Anda di halaman 1dari 30

PERSATUAN SURI & ANGGOTA WANITA BERNAMA (BENITA)

MINIT MESYUARAT AGUNG & LAPORAN TAHUNAN

2012

ISI KANDUNGAN
PERKARA MUKASURAT

1. Aturcara 2. Notis Pemberitahuan Mesyuarat Agung Benita 3. Senarai Ahli Jawatankuasa BENITA 2012 4. Minit Mesyuarat Agung Tahunan 2011 5. Laporan Setiausaha 6. Laporan Tahunan Biro ICT & Pendidikan 7. Laporan Tahunan Biro Sosial 8. Laporan Tahunan Biro Sukan 9. Laporan Tahunan Biro Agama 10. Laporan Tahunan Biro Seranta & Publisiti 11. Laporan Tahunan Biro Keahlian 12. Laporan Kewangan & Pengauditan 2012

3 4 6 8 13 16 18 20 21 23 25 26

ATURCARA
11.00 pagi Ketibaan & Pendaftaran Ahli

11.15 pagi

Ketibaan Pengurus Besar BERNAMA merangkap Penasihat Benita Pengerusi BENITA

11.20 pagi

Kata-kata Aluan oleh Pengerusi BENITA, Datin Suriani Abdul Rahman

11.30 pagi

Ucapan Perasmian oleh Penasihat BENITA, Y.Bhg. Datuk Yong Soo Heong

11.40 pagi

Penyampaian Cenderamata

12.00 tgh

Jamuan Makan

12.30 tgh

Mesyuarat Agung 2012 bermula

2.00 ptg

Mesyuarat Agung ditangguhkan Bersurai

(Persatuan Suri dan Anggota Wanita BERNAMA) Wisma Bernama 28, Jalan 1/65, Off Jalan Tun Razak 50700 Kuala Lumpur Tel : 03-26962304 Faks : 26989978 Tarikh : 6 November 2013 Datin/Puan/Cik, NOTIS PEMBERITAHUAN MESYUARAT AGUNG BENITA 2012 Dengan segala hormatnya dimaklumkan bahawa BENITA akan mengadakan Mesyuarat Agung pada tarikh, masa dan tempat seperti berikut: Tarikh Masa Tempat 2. : : : 29 November 2013 (Jumaat) 11.00 pagi Tingkat 9, Wisma Bernama

Agenda Mesyuarat Agung adalah seperti berikut: 2.1 2.2 2.3 2.4 2.5 2.6 Melantik Pengerusi Mesyuarat Agung Mengesahkan Minit Mesyuarat Agung BENITA pada 2 Mac 2012 Menerima Laporan Tahunan bagi Tahun 2012 Menerima Laporan Kewangan dan Penyata Kira-Kira bagi tahun 2012 Pembentangan usul Ucapan Penangguhan

3. 4.

Semua ahli BENITA dijemput ke Mesyuarat Agung ini. Sukacitanya dimaklumkan sekiranya ada sebarang usul yang perlu dibincangkan dalam Mesyuarat Agung (lisan atau bertulis) sila maklumkan kepada AJK BENITA selewat-lewatnya pada 22 November 2013.

Sekian, terima kasih. Saya yang menjalankan tugas,

ROHANA MUSTAFFA Setiausaha BENITA s.k. : Y. Bhg. Datuk Yong Soo Heong, Penasihat BENITA Y. Bhg. Datin Suriani Abdul Rahman, Pengerusi BENITA

BORANG PENGESAHAN KEHADIRAN MESYUARAT AGUNG BENITA 2012

*Sila kembalikan kepada Wakil Tingkat selewat-lewatnya 22 November 2013 (Jumaat)

NAMA

: _________________________________

BAH./JAB.

: _________________________________

KEHADIRAN :

YA

TIDAK

USUL (JIKA ADA) :

1. 2.

_______________________________________________ _______________________________________________ _______________________________________________

3.

Yang benar,

________________________ ( )

AHLI JAWATANKUASA BENITA 2012

MINIT MESYUARAT AGUNG TAHUNAN 2011

Tarikh Masa Tempat Kehadiran

: : : :

2 Mac 2012 (Jumaat) 11.00 pagi Pusat Kecemerlangan, Tingkat 12 Seperti di Lampiran

BIL

PERKARA Pengerusi Datin Suriani Abd Rahman mengalu-alukan dan mengucapkan terima kasih di atas kehadiran semua ahli Benita ke mesyuarat Agung Benita tahun 2011

TINDAKAN

1.1

Melantik Pengerusi Mesyuarat Agung 1.1.1 Mesyuarat sebulat suara melantik Datin Suriani Abdul Rahman Makluman sebagai Pengerusi mesyuarat.

