Anda di halaman 1dari 2

MINIT MESYUARAT KALI PERTAMA SUKAN BOLA JARING

TAHUN 2022
Tarikh : 6 April 2022
Masa: 7.30 – 9.00 Pagi
Tempat: Makmal Kimia
Kehadiran Guru :

1.0 Ucapan Pengerusi


1.1 Pengerusi memulakan mesyuarat dengan mengucapkan ribuan terima kasih
dan mengalu-alukan kehadiran guru penasihat dan ahli-ahli sukan bola jaring.
1.2 Pengerusi juga memperkenalkan guru-guru penasihat sukan Bola Jaring yang
akan bersama-sama dalam melaksanakan aktiviti kelab. Murid juga diminta
untuk memberi kerjasama supaya setiap aktiviti yang dirancang dapat
dijalankan dengan lancar.
1.3 Pengerusi juga berharap agar semua ahli kelab sukan bola jaring dapat
menghadirkan diri pada setiap kali perjumpaan yang diadakan.
Tindakan: Guru penasihat dan ahli

2.0 Perlantikan Jawatankuasa Murid


2.1 Mesyuarat bersetuju dengan perlantikan jawatankuasa murid seperti berikut:
I. Pengerusi: Nuralia Syuhada Binti Abdul Rahim (5 UIAM)
II. Naib Pengerusi: Nur Atirah Binti Mohamad Hishanizam (4 UM)
III. Setiausaha: Nur Syazliany Binti Mohd Noor Azam (5 UKM)
IV. Penolong Setiausaha : Hani Darveena Binti Hamadi (4 UM)
V. Bendahari : Nurul Awatif Binti Rosli (5 UIAM)
VI. Ahli Jawatankuasa : Intan Syafiqah Binti Anuar (5 UM)
Nur Ariesya Syazwani Binti Azmi (4 USIM)
Alia Maisara Binti Zaipul (3 USM)
Nuralia Insyirah Binti Abdul Rahim (2 UTM)
Alisya Syahirah Binti Suhaimi (1 UUM)
2.2 Pengerusi mengucapkan tahniah kepada barisan murid yang dilantik sebagai
Ahli Jawatankuasa dan berharap agar mereka dapat menjalankan tugas dengan
sebaik-sebaiknya sepanjang tahun ini.
Tindakan: Guru Penasihat dan semua ahli
3.0 Hal-hal lain
3.1 Pengerusi berharap kelab sukan bola jaring dapat menjalankan aktiviti seperti
yang dirancang dengan sempurna dan mendapat kerjasama sepenuhnya dari
semua ahli.
3.2 Pengerusi juga meminta ahli yang berkebolehan di dalam sukan bola jaring
supaya dapat menghadirkan diri untuk latihan dan pemilihan sebagai pemain
bola jaring sekolah.
Tindakan: Guru Penasihat dan semua ahli

Mesyuarat ditangguhkan pada jam 9.00 pagi.

Disediakan oleh,

...............................................................

Anda mungkin juga menyukai