Anda di halaman 1dari 4

MINIT MESYUARAT PENAJA

KELAB BOLASEPAK BALIK PULAU

Tarikh : 22 APRIL 2022 (Khamis)


Masa : 2.30 petang
Tempat : Bilik Mesyuarat Dewan MPKK Permatang Pasir.
Kehadiran : 8 orang ahli

Agenda : 1) Ucapan aluan pengerusi mesyuarat


2) Penubuhan Kelab Bola sepak
5) Pendaftaran Kelab
6) Perlantikan Ahli Jawatankuasa Kelab
5) Perbentangan Perlembagaan Kelab
8) Hal-hal lain
9) Ucapan penangguhan

Kehadiran :1. Mohammad Syazwan bin Zakaria


2. Hazarul Iqram bin Rozhan
3. Muhammad Ikhmal bin azlannuddin
4. Zulkhairy bin Muhamad Zol
5. Muhammad Ezzman bin Khirudin
6. Mohamad Anas Fitri bin Abdullah
7. Muhammad Hafizuddin bin Hihsam
8. Muhammad Alif Nazmi bin Ishak

Agenda 1 Ucapan Aluan Pengerusi

1.1 Pengerusi mengalukan kedatangan ahli pada mesyuarat Jawatankuasa Kelab


Bolasepak Balik Pulau.
1.2 Semua Ahli mesyuarat bersama membaca Surah Al-fatihah bagi memberkati
mesyuarat penaja kali ini.
Agenda 2 Penubuhan Kelab Bola Sepak

2.1 En. Mohammad Syazwan bin Zakaria memaklumkan tujuan utama mesyuarat
adalah berkaitan penubuhan dan pendaftaran kelab bolasepak.
2.2 Tujuan utama penubuhan kelab bolasepak ini adalah untuk merancang dan
membangunkan atlet , pegawai, jurulatih dan mengcungkil bakat-bakat baru dalam
permainan bola sepak khususnya. Selain itu penubuhan kelab ini juga untuk
menggalakkan pembangunan sukan di peringkat akar umbi.
2.3 Semua Ahli mesyuarat bersetuju sebulat suara berkaitan penubuhan kelab
bolasepak.

Agenda 3
Pendaftaran Kelab Bola Sepak.

3.1 En. Mohammad Syazwan bin Zakaria mencadangkan nama kelab untuk
didaftarkan adalah KELAB BOLA SEPAK BALIK PULAU (BALIK PULAU
FOOTBALL CLUB). Semua ahli bersetuju sebulat suara dan menyokong dengan
cadangan nama tersebut.
3.2 En. Mohamad Anas mencadangkan alamat persatuan menggunakan alamat 294
MK C Permatang Pasir,11010 Balik Pulau,Pulau Pinang.
3.3 En. Muhamad Ezzman menyatakan tidak menjadi halangan untuk mengunakan
alamat bagi tujuan pendaftaran kelab bola sepak tersebut.
3.4 Semua ahli mesyuarat bersetuju dan menyokong pengunaan alamat sebagi
alamat bagi penubuhan Kelab Bola sepak Balik Pulau.

Agenda 4
Perlantikan Ahli Jawatankuasa Penaja.

4.1 Untuk jawatan pengerusi, En. Mohammad Syazwan mencadangkan En. Hazarul
Iqram sebagai Pengerusi Kelab Bola sepak, dan di sokong oleh En. Muhammad
Hafizudin. Semua ahli mesyuarat juga menyokong sebulat suara cadangan En.
Hazarul Iqram sebagai pengerusi kelab.

4.2 Untuk jawatan naib pengerusi, En. Zulkhairy mencadangkan En. Muhammad Zikri
Ikhmal sebagai sebagai Naib Pengerusi kelab, dan di sokong oleh Muhammad Alif
Nazmi . Semua ahli mesyuarat juga menyokong sebulat suara cadangan En. Zikri
Ikhmal sebagai naib pengerusi kelab.

4.3 Untuk jawatan setiausaha, En. Muhamad Ezzman mencadangkan En. Muhammad
Syazwan sebagai setiausaha kelab bolasepak, dan di sokong oleh En. Mohamad
Anas Fitri. Semua ahli mesyuarat juga menyokong sebulat suara cadangan
Mohammad Syazwan sebagai setiausaha kelab.
4.4 Untuk jawatan bendahari, En Mohammad Syazwan mencadangkan En. Zulkhairy
bin Muhamad Zol sebagai bendahari kelab bolasepak, dan di sokong oleh En. Hazarul
Iqram. Semua ahli mesyuarat juga menyokong sebulat suara cadangan En. Zulkhairy
bin Muhamad zol sebagai bendahari kelab.

4.5 Untuk AJK Kelab, En. Mohammad Syazwan mencadangkan empat nama sebagai
AJK kelab bolasepak, dan di sokong oleh En. Muhammad Zikri IKhmal bin
Azlannuddin.
Senarai nama yang dicadangkan adalah :-
4.5.1 Muhamad Ezzman bin Khirudin
4.5.2 Muhammad Alif Nazmi bin Ishak
4.5.3 Mohamad Anas Fitri bin Abdullah
4.5.4 Muhammad Hafizuddin bin Hihsam

Semua ahli mesyuarat juga menyokong sebulat suara cadangan nama-nama AJK
yang dicadangkan.

Agenda 5 Perbentangan Perlembagaan Kelab

5.1 En. Mohammad Syazwan bin Zakaria membentangkan perlembagaan kelab untuk
disemak dan dipersetujui oleh semua ahli kelab.

5.2 Setelah disemak secara teliti, En. Hazarul Iqram bin Rozahan bersetuju
perlembagaan ini diguna pakai untuk Kelab Bolas epak Balik Pulau. En. Hazarul Iqram
bin Rozahan mencadangkan agar perlembagaan kelab ini dipersetujui dan disokong
oleh semua ahli mesyuarat.

5.3 Semua ahli mesyuarat bersetuju dan menyokong perlembaagan kelab yang
dibentangkan.

Agenda 6 Hal-hal lain

6.1 Pengerusi meminta agar setiausaha yang dilantik untuk menguruskan


pendaftaran kelab melalui ROSA (Sistem Pendaftaran Badan Sukan) di bawah
Kementerian Belia dan Sukan.

6.2 Pengerusi memohon kepada setiausaha untuk menyediakan surat dan dokumen
bagi tujuan mencari sumber pendapatan melalui tajaan dari syarikatsyarikat swasta.

Agenda 7 Ucapan penangguhan

7.1 En. Hazarul Iqram selaku pengerusi mengucapkan berbanyak terima kasih di atas
kepercayaan semua ahli yang menyokong beliau untuk menerajui kelab. Beliau
berharap akan berusaha untuk kemajuan kelab di samping menyeru kepada semua
ahli supaya dapat memberi kerjasama terhadap kelab agar hala tuju kelab tercapai.
Beliau juga berharap semua ahli dapat sama menjaga disiplin untuk menjaga nama
baik kelab. Akhir kata pengerusi memohon maaf andai ada tersalah silap semasa
mengendalikan mesyuarat kelab dan mendoakan agar kelab akan lebih maju di masa
akan datang.

Mesyuarat ditangguhkan pada jam 4.00 petang.

Disediakan oleh

………………………………………
( Mohammad Syazwan Bin Zakaria)
Setiausaha Kelab

Disahkan oleh

………………………………….……
(Hazarul Iqram Bin Rozahan)
Pengerusi Kelab

Anda mungkin juga menyukai