1.2

Mengesahkan Minit Mesyuarat Agung Benita pada 4 Mac 2010 1.2.1 Minit mesyuarat Agung pada 4 Mac Cadangan disahkan : Sdri. Rosliwaty Ramly Cadangan disokong : Sdri. Faridah Akmal 2010 disahkan Makluman

1.3

Pembentangan Laporan Tahunan bagi tahun 2012 1.3.1 1.3.2 Laporan Tahunan 2011 telah dibentangkan oleh Setiausaha Benita, Pn Rohana Mustaffa Aktiviti anjuran Benita dan aktiviti anjuran PCKPKK ialah sepertimana yang dilaporkan mengikut biro. Ringkasan aktiviti ialah seperti berikut:
Bil
1

Makluman

Program
Kursus Pengenalan PCKPKK Ilmu Falak-

Tarikh
19 20 Mac 2011

2 3

Anugerah Pelajar Cemerlang Lawatan ke Kuala Gandah-Elephant Sanctuary Temerloh, Pahang All Ladies Treasure Hunt Program Anak Cemerlang Santai Usahawan Lawatan ke Chiang Mai & Chiang Rai Bengkel Menjahit Manik & Labuci Lawatan Mesra ke Kuantan Fun Bowling Bengkel Asas Fotografi Jumble Sale Tadarus Al-Quran

31 Mac 2011 9 April 2011

4 5 6 7 8 9 10 11 12 13

14 & 15 Mei 2011 7 Jun 2011 10 Jun 2011 24 27 Jun 2011 24 Jun dan 1 Julai 2 3 Julai 2011 2 Julai 2011 23 Julai 2011 28 Julai 2011 Ogos (sepanjang Ramadhan)

14 15 16

Sepatu Hitam untuk Anak Yatim Majlis Khatam Al-Quran Jamuan Hari Raya/Doa Selamat Bakal Haji/Persaraan 26 Ogos 2011 20 September 2011

17

Pertandingan Batu Congkak-PCKPKK

Seremban dan

20 Oktober 2011

18 19

Bengkel Pembangunan Blog Lawatan ke Wonderland Arabian Gala Nite Beryls Chocolate

24 Oktober 2011 8 Disember 2011

20

25 Februari 2012

1.3.3

Biro Seranta & Publisiti telah memuat naik berita-berita bergambar aktiviti Benita ke dalam blog Benita http://BenitawwwBenita.blogspot.com. Biro Keahlian melaporkan bahawa jumlah keahlian sehingga 31 Disember 2011 ialah seramai 137 orang iaitu peningkatan sebanyak 14%. Laporan Tahunan 2011 disahkan: Cadangan disahkan : Sdri Sharifah Zaini Cadangan Disokong : Sdri Rosliwaty Ramly

Makluman

1.3.4

Makluman

1.3.5

1.4

Pembentangan Laporan Kewangan dan Penyata Kira-kira bagi tahun 2011 (sehingga 31 Disember 2011)
1.4.1 1.4.2 1.4.3 1.4.4 1.4.5 1.4.6 Jumlah Pendapatan ialah RM 17,081.96 Jumlah Perbelanjaan ialah RM 10,706.06 Lebihan Pendapatan ialah sebanyak RM6,375.90 Baki Tunai di Tangan ialah RM 81.43 Baki Tunai di Bank ialah RM 17,792.85 Sdri Masfaliza Masmuda mohon penjelasan mengenai item Mirazy Catering yang terdapat dalam Note 1:Perbelanjaan Urusetia 2011. - Bendahari memaklumkan bahawa bayaran tersebut merupakan bayaran untuk jamuan makan sempena Majlis Hari Raya dan Meraikan Pesara. Invois bayaran tersebut telah dihantar terus kepada Bernama menyebabkan ia tidak dapat dikesan dan tiada bayaran dibuat. Setelah dimaklumkan oleh pihak katerer bahawa tiada bayaran yang diterima, dan Benita tidak menerima invois tersebut maka pengeluaran invois kedua dibuat. Disebabkan itu pembayaran kepada katerer menjadi lewat. Setiausaha memaklumkan bahawa tumpuan lebih diberikan kepada aktiviti untuk menambah dana Benita melalui acara seperti Treasure Hunt dan Jumble Sale. Laporan Kewangan dan Penyata Kira-Kira Tahun 2011 disahkan: Cadangan disahkan : Sdri Nor Liza Hashim Cadangan disokong : Sdri Siti Nur Azahani Makluman

1.4.7 1.4.8

1.5

Pembentangan usul 1.5.1 Usul 1 : Program Sukan Sdri Devika mencadangkan program berbentuk sukan seperti sukaneka, permainan tradisional seperti Dunga Malai diadakan. Setiausaha memaklumkan bahawa memang terdapat program sukan seperti boling, permainan seperti congkak dan batu seremban diadakan. Cadangan untuk mengadakan juga permainan tradisional bangsa lain dipersetujui oleh ahli mesyuarat tetapi memerlukan mereka yang pakar dalam permainan tersebut sama ada untuk mengajar atau menjadi juri. AJK sesi 2011/2012

