarang
ini merupakan tanah perkuburan yang diwarisi dan zaman sc:belum Perang Dunia
Kedua meletus di Tawau. Kawasan perkuburan terscbut merupakan tapak yang
disediakan oleh KTRE pad a zaman dahulu dan masih digunakan hingga ini.
Temu bual dengan Karim bin Adam di rumah kediaman beliau di Merotai Besar
pada 27 Mei 2004.
62 Sekolah di Tawau Estate Limited (TEL) telah ditutup kerana kurang

mendapat sambutan oleh anak-anak buruh. Buruh·buruh di estet TEL lebih


cenderung menghantar anak mereka bersekolah di estet KTRE memandangkan
kemudahan lengkap untuk pembelajaran disc:diakan di sekolah estet KTRE. Untuk
keterangan lanjut sila rujuk ibid.
61 Hanita Ladjaharun, "Imigrasi Orang Jepun ke Borneo Utara Sebelum Perang

Dunia Kedua", hIm. 65.


64 K.G. Tregonning. Under Charlu~d Company Ru/~: 1881-1946, Kuala

Lumpur, University of Malaya Press. 1958, him. 185.


6l Pulau Si-Amil merupakan sebuah pulau yang terletak berdekatan dengan

daerah Semporna. Pulau ini menjadi pusat operasi kilang ikan Borneo FiShing
Company yang menjadi milik pemodal Jepun. Temu bual dengan En. Isnen bin
Mohammad Said di pejabat beliau di Majlis Perbandaran Tawau pada 25 Ogos
2004. Yutaka Shimomoto, "lchinosuke Sakamoto: An Early Japanese Planter in
British North Borneo". Sabah Soci~ty Journal, Vol. 7. No.3, 1990.
"Ibid.

RUJL'KAN

Sumbu Awalan
North Borneo Central Archive, No. 190· Application for Imam limber Area.
North Borneo Central Archive, No. 270· Planting of Ichibi Grass.
North Borneo Central Archive, No. 283 ·Planting of Ichibi Grass.
North Borneo Central Archive, No. 333· For Nippon Industrial Rubber Co.
North Borneo Central Archive, No. 338 dan 34· List of Companies operating in
the State of North Borneo.
North Borneo Central Archive, No. 535· Kuhara Estate Tawau.
North Borneo Central Archive, No. 350· From Tawau to NorOlon.
North Borneo Central Archive, No. 350A. Land uase at Tawau.

272
Kuhara Tawau Rubber Estate (KTRE)

North Borneo Central Archive. No. 873 - Condition of Labour. Health Nippon Estate.
North Borneo Central Archive. No. 1345 - Manila Hemp Encouragement.
Tawau Annual Report 1929.

MIKROFILEM
No. File M435/82: Public Record Office. C.O. 8741874: Japanese Penetration.
No. File M435/82: Public Record Office. C.O. 8741873: Japanese Penetration.

TEMUBUAL
Kahar bin Arbain di rumah kediaman beliau di Kg. Sim-Sim. Sandakan pada 10
September 2004.
Isnen bin Mohammed Said di pejabat beliau di MajJis Perbandaran Tawau pada
26 Julai 2004.
Kassim Kamidi di rumah beliau di daerah Tawau pad a 27 Julai 2004.
Junaidi bin. Abuban di rumah kediamannya di Batu Payung pada 27 Julai 2004.

BUKU
Cecelia Leong. Sabah: The First 100 Year. Kuala Lumpur: Pustaka Wan Yang
Muda Sdn. Bhd .• 1988.
M. Rajenderan. Sejarah Jepun. Kuala Lumpur: Arenabuku Sdn. Bhd.
K.G. Tregonning. Under Chartered Company Rule: 1881-1946, Kuala Lumpur.
University of Malaya Press.1958.

JURNAL
Choy Leng Yuen. "Japanese Rubber and Iron Investments in Malaya. 1900-
1941", Journal of Southeast Asian Studies. Vol. 9. Bil. 2. 1978.
Yutaka Shimomoto. "Japanese Immigrants in Tawau. British North Borneo". Sabah
Museum and Archives Journal. Vol. 1. No.3. 1991.
RandaII Morek & Masao Nakamura. "The History of Corporate Ownership in
Japan", ECGI Working Paper Series in Finance. 2003. hIm. 34-35 dan North
Borneo Central Archive. No. 283/6 - Tawau Rubber Estate.
Sabihah Osman, "Japanese Economic Activities in Sabah from the 1890's to 1941".
Journal of Southeast Asian Studies. Vo1.29. No. I, 1 March. 1998.

TESIS
KJ. Goodlet, The Origin and Early Development of The Tawau Community
880·1942,1977.
Hanita Ladjaharun, Imigrasi Orang Jepun ke Borneo Utara Sebelum Perang
Dunia Kedua. Latihan IImiah, Kuala Lumpur: Universiti Malaya. 2001.
273

Anda mungkin juga menyukai