1.6

Cadangan Aktiviti & Perkara-Perkara Berbangkit 1.6.1 Pengerusi mencadangkan aktiviti Lawatan ke Tasik Kenyir. Menurut Pengerusi, Tasik Kenyir akan dijadikan Bandung Malaysia dengan pelbagai tarikan seperti factory outlet menjelang tahun hadapan. Setiausaha memaklumkan bahawa ahli jawatankuasa ada menerima aduan yang mengatakan bahawa yuran penyertaan All Ladies Treasure Hunt agak mahal. Setiausaha memberi penjelasan bahawa yuran merangkumi penginapan, makan dan minum. Acara ini turut menawarkan hadiah yang lumayan Semua peserta berpeluang membawa pulang hadiah cabutan bertuah Makluman Biro Sosial

1.6.2

Setiausaha

1.6.3

Setiausaha memaklumkan bahawa PCKPKK akan mengadakan Mesyuarat Agung Tahunan dan seperti biasa setiap tahun BENITA diminta menghantar wakil sebagai pencatat minit mesyuarat. Mesyuarat bersetuju memilih Sdri Hazlinda Hamzah dan Sdri Zairina Kamaluddin sebagai pencatat minit. BENITA turut ditawarkan dua buah gerai untuk disewa semasa mesyuarat tersebut dengan harga RM50 sebuah. Ahli yang berminat boleh menghubungi ahli jawatankuasa. Majlis Anugerah Anak Cemerlang tidak akan diadakan serentak pada mesyuarat kali ini.

1.6.4

Setiausaha memaklumkan acara All Ladies Treasure Hunt akan diteruskan dan akan diadakan pada tahun 2013. Selain itu, ahli jawatankuasa merancang untuk mengadakan program Benita Biggest Loser iaitu acara pertandingan penurunan berat badan. Pengisian program terdiri daripada ceramah oleh pakar pemakanan,

Makluman

10

acara senaman berkala dan pemeriksaan berkala oleh pusat kesihatan yang akan dikenal pasti. 1.7 Pembubaran AJK Benita bagi sesi 2010-2012. 1.7.1 AJK Benita bagi sesi 2010-2012 telah dibubarkan.

1.8

Pelantikan AJK Benita sesi 2012-2014


1.8.1 Mesyuarat sebulat suara mengekalkan jawatan Setiausaha dan Bendahari kepada pemegang jawatan sedia ada iaitu Sdri Rohana Mustaffa sebagai Setiausaha dan Sdri Rohima Tarmuji sebagai Bendahari. Keputusan undian adalah seperti berikut: : : : : Datin Suriani Abdul Rahman Sdri Rohana Mustaffa Sdri. Norhayati Jantan Sdri Rohima Tarmuji Makluman

1.8.2 PENGERUSI

SETIAUSAHA PEN. SETIAUSAHA BENDAHARI BIRO ICT & PENDIDIKAN BIRO SOSIAL BIRO SUKAN BIRO AGAMA BIRO KEAHLIAN BIRO SERANTA & PUBLISITI JURUAUDIT DALAMAN AHLI JAWATANKUASA

: Sdri Hasnita Ibrahim : Sdri Hazlinda Hamzah : Sdri Rosne Hanapiah : : Sdri Jamaliah Moonier Sdri Faridah Al-Akmal Mohd Salleh

: Sdri Jizni Azrin Juhari : Sdri. Lat Zaharah Mutalib : Sdri Nurul Halawati Mohd Azhari Sdri Siti Nur Azahani Ab Razak Sdri Wan Nor Azriyana Wan Ali Sdri Suhaida Shariman Sdri Nor Azira Mansor

11

1.8.3

Pengerusi mengalu-alukan ahli jawatankuasa untuk berucap sepatah dua kata.

Ucapan Penangguhan Pengerusi mengucapkan syabas dan tahniah kepada ahli jawatankuasa yang baru dilantik dan ini merupakan mandat yang besar dan perlu dijalankan dengan penuh rasa tanggungjawab tetapi perlu mempunyai keseimbangan di antara tanggungjawab dalam Benita dan tugas hakiki. Mengucapkan terima kasih atas sumbangan AJK sesi 2010-2012. Pengerusi turut berharap agar ahli Benita terus menyokong aktiviti Benita sama ada dalam bentuk sumbangan tenaga atau menyertai aktiviti anjuran Benita agar petugas wanita boleh merapatkan silaturahim sesama ahli dan dapat menggurangkan tekanan di tempat kerja. Ahli Benita juga dialu-alukan untuk mengemukakan sebarang cadangan aktiviti atau penambahbaikan dari semasa ke semasa. Ahli jawatankuasa pula perlu sentiasa mengambil tahu akan keperluan ahli. Mesyuarat ditangguhkan pada pukul 2.30 petang. Makluman

12

LAPORAN SETIAUSAHA

Mesyuarat Agung Benita bagi tahun 2011 telah diadakan pada 2 Mac 2012 di Pusat Kecemerlangan, Wisma Bernama. Proses lantikan Ahli Jawatankuasa baharu untuk kali ini dijalankan secara undian apabila ahli digalakkan untuk mencalonkan ahli yang layak dilantik sebagai ahli jawatankuasa. Hanya dua jawatan utama dipertandingkan iaitu jawatan juruaudit dalam dan AJK Biro Keahlian dan lima jawatan untuk wakil tingkat. Pemegang jawatan yang lain telah diisytihar menang tanpa bertanding. Jawatan Setiausaha dan Bendahari pula tidak dipertandingkan kerana pemegang jawatan ini hanya akan dilantik oleh Pengerusi. Ahli jawatankuasa yang telah dilantik kemudian dipertanggungjawabkan untuk menyusun semua aktiviti dengan memastikan terdapat sekurang-kurangnya satu aktiviti setiap bulan. Laporan-laporan Biro yang disertakan bersama ini memberi gambaran tentang aktiviti-aktiviti yang berjaya dijalankan sepanjang tahun 2012. Perancangan yang teliti, komitmen yang tinggi daripada ahli jawatankuasa dan kerjasama dari semua ahli Benita memacu kepada pelaksanaan aktiviti dengan jayanya. Program yang menjadi perhatian ramai kali ini merupakan program Benitas Biggest Loser. Program berbentuk penjagaan kesihatan dalam pertandingan berjaya menarik banyak peserta dalam kalangan ahli Benita dan penaja-penaja. Malah ia turut mendapat perhatian Datin Rohayah Harun, Pengerusi Puspanita Cawangan Kementerian Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan (PCKPKK) yang telah turut sama hadir pada Majlis Penyampaian Hadiah kepada para pemenang. Meneruskan legasi, acara yang diadakan pada setiap tahun iaitu Jumble Sale masih menjadi tarikan utama bukan sahaja dari kalangan ahli Benita dan petugas Bernama, malah pihak luar juga. Pembaharuan yang dibuat untuk tahun ini ialah pembahagian gerai kepada gerai basah dan gerai kering. Gerai basah diwujudkan bagi menggalakkan penjualan makanan dan minuman agar pengunjung dapat menjamu selera sambil membeli.

13

Program berbentuk tanggungjawab sosial masih diteruskan iaitu Sepatu Raya untuk Si Anak Yatim. Sebanyak 25 orang anak yatim dari Rumah Sentuhan Budi telah dibawa untuk mendapatkan sepasang kasut raya hasil sumbangan petugaspetugas Bernama.

Bilangan ahli Benita yang semakin meningkat dari tahun ke tahun menunjukkan bahawa petugas wanita di Bernama berminat untuk mengikuti aktiviti yang dianjurkan oleh Benita yang mana sememangnya fokus utama ialah untuk mengeratkan silaturahim di kalangan mereka. Selain itu, sebagai sebuah persatuan di bawah Puspanita Cawangan Kementerian Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan (PCKPKK), Benita turut menyertai beberapa aktiviti yang dianjurkan oleh induk. Bagi memastikan ahli tidak ketinggalan mendapat maklumat terkini, berita mengenai aktiviti sentiasa diuar-uarkan melalui Benita.com, di papan-papan kenyataan yang terdapat di setiap tingkat dan melalui Facebook Benita . Benita sendiri mempunyai papan kenyataan khas yang diletakkan di tingkat 2. Kewujudan laman web Benita http://benitabernama.blogspot.com/ banyak membantu untuk mempromosikan aktiviti Benita melalui foto-foto dan berita yang dimuat turun ke dalam laman web ini. Selain itu, wakil Benita di setiap tingkat memainkan peranan yang amat penting dalam memastikan semua ahli Benita di tingkat mereka tidak ketinggalan menerima berita terkini Benita.

KESIMPULAN Pemangkin kejayaan setiap aktiviti yang dianjurkan oleh ahli jawatankuasa sebenarnya ialah penglibatan ahli Benita itu sendiri. Tanpa kerjasama dan sokongan ahli, tidak mungkin Benita diiktiraf sebagai sebuah persatuan yang sangat aktif dalam kalangan agensi dan jabatan lain dalam kementerian.

14

Kejayaan ahli jawatankuasa Benita dalam melaksanakan tanggungjawab dan peranan masing-masing adalah disebabkan komitmen yang tinggi diberikan mereka tanpa mengira masa dan tenaga. Kerjasama erat antara kedua-duanya memastikan perjalanan aktiviti dapat dilaksanakan seperti mana yang dirancang. Kami ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua ahli Benita yang memberi peluang kepada kami untuk memberikan khidmat yang terbaik demi memastikan Benita sentiasa bergerak aktif. Tidak kami lupakan, sekalung penghargaan buat pengurusan Bernama yang sentiasa memberikan sokongan kepada Benita.

15

LAPORAN TAHUNAN BIRO PENDIDIKAN DAN ICT, BENITA


______________________________________________________________________

Pengerusi Ahli

: :

Sdri. Hasnita Hj Ibrahim Sdri. Norhayati Jantan Sdr. Jizni Azrin Juhari Sdri. Siti Nur Azahani Abdul Razak

1. Menguruskan Anugerah Pelajar Cemerlang 2011 bagi anak ahli Benita iaitu dua orang UPSR, seorang PMR dan seorang SPM yang diberikan semasa Majlis Anugerah Pelajar Cemerlang Anak-Anak Ahli Puspanita KPKK Bagi Keputusan UPSR/PMR/SPM tahun 2011 dan Seminar Kehebatan Otak Kanan/Kiri pada 12 April 2012 di Dewan Cendekiawan, IPPTAR. Sebanyak 7 orang ahli Benita hadir Seminar tersebut yang sangat berguna untuk kecergasan otak anak-anak dan ahli sendiri. Penerima Anugerah Pelajar Cemerlang : a. Rafidah Wahidin bt Abdul Rahman/ UPSR/ anak Pn. Hazlinda Hamzah b. Amira Rashida bt Tajol Azhar/ UPSR/ anak Pn. Nor Aini bt Abdul Rashid c. Muhammad Irwan b Rosli/ PMR/ anak Pn. Kamallaila bt Sulaiman d. Nurceria Husna bt Mohamad Arif/ SPM/ anak Pn. Sharifah Munirah bt Syed Abdullah 2. Bengkel Pembangunan Blog pada 31 Mei 2012 di Tingkat 12, Pusat Kecemerlangan. Sebanyak 12 orang peserta. Atas permintaan ramai, bengkel ini diadakan buat kali kedua. Fasilitator ialah Encik Abd Hamid Milok dari Bessar. 3. Aktiviti galakan penggunaan InfoLib/BK1MC pada 7 Jun 2012 di Tingkat 8, InfoLib.MAktiviti diadakan sempena cuti. Aktiviti bertemakan Happy Birthday Bernama ke 44 tahun. Pelbagai aktiviti seperti mewarna, membuat kad hari jadi, belajar membuat kotak hadiah di PNM, Kids Explorace, Bantal/kotak beracun, DIY hiasan hari jadi, senaman dan penyampaian hadiah. Bekerjasama dengan BK1MC 4. Bengkel Power Point pada 7 Jun 2012 di Tingkat 12, Pusat Kecemerlangan. Seramai 21 peserta yang berumur 12 hingga 17 tahun. Tenaga pengajar ialah Puan Norhayati Jantan. 5. Majlis Berbuka Puasa Bersama Anak Yatim pada 28 Julai 2012, 5.00 ptg hingga 11.00 malam di Tingkat 9, Wisma Bernama. Aktiviti seperti Slot Tabung Haji Ustaz Haji Ahmad Haji Muhammad - Fadhilat Ramadan; Slot Motivasi - Ustaz Hariyanto Rizal Fadhilat Berpuasa; Tayangan berkaitan Rumah Anak Yatim Baitul Ummah (Setapak Indah); Berbuka Puasa,
16

Persembahan Artis Rem; Penyampaian Sumbangan; dan dan Solat Tarawih. Seramai 129 orang yang termasuk 27 Anak Yatim. Bekerjasama dengan BK1MC.

6. Menyertai Latihan Keselamatan ICT pada 23 Oktober 2012, 8.30 pagi 4.30 petang di Bilik Mesyuarat BPM, Aras 19, KPKK, Putrajaya, anjuran PCKPKK. Seramai dua orang ahli Benita yang hadir. 7. Aktiviti galakan penggunaan InfoLib/BK1MC pada 5 Dis. 2012 di Tingkat 8, InfoLib. Bertemakan Kenali Setem, pelbagai aktiviti berasaskan setem telah diadakan seperti Pameran/ Jejak/Jualan Setem, Stamp Puzzle, Mewarna Setem, Teka Jumlah Setem serta Pertandingan Koleksi Setem Terbanyak. Pertunjukan yoyo, peminjam buku/friends FB bertuah, peminjam buku terbanyak petugas/BK1MC bagi 2012, foto Instant Booth, aktiviti Caf Corner dan permainan Hungry Mouth telah diadakan. Bekerjasama dengan BK1MC.

17

LAPORAN TAHUNAN BIRO SOSIAL


______________________________________________________________________

Pengerusi Ahli

: :

Sdri. Hazlinda Hamzah Sdri. Wan Nor Azriyana Wan Ali Sdri. Nor Azira Mansor Sdri. Suhaida Shariman

Tahun 2012/2013 telah melihat pelbagai aktiviti sosial diatur dan dijalankan dengan jayanya oleh BENITA. Sambutan yang diterima daripada ahli-ahli BENITA dan peserta selain penyumbang kepada kelancaran perjalanan program dan aktiviti ternyata amat menggalakkan malah banyak peserta yang mencadangkan aktiviti diteruskan lagi. Antara aktiviti yang telah dijalankan sepanjang tahun 2012/2013 ialah:

1.

Program BENITAs Biggest Loser 2012 (bermula 19hb April hingga September 2012) Program yang menggalakkan penjagaan kesihatan dalam kalangan ahli BENITA ini telah berjaya menarik penyertaan 38 orang ahli. Pelbagai aktiviti berasaskan kesihatan telah diadakan sepanjang program yang berlangsung selama hampir lima bulan. Antara aktiviti yang dijalankan ialah ceramah kesihatan, perunding cara pemakanan, demonstrasi penjagaan wajah dan penampilan, pemeriksaan kesihatan dan sesi senam seni 1Malaysia yang diadakan setiap minggu. Hadiah disediakan untuk peserta-peserta yang paling berjaya mengurangkan berat badan mereka sepanjang program Biggest Loser 2012 itu. Program turut mendapat perhatian dan kerjasama beberapa pihak luar termasuk Kementerian Kesihatan, Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara (JKKN), BP Healthcare, Bank Rakyat, True Fitness, Pantai Hospital Kuala Lumpur dan Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) Klang. Selain itu beberapa penceramah bebas turut diundang untuk berkongsi pengalaman dan pengetahuan tentang hal-hal berkaitan kesihatan diri terutama untuk wanita, sepanjang program dijalankan.

18

Ujian Pap Smear secara percuma untuk mengesan Kanser Serviks turut diberikan kepada peserta Biggest Loser 2012 oleh pihak HTAR.

2.

Pesta Jualan 2012 (Jumble Sale) Penyertaan untuk tapak-tapak gerai yang disediakan amat menggalakkan. Terdapat 30 tapak untuk gerai kering dan tujuh lagi untuk gerai basah. Pelbagai aktiviti sampingan turut dijalankan termasuk permainan (games), pertandingan dan cabutan bertuah. Sambutan meriah terutama bila geraigerai peserta menawarkan kepelbagaian produk dan makanan untuk dijual. Barang yang dijual di gerai-gerai kering pada Pesta Jualan 2012 termasuk pakaian siap, kain ela, barangan bayi, pokok bunga, beg, aksesori wanita dan wangi-wangian. Terdapat juga gerai mempromosi kenderaan Proton sepanjang Pesta Jualan berlangsung. Di gerai basah pula jenis-jenis makanan yang berbeza dijual termasuk laksa dan makanan snek yang digoreng. Jualan bermula jam 9 pagi sehingga 5 petang.

3.

Suntikan HPV (bermula September 2012 hingga Januari 2013) Program ini dijalankan dengan kerjasama Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) Klang. Dua jenis suntikan HPV ditawarkan kepada ahli BENITA. Kedua-dua jenis suntikan itu memerlukan tiga dos yang diberikan sekali setiap bulan atau dua bulan sekali. Sambutan ahli menggalakkan dan harga suntikan yang ditawarkan pada kadar yang lebih rendah daripada harga suntikan serupa di klinik swasta lain. Keseluruhan program dijalankan selama lima bulan. Kerjasama yang diberikan pihak HTAR Kelang memudahkan program suntikan HPV untuk 60 orang ini disempurnakan, tambahan pula pihak HTAR memberikan suntikan di Bernama setiap kali tempoh masa suntikan tiba.

19

LAPORAN TAHUNAN BIRO SUKAN


______________________________________________________________________

Pengerusi Ahli

: :

Sdri Rosne Hanapiah Sdri. Nurul Halawati Mohd Azhari Sdr. Maznah Abu Bakar

1. Pertandingan Fun Bowling diadakan antara ahli-ahli BENITA pada 25 Mac 2012 di Ampang Superbowl, Flamingo Ampang . Sebanyak 30 orang ahli menyertai pertandingan yang terbahagi kepada 10 pasukan. Setiap pasukan diwakili 3 orang. Johan dimenangi oleh Kumpulan 3 diwakili Hamidah Ahmad, Amrina dan Norbaizura. Naib Johan dimenangi oleh Kumpulan 10 diwakili Rosalwa, Norliza Hashim dan Sakini. Tempat ketiga oleh Kumpulan 6 diwakili Noor Aishah Ayub, Siti Balqish dan Rohima Tarmuji. 2. Seterusnya, BERNAMA turut menghantar Azlina Aziz untuk mewakili Pertandingan Boling Puspanita Kebangsaan 2012 pada 4 Oktober 2012 atas pemilihan Biro Puspanita PCKPKK 2012 yang berlangsung di Pusat Boling Alamanda Putrajaya.

20

LAPORAN TAHUNAN BIRO AGAMA


______________________________________________________________________

Pengerusi Ahli

: :

Sdri Jamaliah Moonier Sdri. Rohana Hamzah Sdr. Faridah Fakir Mohamed

1. Tadarus Al-Quran Aktiviti Tadarus di Bernama diadakan setaip hari bekerja waktu rehat tengah hari sepanjang bulan Ramadan bertempat di Pusat Kecemerlangan , tingkat 12. Sebanyak 29 ahli menyertainya. Benita juga telah menghantar sebanyak 15 ahli menyertai Tadarus Al-Quran PCKPKK yang diadakan di Masjid Angkasapuri pada 2 Ogos 2012. 2. Majlis Khatam Al-Quran Benita telah menghantar 12 ahli ke Majlis Khatam Al-Quran serta penyampaian sumbangan kepada anak Yatim/OKU , PCKPKK pada 9 Ogos 2012 di Masjid Angkasapuri. Benita pula mengadakan Majlis Khatam Al-Quran pada hari Jumaat 3 Ogos 2012. 3. Sepatu Raya Dengan sumbangan daripada Pegawai dan kakitangan Bernama, Benita berjaya menaja sepasang sepatu berserta stokin dari kedai kasut Hypershoe di Jalan Tuanku Abdul Rahman, kain sampin (lelaki) dan tudung (perempuan) kepada 25 orang anak Yatim dari Rumah Sentuhan Budi, Jalan Ipoh Kuala Lumpur. 4. Majlis Doa Selamat Majlis bacaan Yassin, doa selamat dan solat hajat diadakan untuk anak-anak yang akan menduduki peperiksaan. Pada 26 Sept 2012 bertempat di surau tingkat 2 diadakan bacaan Yassin dan doa selamat untuk Saudari Siti Hawa Othman yang menunaikan Haji tahun 2012.

21

5. Korban Aidil Adha 2012 Pada 27 Oktober 2012 (Sabtu ) Benita telah menyumbang 200 bekas plastik (container) pembungkusan daging untuk agihan. Terima kasih kepada ahli Benita yang membantu mengagihkan daging korban tersebut.

22

LAPORAN TAHUNAN BIRO SERANTA & PUBLISITI


______________________________________________________________________

Pengerusi

Sdri Jizni Azrin Juhari Sdri. Suhaida Shariman

1. Mengemas

kini dan menambah http://benitabernama.blogspot.com/

baik

blog

Benita

di

2. Menjadi admin kepada laman Facebook Benita

3. Mengendalikan urusan penghantaran makluman melalui email Benita@bernama.com

4. Menyediakan poster makluman kepada ahli untuk aktiviti yang dianjurkan oleh Benita, Puspanita kementerian atau agensi dan jabatan yang lain.
23

24

LAPORAN TAHUNAN BIRO KEAHLIAN


______________________________________________________________________

Pengerusi Ahli

: :

Sdri Faridah Al-Akmal Mohd Salleh Nurul Halawati Mohd Azhari Siti Nur Azahani Ab Razak Suhaida Shariman Nor Azira Mansor Wan Nor Azriyana Wan Ali

1. BENITA mempunyai ahli sebanyak 164 orang bagi tahun 2012 termasuk 3 orang ahli seumur hidup. Jumlah kemasukan ahli baharu bagi tahun 2012 adalah sebanyak 31 orang. 2. Pelbagai usaha telah dijalankan bagi menarik minat ahli baru untuk menyertai BENITA, terutamanya dalam setiap aktiviti yang dijalankan. 3. Biro keahlian menguruskan pendaftaran ahli Mesyuarat Agung Tahunan dan membantu biro-biro lain dalam menjayakan setiap aktiviti yang dianjurkan. 4. Berikut merupakan senarai nama ahli baharu yang berdaftar dan bersara/berhenti pada tahun 2012:
Noor Shamsiah Mohamad Ismail Norindah Khairi Nurkhairun Amrina binti Ahmad Kamal Zuharidah binti Harun Bahara Kamarak Suriani Razali Chandravathani A/P V Sathasivam Raj Anila A/P Kannia Sharifah Nurliza Bt Syed Mohammad Rita Gomez Vanitha Govindan Rafe'aton bt Md Ali Dahlia bt Zolkapli Noor Rizan bt Ahmad Nor Syamsuriana binti Mohamad Sumisah Mohamed Puti Mazlina bt Mashudi Aslenita bte Syaiful Suliza bt Sulaiman Yusnidah bte Yahya Mariah binti Muhamad Yussof Marhaida Bt Mohd Ederis Evon Javanthi A/P Pushparaja Sharine Malini A/P Pushparaja Azleenda Abdul Aziz Zalina Maizan Engah @ Ngah Faizatol Rahayu Hamizun Zarah Bte Darial Siti Nursuraya Ali Azzah bt Mohamed @ Md Som Nabilah binti Saleh

25

LAPORAN KEWANGAN & PENGAUDITAN


______________________________________________________________________

Pengerusi Juruaudit

: :

Sdri Rohima Tarmuji Lat Zaharah Mutalib

PENYATA PENDAPATAN/PERBELANJAAN BAGI TAHUN BERAKHIR 31 DISEMBER 2012

PENDAPATAN TAJAAN BERNAMA LAWATAN PCKPKK KE BERNAMA KUTIPAN DARIPADA AHLI/PENAJAAN LADIES NITE 2012 TAJAAN BERNAMA UNTUK MESY. AGUNG BENITA YURAN PERTANDINGAN BOLING BENITA PENAJAAN DAN KUTIPAN YURAN BIGGEST LOSER 2012 PENJUALAN T-SHIRT BENITA HASIL PENJUALAN LANYARD PEMBANGUNAN BLOG YURAN KURSUS POWERPOINT PENDAPATAN DARIPADA JUMBLE SALE/PENAJAAN TAJAAN INDIVIDU UTK ANAK YATIM-SPG SEPATU PARKIR MAC-DIS 2011 YURAN KEAHLIAN PUSPANITA/AHLI BERSEKUTU 2012 SEWA GERAI BENITA 2011 PARKIR JAN-JUN 2012 PARKIR JUL-DIS 2012 FAEDAH BANK JAN-DIS 2012

NOTE

RM 1,350.00 3,950.00 1,440.00 600.00 10,070.00 270.00 1,452.00 55.00 350.00 6,713.40 2,600.00 1,667.00 1,380.00 2,200.00 1,020.00 778.00 105.83

RM

JUMLAH PENDAPATAN

36,001.23

PERBELANJAAN URUSETIA JAWATANKUASA PENDIDIKAN/ICT JAWATANKUASA SOSIAL/LAWATAN JAWATANKUASA SUKAN JUMBLE SALE 2012 MESYUARAT AGUNG BENITA BIGGEST LOSER BENITA 2012 LADIES NITE 2012 1 2 3 4 9,751.65 503.00 3,775.90 1,075.45 3,266.65 1,757.00 9,217.60 8,433.70 37,780.95 (1,779.72)

JUMLAH PERBELANJAAN

26

Note 1
PERBELANJAAN URUSETIA

NO 1 2 3 6 8 9 10 11 13 14 15

PERKARA MESYUARAT J/KUASA BENITA ROMBONGAN PUSPANITA PCKPKK KE BERNAMA CENDERAHATI UTK PN ROKIAH ISTERI EN DUHANI-BERSARA SUMBANGAN BENITA UTK MESY. AGUNG PCKPKK T.STAND UNTUK KEGUNAAN BENITA TEMPAHAN T-SHIRT BENITA LANYARD BENITA PEMBELIAN PERALATAN ELEKTRIK JAM DINDING UTK RUMAH BENITA PEMBELIAN KOMPUTER RIBA/PRINTER BUKU CEK-SETEM DUTI JUMLAH

RM 239.15 1,300.00 50.00 100.00 330.00 2,660.00 1,781.00 1,255.00 30.00 1,999.00 7.50 9,751.65

Note 2
PERBELANJAAN JAWATANKUASA PENDIDIKAN /ICT

NO 1 2 3

PERKARA ANUGERAH ANAK CERMELANG BENGKEL PEMBANGUNAN BLOG KURSUS POWERPOINT JUMLAH

RM 175.00 150.00 178.00 503.00

27

Note 3
PERBELANJAAN JAWATANKUASA SOSIAL/LAWATAN

NO 1 2 3 4 SUMBANGAN TADARUS SUMBANGAN ANAK YATIM

PERKARA

RM 775.90 2,600.00 200.00 200.00 3,775.90

AKTIVITI MAJLIS KORBAN HARI RAYA HAJI BACAAN YASSIN DAN DOA SELAMAT JUMLAH

Note 4
PERBELANJAAN JAWATANKUASA SUKAN

NO 1

PERKARA PERTANDINGAN BOLING-BERNAMA JUMLAH

RM 1,075.45 1,075.45

28

BENITA KUNCI KIRA-KIRAN PADA 31 DISEMBER 2012

ASET SEMASA Tunai di tangan Tunai di bank

RM 101.63 15,163.13

TOLAK LIABILITI SEMASA

ASET SEMASA BERSIH JUMLAH

15,264.76

Lebihan Perbelanjaan Kumpulan Wang Tabung

1,779.72 13,485.04

15,264.76

29

30

Anda mungkin juga menyukai